Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 48 - Pengsan

Radhwan mengangkat dumbbell dengan sebelah tangan. Diulangi beberapa kali hingga baju yang dia pakai dibasahi peluh. Ada kalanya dia berhenti untuk membasahkan tekak. Iphone dicapai dan dia bergerak ke hadapan cermin besar yang terdapat dalam bilik itu. Masa untuk tangkap gambar!

Airen yang siap berpakaian baju kurung moden bercekak pinggang di muka pintu bilik gim. Ya Allah, sempat lagi dia ni. Aduhh bersabarlah wahai hati.

"Abang.. Hari ni Aimi kahwin" tegur Airen meleret. Bibir diketap perlahan. 

"Yer... Abang tahu" balas Radhwan bersahaja. Dia meneruskan aktivitinya tanpa mempedulikan isterinya yang sedang menahan geram.

"Habis tu, abang tunggu apa lagi?" bentak Airen. Dia melangkah mendekati Radhwan yang sibuk bermain dengan dumbbell.

"Abang nak workout kejap" jawab Radhwan. Isterinya itu dipandang sekilas

"Workout malam- malam karang. Sekarang ni abang pergi siap" marah Airen seperti mak cik- mak cik.

"Malam abang buat kerja lain la. Lagipun, awal lagi" Radhwan menjeling nakal ke arah isterinya. Airen kelihatan sungguh cantik dengan shawl pink yang menutupi aurat isterinya. Ni mesti berpakat untuk memakai sedondon dengan yang lain. Haihhh jangan aku terjebak sekali sudah, getus hati Radhwan.

"Awal apanya, abang oi. Dah pukul 11 pagi ni. Aimi tu akad nikah pukul 12" bebel Airen panjang lebar. Pandangan nakal suaminya tidak diendahkan. Itu jelah yang dia tahu.

Radhwan hanya tayang muka meluat. Dia mula dah. Radhwan mengalah juga. Dia bangun dan terus melangkah keluar.

"Dia punya teruja tu macam dia yang nak kahwin" bisik Radhwan perlahan sambil bibirnya dicebikkan.

"Apa? Tak dengar" mata Airen merenung Radhwan garang.

"Tak ada apa la. Abang kata sayang cantik sangat hari ni" Radhwan tersengih. Belakang tengkuk digosok perlahan. Kantoi sudah!

"Ingat kita pekak. Kawan baik saya nak kahwin hari ni. Mesti la saya excited" kata Airen lagi. Dia menjeling manja suaminya.

"Yelah- yelah. Orang nak pergi siap la ni. Bebel macam opah" sempat Radhwan membalas sebelum dia cepat- cepat meninggalkan bilik gim. Takut jika badannya lebam dek tamparan kuat isterinya.

Airen tersenyum bahagia melihat telatah si suami. Hari ini Aimi akan akad nikah dengan pilihan hatinya di masjid. Dan kenduri resepsi pula akan diadakan di sebelah petang. Kahwin juga kawannya yang seorang itu.

Qaseh juga telah selamat bertunang minggu lalu. Majlis ringkas diadakan di kampung halamannya di Kedah.

________

Suasana di persekitaran dewan yang menjadi tempat resepsi bagi perkahwinan Aimi semakin meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir. 

Di satu sudut, kedengaran ketawa kuat membingitkan suasana. Tawa Harris meledak kuat melihat wajah cemberut Radhwan. Mana taknya, baju melayu yang dipakai Radhwan warna sedondon dengan Airen. Iaitu pink!! Konon nak sweet- sweet. Podah! Macam diorang pula yang kahwin. Nasib la si kekasih hatinya iaitu Farah tak memaksanya untuk memakai warna senada. Kalau tak, boleh geng dengan si Radhwan ni.

Radhwan tahan geram. Ikutkan hati, mahu sahaja dia pelangkung kepala lelaki yang berada di hadapannya ini. Kerana sayangkan bini, dia turutkan sahaja permintaan Airen untuk memakai baju melayu ini. 

Sementara di dalam dewan makan, Airen dan rakan rakannya sedang menahan tawa.

"Suka betul yer kau buli si Radhwan tu" kata Farah dengan sisa tawa. Sesekali dia memandang Fikri Harris yang rancak berbual dengan Radhwan.

"Bukan selalu. Asyik dia jer buli aku" balas Airen puas. Wajah merah Radhwan dipandang dari jauh dengan senyuman manis di bibir. Alahai laki aku ni. Nampak comel pulak pakai warna pink. Bisik hatinya.

"Jom korang! Tangkap gambar dulu" ajak Qaseh. Dari tadi asyik sekodeng si Radhwan tu. Tak ada faedah langsung.

Aimi, Farah dan Airen mengangguk setuju. Beberapa keping gambar diambil. Masing- masing sudah lupa dengan pasangan masing- masing. Yang pengantin perempuan pula tinggalkan pengantin lelaki. Aduhh perangai memang tak berubah kalau jumpa kawan- kawan.

 ______

"Abang! Biar betul?" Jerit Airen dari dalam bilik air. Baju yang dihantar oleh pekerja Fiona sudah sampai di hotel yang menempatkan majlis perlantikan CEO. Kata Radhwan senang jika bersiap di situ. Semua keperluan sudah disediakan.

"Kenapa?" Soal Radhwan pelik.  Dahinya berkerut sedikit.

"Baju ni la. Fiona tu salah hantar baju kat kita ke?" suara Airen bergema lagi.

"Keluar dulu abang nak tengok" balas Radhwan yang lengkap dengan pakaian di tubuhnya. Hanya menunggu isterinya bersiap sebelum mereka keluar ke majlis itu. Tuxedo hitam yang dipakai dibetulkan sedikit.

"Seksi la. Dengan lengan tak ada" komen Airen lagi. Pintu bilik air dibuka dan dia melangkah merapati Radhwan.

"You look sexy" pinggang ramping isterinya diraih dalam pelukan. Rambut yang disanggul tinggi menampakkan leher jenjang isterinya.

"Abang... ish main- main pula dia" Airen menampar manja lengan Radhwan.

"Abang tak nak pergi majlis tu la. Rasa nak ngap sayang sekarang ni" usik Radhwan. Bahu Airen yang terdedah dikucup perlahan.

"Majlis tu kan untuk abang. Mana boleh tak pergi. Apa kata abang pergi sorang. Airen tinggal sini. Takkan Airen nak pergi majlis pakai macam ni. Pastu pakai tudung. Kang sampai sana orang kata Ren gila" kata Airen sambil memandang redup suaminya.

"Berani diorang nak kata kat sayang" bibirnya dicebikkan.

"Sayang ambil dress tu sahaja, memang la seksi. Dress tu sekali dengan jaket ni ha.. Aduhhh sayang ni. Abang tahu la aurat sayang. Takkan senang- senang nak tunjuk kat orang" jaket yang terletak di atas katil di capai. Dia kemudiannya memakaikan jaket bunga merah itu kepada Airen.

"Lahh... Patut la" Airen tersengih malu. Dia mencapai shawl hitam yang disediakan oleh Fiona. Dibelit kemas di kepalanya menggunakan jarum peniti.

"Okay. Dah siap! Jom" kata Airen setelah berpuas hati melihat penampilannya di pantulan cermin. Tiada langsung solekan yang menyentuh wajahnya. Hanya bedak dan lip balm sahaja yang menghiasi mukanya.

"Cantik isteri abang" puji Radhwan sambil tersenyum. Jari jemari Airen dicapai dan mereka melangkah bersama- sama menuju ke lif.

Untuk ke majlis itu, mereka perlu menggunakan lif kerana majlis berlangsung di ballroom yang terletak di tingkat bawah.

Tubuh Airen sedikit terumbang ambing ketika mereka berada dalam lif. Segera Radhwan menangkap pinggang isterinya agar tidak jatuh.

"Sayang kenapa ni?" Soal Radhwan risau.

"Rasa pening sikit" tangan Airen memegang dahi perlahan. Lambat- lambat dia mengukir senyuman di bibir.

"Nak pergi klinik tak?" kali ini rangkulan pada pinggang Airen dieratkan lagi. Risau jika tiba- tiba isterinya rebah.

"Tak kot. Ren memang macam ni. Kalau naik lif jer mesti pening. Rasa macam kaki tak jejak lantai" cerita Airen.

"Betul ni okay?" soal Radhwan sekali lagi.

"Okay" Airen meyakinkan suaminya. Tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Perkara biasa kerana dia tidak biasa menggunakan lif.

________

Airen meneguk air perlahan. Peningnya tiba- tiba sahaja datang menyerang. Dia tidak memberitahu Radhwan kerana tidak mahu menyusahkan suaminya itu. Radhwan yang sedang berucap di atas pentas dipandang. Entah apa yang dibebelkan oleh suaminya itu dari tadi. Satu pun tidak masuk ke dalam otaknya. Dahinya yang berpeluh sedikit dilap dengan tisu.

"..... Ribuan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis ini. Dengan ini, saya menjemput isteri saya Airen Rafeqah untuk naik ke atas pentas bersama saya.

Airen menggeleng perlahan tetapi melihat wajah penuh mengharap Radhwan dia mengalah jua. Denyutan di dalam kepala kembali menggelegakkan pandangannya.

Airen bangun dari kerusi dan melangkah menuju ke pentas. Dia menggagahkan juga untuk melangkah walaupun rasa pening mula menguasai diri.

Airen sudah tidak tahan. Dia melihat Radhwan yang tersenyum memandangnya. Pandangannya seakan mula kabur. Sebelum kakinya menjejak tangga, tiba- tiba terasa tubuhnya ringan dan akhirnya gelap.

________

Airen membuka matanya perlahan apabila terasa usapan di pipinya. Terbentang wajah kacak suaminya di ruang mata. Jelas terpancar riak kerisauan pada wajah itu.

"Sayang... Sayang okey?" soal Radhwan lembut. Tangannya menguak rambut Airen yang menutupi wajah isterinya. Dia yang menanggalkan selendang yang dipakai oleh Airen supaya rasa pening berkurang. Itulah yang dicadangkan oleh Doktor Fatimah iaitu isteri kepada Doktor Hakiem, rakannya. Mujur ada mereka yang membantu ketika saat genting ini.

"Okay" suara Airen sedikit serak. Dia menggariskan senyuman manis walaupun bibirnya kelihatan agak pucat. Perlahan dia bangkit dan duduk bersandar di kepala katil dibantu oleh Radhwan.

"Sayang ni buat abang risau tau. Terkejut abang tengok Ren tiba- tiba pengsan waktu abang berucap tadi. Baru nak feeling- feeling macam bos, tengok- tengok Airen dah tumbang kat bawah" cerita Radhwan bersungguh-sungguh. Bibirnya dimasamkan bersama kerutan di dahi. Dia melihat Airen menikus. Diam seribu bahasa isterinya itu.

"Itulah.. abang ajak pergi klinik awal- awal tak nak. Degil! Ha ni la jadinya. Nak je abang ketuk- ketuk kepala Airen" sambung Radhwan lagi. Tangan isterinya yang agak sejuk digenggam erat.

"Sorry kacau majlis abang" kata Airen perlahan sambil menundukkan kepala. Dia terasa mahu menangis. Perasaan sebak mula menguasai diri. Serba salah jadinya kerana telah mengganggu perjalanan majlis yang penting.Tidak menyangka dia akan mengganggu majlis suaminya itu. Sungguh dia tidak sengaja.

"Nasib la isteri Hakiem tu doktor. Dia la yang rawat sayang tadi" beritahu Radhwan. Wajah keruh isterinya dipandang bersama senyuman. Dia hanya mahu main - main tetapi melihat wajah sedih isterinya, dia membatalkan niat.

"Airen....." panggil Radhwan penuh menggoda. Wajah Airen yang menunduk ditolak perlahan dengan jemari kasarnya. Dia merenung dalam anak mata Airen yang sedikit berair. Mata mereka bertentangan untuk seketika sebelum Radhwan merapatkan wajah mereka berdua.

Cupp!

"Terima kasih sebab sudi mengandungkan anak abang" kata Radhwan romantis setelah pautan bibirnya dileraikan.

"Airen mengandung?!" soal Airen tidak percaya. Mulutnya terlopong seketika. Terserlah keceriaan pada wajahnya.

"Yer sayang" Radhwan mengangguk gembira. Tidak dapat digambarkan rasa bahagia ketika dia diberitahu oleh Doktor Fatimah bahawa Airen sedang mengandungkan anak mereka. Patut la isterinya itu pening- pening tadi.

Ciuman dihadiahkan di dahi isterinya pula.. Kemudian beralih ke pipi dan kembali semula pada bibir. Masing masing terbuai sehingga tidak perasan pintu bilik itu dikuak dari luar.

"Ehemm.. nak sweet-sambung kat rumah. Sekarang ni semua tetamu tengah tunggu bakal CEO kita nih" usik Rania. Tak semena- mena mata sucinya melihat benda tidak senonoh. Aduhh cover la sikit depan adik yang comel ni. Ceyhh ! Dia melihat wajah merah kakak iparnya yang tertunduk malu. Seronok bukan main dia tadi bila dikhabarkan yang dia akan mendapat anak saudara. Arissa dan Ameena apatah lagi. Siap melompat lompat lagi.

"Rania ni kacau projek je lah" bentak Radhwan geram sambil wajah dimasamkan.

"Kat sini jangan nak projek sangat" balas Rania selamba. Tiada apa yang petlu dia takutkan dengan bentakan abangnya.

"Rania turun la dulu. Kejap lagi abang pergi dengan Kak Airen. Nak tunggu dia pakai tudung lagi" beritahu Radhwan. Tapak tangannya mula melekap pada perut kempis Airen.

"Yelah" balas Rania. Pintu ditutup dan dia melangkah turun menuju ke ballroom

Radhwan dan Airen berbalas senyuman. Terasa bahagia milik mereka berdua.

_________

Sorry sangat lambat update✌

Thanks kepada yang vote dan comment🎈🎈

Sorry kalau ada typo 😢

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro