Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 28 - Tumpangkan

Rania menghantar abang dan kakak ipar serta anak saudaranya di muka pintu. Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu masih berada di rumah Pak Long. Mungkin petang ini baru balik.

Matanya melirik kepada  Airen yang sedang menguruskan Arissa dan Ameena manakala Radhwan sibuk mengangkat beg pakaian. Bekalan makanan dimasukkan ke tempat penumpang belakang kereta. Arissa dan Ameena menjengukkan kepala melalui tingkap yang terbuka luas. Airen hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"Rania.. Jaga rumah baik-baik. Jangan balik lambat sangat. Kunci pintu ni. Kalau ada orang tak kenal jangan buka pintu" nasihat Radhwan panjang lebar. Beg pakaian dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Rania dh besar la.. tahu la jaga diri. Lagipun bukan Rania sorang dalam rumah ni. Bibik kan ada" Rania buat muka menyampah. Ingat dia budak kecik ka. Tangannya memeluk tubuh

"Malam ni Rania ajak kawan tidur sini eih?" Sambungnya lagi. Seram tidur sorang-sorang dalam rumah besar ni.

"Kawan perempuan ke lelaki?" soal Radhwan garang. Matanya dikecilkan memandang adiknya. Bonet kereta ditutup setelah memastikan semua barang telah dibawa. Dia bergerak ke tepi kereta di mana Rania sedang berdiri. 

"Mestilah perempuan.. Apa la abang ni" jawab Rania. Dia masih waras untuk membawa pulang kawan lelaki. Lagipun ramai orang yang tak boleh percaya zaman sekarang ni. Kawan pon boleh jadi lawan. Dalam hati dia bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang setia bersama dengannya ketika susah. Dia hanya akan membawa lelaki datang ke rumah jika dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Eh!!

"Mana la tahu.." jawab Radhwan perlahan. Jam tangan menunjukkan pukul 8.30. Untuk bergerak ke Perak, dia perlu bertolak awal kerana mengambil masa yang agak lama.

"Bawak kereta tu hati-hati, Abang Rez. Jangan nak drift pulak. Kak Ren, kalau abang bawak laju, cubit jer lengan dia " kata Rania seakan memerli. Bukan dia tak tahu yang abangnya suka drift. Buat jalan raya macam dia yang punya. 

"Yelah Nia. Bukan setakat cubit jer. Akak bagi penampar sekali. Pakej lengkap" Airen berdiri di tepi Radhwan. Dia memandang sekilas suaminya. Lelaki itu memakai seluar slack hitam bersama singlet hitam di dalam manakala jaket warna gelap menutupi tubuh sasanya. Cermin mata hitam diselitkan pada singlet . Perfect!!

"Berani ke" soal Radhwan sambil tersenyum sinis. Wajah manis Airen dipandang.

"Of course" jawab Airen yakin. Jarinya menolak hidung seperti gangster. Macam berani padahal dalam sudah kecut.

"Buat la kalau berani. Aku tolak kau ke katil baru tau" kata Radhwan. Dia menjeling wajah Airen yang sudah merah. Mungkin malu dengan Rania yang sudah tersenyum nakal. Gadis itu terdiam. Matanya meliar memandang sekeliling. Enggan bertentang mata dengannya.

"Eii apa ni gaduh-gaduh" marah Rania. Malu dengan perkataan yang baru keluar dari mulut abangnya. Dah la Arissa dan Ameena sedang mendengar perbualan mereka. Terikut-ikut kang budak-budak tu nanti. Mintak-mintak aku tak dapat suami yang gatal macam abang. Eiyerk!!

"Kak Ren mula dulu. Okey lah Nia. Abang gerak dulu. Apa-apa hal call je abang. Assalamualaikum" tangannya dihulur kemudian dikucup perlahan oleh Rania. Kemudian, Rania beralih pula ke arah Airen. Tangan kakak iparnya dikucup sebelum mereka melagakan pipi. Perempuan!

"Waalaikumussalam" jawab Rania. Dia memandang abang dan kakak iparnya memboloskan diri ke dalam kereta. Tangannya dilambaikan ke arah Arissa dan Ameena yang menjengukkan kepala melalui tingkap.

"Bye-bye Ucu Bucukk" kata Arissa dan Ameena serentak. Tangan mereka membalas lambaikan Rania yang memuncungkan bibir. 

Kereta BMW milik Radhwan mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Rania hanya memandang hingga kereta itu hilang dari pandangan matanya. 

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Yes!! Rumah ini ana yang punya! Hahaha" Rania menjerit kuat diselangi dengan ketawa. Pintu rumah ditutup rapat dan dia terus bergerak ke bilik wayang. Dia mahu menonton drama korea kegemarannya memandangkan hari ini dia cuti.

_________


Iphone milik Radhwan berdering minta dijawab. Dia terus memakai earphone di telinganya. Panggilan disambungkan.

"Hello.. Kau dah gerak belum?" soal Harris di hujung talian. Amboih salam tak ada terus kena soal!

Hari ini dia mengajak Fikri Harris untuk menemaninya ke Tambun. Itu pun sebab dia perlukan geng untuk bermain di sana nanti memandangkan semua perempuan. Lagipun Airen ada mengajak Farah untuk menjaga kedua anak saudaranya. Rafiq pula tidak dapat menyertai mereka kerana ada meeting penting sangat katanya. Haihhh

"Aku baru je gerak. Nanti jumpa sana. Aku jalan terus tak tunggu kau dah" ujar Radhwan selamba.

"Dasar kau" Harris membentak. Ini la kawan. Time susah cari, time senang dilupai. Eh apa kena mengena.

"Oh ya.. Aku lupa nak bagitahu. Farah, kawan Airen ikut. Kau tumpangkan dia eih" kata Radhwan sambil tersengih. Macam la kawan dia tu boleh nampak.

"Oh no! Minah mulut banyak tu. Tak nak aku." Harris menggeleng laju. Mampus minah tu ikut. Boleh jadi mimpi ngeri.

"Kau kenal Farah ke? Aku rasa aku tak pernah kenalkan pon kat kau" Radhwan sudah pelik. Lain macam ja Harris ni 

"Oh ye ke? Aku kenal kot. Entah la" Harris gugup. Hampir terkantoi sudah. Gadis yang ditemui di kenduri tahlil keluarga Radhwan bermain di matanya. Gadis itu juga yang membuatkan dia teringat akan seseorang. 

"Habis.. Yang kau tak nak sangat kenapa? Kau bukan kenal pon. Tumpangkan jap jer. Mana tau kau berkenan kat dia. Lagipun kau single kot. Mana tahu Farah jodoh kau." Radhwan mengusik. Sesuai apabila Harris dan Farah disatukan. Sorang mulut murai, sorang lagi pendiam. Dia mengakui bahawa Rafiq lebih ramah daripada Harris. Tetapi apabila kedua-duanya bergabung boleh meletup bangunan jadinya. Macam-macam idea gila boleh timbul dari otak masing-masing.

"Ahh takde2. Aku tak nak! Fullstop!" Harris memberikan kata putus. Insaf dah untuk bertemu dengan gadis itu. Boleh gaduh nanti. Mulut minah tu pulak jenis tak reti duk diam. Nasib la bukan bini aku. Kalau tak... Haishhh ke situ pulak.

"Elleh kau. Itu pun nak berkira. Kawan bini aku kira kawan aku jugak. Kawan aku kira kawan kau jugaklah" Airen yang berada disebelahnya dijeling sekilas. Gadis itu ralit mendengar perbualannya dengan Harris.

"Banyak la kau punya kawan. Kawan bini kau bukan kawan aku. Apsal tak naik kereta kau sekali jer?" soal Harris. Macam-macam alasan dicari untuk tidak bertemu dengan Farah.

"Kereta aku full. Lagipun aku nak tidur hotel malam ni. Esok baru gerak balik. Boleh la eih. Tumpangkan je bukan aku suruh buat apa pon" ujar Radhwan. Yang susah sangat nak tolong tumpangkan ni apsal. Sebelum ni okay jer. Siap boleh pergi dating lagi.

"Penuh la sangat. Minah tu bukan besar mana pon. Ameena boleh je duduk depan dengan Airen" balas Harris. Radhwan terdiam. Kawannya itu seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Mungkinkah..

Telefon Radhwan dirampas oleh Airen. Loudspeaker dibuka. Terbutang mata Radhwan dengan tindakan isterinya.

"Hello Harris. Ni Airen. Saya minta tolong sangat. Boleh la tumpangkan Farah" suara Airen dilembutkan. Berharap agar Harris dapat menumpangkan Farah. Kalau takda Farah, siapalah nak tolong dia untuk menguruskan Arissa dan Ameena..

"Errr..." Harris serba salah. Kalau dengan perempuan dia lemah sikit. 

"Boleh la eih.." Airen berkata lagi. 

"Ermmm... Yelah ! Ni saya buat demi awak tau. Bukan untuk kawan awak tu" Harris akhirnya bersetuju. Airen menghembuskan nafas lega.

"Eih kau ni. Suami dia ada kat sebelah jer. Tak reti nak cover ke" kata Radhwan. Airen di sebelah dijeling tajam. 

"Ingat aku takut dengan kau" balas Harris di hujung talian.

"Terima kasih Harris. Jap gi saya hantar alamat rumah dia eih" ujar Airen tenang. Sudah biasa dengan jelingan Radhwan.

"Okey." 

"Awak kenal Farah ke? Gaya macam dah kenal lama dengan kawan saya tu" tanya Airen. Cuba memerangkap Harris dengan soalan cepumas.

"Eh! mm.. mana ada la. Okey la saya pergi dulu. K bye. Assalamulaikum" Harris segera meminta diri. Risau sekiranya mulutnya terlepas cakap.

"Waalaikumsalam" balas Airen.

"Amboih kau. Seronok bukan main lagi kau eih" ujar Radhwan. Terselit nada cemburu pada suaranya. 

"Jelous ka?" soal Airen sambil tersenyum. Radhwan yang sedang memandu dipandang

"Tak ada maknanya" jawab Radhwan kasar. Dalam hati jangan kata la. Mahu sahaja dia mengungkap perasaan cinta. Tetapi tembok kebencian masih ada sisanya. 

Airen tersenyum nipis. Dia tahu yang Radhwan tidak akan pernah jatuh cinta dengannya. Lelaki itu sudah memberi peringatan pada malam perkahwinan dulu. Jadi, biarlah dia sahaja yang mencintai lelaki itu walaupun cintanya tidak berbalas.

Dia terus menghantar lokasi rumahnya kepada Harris melalui telefon milik Radhwan. Yang mengejutkannya ialah apabila dia melihat screen lock Iphone milik lelaki itu. Tertera gambarnya dan Radhwan saling berpandangan ketika kenduri tahlil hari tu. Airen tersenyum sendiri. Telefon mahal itu diberikan kembali kepada Radhwan.

Nombor Farah didail menggunakan telefon bimbitnya pula. Apa la minah ni buat. Lambat sangat nak jawan telefon.

"Assalamualaikum. Weh kau siap ke belum?" soal Airen apabila gagang diangkat

"Waalaikumsalam. Aku dah siap dah. Kau kat mana? Kematu dah punggung aku tunggu kau" kata Farah laju. Cakap macam jet pejuang. Tak berhenti langsung. Minah ni sesuai kahwin dengan lelaki pendiam. Dapat lelaki yang mulut murai macam dia, mahu pecah rumah tu dibuatnya.

"Aku tak boleh ambik kau la.." belum Airen menghabiskan ayat, kata-katanya terus dipotong laju.

"Hah? Wehh aku siap dah kot. Sampai hati kau buat macam ni. Aku excited gila nak pi Tambun tu.  Benci la kau ni. Aku nak merajuk!" ujar Farah. Punya la dia teruja mahu pergi, alih-alih tak jadi pulak. Penat menunggu sampai tertidur atas sofa ni. Kalau nak tahu, hobinya adalah tidur. Tak kisah di mana jua. Dalam kereta, atas rumput, atas bumbung semuanya boleh. Entah macam mana dia boleh jadi jururawat. Ermm...

"Farah Nadirah. Can you hear what i want to say first?" kata Airen lembut. Mulut minah ni elok kena stapler jer. 

"Ha cakap apa kau nak cakap. Aku diam. Nak merajuk!" Farah diam. Menanti penjelasan Airen di hujung talian.

"Memang la kau tak naik dengan aku. Sebab kereta Radhwan full. Dengan beg lagi makanan lagi. Tapi.. Ha dengar betul-betul. Jangan nak potong apa aku cakap. Tapi kau naik dengan Harris kawan Radhwan. Aku dah hantar alamat rumah kita tu." Airen menghembus nafas. Nasib kali ni Farah diam. Kalau tak kena ulang lagi sekali.

"Hah? Mamat gatal tu? Tak nak aku. Dah gatal miang. Nanti dia buat apa kat aku macam mana. Eiii seramm" kata Farah. Terbayang wajah kacak seorang lelaki di matanya. Arghh!! Handsome ja tak dak guna kalau memang dah gatal, miang, perogol!

"Kau kenal dia ke?" soal Airen pelik. Harris dan Farah seperti saling mengenali. Gadis itu terdiam di hujung talian.

"Eih.. tak kenal pon.. Tak.. Tak kenal" balas Farah gagap. Debaran di dadanya cuba disembunyikan.

"Habis? Gelabah lemak apesal? Kau diam dah la dalam kereta nanti." balas Airen selamba. 

"Tapi.."

"Kau nak ikut ke tak nak?" Airen mula mengugut. Farah ni tak boleh bagi muka sangat. Tengok luaran memang matang. Tetapi perangai macam budak-budak. Suka merengek.

"Nak... Tapi aku tak nak naik dengan dia" mulutnya dicebikkan.

"Lepastu kau nak jalan kaki? Eh bersyukur tau aku ajak kau" balas Airen. 

"Tapi....."

"Takde tapi-tapi"

"Kalau dia buat apa2 kat aku macam mana" Farah memberi alasan. Ini bukan alasan tau! Disebabkan perkara yang terjadi beberapa minggu lalu. Dia takut untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Fikri Harris. Tetapi kejadian itu disimpan dengan kemas daripada pengetahuan rakan-rakannya.

"Aku jamin dia tak kan buat apa apa" kata Airen

"Boleh percaya ke kau punya jaminan tu. Kau bukan kenal dia pon" balas Farah. Rasa macam nak nangis. Airen! Sampai hati kau buat aku macam ni. Siap kau kalau aku jumpa kat sana. Aku ganyang cukup-cukup pipi kau tu. 

"Aku kenal dia la. Lagipun Radhwan kan ada. Hekelleh kau. Drama queen sangat. Lain kali tengok la drama banyak-banyak. Terpengaruh sangat dengan drama tu" ujar Airen. Kenal sangat dengan Farah. Suka layan drama pukul 7 TV3 sampai terpengaruh ke alam realiti. Kau pun sama la Airen oii.. Perkahwinan sebab terpaksa.. Tapi aku memang suka dia dari dulu. Huhuhu

Pon!  Pon!

"Oklah dia dah sampai kot. Aku pergi dulu. Assalamualaikum" kata Farah. Matanya memandang ke luar . Sebuah kereta BMW berwarna putih terparkir di hadapan rumah.

"Waalaikumsalam. Farah hati-hati. Korang berdua je dalam kereta tu" Airen sempat mengusik. Senyuman gatal terukir di bibirnya. 

"Rennn!!!!" Farah menjerit di hujung talian. Boleh pekak telinga aku. Talian terus dimatikan. 

"Apa sembang lama sangat" tegur Radhwan. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pemanduan.

"Farah takut naik dengan Harris. Takut jadi apa-apa" beritahu Airen bersama tawa. 

"Jangan risau lau. Aku kenal Harris. Dia bukan jenis macam tu"

"Ha'ah bukan macam awak. Perogol bersiri" kata Airen tanpa sedar. Radhwan tersentak. 

"Eh kau jaga sikit eh mulut tu. Perogol ni la yang nak bagi anak kat kau tau. Tak ada perogol ni.. tak adanya kau mengandung." kata Radhwan tanpa rasa malu. Airen memandang tempat duduk belakang. Arissa dan Ameena sudah terlelap. Patut la diam jer dari tadi. Tidur rupanya.

Radhwan ni pun satu. Cakap tu haishh.. Tak tengok kiri kanan. Ikut sedap mulut dia jer. 

"Boleh jer mengandung kalau tak ada awak. Saya boleh je kahwin lain lepas awak ceraikan saya nanti" kata Airen tenang. Pandangannya dilarikan ke atas lebuhraya di hadapan. Dia hanya berpura-pura tenang. Tapi, hanya dia yang tahu rasa sakit dalam hati apabila mendengar perkataan cerai. Dia tak mampu untuk berpisah dengan orang yang dia sayang. Hanya Airez Radhwan yang boleh membahagiakan dirinya. 

"Airen.. tolong jangan sebut pasal cerai. Aku... " Radhwan terdiam. Kata-katanya tidak dapat diteruskan.

"Betul la. Awak sendiri yang cakap dulu yang awak tak nak anak dengan saya. Dan awak akan ceraikan saya. Kenapa? Sebab saya ni pembunuh Husna dan awak tak nak ada keturunan dengan pembunuh,  kan?" kata Airen lembut. Dadanya bagai mahu pecah menahan sebak di hati.

"Airen... Please. Jangan ungkit lagi pasal tu" kata Radhwan perlahan. Sungguh dia menyesal dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya dulu.

"Saya takkan lupa apa yang awak kata kat saya dulu" ucap Airen perlahan. 

"Aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila. Tu janji aku"

"Awak bawak la kereta tu elok2. Awak kena ingat awak bawak 3 nyawa dalam kereta ni" Airen menukar topik. Tak selesa untuk bercakap tentang hal itu.

"Apa kau cakap macam tu. Kata-kata tu satu doa tau" 

"Ops sorry"

"Kau tak nak tidur ke?"

"Tak mengantuk pun. Lagipun baru bertolak kan.. Tak apa saya teman awak. Boleh bersembang dengan crush saya ni" kata Airen sambil tersengih. Menunjukkan susunan giginya yang putih bersih.

"Apa? ulang sekali lagi" Hati Radhwan berbunga-bunga. Bukannya dia tak dengar malah jelas kedengaran di telinganya. Sengaja mahu mengusik Airen. Suasana sedih tadi kini bertukar ceria. 

"Saya kata saya nak teman awak bawak kereta" kata Airen. Terlepas cakap sudah.

"Tak.. bukan yang tu" Radhwan menggeleng. 

"Habis yang mana?"

"Kau kata aku crush kau"

"Tak. Mana ada la" Wajah Airen merona merah. 

Radhwan tersenyum bahagia. Bersyukur kerana Allah menggantikan yang lebih baik. 

____________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro