Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 32 - Hari lahir

Radhwan menuruni anak tangga satu persatu. Matanya meliar mencari kelibat keluarganya. Aikk..  Mana semua orang? Sunyi jer. Arissa dan Ameena pon tak ada. Jam tangan dikerling. Dia menepuk dahi. Terlalu sibuk sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Mana bini aku ni? Kalau tak 24 jam depan mata. Haishhh takkan rindu kot.

Baju putih yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan. Selepas subuh tadi, Airen beria-ria suruh dia memakai baju ini. Dia sendiri tak tahu mengapa. Lagipun, pagi tadi dia malas mahu mencari baju. Jadi, pakai ajelah yang ada. 

Semua tempat sudah dicari termasuk di bilik wayang, tetapi seorang pon tiada. Mama dan Papa takkan hilang jugak kot. Hanya satu tempat yang belum dicari. Laman belakang! Saat tangannya menarik pintu belakang, telinganya menangkap bunyi nyanyian yang kuat.

Happy birthday to you ~

Happy birthday to you ~

Happy birthday to Airez Radhwan....

Happy birthday to you ....

Wuhuuuu ... Tetamu yang hadir bersorak kegembiraan diselangi dengan tepukan gemuruh. Radhwan terkedu. Hari ni birthday aku erk.. Tu lah kau busy tak ingat dunia. Sampai birthday sendiri pon boleh lupa. 

"Birthday boy baru turun" salah seorang sepupunya mengusik. Ikutkan hati, mahu ja dia membaling kasut ke arah empunya suara. Tapi dibatalkan hasratnya itu. Birthday boy la katakan. Takkan nak buat perangai.

Radhwan masih lagi terkedu. Terkejut dengan kejutan yang diadakan. Macam mana dia boleh tak perasan semua ni padahal balkoni biliknya berhadapan dengan taman belakang rumah ini.

Dia melirik Airen yang tersenyum manis di sisinya. Mesti berkomplot dengan mama ni. Airen yang memakai t- shirt putih dan seluar jeans hitam nampak begitu manis sekali. Patut la suruh aku pakai baju ni. Nak bagi sedondon rupanya.

"Radhwan. Tiup lilin tu" Airen bersuara. Leka benar Radhwan merenung sampai naik segan dia dibuatnya. Lagi-lagi semua mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangnya. 

"Tiup dengan aku" pinta Radhwan sambil tersenyum manis. Matanya masih terpaku pada wajah malu isterinya.

Tepukan gemuruh sekali lagi bergema selepas Radhwan dan Airen bersama-sama meniupkan lilin pada kek yang tertera nama Airez Radhwan. Tiba acara memotong kek, mereka berdua bersama-sama memgang pisau. Feeling potong kek kahwin. Rania pula sibuk mengambil gambar menggunakan kamera nikon yang baru dibeli dengan duitnya sendiri. 

"Happy birthday Airez Radhwan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Bagi cucu ramai kat mummy tau" Humaira menyakat apabila mereka berada di meja belakang. Airen sedang asyik melayan sanak saudara.

Radhwan tersengih. Bila masa ntah kakak sulungnya itu datang. 

"Insyaallah. Akak tu bila nak tambah" balas Radhwan. Kembalikan soalan maut itu kepada kakaknya.

"Aik.. orang tanya dia, dia tnya kita balik. Cett" ujar Humaira. 

"Yelah.. Boleh bagi Ameena adik. Kesian Meena tak dak adik. Abang Danial kuat lagi apa. Kalau tak kuat, pergi beli ubat kuat. Kasi keras" kata Radhwan diselangi dengan ketawa yang kuat.

"Otak tu.. Kuning betul. Siapa ajar" wajah Humaira sudah bertukar merah. Danial yang sedang melayan Ameena dan Arissa di kolam renang dipandang.

"Blerk...." Radhwan menjelirkan lidah. Sengaja mengejek kakaknya. Macam budak-budak!

"Aku hempuk jugak budak ni kang" ujar Humaira geram. Tangan diangkat seperti mahu memukul Radhwan. Tanpa membuang masa, Radhwan terus berlari mendapatkan Airen. Kakak dia macam harimau woo.. Garang! Abang Danial sahaja yang boleh mengawal kakaknya seorang itu.

"Eh.. Kenapa awak ni" terkejut Airen apabila Radhwan terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Macam kena kejar dengan hantu. 

"Sayang.. ada harimau" beritahu Radhwan. Tercungap-cungap nafaskan. Semput jugak berlari pon. Lama tak berjoging. Lepas ni kena ajak Harris atau Rafiq bersenam. Kalau tak nanti gemok. Kalau gemok nanti dah tak handsome.

"Harimau?" soal Airen pelik. Matanya memandang sekeliling. Harimau mana pulak.. Tak ada apa pun. Hanya terdapat tetamu yang enak menjamu selera. Apa yang suaminya merepek ni!

"Tu...." Radhwan mengisyaratkan ke arah Humaira yang sedang melangkah ke arah Danial. Airen mencari kelibat yang dimaksudkan oleh suaminya. Beberapa saat kemudian, baru Airen faham. Tak habis-habis cari pasal mamat ni..

"Ishh.. Tak baik la. Awak tu singa. Singa jadian" balas Airen. Aik, kata tak baik tapi panggil suami sendiri singa. Apa kes!

Ish... macam keluarga haiwan liar pulak. Si kakak dipanggil harimau. Dia pulak singa. Habis.. Rania apa pulak? 

"Kau tunggu malam ni. Aku jadi singa betul baru tau. Ngaummm!!" Radhwan bersuara seperti harimau mengaum. Airen buat tak tahu. Bunyi macam cacing tertelan kacang jer.  

"So... Kau terlibat sekali la ni nak kenakan aku?" soal Radhwan apabila Airen diam.

"Hehehe.. Sorry. Diorang suruh rahsiakan" Airen tersengih. Menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Jom pergi makan. Aku lapar" tangan Airen ditarik menuju ke meja makan. Pelbagai hidangan disediakan. Radhwan sengaja menyuruh Airen menyuapkan. nak manja dengan bini katanya. Langsung tidak dihiraukan Rania yang tersengih memandangnya. Sedang mereka menikmati makanan yang terhidang..ada suara menegur.

"Mesranya you all" kata suara itu dengan manja yang dibuat-buat. Airen dan Radhwan memandang ke arah suara itu serentak. Seketika Radhwan mengukir senyuman.

"Eih.. Hana! Sorry tak perasan. Baru sampai Malaysia ke?" tegur Radhwan. Dia memandang wanita yang memakai dress paras lutut itu. Amboih seksinya minah ni. Airen tahan geram. Suka hati la nak mesra. Laki aku kot.

"Ha'ah. Baru sampai. Tak nak jemput I duduk ke?" Ujar gadis yang dipanggil Hana itu. Suaranya dibuat-buat sedih. Airen menjeling. Nak duduk, duduk jelah. Sampai nak berjemput apahal!!

"Duduk la" kata Radhwan. Suapan diteruskan. Airen di sebelah dipandang sekilas. Merah sudah wajah isterinya. Dia tersenyum dalam hati.

"Erm.. siapa tu?" Hana tahan geram. Radhwan seperti malas mahu melayannya. At least tarik la kerusi ini untuknya. Huh!!

"This is my wife. Airen Rafeqah. Sayang, ni cousin abang. Nama dia Hana Liana. Dia belajar dekat UK dah tiga tahun. Tiga tahun tu jugak dia tak balik Malaysia. " Radhwan memperkenalkan antara satu sama lain. Senyuman manis dihadiahkan buat Hana apabila mata mereka bertemu tetapi hanya senyuman sinis yang dibalas. Podahh ingat aku nak senyum sangat kat kau, kambing! 

Airen hanya mengangguk paham dengan apa yang diceritakan oleh Radhwan. Abang.. sayang? Hatinya meloncat kegembiraan. Hrmm permulaan yang bagus walaupun hanya lakonan semata-mata. 

"Ouh.. Tak jadi dengan Husna ke?" soal Hana lagi. Dia tersenyum penuh makna.

Radhwan terdiam. Begitu juga dengan Airen. Wajah suaminya berubah keruh. Ada sesuatu yang menjentik tangkai hatinya. Radhwan masih cintakan Husna? 

"Dia dah takde" kata Radhwan lirih. Makanan di dalam pinggan dikuis menggunakan sudu. 

"Ops. Sorry. I tak tahu"Jelas riak terkejut pada wajah Hana. Airen hanya memandang. Apsal nampak macam berlakon. Tak real langsung. 

"Sokay. Jemput la makan" 

"Anyway, Happy Birthday. Nah hadiah. I harap dengan hadiah ni, you ingat kenangan kita waktu dulu-dulu" kata Hana sambil menghulurkan satu kotak berwarna biru. Kata-kata Hana membuatkan Airen tersentak. Apa maksud pompuan ni?

"Thank you" balas Radhwan ringkas. Huluran hadiah itu disambut. 

_______


Mereka berdua baru selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah. Sambutan hari lahir Radhwan berlangsung dengan meriah sekali. Yang Airen tak puas hati, Si Hana tu asyik nak berkepit dengan suaminya. Heyy dah tak ada laki lain ke kau nak bergesel. Nasib baik Radhwan malas layan. Nak jugak menggatal dengan Airen. Banyak jugak hadiah yang suaminya dapat. Semua hadiah itu diletakkan di ruang tamu. Malas bawak masuk bilik, buat semak jer kata Radhwan. Esok baru digeledah semua hadiah itu disebabkan rasa penat yang menguasai diri.

Arissa dan Ameena sudah pulang ke rumah mereka. Kembali sunyilah rumah agam ini. Kalau tak, asyik suara jeritan Ameena yang kedengaran. Hadiah yang baru dikeluarkan dari almari dibawa ke katil di mana Radhwan sedang berbaring. 

  "Awak.. Happy birthday. Semoga jadi suami yang baik. Yang dapat bimbing saya ke syurga nanti" kata Airen selepas melabuhkan punggung di sisi suaminya.  

"Thank you sayang. InsyaAllah aku akan jadi suami yang terbaik. Kenapa tak bagi tadi?" buku yang dibaca ditutup dan diletakkan di atas meja sisi. Dia bangun dari perbaringan dan duduk bersila berhadapan dengan Airen. Matanya tertancap pada kotak berwarna merah jambu. Merah jambu? Euuu...

"Tadi ramai la. Baik bagi dalam bilik. Lebih bermakna awak tahu" kotak yang berada di tangannya dihulurkan kepada Radhwan.

"Lebih bermakna?" Radhwan tarik senyuman gatal. Dia melirik ke arah Airen atas bawah.

"Ish.. fikir bukan-bukan. Awak buka la hadiah tu" ujar Airen. Hatinya berdebar. Risau jika suaminya tidak menyukai hadiah yang diberi.

Radhwan tersenyum saat hadiah itu terbuka luas. Bantal kucing berwarna putih dikeluarkan dari kotak. Siap ada reben hitam lagi. Comel!

"So sweet sayang" puji Radhwan. Tangannya bermain dengan ekor kucing itu. Boleh buat bantal tidur ni. Gebu gebas!

"Kenapa awak suka panggil saya sayang" soal Airen. Matanya memandang redup ke dalam anak mata Radhwan. Cuba mentafsir isi hati suaminya.

"Suka hati aku la"jawab Radhwan laju. Jangan sampai kantoi. Memang tak salah untuk dia mencintai Airen. Tetapi hati ada sesuatu yang melarang. Mesti bisikan syaiton. Dasar syaitan tak guna! Egonya begitu tinggi. Kalah gunung everest. Kalau dah sayang tu cakap ajelah. Dia dah jadi hak kau dah.

"Jawapan mintak makan kaki sungguh" kata Airen perlahan. Susah sangat nak mengaku dia sayang aku. Dalam hati dia tersenyum.

"Apa? Tak dengar" kata Radhwan. Wajahnya didekatkan kepada Airen.

" Takda pa-pa. Tu ada satu lagi hadiah" bahu Radhwan ditolak jauh.

"Apa ni?" sebuah buku dikeluarkan. Nampak macam album. Tangannya membelek luaran buku itu. Siap berbunga lagi!

Saat buku itu dibuka, terpampang gambar dia ketika kecil. Ini bukan buku tapi album! Diselak pula helaian seterusnya. Ketika dia remaja hinggalah ke perkahwinan. Dia tersengih melihat zaman kegemilangannya dulu. 

Airen tersenyum manis. Gambar itu sudah diatur dari Radhwan masih bayi hingga dah dewasa. Sebenarnya, di akhiran album itu penuh dengan gambar mereka berdua. Terlalu banyak hingga tak terkira. Gambar pagi tadi pon ada kerana dia menggunakan kamera polaroid. Bayangkan jelah tebal tak tebal album tu.

"Mana kau dapat semua gambar ni?" soal Radhwan saat matanya terpaku pada satu gambar yang menunjukkan dia sedang bermain bola sepak. Kalau tak silap, tempat itu di padang sekolah dulu.

"Mungkin awak lupa yang awak tu crush saya dari dulu lagi" jawab Airen. Dia termalu sendiri. Terpaksa mengaku yang dia sudah lama jatuh hati pada lelaki di hadapannya.

"Hahahhaa... Tak sangka aku ada crush dulu" ketawanya meledak kuat. Kepala digeleng perlahan. Dia kembali menatap album di tangannya. Senyuman tak lekang dari bibir merahnya sejak tadi. Kalah madu wooo

"Macam mana awak nak tahu awak ada crush. Asyik terkejar-kejar yang hot jer" mulut Airen mencebik geram. Jika diingat kembali kisah silamnya, amat memalukan. Dulu dia seorang pendiam. Tetapi mencintai seorang lelaki yang hyper active. Kalau boleh semua nak rembat. Nasib bola jaring untuk perempuan, kalau tak sekali dengan permainan tu dia nak masuk. Budak hot sekolah la katakan.

"Jelous eih..." Radhwan menduga. Muka malu Airen dipandang sekilas.

"Tipulah tak jeles" Airen jawab dalam hati. Wajah Radhwan yang menunduk memandang album di tangannya diamati. Senyuman yang terukir pada bibir lelaki itu membuatkan dia bahagia. Tak sanggup dia kehilangan lelaki itu.

 Sedar tak sedar, sudah sampai di muka surat akhir. Gambar yang menunjukkan Airen sedang menyuap kek ke mulutnya dipandang lama. Ni mesti kerja Rania. Apa pon dia tetap suka. Janji Airen sentiasa ada di sampingnya.

"Thank you. Aku suka sangat" bisik Radhwan. Dia menghadiahkan kucupan di dahi Airen. 

__________

Huhh!! Penat cheq menaip

Selamat membaca

:-)

Macam biasa.. Jangan lupa vote and comment 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro