Part 39 - Diserang
Airen kembali bekerja di kafe seperti biasa. Nasib baik motosikalnya sudah dibaiki. Jadi, hari ni dia tidak perlu meminta pertolongan sesiapa untuk menghantarnya ke kafe. Jam di dinding dikerling. Dah malam rupanya. Patut la rasa penat semacam. Hari ini Airen mengambil alih kerja pada waktu malam kerana Iqbal pergi honeymoon bersama isterinya.
Sebelum pulang, seperti biasa Airen akan solat isyak terlebih dahulu di tempat khas dalam kafenya. Selesai solat, Airen mengemas kafe dan beg sandangnya dicapai. Bersiap sedia untuk pulang. Bahu yang sedikit lenguh diurut perlahan. Penat bekerja sepanjang hari. Selepas mengunci pintu dan menutup lampu kafe, Airen bergerak ke pintu belakang. Motosikal yang diparkir di belakang kafe memaksanya untuk melalui jalan sunyi di belakang kedainya.
Sedang dia melangkah ke arah moto, kedengaran suara lelaki berbual melalui telefon bimbit. Langkahnya terhenti. Cuba mendengar setiap perbualan lelaki itu.
"Bos nak dia lenyap atau nak kami tinggalkan kesan?"
"Tinggalkan kesan? Itu kami suka. Tapi mana puas seorang saja"
Perbualan itu menyentakkan Airen. Dadanya berdebar kencang. Adakah 'dia' yang dimaksudkan itu dirinya. Suara orang bercakap di tadi semakin jelas kedengaran. Bunyi tapak kaki seakan berlegar-legar di kawasan persekitaran.
Airen terus bersembunyi di sebalik tong sampah. Menggigil kuat tangannya ketika ini. Telefon bimbit segera dikeluarkan. Nombor Radhwan didail.
"Bos.. rasanya dia ada kat dalam lagi. Nak tunggu dia keluar atau kami masuk?
"Baik bos. Janji kami dapat habuannya"
Suara itu kedengaran lagi di telinga Airen.
Tuttt... Tuttt... Tuttt...
Nombor Radhwan didail barkali-kali tetapi hasilnya tetap hampa. Mana suaminya berada? Kenapa tak jawab call.
Tiba-tiba dia terasa mual. Seperti mahu memuntahkan segala isi perutnya tetapi terpaksa tahan. Kepala yang berpusing sejak tadi dipegang. Please jangan sekarang! Nombor Radhwan didail untuk kali yang terakhir. Seperti tadi, hasilnya tetap hampa.
Ya Allah ! Tolong hambamu ini.
Nombor Farah dicari dan cepat-cepat punat hijau ditekan. Airen menunggu dengan penuh debaran.
"Hello.. Farah" kata Airen apabila Farah menyambungkan talian. Suaranya diperlahankan supaya lelaki tadi tidak perasan akan kewujudannya.
"Woo.. Salam mana cik akak oii" gurau Farah. Kalau tak Airen yang selalu menegurnya begitu.
"Farah... To..tolong aku" tergagap Airen menuturkan kata. Matanya terhendap-hendap di sebalik tong sampah. Takut jika lelaki itu tiba- tiba muncul.
"Airen.. Rileks okay. Cakap slow-slow. Kenapa ni?" niatnya untuk bergurau dibatalkan apabila mendengar suara takut Airen. Bergurau salah timing gini la jadinya.
"Farah.. Aku kat belakang kafe ni. Tadi aku terdengar orang bersembang. Aku rasa diorang tuju kat aku. Aku takut, Farah" kata Airen lagi. Air matanya mengalir. Takut dengan keadaan yang berlaku ketika itu.
"Kau dah call Radhwan" soal Farah. Risau dengan keselamatan rakannya itu.
"Dia tak angkat. Aku tak tahu dia kat mana" jawab Airen lagi. Suaranya hampir tersekat di kerongkong.
"Kau tunggu situ sampai aku datang. Kau pergi masuk dalam kafe semula. Duduk dalam tu dan kunci. Jangan keluar sampai aku datang" Farah mengarah laju.
"Cepat sikit, aku takut" talian dimatikan.
Airen bangun dan terus menuju ke pintu belakang. Kunci dalam begnya diambil. Ketika dia cuba untuk membuka mangga, tiba-tiba kunci yang dipegang jatuh ke tanah menghasilkan bunyi yang agak kuat memandangkan tempat di situ sunyi.
"Bos.. kitorang rasa dia ada kat sini" suara yang kedengaran membuatkan Airen berpeluh.
"Baik bos"
Derap langkah semakin jelas di telinga Airen. Dia melangkah setapak ke belakang apabila melihat tiga lelaki tidak dikenali datang menghampiri. Lorong belakang yang sunyi ditambah lagi dengan lampu jalan yang suram menambahkan ketakutan dalam diri Airen.
"Hai sayang. Nak lari ke mana?" Kata salah seorang dari tiga lelaki itu. Manakala dua lagi rakannya ketawa melihat wajah takut Airen.
"Korang nak apa? Jangan ganggu aku" Airen melangkah setapak ke belakang apabila mereka menghampiri.
"Kami tak ada niat nak ganggu kau" lelaki berambut perang berkata sambil tersengih gatal.
"Habis? Korang nak apa. Baik korang blah sebelum aku panggil polis" ugut Airen. Beg sandangnya dipeluk erat.
"Panggil la. Dipersilakan..." lelaki itu tersenyum sinis diikuti hilai tawa mengejek dua orang rakannya.
"Jangan dekat! Kalau tak..." suara Airen bergetar. Air liur ditelan kesat.
"Kalau tak apa? Nak jerit? Jerit la. Kat sini tak ada orang nak lalu" cabar lelaki yang memakai mask hitam di mulut. Dia berada di tengah antara mereka bertiga.
"Tolong! Tolong saya!" Jerit Airen sekuat hatinya. Sejurus itu, Airen terus berlari. Takut jika berlaku perkara buruk.
"Kau nak lari mana?" mereka mengejar Airen. Baju yang dipakai sudah dibasahi peluh. Namun malangnya nasib Airen apabila salah seorang antara mereka berjaya merentap pergelangan tangannya.
"Arghh.. lepaskan aku. Tolong!!!" Airen meronta sekuat hati. Cuba melarikan diri dari situ.
"Diam !!" jerkah lelaki yang memakai mask.
Tubuhnya dicampak di atas longgokan kotak di tepi kafe. Jalan sunyi ditambah lagi dengan keadaan gelap menambahkan lagi ketakutan dalam hati Airen. Baju kemeja yang dipakai Airen direntap kasar sehingga terkoyak. Kedua belah tangannya dipegang oleh dua orang lelaki di kiri dan kanan.
"Lepaskan aku. Tolong jangan apa-apakan aku" Airen cuba merayu untuk dilepaskan. Air matanya jatuh.
"Cantik jugak kau ni eih" pipi Airen dielus perlahan. Nafsunya semakin terangsang melihat kulit mulus Airen yang terdedah.
"Lepas ! Jangan sentuh aku" Airen sekali lagi cuba meronta. Tetapi gagal kerana pegangan kuat pada lengannya. Matanya ditutup rapat. Hanya mampu menyerah pada Yang Esa.
"Kau akan jadi lauk kitorang malam ni" bisik lelaki itu. Tubuh Airen ditindih.
Tenaga Airen semakin berkurang kerana asyik meronta dari tadi. Tiba- tiba terasa cengkaman pada pergelangan tangannya semakin longgar. Airen membuka mata. Kelihatan Farah sedang memegang sebatang kayu.
"Shit! Kurang ajar betul !" Marah lelaki yang berambut perang.
"Lepaskan dia..." Jerit Farah. Kayu yang digunakan olehnya untuk memukul lelaki tadi dihunus ke hadapan. Dia langsung tidak takut berhadapan dengan lelaki-lelaki di hadapannya kerana dia memiliki ilmu mempertahankan diri. Tambahan pula, penglibatannya dalam persatuan karate di sekolah menengah menambahkan lagi keyakinan dalam dirinya.
"Farah!! Tolong aku.." jerit Airen kuat. Dia meronta cuba memboloskan diri dari rangkulan lelaki di hadapannya. Kakinya menendang perut lelaki itu.
"Woo.. ada heroin datang tolong" kata lelaki yang memakai subang di telinga yang sejak tadi diam. Wajah Farah ditenung tajam.
"Korang berdua uruskan dia. Mungkin boleh jadi lauk untuk korang rasa" arah lelaki bertopeng itu. Matanya kembali terarah kepada Airen.
Dua orang lelaki tadi menyerang Farah. Dengan sekali hayunan, mereka jatuh tersungkur. Huh! Lembik. Tetapi, entah di mana silap Farah, dia tidak perasan salah seorang dari mereka melakukan serangan hendap dari belakang. Pipinya ditampar kuat. Pedih! Cecair pekat mula menuruni bibirnga.
Kaki Airen bersedia untuk menendang 'killer sport'. Bukk!! Dahi lelaki itu berkerut menahan kesakitan.
"Arghhh!! Tak guna kau betina!" Kata lelaki itu kuat. Terasa sakit di bahagian 'kelakiannya'.
Akibat terlalu geram dengan tindakan Airen, dia menampar pipi mulus itu berkali- kali . Mata Airen berpinar-pinar. Tidak cukup dengan itu, dia menumbuk perut Airen kuat. Kesakitan mula menyucuk ari-ari Airen. Kesakitan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Satu lagi tumbukan diberikan di tempat yang sama. Pandangan Airen mulai kabur. Rontaan semakin perlahan. Dan akhirnya gelap.
Lelaki itu tersenyum sinis di sebalik topeng.
"Reti pulak diam. Senang kerja aku macam ni" wajah Airen yang sudah terkulai lemah dihampiri. Wangian dari tubuh gadis itu benar- benar menaikkan gelora jiwanya. Dia ingin menjadikan gadis itu sebagai pemuas nafsunya malam itu. Hidungnya bermain dengan kulit Airen yang terdedah.
_________
Seperti dijanjikan.. Sis update malam ni.
Selamat malam gais...💓
🌃🌃
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro