Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 41 - Hospital

Airez Radhwan meramas rambutnya kasar. Dia melabuhkan duduk di kerusi hospital yang disediakan. Dia tidak dapat bertenang memikirkan keadaan Airen yang masih berada dalam wad kecemasan. Hatinya resah. Jika apa-apa berlaku kepada Airen, dia pasti tidak akan memaafkan dirinya. Kalau dia jawab panggilan Airen tadi, mesti semua ni tak berlaku. Ini semua salah aku!

Radhwan menunduk memandang lantai hospital. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Walaupun sudah larut malam tetapi dia langsung tidak berasa mengantuk atau letih. Bagaimana keadaan Airen sekarang? Ya Allah! Selamatkanlah isteri aku. Jangan ambil dia dari aku, Ya Allah.

"Rez.. Macam mana keadaan Airen?" soal Rafiq. Mulutnya yang ingin menguap ditutup pantas. Rasa mengantuk masih bersisa. Sedang sedap tidur di rumah, dia dikejutkan dengan panggilan telefon dari Harris yang meminta dia menemani Radhwan di hospital. 

Rafiq melabuhkan punggung di tepi Radhwan. Harris telah menceritakan segalanya apa yang berlaku. Kawannya itu pergi ke balai untuk membuat report seterusnya ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk Farah.

"Dia masih ada kat dalam. Doktor tak keluar lagi dari tadi" ujar Radhwan mengendur. Wajahnya langsung tidak diangkat. Tangannya menongkat kepala.

"Sabar Rez" kata Rafiq. Bahu Radhwan ditepuk perlahan. Memberi sokongan kepada kawannya yang sedang menghadapi ujian berat. Situasi yang sama ketika arwah Husna dilaporkan terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu. Kini, perkara sama terjadi kepada Airen

"Kalau apa- apa terjadi kat Airen. Aku takkan maafkan diri aku" kata Radhwan perlahan. Wajahnya diangkat. Memandang redup ke anak mata rakannya. Orang yang sentiasa ada ketika dia susah dan senang.

"Ini bukan salah kau" Rafiq memujuk. Dia tahu, di kala ini Radhwan amat memerlukan orang sekelilingnya untuk memberi semangat dan dorongan.

"Salah aku Fiq! Kalau aku tak layan dia macam tu, semua ni takkan jadi!" Air matanya jatuh. Langsung tidak berasa malu menangis di hadapan Rafiq. Wajahnya yang basah dengan air mata diraup kasar.

"Mengucap banyak-banyak Rez. Ni ujian dari Allah. Kau kena redha dan terima dengan hati terbuka" ujar Rafiq lagi. Cuba memberi kekuatan kepada Radhwan.

'Satu jer aku nak cakap. Jangan sampai Allah tarik nyawa Airen macam Allah ambil Husna dari kau. Waktu tu kau jangan tanya kenapa Allah ambik nyawa orang yang kau sayang. Sebab kau tu jenis tak reti nak bersyukur. Kau try sayang dia. Cuba kenal dia dengan lebih mendalam. Sebab satu hari kau akan takut kehilangan dia'

Kata-kata Rafiq ketika mereka bertumbuk dulu terngiang- ngiang di telinga Radhwan. Dia tak kuat untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Kerana ego dia sanggup sakiti Airen walaupun bukan dari segi fizikal.

"Aku takut kehilangan dia macam aku hilang Husna. Sepatutnya aku tarik balik kes tu. Kata-kata kau dulu memang betul. Sekarang ni Allah dah ambil orang yang aku sayang. Dan...." Kata-katanya terhenti dek rasa sebak yang menguasai hatinya.

"Rez.. Airen masih ada kat dalam. Dia akan kuat kalau kau kuat. Please, jangan jadi lemah. Jom pergi surau. Doa banyak-banyak kepada Allah supaya Airen kembali sedar" Rafiq mula berdiri diikuti dengan Radhwan menuju ke surau.

Rafiq langsung tidak menyangka kata-katanya ketika awal perkahwinan Radhwan kini menjadi kenyataan.

Beg kertas yang berisi pakaian dihulurkan kepada Radhwan. Takkan nak solat dengan baju yang berpeluh. Nanti ibadah solat yang dikerjakan menjadi sia-sia pula. Dah la bau dah macam kerbau.

Kembalinya dari surau, doktor yang merawat Airen masih belum keluar. Rafiq sudah penat melihat Radhwan yang mundar mandir. Kusut sekali rakannya ketika itu. Rambut yang selalunya disikat rapi sudah melayang entah ke mana.

Pergerakan Radhwan terhenti apabila mendengar pintu wad kecemasan dibuka. Dia terus menerpa ke arah doktor yang merawat Airen.

"Macam mana keadaan isteri saya?" Soal Radhwan. Doktor wanita di hadapannya dipandang dengan penuh pengharapan.

"Alhamdulillah, isteri encik selamat" jawab doktor perempuan dalam lingkungan 30-an itu. Namun, berita yang bakal disampaikan amat mengusarkan hati. 

"Syukur Ya Allah!" ucap Radhwan. Terukir sedikit senyuman pada wajah kusutnya.

"Tapi..." kata-kata doktor muda itu berjeda sebentar. 

"Tapi apa doktor?" senyuman Radhwan mati. Takut jika berita buruk yang menjengah pendengarannya.

"Kami minta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan kandungan dalam rahim Puan Airen. Pukulan kuat pada perut Puan Airen menyebabkan dia keguguran" jelas doktor itu tenang. Sudah dapat diagak perubahan riak pada wajah lelaki itu.

"Kandungan?" soal Radhwan lagi. Tak mungkin...

"Ya.. Dia mengandung 10 minggu. Saya rasa Puan Airen tak tahu yang dia mengandung. Kami akan pindahkan dia ke wad selepas ini. Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu" ujar doktor itu meminta diri.

Radhwan tergamam. Suara doktor itu hanya kedengaran sayup-sayup sahaja di telinganya. Tubuhnya dijatuhkan lemah di atas kerusi. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Jadi...jadi, selama ini Airen sebenarnya hamil? Ada nyawa yang tersimpan dalam rahim isterinya. Tetapi kini...nyawa itu sudah...tiada?  

Patutlah Airen selalu muntah- muntah dan pening kepala. Rupanya ada benih yang mula membesar dalam perut Airen. Kejamnya dia membiarkan Airen menanggung kesakitan seorang diri.

"Terima kasih, doktor" ucap Rafiq bagi pihak Radhwan.

"Rez..." panggil Rafiq yang kelihatan tersentak dengan berita yang baru didengari.

"Semua salah aku! Kalau aku cepat masa tu, semua ni takkan terjadi. Kalau aku jawab semua call dia, semua ni takkan terjadi!" marah Radhwan. Emosinya tidak stabil. Nasib hanya mereka berdua yang ada di situ. 

"Rez.. Jangan salahkan diri kau" balas Rafiq. Api jangan dilawan dengan api. 

"Anak aku Fiq! Anak aku dah takda!" suaranya mulai perlahan. Letih kerana terlalu banyak menangis.

"Sabar Rez. Better kau pergi berehat dulu sementara tunggu family kau datang" pujuk Rafiq lagi. Bahu Radhwan ditepuk.

"Tak.. aku tak nak. Aku nak tunggu Airen" kepalanya digeleng. Rafiq hanya diam, memahami kehendak rakannya.

_________

Pintu wad VIP yang ditempah khas bagi menempatkan Airen dibuka perlahan. Dia mendekati sekujur tubuh yang masih belum sedarkan diri di atas katil. Wajah Airen yang penuh dengan lebam di bibir diusap perlahan. Tidak mahu menyakiti isterinya. Dia melabuhkan duduk di sisi Airen. Matanya tidak lepas memandang wajah pucat yang terbaring kaku itu.

"Airen..... Please bangun." bisik Radhwan perlahan. Jejari kasarnya menggenggam lembut tangan sejuk Airen sebelum dibawa ke bibir.

Rambut Airen diusap perlahan. Berharap agar Airen membuka mata. Sungguh dia rindu untuk menatap mata redup milik isterinya. Di wad ini, hanya doktor dan nurse wanita yang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Jadi dia tidak perlu risau tentang aurat isterinya. Tanpa sedar, dia tertidur di sisi Airen.

________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro