Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 45 - Panggilan

Airen melipat baju- baju yang berlungguk atas lantai. Sedang dia melakukan kerja, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Walaupun tidak menoleh, dia sudah tahu gerangan siapa yang membuka. Dia menyimpan senyum sendiri.

Radhwan bersila di sebelah isterinya. Merenung tajam Airen sambil menongkat dagu. Airen hanya buat tak tahu. Tak sah dia tu kalau tak menyibuk.

"Airen... Apa kata kita tukar panggilan" Radhwan memberi cadangan. Tiba-tiba je dia ni tegur aku. Dengan salam tak bagi. Getus hatinya.

"Perlu ke" Airen menoleh. Memandang wajah kacak suaminya.

"Perlu la. Supaya lebih mesra" Radhwan tersengih sumbing.

"Tak payah la.." Airen kembali menyambung kerjanya. Tangannya lincah melipat baju.

"Aku merajuk kang" Radhwan mula mengugut. Dia menarik muncung panjang.

"Merajuk la. Dah la merajuk macam alien. Tua-tua pun nak merajuk, buruk tahu tak" usik Airen. Dia menahan tawa di hati. Wajah Radhwan dipandang sekilas. Semakin bertambah muncung itik suaminya itu.

Diam... Radhwan langsung tidak membalas. Dia memandang arah lain. Kononnya merajuk dengan si isteri. Dia menunggu masa untuk Airen memujuknya. Padahal dia sengaja mahu bermanja dengan Airen. Radhwan menahan senyum.

Airen garu kepala. Aik.. merajuk betul la. Parah la macam ni. Airen berfikir sejenak cara untuk memujuk suami kesayangannya itu. Mengada betul ! Sempat lagi dia mengutuk. Haha

"Awak...." Panggil Airen. Namun Radhwan hanya buat tak tahu sambil memeluk lulut. Badannya juga membelakangi tubuh Airen. Macam budak kecil la dia nihh. Ngomelnya dalam hati.

"Radhwan..." Tetap sama reaksi yang diterimanya. Nada suaranya dileret perlahan.

"Airez Radhwan" panggil Airen.

"Hello.. pak cik" Haish dia niih. Sentap betul ke.

"Atuk"

"Nenek"

"Cucu"

"Cicit"

"Adik"

"Abang!"

Tanpa sedar, Airen terlepas cakap. Opss .... Airen cepat- cepat menutup mulut sendiri.

"Ya sayang...." Jawab Radhwan meleret. Terukir senyuman kemenangan di bibirnya. Wajahnya kelihatan nakal.

Gulp! Airen telan liur. Buat dah suara gedik dia. Meremang bulu roma aku lah.

"Seronok panggil aku cucu cicit semua tu" Radhwan angkat kening. Saja buat serius. Sengaja mahu mengusik.

"Nasib saya tak panggil awak peut, meut semua tu." Gurau Airen. Terlepas ketawa kecil di bibirnya. "Kalau tak, lagi awak marah kan herghh" balas Airen

"Main-main eih, asyik menjawab je kerja dia" pipi Airen dicium pantas. Pantas kakinya berlari keluar dari bilik takut Airen sempat mencubit lengannya. Bukan apa, cubitan isterinya itu sungguh menyakitkan. Radhwan ketawa terbahak-bahak melihat muka terkejut Airen. Haha

"Radhwannnnn!!" jerit Airen kuat. Dia memegang pipinya yang membahang dek perbuatan suaminya tadi. Dia ni kan nak kena ni. Haish sabar jelah hati. Airen ketawa sambil menggeleng kepala dengan telatah suaminya.

Airen menyambung kerjanya yang tergendala sekejap tadi. Tak habis kerjanya kalau melayan perangai Radhwan tu.

________

Airen mengeluh perlahan. Bosannya. Kalau ada Aimi dan Qaseh mesti best. Ni tak, asyik menghadap minah angau depan ni jer. Dia menjeling tajam Farah yang sedang menghadap telefon. Sesekali kawannya itu tersengih sambil tertawa kecil. Airen mencebik bibirnya tanda menyampah. Matanya melihat ramai pelanggan yang singgah untuk makan. Maklumlah perut lapar minta diisi.

"Woih... Kau apasal tersengih tengok phone macam tu" marah Airen. Meja kedai makan itu diketuk perlahan. Haish nasib meja ni plastik, kalau batu dah sakit tangan aku ni..

"Tak ada apa la" kata Farah sambil menggeleng kecil. Sengihan masih tidak hilang dari bibirnya.

"Chat pakwe eih... Ceceyh, tak lama dah bapak kau nak dapat menantu" usik Airen. Tangan Farah dicucuknya dengan jari. Airen ketawa sambil menampakkan giginya yang tersusun kemas.

"Haishh... Lambat lagi" Farah menarik tangannya yang dicucuk Airen. Bukan sakit tetapi geli dengan kelakuan Airen. Nanti orang ingat mereka lesbian. Ishhh tolonglahh. Taknak lah macam tu.

"Ker chat Harris?" Airen meneka sambil tersenyum miang. Berubah terus riak wajah Farah. Dari cun terus jadi muka alien.

Gulp! Macam mana Airen boleh tahu....? Kantoi sudah rahsiakuuu...

"Tak payah tunjuk muka alien telan sireh kau tu" air Milo kesukaan yang telah dipesan disedut perlahan. Lega rasanya memandangkan cuaca panas waktu tengah hari ni yang telah mengeringkan tekaknya.

"Mana kau tahu?" soal Farah tidak percaya. Memang tiada lagi rahsia antara mereka. Farah memandang wajah selamba Airen. Heii dia ni buat muka tak bersalah tuu. Farah geram melihat gelagat Airen.

"Ni...." Airen menunjukkan paparan whatsapps Radhwan di telefonnya.

Sayang... Tolong abang. Abang dah kering sebosanan. Harris asyik chat Farah jer. Macam ni la pemuda zaman sekarang. Takda kerja lain agaknya.

Chat whatsapp yang dihantar oleh Radhwan disertakan oleh sekeping gambar Harris sedang tersengih seperti kerang busuk. Gaya sebijik macam Farah tadi. Airen ketawa melihat ayat Radhwan yang seperti membebel. Protes la tu haha

"Suka tu cakap ajelah suka. Aku boleh minta tolong Radhwan kenankan kat kau" Airen menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg. Letak atas meja kang tertinggal pulak jap gi.

"Eih kau... siap ber'abang' ber'sayang' lagi. So Sweet" Farah cuba mengalihkan topik. Dia pura- pura ketawa bagi menutup rasa gundah dalam hati.

"Alih topik pulak dia ni. Melepas baru tahu" gerutu Airen perlahan. Wajah meluat dan jelingan ditayangkan di hadapan Farah. Farah hanya tersengeh seperti kerang busuk.

Dalam diam, ada yang memerhatikan mereka berdua. Sungguh dia benci melihat senyuman itu. Dasar perempuan perampas. Harapkan orang suruhannya memang tidak boleh diharap. Macam mana Radhwan boleh muncul secara tiba-tiba dahulu. Habis segala rancangannya musnah. Ingatkan lepas 'lenyap'kan Husna dulu, dia akan dapat memiliki Radhwan, rupanya tidak. Dia mendengus kasar.

Dia tahu, tiba masanya dia akan tertangkap juga. Jadi, lebih baik dia musnahkan perempuan itu secepat mungkin sebelum dia disumbat dalam penjara. Kerjanya mesti dilakukan hingga habis. Tak seronok pula bermain sekerat jalan. Dia tersenyum jahat di sebalik hoodie yang menutupi mukanya. Dia segera bangun dari kerusi dan meninggalkan kedai itu. Risau jika ada orang perasan akan kewujudannya.

_______


Deringan telefon yang menganggu tumpuan Radhwan memaksanya untuk menjawab panggilan itu. Skrin Iphonenya dipandang. Rafiq? Dia nak apa. Kata nak cuti kat rumah. Dah bagi cuti, sibuk call orang pulak kenapa. Gerutu Radhwan dalam hati.

"Weh.. Airen ada dengan kau?" tanpa salam Rafiq terus menyoal Radhwan. Ada nada cemas dalam suaranya. Aik? tetiba ja tanya soalan macam tu dia ni. Radhwan membuat muka pelik.

Amboih.. salam apa tak bagi terus tanya tentang bini aku. Hekelleh, ni yang buat darah aku nak menggelegak ni.

"Tak ada la. Aku kan kat pejabat. Tapi, tadi dia mintak izin nak keluar shopping, makan dengan Farah. Yang kau dah kenapa risau sangat ni?" Macam Rafiq pulak yang suami Airen. Radhwan dilanda rasa cemburu.

"Aku ada dengan Inspektor Amin ni. Pihak dia dah kesan siapa dalang di sebalik semua kes ni. Cuma tunggu malam ni je untuk tangkap suspek. Beliau risau kalau suspek ada apa - apakan isteri kau sebab penjenayah tu masih bebas berkeliaran di luar sana" jelas Rafiq.

"Kau tunggu situ sampai aku datang" Selepas memberitahu alamat, mereka berjanji untuk bertemu secepat mungkin. Hati Radhwan dilanda kerisauan.

"Okey bro. Cepat sikit" Desak Rafiq

Nombor telefon Airen didail pantas. Beberapa saat keudian, talian disambungkan.

"Hello sayang.. Airen kat mana sekarang?" Nada suaranya kelihatan cemas.

"Ren dekat mall la dengan Farah. Kan Airen dah beritahu tadi. Kenapa abang?" Dia pelik dengan soalan suaminya. Ada masalah kah?

"Sayang balik sekarang. Urgent! Jangan pergi mana-mana dah. Kalau boleh suruh Farah hantarkan. Okey sayang? Ikut arahan abang ni, paham?" Radhwan seperti menyuruh anak kecil pulang ke rumah.

"Erk.. okayyy , Airen paham abangggg" Dia ketawa dihujung talian. Alaaa baru nak shopping, tapi kena cancel pulak um. Tak apa la, mungkin ada hal mustahak yang berlaku. Bisik hatinya. Selepas menamatkan perbualan suaminya. Airen memandang wajah Farah sambil membuat muka sedih.

"Apasal tu?" tanya Farah. Peluh di dahinya dilap menggunakan tisu.

"Radhwan... dia suruh balik sekarang la. Pelik betul laa, tadi bagi je kita keluar. Ni tetiba suruh balik pulak" Airen membuat muka sememeh.

"Alaaaa, jangan la sedih. Lain kali kita keluar la lagi. Rumah aku dan kau kan dekat je. Hihi. Janji ada duit ja semua beresss" Farah ketawa perlahan.

"Kalau macam tu jom la kita balik sekarang" kata Airen sambil senyum segaris.

"Okay jom, nanti lambat pulak" balas Farah. Mereka berjalan bersama sama menuju ke pintu keluar mall untuk pulang ke rumah.

_______

Radhwan bersalaman dengan Inspektor Amin dan Rafiq apabila mereka bertemu di pejabat polis itu. Mesej yang diterima daripada Airen yang menyatakan isterinya itu sudah sampai di rumah tadi sedikit sebanyak telah menenangkan hatinya. Sedikit sebanyak kerisauannya terhadap keselamatan Airen semakin berkurangan.

"Jadi, inspektor dah tahu siapa dalang sebalik perkara yang terjadi?" tanya Radhwan dengan perasaan ingin tahu yang semakin membuak-buak.

"Rez, kau jangan terkejut kalau tahu siapa yang buat. Dia orang yang paling dekat dengan kau" Rafiq memberi petunjuk.

"Siapa? Beritahulah cepat!" Ish lambat betul la nak jawab pun. Getusnya dalam hati.

"Hana..." jawab Rafiq sepatah sambil memandang tepat wajah Radhwan

"Biar betul?" Terbuntang mata Radhwan tanda tidak percaya. Wajah inspektor Amin dan Rafiq dipandang silih berganti. Rambutnya diraup perlahan. Keluhan berat dari bibirnya dilepaskan.

"Betul la Rez. Semua bukti dah ada. Kau tak perasan ke selepas kes kat kafe Airen dia tak ada jumpa kau? Takkan kau tak syak dia yang lakukan?" soal Rafiq. Radhwan hanya menggeleng kesal. Tidak sangka orang yang rapat dengannya selama ini sanggup melakukan perkara itu. Jadi, pengajiannya ke luar negara selama 3 tahun seperti yang dimaklumkan hanyalah rekaan semata- mata bagi mengaburi jenayah yang telah dia dilakukan. Radhwan menggeleng kepala sambil mengerutkan dahinya.

"Apa yang Rafiq kata tu betul. Dia rancang kemalangan yang melibatkan Husna dan Airen tu dah lama. Hasil tahanan reman tiga orang lelaki itu mendapati Hana juga orang sama yang terlibat mengupah diorang untuk menyerang Puan Airen pada malam tu. Sekarang, kami dah dapat kesan kedudukan suspek dan strategi oleh pihak polis telah dibuat dengan teliti. InsyaAllah, penangkapan suspek akan dijalankan malam ni" beritahu Inspektor Amin dengan lebih terperinci.

Radhwan dan Rafiq diam dan mendengar dengan sabar. Sesekali mereka mengangguk dengan penerangan yang diberikan oleh Inspektor Amin.

________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro