Part 46 - Selesai
Radhwan merenung langit bersendirian di balkoni biliknya. Sungguh dia berterima kasih kepada arwah Husna dengan wasiat yang diberikan. Jika tidak, pasti dia tidak dapat merasai kebahagiaan ini bersama Airen. Kini, dia boleh tersenyum lega dengan segala rintangan dan dugaan yang telah dia hadapi. Kematian Husna akhirnya terbela dengan penangkapan Hana pada malam semalam. Sekarang, dia bersyukur dengan hikmah yang terjadi.
Tubuhnya yang tidak berbaju digosok perlahan bagi menghasilkan haba dek kerana angin malam yang datang menyapa kulitnya. Dah tahu sejuk, kenapa tak pakai baju. Nak suruh Airen peluk la tu. Cehh !
Airen belum naik ke bilik kerana menolong Puan Sri Rahayu membuat puding kismis. Buat apa la puding malam- malam. Orang nak tidur dengan bini pon tak boleh. Kacau line la mama ni. Radhwan mengomel sendirian.
"Abang.. Buat apa kat luar malam ni? Tak sejuk ker?" soal Airen. Di sini rupanya suaminya berada. Patut la cari kat dalam bilik tak ada. Siap tutup lampu lagi. Ingatkan hilang kena culik tadi.
Radhwan tersenyum mendengar kata- kata Airen. Soalan Airen tidak dibalas sebaliknya dia menarik tubuh Airen dalam pelukan. Tangan sasanya melingkari pinggang Airen manakala kepalanya diletakkan di bahu isterinya itu.
"Sekarang dah panas sebab abang peluk sayang" jawab Radhwan sambil tersenyum. Rambut Airen yang panjang melepasi bahu dicium perlahan. Wangian rambut isterinya menerobos masuk ke dalam rongga hidung. Sungguh dia rindu dengan bauan itu.
Airen sedikit pun tidak menolak. Dia membiarkan dakapan Radhwan. Sungguh dia selesa berada dalam pelukan itu. Seolah- olah dia selamat dari sebarang ancaman.
"Airen Rafeqah.. Terima kasih sebab sudi terima abang" bisik Radhwan perlahan di telinga isterinya. Telinga Airen digigit perlahan bagi menghasilkan rangsangan yang baik.
"Airez Radhwan.. Terima kasih jugak sebab sudi terima sayang" jawab Airen sambil tergelak kecil. Dia menolak lembut bibir Radhwan yang menggigit telinganya.
"Eii... Mana aci tiru. Buat la ayat sendiri" bentak Radhwan.
"Aci kat India la Abang. Kat sini tak ada aci. Kat sini ada gadis yang bernama Airen jer" jawab Airen bersama senyuman kemenangan. Tiada suara yang keluar dari mulut Radhwan membuatkan Airen memusingkan wajahnya memandang ke belakang. Hampir terhambur ketawanya melihat muncung panjang suaminya. Aduhai, dah boleh gantung baju kat mulut tu.
"Panjangnya muncung dia. Kalah Donald Trump, eih Donald duck" Airen cuba melawak. Ketawa halus meniti di bibirnya. Tapi melihat reaksi Radhwan, dia terdiam.
Suasana kemudiannya bertukar menjadi hening seketika. Masing- masing melayan fikiran yang entah menerawang ke mana.
"Sayang...." Panggil Radhwan meleret.
"Eh ingatkan merajuk tadi" gurau Airen selamba.
Hidung Radhwan bermain di leher jinjang milik Airen. Sesekali diciumnya leher itu hingga meninggalkan kesan.
"Abang.. geli la" getus Airen sambil cuba menjauhkan leher dari wajah suaminya.
"Sayang.. I love you" ucap Radhwan seikhlas hati.
"Love you too" balas Airen sambil tersenyum bahagia. Radhwan mengemaskan lagi pelukan pada tubuh Airen yang membelakanginya.
"Nak twin.." pinta Radhwan.
"Ni nak?" Airen memusingkan badan menghadap suaminya. Penumbuk diangkat di hadapan wajah Radhwan.
"Amboih garangnya.." usik Radhwan. Elleh penumbuk pun kecik, ada hati nak pukul orang.
Airen menjeling kemudian memusingkan kembali menghadap taman belakang rumah yang dilimpahi cahaya lampu neon.
"Sayang.. I'm sorry" ucap Radhwan tiba- tiba.
"For what?" Soal Airen pelik.
"For this" Radhwan mengusap lembut perut kempis Airen. Tempat di mana anaknya yang pernah berada sebelum sempat dilahirkan ke dunia.
"Dah lepas la abang. Ren dah lama maafkan abang" kepalanya disandarkan pada dada bidang suaminya yang tidak berbaju.
"Thank you sayang.." ucap Radhwan. Ciuman dihadiahkan di ubun- ubun Airen.
"Tapi kan.. sayang tak sangka boleh kahwin dengan abang. Sebab abang kan hot, famous, handsome. Mana sesuai dengan kita yang selekeh ni" ujar Airen bernada sedih.
"Jodoh kita sayang"
"Dulu kan abang, Ren boleh simpan jer perasaan Ren. Tak berani nak pergi dekat. Mampu tengok dari jauh jer. Sekarang ni, dah boleh tengok dekat. Siap boleh sentuh lagi" kata Airen ceria. Jari jemarinya menonyoh muka Radhwan sepuas hati.
"Oh really? Kalau macam tu Ren kena peluk cium abang setiap masa. Penat sayang nak dapatkan abang. Sekarang dah dapat takkan nak tengok saja macam dulu" tangan Airen ditangkap kemas.
"Apa la abang ni. Macam la Airen tak ada kerja lain" bibir Airen mencebik.
"Kerja la tu. Boleh dapat pahala lagi" Radhwan tersengih gatal.
"Abang..." Panggil Airen pula.
"Hrmm"
"Sayang rindu arwah Husna" matanya redup memandang Radhwan.
"Abang pon.. Nanti ada masa kita balik kampung. Kita lawat kubur Husna" Radhwan memujuk. Rambut Airen yang jatuh menutupi mata diselitkan ke belakang telinga.
"Sayang...." Panggil Radhwan pula. Kali ini, senyuman miang terukir di bibirnya.
"Erm.."
"Abang lapar la" beritahu Radhwan.
"Lapar apa pulak malam- malam buta ni" omel Airen. Manakan tidaknya, jam telah berganjak ke angka 1 tapi mereka belum lagi melelapkan mata. Begitu asyik meluahkan perasaan masing- masing hingga tidak sedar hari telah larut malam.
"Lapar something yang lama tak makan. Abang teringin sangat" kata Radhwab penuh makna. Melihat wajah berkerut Airen, dia tahu isterinya itu tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik kata- katanya.
"Esok- esok kita cari eih. Sekarang dah malam la" pujuk Airen. Gila apa nak keluar semata- mata nak cari makanan. Orang dah tutup kedai daa..
"Ala... abang nak malam ni jugak" Radhwan tetap berkeras. Bukan makanan yang dia inginkan sebenarnya.
"Benda apa yang kempunan sangat sampai esok tak boleh nak tunggu tu?" Kata Airen geram. Tahap boleh leleh air liur dah laki aku ni.
"Abang lapar Airen Rafeqah" ucap Radhwan menggoda di telinga isterinya. Airen masih lagi terpinga- pinga. Tidak memahami maksud yang disampaikan oleh Radhwan.
Sejurus itu, tubuh Airen terus dicempung dan dibawa ke katil. Sempat dia menutup pintu balkoni menggunakan sebelah tangan. Kemudian, tubuh Airen direbahkan perlahan di atas katil. Radhwan merenung ke dalam anak mata isterinya. Cuba menghantar maksud sesuatu yang dia inginkan setelah berpuasa untuk sekian lama.
"Sayang... Please stay with me this night" bisik Radhwan penuh menggoda. Ibu jarinya mengusap lembut bibir merah Airen. Bibir itu kelihatan sungguh mengiurkan.
"Sayang jangan tidur tau" pesan Radhwan untuk kali yang terakhir sebelum bibir Airen menjadi mangsa bibirnya mendarat. Baju yang dipakai Airen ditanggalkan dan dilemparkan ke atas lantai.
_________
"Airen bangun.. Solat subuh" ujar Radhwan sambil menongkat kepala merenung isterinya. Dahi Airen dikucup penuh kasih. Bahtera yang mereka lalui malam tadi terlayar di ruang mindanya. Sungguh dia berasa sangat bahagia ketika itu. Diharapkan apa yang mereka lalui dapat menghasilkan zuriat yang memperjuangkan syariat Allah di atas muka bumi ini.
"Ermm...." Balas Airen sambil mata tertutup. Selimut ditarik menutupi kepalanya. Suara Radhwan yang serak basah mengganggu lenanya.
"Bangun sayang. Solat dulu. Jap gi sambung tidur balik.." selimut yang menutupi wajah Airen ditarik. Degil jugak budak ni.
Airen akhirnya akur setelah berkali- kali Radhwan mengejutnya. Selimut yang ditarik sekali bagi menutupi tubuhnya yang terdedah. Selimut yang panjang itu meleret apabila dia melangkah ke bilik air. Matanya masih lagi dalam keadaan tertutup. Rasa mengantuk yang menguasai dirinya membuatkan dia langsung tidak sedar dengan tindakan yang dia lakukan
"Kot ya pon. Jangan la goda abang macam ni. Kang kena terkam sekali lagi. Siapa yang susah, abang jugak" nakal Radhwan bersuara. Airen hanya membiarkan mata galak suaminya. Bukan berdosa pon kalau dia tengok. Tuala di wardrobe dia capai dan cepat- cepat memboloskan diri dalam bilik air. Dia ingin segera membersihkan diri dan bersolat supaya dia boleh tidur dengan aman dan damai.
Radhwan menarik bantal menutupi muka. Malas pulak nak bangun. Tidur dulu la, getusnya dalam hati.
________
"Aik... Mana bini aku ni" Radhwan garu kening. Lepas subuh tadi, isterinya terus hilang. Merata tempat dia mencari tetapi langsung tidak jumpa.
"Airen Rafeqah...." Panggil Radhwan kuat. Minah ni kalau panggil nama penuh baru reti nak menyahut. Dia garu kepala pula. Kat mana lagi nak cari. Dia segera menuruni anak tangga menuju ke dapur. Mungkin Airen menolong Puan Sri Rahayu memasak di dapur.
"Ma... Nampak Airen tak?" Soal Radhwan. Mamanya yang sedang menyediakan sarapan dipandang.
"Tak nampak la pulak" jawab Puan Sri Rahayu sambil menggeleng
"Haish... Tak kan keluar kot. Phone semua ada" gerutu Radhwan seorang diri. Kebetulan Rania yang baru memasuki dapur terdengar keluhan abangnya.
"Keluar apanya abang ni. Tu.. elok jer tidur dalam bilik wayang" pantas Rania menjawab sambil melangkah ke arah mamanya. Masakan Puan Sri Rahayu dalam kuali dihidu. Ermm sedap!
Tanpa membuang masa, Radhwan bergegas ke bilik wayang yang terletak di tingkat dua rumah itu. Buka sahaja pintu bilik itu, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi.
"Ya Allah dia ni. Bilik sendiri ada kat sini jugak nak tidur" omel Radhwan sendirian. Dia memasuki bilik yang dilimpahi cahaya malap itu.
"Sayang....." Tubuh Airen digoyang perlahan.
"Erm" Airen mengerang kecil apabila ada sesuatu yang mengganggu lenanya.
"Bangun sayang" pujuk Radhwan. Wajah Airen yang sedang lena dibelai dengan kasih sayang.
"Kejap. 2 hour lagi" mulutnya yang menguap luas ditutup dengan tangan.
Radhwan membeliakkan biji mata. Amboih demand nampak. Two hours ingat sekejap ke? Kenapa tak two days jer? Tidur la puas- puas.
"Penat sangat ke?" Soal Radhwan bernada risau apabila melihat wajah letih isterinya. Kesian pulak tengok. Tu la, siapa suruh kau buli dia. Siap tak bagi tidur lagi. Radhwan menongkat kepala merenung wajah letih isterinya.
"Awak tak bagi saya tidur semalam" ujar Airen merajuk. Dia membetulkan perbaringan agar lebih selesa.
"Baru dua round, belum..." Kata- kata Radhwan terhenti apabila Airen menyentuh lembut bibirnya.
"Abang ni bising la. Shut up please. Ren nak tidur la" Airen mencebikkan bibir dalam lena. Malu dengan perkataan yang bakal keluar dari mulut suaminya. Haish dia ni tak tahu malu langsung.
"Airen jom sarapan dulu" ajak Radhwan. Tangannya pula meramas mesra jari jemari isterinya.
"Abang pergi la. Airen tak lapar" tolak Airen lembut. Risau jika hati suaminya terasa.
"Okay la macam tu Ren tidur dulu. Lepas sarapan abang datang kejut" balas Radhwan. Memahami keadaan yang dialami isterinya. Tapi yang pelik, dia langsung tidak berasa mengantuk atau letih. Mungkin dia lelaki kot.
"Ermm okay. Abang, say sorry to them. Ren betul- betul mengantuk sekarang ni" ucap Airen. Mata kuyunya dicelikkan sedikit untuk menatap wajah suaminya.
Radhwan mengangguk perlahan. Dia melangkah keluar dari bilik itu menuju ke meja makan.
_________
Sorry lambat update
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro