Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 44 - Maaf

"Airen. Esok pindah masuk dalam bilik kita" arah Radhwan ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik isterinya. Airen yang berkain batik dan berstokin menarik perhatiannya untuk terus menatap wajah itu. Seperti ibu lepas bersalin pula. Dia tersenyum senget.

"Kenapa pulak? Mama suruh saya tidur sini." bentak Airen. Wajah kacak Radhwan dipandang sekilas. Dia berjalan perlahan menuju ke balkoni bilik. Itulah aktivitinya seharian sepanjang berada dalam bilik itu. Hendak turun ke taman belakang namun ditegah keras oleh Puan Sri Rahayu. Takut jatuh tangga katanya. Adoi mama ni, risau sangat.

Pagi tadi Humaira dan Danial ada datang melawatnya. Pelbagai petua diberikan oleh kakak iparnya itu. Airen hargai sangat kasih sayang yang telah diberikan kepadanya.

"Aku dah minta kebenaran mama untuk kau pindah balik dalam bilik kita dulu" kata Radhwan lembut. Cuba memujuk Airen yang semakin keras kepala. 

"Untuk apa?" Bagaikan tiada perasaan Airen berkata.

"Airen.. bagi aku tebus balik kesalahan aku. Kali ni je aku merayu sangat. Kita perlukan masa untuk bincang bersama masalah kita ini". Dia meraup perlahan mukanya.

"Tak payah. Semua tu takkan dapat ubah apa - apa. Anak dalam kandungan saya pun dah tak ada. Tak guna untuk awak tebus kesalahan awak tu. Semuanya dah berakhir" Airen mendengus kasar.

"Saya tak perlukan awak kali ini. Saya boleh hidup sendiri. Cukuplah awak tiada waktu saya betul- betul perlukan awak. Mana awak pergi dulu. Berkali- kali saya call awak tak jawab. Saya sangat perlukan awak waktu tu tapi awak tak ada. Kenapa sekarang awak hadir ? Pergilah, saya dah letih dengan permainan awak ni . Sekarang, anak saya dah tak ada. Anak saya dah mati! Awak dah puas hati la kan?" Sambungnya lagi. Airen mula menangis perlahan. Dan buat pertama kalinya setelah bayinya gagal diselamatkan. 

"Kita boleh berusaha lain kan. Airen jangan buat aku macam ni. Aku ...." Kata- kata Radhwan dipotong laju.

"Awak terlalu pertahankan ego awak tu. Awak tak sedar ke ego awak tu tinggi melangit?" Airen berlari keluar dari bilik sambil mengesat air mata.

"Airennnnnn !! Tunggu dulu" halang Radhwan sambil tangannya cuba mencapai  lengan Airen. Airen hanya menepis perlahan. Air mata yang dibasahi pipinya dilap dengan hujung lengan bajunya.

Tiba- tiba terasa tubuhnya ditarik dalam pelukan seseorang. Pelukan hangat yang berjaya menenangkan hatinya. Kepalanya diusap perlahan oleh jemari kasar itu. Airen hanya membiarkan perlakuan suaminya. Sungguh dia berasa tenang berada dalam pelukan lelaki itu.

________

Airen melabuhkan duduk di atas bangku yang terdapat di taman. Tenang hatinya mendengar bunyi kicauan burung. Udara segar pada pagi itu menambahkan lagi kedamaian hatinya. Terasa terlalu lama tidak menjejakkan kaki di taman ini. Keadaan bersih sekitar taman menampakkan kekemasan yang pastinya diuruskan sepenuhnya Pak Abu iaitu pekebun di rumah itu.

Semua tugas di kafe diserahkan sepenuhnya kepada pekerja- pekerjanya. Dia bernekad, tidak mahu lagi menjejakkan kaki di tempat yang telah mencatatkan sejarah hitam dalam hidupnya. Sesekali Airen membetulkan selendang yang disilang ringkas apabila ditiup angin. Dia berasa lebih tenang sekarang. Terasa puas apabila dapat keluar dari bilik itu walaupun teruk dibebel oleh Puan Sri Rahayu tadi. 

"Akak... Mengelamun apa tu?" tegur Rania ketika Airen berada di taman. Puas dia mencari Airen di bilik, rupa rupanya sedang mengambil angin di taman. Bila ditanya kepada mamanya, baru dia tahu akan keberadaan Airen. 

"Eh Rania. Sorry tak perasan" kata Airen. Dia berganjak sedikit, memberi ruang kepada Rania untuk melabuhkan punggung.

"Teringatkan Abang Rez erk.." usik Rania. Jari telunjuknya digoyangkan sambil tersenyum nakal

"Eh mana ada la" Airen tersenyum kelat. Tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk dibalas. Tipulah kalau dia kata dia benci akan Radhwan. Tidak dapat digambarkan rasa rindu yang semakin menggunung terhadap suaminya itu.

"Akak marahkan Abang Rez?" Soal Rania. Dia merenung mata bundar milik Airen. Cuba mentafsir apa yang tersirat dalam hati itu. Cuba mencari perasaan cinta yang sudah tertimbus di satu sudut yang paling dalam.

"Akak tak marah cuma rasa sikit terkilan sebab waktu akak betul- betul perlukan dia, dia tak ada" Airen membalas renungan adik iparnya. Gadis yang dahulu membencinya, kini menyayanginya seperti kakak kandung. Sama seperti abangnya juga.

"Akak.. Abang Rez dah insaf dengan kesalahan dia. Maafkan dia eih" kata Rania. Airen terdiam. Sudah lama dia memaafkan Radhwan, cuma hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki itu kembali dalam hidupnya. 

Melihat Airen mendiamkan diri, Rania tersenyum nipis. Sesuatu yang dibawa tadi dikeluarkan dari belakangnya. Sedaya upaya dia sembunyikan tadi, tidak mahu Kak Airen melihat.

"Nah, ambil album ni. Akak tengok balik kenangan dengan Abang Rez. Jangan disebabkan masa lalu akak ketepikan rasa sayang akak kat abang. Mungkin bagi akak tak adil. Tapi percayalah, kemarahan tu tak akan bawa apa- apa pon. Bukan abang je yang sakit malah akak pon makan hati jer nanti" album yang dipegang diletakkan perlahan atas riba gadis itu. Airen tersentak. Hadiah pemberiannya sempena hari lahir Radhwan dibuka. Dibelek gambar itu satu persatu. Senyumannya ketika itu tidak pernah lekang dari bibir. Terasa sangat gembira ketika itu. Terasa seperti tiada masalah yang menyapa. Dan juga terasa bahagia itu hanya miliknya seorang. Sungguh dia rindu akan semua kenangan itu. 

"Rania pergi dulu" Rania meminta izin sebelum meninggalkan Airen seorang diri di situ. Memberi ruang kepada kakak iparnya untuk mencari kembali sinar harapan kepada hubungan itu.

________

Sudah sebulan berlalu peristiwa yang telah meragut nyawa anak dalam kandungannya. Airen telah berpindah semula dalam bilik Radhwan. Semua keperluan semuanya diuruskan oleh lelaki itu. Kini, dia sudah sihat sepenuhnya. Tidak perlu lagi memakai stokin mahupun kain batik. Kata- kata Rania bermain di mindanya. Sampai bila dia mahu salahkan Radhwan walaupun dia tahu semua yang berlaku bukan berpunca dari suaminya. Suara garau dari sebelah mematikan lamunan Airen.

"Airen nak apa-apa lagi?" Tanya Radhwan selepas selesai menyuap makanan. Satu mangkuk bubur berjaya dihabiskan oleh Airen. Soalan Radhwan dibalas dengan gelengan. Kali ini Airen langsung tidak melawan. Hanya matanya yang terkebil-kebil memandang Radhwan. Seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan. Jari jemari Airen bermain dengan hujung tshirt yang dipakai.

Radhwan ingin bangun dari birai katil. Tetapi terhenti apabila Airen menyentuh lembut jarinya.

"Why? Ada apa- apa yang tak kena ke?" Matanya merenung lembut wajah di hadapannya. Pipi mulus Airen diusap dengan ibu jari kasarnya. Memberi ruang kepada Airen untuk menyatakan hasrat hati. Mata mereka saling bertatapan.

"Tak. Saya.... Saya nak..." Airen tergagap. Dia menunduk memandang jari. Terasa malu pula berhadapan dengan suaminya. Rasa bersalah semakin menebal apabila Radhwan melayannya dengan sabar walaupun dia asyik melawan.

"Ren nak apa sayang?" Radhwan bertanya lagi. Kali ini hidung Airen pula ditariknya.

"Erm.... Saya nak mintak maaf. Saya tahu awak tak salah" Airen masih lagi menunduk. Dia tahu Radhwan sedang merenungnya.

"Takpa. Aku maafkan" jawab Radhwan tenang. Cukuplah selama ini Airen yang asyik mengalah. Gilirannya pula untuk memaafkan kesalahan isterinya. Lagipun dia juga ada salah dan silap yang pernah dia lakukan kepada Airen. 

"Betul ni?" Wajah Airen diangkat. Membalas renungan redup suaminya.

"Betul la. Cepat cium tangan" Tangannya dihulurkan kepada Airen. Hulurannya disambut dan dikucup mesra oleh isterinya. 

"Cium dahi" arah Radhwan lagi. Sengaja mahu mengusik isterinya. Untuk seketika terasa ada bibir yang menyentuh dahi. Radhwan terpana. Niat di hatinya mahu mengacah sahaja, tidak terdetik di hatinya yang Airen akan menurut.

"Cium pipi" Radhwan semakin giat mengenakan Airen. Pipinya dikembungkan sebelah. Berbunga hatinya apabila Airen dengan mudah melaksanakan semua arahan. Terasa lembut sentuhan bibir Airen di pipinya.

"Sini..." Radhwan menunjukkan bibirnya pula. Lucu rasa hatinya apabila melihat riak tersentak Airen. Bibirnya mengukir senyuman gatal.

"Eh mengada la" kata Airen. Lengan suaminya ditampar lembut. Tak semena- mena pipinya bertukar warna merah.

"Ala.. Waktu kau cium aku hari tu tak malu pula. Siap tutup mata gitu. Nyaris-nyaris aku tergoda tau" kata Radhwan tanpa selindung. Terlepas ketawanya apabila melihat Airen tersengih malu. Adoii makin comel la pulak bini aku ni.

"Ish malu orang tau" kepalanya yang tidak gatal digaru. Berdebar kencang jantungnya tatkala itu.

"Sini.." belakang tengkuk Airen ditarik. Bibir mereka bertemu.

Cupp!!

Airen tergamam. Tidak tahu apa reaksi yang harus dia lakukan. Akhirnya dia hanya membiarkan perbuatan suaminya itu.

"Tetap manis macam selalu..." Kata Radhwan setelah melepaskan tautan. Ibu jarinya mengusap perlahan bibir Airen. Isterinya itu hanya menunduk bermain dengan jarinya. Terasa darah panas menyerbu muka. Radhwan tersenyum nakal. Alhamdulillah hubungan mereka semakin baik.

________

Jangan lupa vote dan comment sayang- sayang sekalian 

:-)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro