Part 40 - Menyesal
Di pejabat
Bunyi deringan telefon memenuhi ruang pejabat milik Radhwan. Harris buat muka meluat. Rimas dengan bunyi bising yang mengganggu kerjanya. Berkali- kali telefon itu berbunyi, tetapi langsung tidak diendahkan oleh Radhwan. Sedikit pun tidak mengganggu lelaki itu. Seperti tiada apa yang berlaku.
Iphone milik Radhwan dicapai. Tertera nama Airen pada skrin telefon. Wajah rakannya dipandang lama. Radhwan masih fokus menaip pada laptop di hadapannya.
"Kenapa kau tenung aku macam tu" tanya Radhwan. Kurang selesa dengan pandangan Harris di hadapannya.
"Apsal kau tak angkat?" soal Harris geram. Aku angkat kang tahu pulak jeles.
"Aku.... Ntah la Harris" suara Radhwan merendah. Tidak tahu alasan apa yang perlu dia berikan.
"Angkat la. Mana tahu penting" pujuk Harris lembut. Iphone dihulurkan kepada Radhwan.
"Aku..." Radhwan menunduk. Huluran Harris dibiarkan sepi.
"Cuba kau cerita kat aku. Apa masalah kau sebenarnya? Dari hari tu lagi aku perhati. Kau macam sengaja nak menjauhkan diri kau dari Airen" kata Harris. Telefon yang berhenti berdering diletakkan di atas meja.
"Hari tu, Inspektor Amin ada call. Dia kata kemalangan yang berlaku mungkin berpunca dari perbuatan khianat" Radhwan membuka cerita. Bahunya diurut perlahan.
"And kau nak tuduh Airen yang buat?" Tanya Harris kasar. Dengan sikap Radhwan yang sekarang, dia tidak boleh berlembut lagi. Jika berlembut, lagi naik minyak jadinya.
"Aku tak tuduh. Aku kenal Airen macam mana" Radhwan mengeluh. Dia tahu tiada guna untuk dia mengeluh. Tidak akan mengubah apa-apa
"Kalau kau tak tuduh dia, kenapa kau layan dia macam dia bersalah. Dia tahu tak pasal ni?" Harris menjeling Radhwan. Rasa macam nak hempuk kepala rakannya guna hammer. Atau gilis guna treler. Kadang dia kesian dengan Radhwan. Pelbagai ujian dari berbagai bentuk dilalui oleh rakannya itu. Melihat masalah yang dihadapi Radhwan membuatkan dia takut untuk berkahwin. Tapi, masalahnya sekarang Radhwan yang sengaja mencari masalah! Tak ada masalah cari masalah!
"Tak.. Aku tak bagitahu dia pon" Harris tepuk dahi mendengar jawapan rakannya. Dia turut bersimpati dengan Airen. Menjadi mangsa keadaan.
"Rez.. kau kena hati-hati dengan orang sekeliling kau. Terutama si Hana tu?" Beritahu Harris sedikit berbisik. Takut jika sesiapa terdengar. Heyy! Tak ada sesiapa dalam pejabat ni kecuali mereka berdua. Propa jer lebih.
"Maksud kau?" Soal Radhwan pelik. Tidak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Harris.
"Kau percaya Hana tu dah 3 tahun tak balik Malaysia?". Dia bangun dari kerusi dan bersandar pada meja pejabat milik Radhwan. Tangan memeluk tubuh. Wajah Radhwan direnung tajam.
"Memang tu yang dia bagitahu kan?" Jawab Radhwan. Wajah Hana terlayar di ruang mata. Akhir- akhir ini Hana segaja mendekati dirinya walaupun gadis itu tahu dirinya sudah berpunya.
"Entah la Radhwan. Kau nak percaya, suka hati kau la. Waktu majlis nikah kau hari tu, aku ada nampak dia kat luar kawasan rumah kau. Masa tu aku pelik la,bukan dia ada kat luar negara ke?" Cerita Harris panjang berjela.
Perbualan mereka terhenti apabila telefon Radhwan kembali berbunyi. Mereka saling berpandangan.
"Angkat la Rez. Kesian Airen tu" untuk kedua kalinya, Harris memujuk. Bahu Radhwan ditepuk tanda memberi sokongan.
Radhwan menggeleng perlahan. Masih mempertahankan ego yang bermaharajalela.
"Suka hati kau la. Jangan menyesal sudah" ujar Harris geram. Dia menolak kepala Radhwan. Sengaja! Radhwan pula langsung tidak melawan atau marah. Nampak sangat tengah kusut dengan masalah yang dihadapi.
Seketika kemudian, telefon Harris pula berdering minta diangkat.
"Hello..." Harris memulakan bicara. Sebelah tangannya dimasukkan dalam poket seluar.
"Kau pergi sana dulu. Jap gi aku dengan Radhwan sampai" wajah Harris bertukar resah.
"Apsal? Pucat semacam muka kau" tegur Radhwan. Dia melihat Harris terkaku .
"Airen, isteri kau. Dia...." Kata- kata Harris terhenti. Dia memandang tepat ke arah Radhwan. Berharap sangat Radhwan dapat mengawal amarah.
*****
Radhwan bergerak ke tempat pemandu. Otaknya tidak mampu berfungsi dengan betul ketika ini. Dia hanya berfikir tentang keselamatan isterinya. Perasaan bimbang mula menguasai dirinya.
"Rez.. bagi aku drive" ujar Harris. Radhwan mengangguk. Mereka mengubah tempat masing-masing.. Dia tahu jika Radhwan marah, macam drift dia bawak jap gi. Nanti Airen kemana, mereka ke mana. Baik mencegah sebelum terlambat.
Sepanjang perjalanan, Radhwan tidak henti- henti berdoa supaya Allah melindungi Airen. Harris hanya diam dan fokus semasa memandu.
Sesekali dia mengerling Radhwan yang seperti cacing kepanasan. Dalam hati dia berasa kagum dengan Radhwan. Walaupun kawannya itu seperti tidak ambil kisah pasal Airen, tetapi di satu sudut paling dalam, dia masih mengambil berat tentang keselamatan gadis itu. Harris yakin, cinta Radhwan terhadap Airen Rafeqah tidak pernah padam.
Kereta diberhentikan di hadapan kafe Airen. Radhwan sempat mencapai kayu baseball di tempat duduk belakang. Bunyi jeritan seseorang dari belakang kedai menyentakkan mereka berdua. Harris dan Radhwan saling berpandangan sebelum berlari ke belakang kafe.
Harris menghampiri Farah yang sedang bergelut dengan dua orang lelaki. Nak tolong ke tak minah ni? Tengok macam kuat jer. Arghh! Apa kau merepek ni Harris. Perempuan ialah kaum yang lemah. Tak kisah la sekuat mana pun mereka, mesti memerlukan seorang lelaki untuk melindungi mereka. Dia mula membuka langkah untuk berlawan dengan mereka berdua. 2 lawan 1. Come on!
Mata Radhwan terarah kepada seorang lelaki yang menindih Airen. Hidung lelaki itu bermain dengan bahu Airen yang terdedah. Dia melihat isterinya sudah tidak sedarkan diri. Darahnya semakin menggelegak. Tanpa membuang masa, lelaki yang asyik melayan nafsu binatang terhadap Airen dihampiri. Lelaki itu masih lagi tidak perasan akan kewujudan mereka berdua.
"Tak guna kau!" Tubuh lelaki itu disepak kuat menggunakan kaki. Jelas riak terkejut pada wajah lelaki itu. Jahanam! Siapa pulak yang kacau projek aku malam ni. Bukan sahaja lauk, malah habuan pon tak dapat nanti. Mati la kalau bosnya dapat tahu. Silap- silap boleh masuk lokap kalau diorang lapor polis.
Lelaki itu cuba bangun tetapi satu lagi tendangan mengenai dadanya, Dia terbaring lemah di atas tanah. Terasa senak perutnya ditendang oleh lelaki yang tidak dikenali.
Buk !!
"Siapa bagi kebenaran untuk kau sentuh isteri aku!" jerkah Radhwan kuat. Lelaki itu tergamam. Mati aku! Dia melihat dua lagi rakannya sedang dibelasah oleh seorang lagi lelaki. Mungkin rakan kepada lelaki yang menyerangnya ini.
Dush!
Tumbukan padu dilayangkan. Dirinya sudah hilang pertimbangan. Tambahan pula melihat lelaki itu menyentuh isterinya. Mangsa yang belum sempat bertindak terbaring kesakitan di atas tanah. Tumbukan demi tumbukan diterimanya membuatkan dia tidak berdaya untuk bangun. Hidungnya mula berdarah. Jika ikutkan rasa marah Radhwan, mahu dipukul lelaki itu hingga mati.
Lelaki itu cuba melarikan diri. Dengan pantas, Radhwan menerpa ke arahnya. Baju yang dipakai ditarik kasar dari belakang. Nak lari eh? Jangan harap!
Dushh !!
Tumbukan demi tumbukan dilayangkan ke arah wajah itu. Tubuh lelaki yang sudah lemah itu ditolak ke atas jalan bertar. Puas membelasah lelaki itu, kayu baseball yang terdampar di atas tanah diambil. Kayu itu diangkat tinggi. Kemarahannya sudah berada di tahap maksimum. Sudah tidak dapat dikawal lagi kemarahannya. Ditambah pula apabila melihat wanita kesayangannya yang tidak sedarkan diri. Belum sempat kayu itu diayun kepada mangsanya, Harris bersuara kuat.
"Rez.. bawa Airen ke hospital cepat. Diorang ni biar aku yang uruskan" arah Harris. Radhwan mengangguk lemah, tercungap- cungap nafasnya kerana kehabisan tenaga membelasah lelaki durjana itu. Kayu baseball yang dipegang dilemparkan atas tanah. Segera tubuh Airen dihampiri.
Tubuh Airen yang lemah dicempung ke kereta. Dibaringkan isterinya di seat belakang. Tak sanggup melihat Airen yang tidak bermaya. Kereta audi miliknya bergerak laju meninggalkan perkarangan kafe yang telah melakar sejarah hitam dalam hidupnya.
Kalau la dia jawab panggilan Airen dari awal, semua tidak akan terjadi. Keras sungguh hatinya membiarkan panggilan Airen begitu sahaja. Sedikit sebanyak dia bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan maruah isterinya. Tidak lupa kepada Harris yang banyak membantu.
'Airen, maafkan aku' hanya itu sahaja yang mampu dilafazkan. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.
_________
Macam biasa gaiss...
Jangan lupa vote🌟 dan comment
💗💗💗💗
Jasa kalian amat sis hargai
🎈🎈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro