Part 47 - Butik
Pagi itu, seperti biasa Airen akan menolong Puan Sri Rahayu berkebun memandangkan dia tiada kerja untuk dibuat. Sebab itulah mertuanya sangat menyanyangi Airen. Ringan tulang dan cantik pula tu.
"Airen... Jom pergi butik" ajak Radhwan tiba- tiba. Airen yang sedang menggaul baja dengan tanah menggunakan tangan mengerling ke arah suaminya. Dia berhenti melakukan kerja sejenak.
"Buat apa pergi butik abang..?" soal Airen. Buang tebiat ka apa suami aku ni. Tiba-tiba jer nak ke butik bagai. Ada apa-apa yang aku terlupa ke? Bisik hatinya.
"Alahai... Tak sangka Ren dah nyanyok. Sayang lupa ker lagi sebulan lagi majlis abang jadi ceo". Radhwan mengangkat kening sebelah memandang isterinya.
Airen berfikir sejenak. Ada ka dia bagi tahu? Entah la. Banyak sangat perkara yang perlu diingati sampai hal penting tersebut dia boleh terlupa. Airen tersengeh membuat muka tak bersalah.
"Esok- esok tak boleh ker" soal Airen malas. Tengah syok-syok main tanah ni, dia ajak keluar pulak. Sesekali matanya melihat Puan Sri Rahayu yang sedang menyiram pokok bunga mawar di tepi pagar rumah. Mamanya itu amat menyukai pokok-pokok yang mempunyai pelbagai warna seperti bunga orkid, bunga kertas dan banyak lagi.
"Mana boleh. Kita dah buat appoinment dengan diorang. Tak baik la cancel. Kita kena hormat masa orang. Diorang pon ada pelanggan lain jugak. Bukan kita jer" bebel Radhwan panjang.
"Cepat la pergi siap sayanggggg. Pleseeeeeee" Matanya dikerdipkan beberapa kali.
"Yelah2.. abang ni bebel macam pak cik jual ikan" rungut Airen. Dia hanya ketawa melihat tingkah laku suaminya itu. Acah-acah comel pulak dah haih.
Pakcik jual ikan? Hey aku punya la hensem dia kata pak cik jual ikan. Sabar jelah. Bisik hati Radhwan. Nak kena dia niiiii.....
''Sayang ulang sekali lagi apa yang sayang kata tadi''? Tanya Radhwan dengan wajah nakal sambil menapak menghampiri Airen.
''Apa? Takda apa lah sambil menggeleng kepala''. Suaranya kedengaran gugup.
Yekeeeee? Wajah Radhwan tinggal 2 inci dengan wajah suaminya. Dia hanya mampu menahan tawa dan senyum melihat Airen yang sudah gelabah biawak. haha. Tahu pun takut. Gelarkan aku macam-macam lagi kan.
''Err, takpe lah, Airen masuk mandi dulu taw. Bhaiii''. Dia berlari perlahan masuk ke dalam rumah sebelum Radhwan sempat memeluk pinggangnya. Heii kat luar pun menjadi dia nih.
''Wekkkkk, tak dapat padan muka abang. haha. Jerit Airen di tepi pintu rumah. Lidahnya dijelir tanda mengejek suaminya. Macam budak-budak Airen ni. hihi
Radhwan hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat isterinya. Nasib hati tetap sayang. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah mamanya untuk membantu apa yang perlu.
________
"Okay sayang... Dah sampai" ujar Radhwan setelah memberhentikan kereta di hadapan butik yang terkemuka di ibu negara. Kelihatan beberapa orang pelanggan yang keluar masuk dari butik tersebut. Mesti semua orang kaya, golongan VVIP nih. Bisik hatinya.
"Cantiknya butik dia, .... puji Airen. Macam tak layak je nak masuk sini. Sempat lagi dia merasa rendah diri. Matanya memandang ke arah bangunan yang tersergam indah itu. Sebijik macam rusa masuk kampung.
"Ya sayang. Jom masuk dalam" tangan Airen dipimpin menuju ke dalam butik itu. Mereka disambut mesra oleh pekerja butik yang tidak lekang dengan senyuman manis.
Airen memerhati segenap ruang butik yang agak besar itu. Dia memandang baju yang tergantung. Kebanyakkan baju direka khas untuk digayakan di majlis- majlis elit. Koleksi yang terdapat di situ semuanya cantik belaka. Rambang mata kalau pilih ni.
Airen mengalihkan pandangan ke arah Radhwan yang asyik berbual dengan seorang wanita di sofa yang terdapat di situ. Mungkin pemilik kepada butik ini kot. Kemudian, dia mendekati Radhwan yang rancak berbual santai. Sempat Airen hadiahkan senyuman apabila matanya bertemu dengan wanita tadi. Dia melabuhkan duduk di sebelah Radhwan.
"And yes, this is my wife. Sayang, perkenalkan ni Fiona bos butik ni merangkap kawan sekolah abang" Airen bersalaman sambil tersenyum menawan.
"Okayy, seperti yang kita bincang tadi, you tolong designkan gaun yang sesuai untuk majlis nanti. Buat baju yang nampak elegant dan sesuai dengan I yang handsome ni. Yang paling penting, jangan seksi or ketat sangat. I tak suka" arah Radhwan. Airen menjeling Radhwan apabila terasa lingkaran di pinggangnya. Menyempat lagi dia ni.
Namun, dalam hati Airen dia tersenyum senang. Dia sangat kenal dengan lelaki itu. Tidak suka apabila haknya dipertontonkan kepada khalayak ramai. Dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang menitikberatkan soal aurat dalam kehidupan seharian.
"Don't worry Rez. Kita kan dah lama kawan. I know you right" perempuan berambut perang itu tersenyum nakal melihat adegan mesra di hadapannya.
"Well. Pastikan my wife nampak cantik" sambung Radhwan lagi.
"You can trust me, Airez Radhwan" beberapa helai rekaannya diserahkan kepada Radhwan untuk membuat pilihan. Pelbagai pilihan yang menarik telah dilukis di atas kertas tersebut.
"Your wife pemalu sangat la. Sesuai la dengan you yang perangai gila tak betul ni" kutuk Fiona sambil tersenyum manis. Airen hanya memandang lantai sambil tersenyum malu.
"Hey. Sempat lagi kutuk I ehh" marah Radhwan dalam nada gurauan.
"Mrs Airen. Come and follow me. I nak ukur saiz badan you untuk buat gaun. Salah ukur kang your husband mengamuk pula" sempat Fiona mengenakan Radhwan. Airen bangun mengikuti langkah Fiona. Setelah selesai mengukur, mereka kembali ke sofa semula.
Kali ini, perbincangan mengenai warna dan design baju antara Radhwan dan Fiona. Airen hanya diam dan akan menjawab jika disoal. Dia mana la tahu tentang fashion ni. Semuanya diserahkan sepenuhnya kepada Radhwan. Suaminya itu pula hanya menempah tuxedo hitam yang sama warna dengan gaun Airen.
Selepas selesai sesi tempahan baju untuk majlis pelantikan CEO nanti, mereka bergerak masuk ke dalam kereta. Sesi tempahan berlangsung selama sejam kerana sikap Radhwan yang agak cerewet dalam pemakaiannya.
"Abang... Lepas ni hantar Airen pergi rumah sewa boleh? Farah ajak lepak sana" beritahu Airen. Dia memandang Radhwan dengan penuh harapan.
Tiba- tiba sahaja Farah ajak ke rumah sewa mereka. Kalau tak asyik ke mall atau kafe. Naik bosan dia dibuatnya. Kata Farah mahu mengumumkan sesuatu. Bila ditanya pada Aimi dan Qaseh, mereka sendiri pon tak tahu akan perkhabaran itu.
"Semua ada ke kat sana?" soal Radhwan.
"Ha'ah. Aimi dan Qaseh semua ada" Airen mengangguk memandang wajah tampan suaminya.
Kereta yang dipandu Radhwan memasuki lorong ke rumah kawannya. Beberapa minit kemudian, akhirnya kereta berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat itu.
"Nak balik pukul berapa?" tanya Radhwan ketika Airen ingin keluar dari kereta. Kelihatan Farah sudah menunggu di luar rumah.
"Kalau nak balik, Airen call abang" kata Airen sambil menarik senyuman segaris.
"Take care sayang. Jangan lupa call" pesan Radhwan. Dahi isterinya dicium penuh kasih.
"Yer..." Jawab Airen. Tangan Radhwan dicium sebelum dia keluar dari kereta. Radhwan menunggu Airen masuk ke rumah terlebih sebelum dia bergerak pulang.
________
"Gais.. aku ada something nak bagitahu" umum Farah sambil tersengih kambing. Kambing pon tak macam dia. Airen angkat bibir. Dah kenapa menggelitis semacam ja. Lipas masuk dalam baju kah? Haha
"Bagitahu ajelah. Kitorang duduk sini dari tadi dah sedia nak dengar kau punya pengumuman tu" kata Aimi bosan. Dari tadi mereka berada di ruang tamu menunggu untuk mendengar suara Farah.
"Ehem.. Aku kan... Hikss" Farah ketawa malu. Merona merah pipinya ketika itu.
"Aku apa? Cakap ajelah" giliran Qaseh pula bersuara. Dia menahan sabar.
"Malu la..." Luah Farah sambil menekup kedua tapak tangan ke mukanya.
"Hesyy minah ni. Aku hempuk jugak kang kepala dongga kau tu. Qaseh pegang aku, dah lama aku sabar dengan minah ni" acah Aimi. Tangan Qaseh dicapai dan diletakkan di atas tangannya. Gaya Aimi seperti gangster nak belasah orang.
"Wooo rilek.. chill la" Qaseh ketawa kuat melihat gelagat Aimi. Adoii, dari kecik sampai besar tak pernah berubah la dia ni.
"Farah, cakap jelah" gesa Airen tenang. Dari tadi dia penat menonton drama tak berbayar di hadapannya kala ini.
"Fikri Harris masuk meminang aku" beritahu Farah dalam satu nafas. Senyuman manis tersungging di bibir merahnya. Haaa.. lega hati aku dapat bagitaw . Amboii susah sangat mulut ni . Hihi
Aimi, Qaseh dan Airen terlopong seketika sebelum bersorak kegembiraan. Riuh rendah jadinya rumah teres dua tingkat itu. Mereka berempat berpelukan sesama sendiri.
"Tahniah.. Naik pelamin pulak la kawan kita seorang ni" usik Airen sambil ketawa kecil. Tangannya mencubit manja lengan Farah.
"Kenapa tak bagitahu awal- awal" soal Aimi bersama senyuman nakal. Malu-malu pulak dengan kitorang. Tambahnya lagi.
"Aku pun tak tahu sebenarnya. Pagi tadi, ayah aku call kata dia masuk meminang. Terkejut beruk aku dibuatnya" cerita Farah sambil memegang dada tanda gementar dan teruja.
"Okay la tu. At least dia berani nak luahkan. Masuk meminang terus kau" usik Qaseh. Daripada couple, baik kahwin terus kan. Tabik springg betul dengan Harris yang berani ni. Katanya sambil membuat gaya askar sedang tabik hormat. Hihi
"Aimi, kau bila lagi? Tunang lama- lama tak elok taw". Tanya Farah.
"Bulan depan majlis. Korang kena jadi my bridesmaid tau" Matanya memandang semua sahabat baik di depannya itu.
"Untuk kawan, apa pon tak apa. Janji kau bahagia masa hari bahagia nanti"
Jawab Qaseh sambil tersenyum manja.
"Qaseh, kau pulak macam mana?" Soal Airen sambil memeluk bahu rakannya itu.
"Minggu depan tunang uollss". Balas Qaseh tenang sambil diikuti dengan jeritan dan ucapan tahniah daripada rakan-rakannya.
Airen memandang rakan- rakannya seorang demi seorang. Pastu bertambah meriah jika Husna berada bersama mereka ketika ini. Namun, ajalnya sampai terlebih dahulu. Tiada siapa yang berdaya menolak takdir yang telah ditentukan Allah.
_________
Vote dan comment✌✌
Comment korang buat sis bersemangat untuk update✍✍
So.... Commentlah banyak2 😘
Jasa kalian amat sis hargai😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro