Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 26 - Wayang

Airen melangkah masuk dalam kafe yang sudah dipenuhi ramai pelanggan. Ameena yang berada dalam dukungan diletakkan di atas sofa. Arissa yang erat memegang tangan Airen seperti terpaku melihat ramai orang di dalam kafe. Memerhati setiap gerak geri pelanggan yang datang.

"Arissa dengan Ameena duduk sini tau. Jangan nakal-nakal" beg Arissa yang dipenuhi mainan diletakkan di atas meja. Buku warna dan pensel warna dikeluarkan dari beg itu.

"Baik Acik Ren" kata mereka serentak. Airen hanya mengangguk. Dia memasuki dapur untuk menyediakan air dan makanan untuk anak saudaranya. Kemudian dia kembali semula ke sofa untuk menghantar makanan. Kedua beradik itu sibuk mewarna buku kartun sehingga tidak sedar akan kehadiran Airen.

"Arissa dengan Ameena makan ni dulu okay. Jap lagi Aunty Farah dengan Aunty Qaseh datang. Petang pulak kita pergi tengok wayang, okay?" beritahu Airen. Makanan yang dibawa tadi diletakkan di atas meja.

"Okay!!". Arissa sambil mencapai air. Kek yang dibawa Acik Airen diambil dan disuap ke dalam mulut. Manakala Ameena hanya buat tak tahu. Hekelleh budak ni. Airen kembali semula ke dapur untuk menyambung kerja. Pelanggan semakin ramai memenuhi ruang kafe miliknya membuatkan dia tidak menang tangan untuk melakukan tugas walaupun dia mempunyai dua orang pekerja.

"Assalamualaikum Arissa, Ameena" Farah dan Qaseh memberi salam. Mereka berdua mengambil tempat berhadapan dengan kedua beradik tersebut. Aimi tidak dapat datang kerana bertugas sebagai pramugari di atas kapal terbang menuju ke Dubai.

"Waalaikumussalam Aunty" Jawab Arissa sopan. Farah memasamkan wajah. Aunty? Macam mak cik- mak cik ja. Panggil la kakak ka Sister ka. Cett.. Farah membebel dalam hati.

"Ameena buat ape tu" tegur Qaseh kepada Ameena yang sejak tadi diam. Fokus betul mewarna sampai tak sedar kehadiran dua wanita cantik di hadapannya. Ceyhh

"Colour buku ni" jawab Ameena tanpa mengangkat wajah.

"Cantiknya Meena colour" puji Qaseh ikhlas. Qaseh menjeling Farah yang mengganggu Arissa mewarna. Terjerit-jerit budak tu dibuatkan.

"Makasih Aunty" balas Ameena. Nasib dapat Aunty Qaseh yang baik. Aunty Farah nampak menakutkan. Kesian Kak Rissa

"Mana Acik Ren?" soal Farah kepada Arissa. Matanya meliar sekeliling kafe mencari kelibat rakannya itu.

"Acik Ren kerja. Atuk pesan jangan kacau Acik Ren kerja. Rissa dah janji dengan atuk. Jadi, Aunty Pah pon tak boleh kacau Acik Ren" mulut comel Arissa berkata-kata. Geram dengan Aunty Farah yang mengganggunya mewarna. 

Farah sudah ternganga. Aunty Pah? Punya sedap nama aku, budak ni panggil Aunty Pah. Kuang asam punya budak!

"Aunty Pah nak kacau jugak" Farah mengusik Arissa. Lidah dijelirkan mencari pasal dengan Arissa. Sebijik perangai macam budak-budak. Arissa memuncungkan bibir comelnya. Bab mengusik dan mengacau budak-budak serah sahaja kepada Farah. Itu memang kepakarannya sejak azali. Pernah si Farah ni mengusik anak mak cik mana entah sampai menangis budak tu. Hahahha. Qaseh hanya menggeleng melihat perangai Farah. Dari kecik sampai besar panjang, perangai tak pernah berubah.

"Yelah-yelah. Aunty Pah tak kacau Acik Ren. Cuba Arissa senyum. Mesti comel" Farah cuba memujuk. Bibirnya ditarik menggunakan jari telunjuk. Gaya seperti badut cuba menggembirakan kanak-kanak.

Arissa menarik senyum apabila mendengar kata-kata Farah. Ketawanya terlepas melihat wajah lucu Farah.

"Ha.... Tengok!! Kan dah comel tu. Cantik pulak tu. Anak siapa la ni" kata Farah. Kepala Arissa digosok sehingga kusut rambut budak tu.

"Wehh!! Dah sampai erk korang. Sorry tak perasan" Airen menegur. Dia mengambil tempat di sebelah Ameena yang fokus mewarna. Dulang yang dibawa diletakkan atas meja.

"Eh takpe. Kitorang memang halimunan kat sini dari tadi" perli Farah. Airen yang berada di hadapannya dijeling tajam.

"Jangan la marah. Aku sibuk sikit" Wajah Farah dipandang. Rasa rindu pula kepada Husna. Semoga dia tenang di sana.

"Dak, tak maqah pon aih" kata Farah dalam longhat Kedah yang memang piau amek hang kebabomm. Tubuhnya disandar pada sofa. Tangannya disilang di dada.

"Bagus la. Tolong jaga Arissa dengan Ameena jap ok. Aku pergi ambil air jap untuk korang. Sayang korang muahh!" Airen bangun semula menuju ke dapur. Minah ni memang tak reti penat ke. Aku yang tengok pon penat.

"What !!!" Farah ternganga. Ingat aku baby sitter nak tolong jaga budak ni. Haiee !! Farah membebel seorang diri. Qaseh sudah menggeleng kepala. Buat macam susah sangat nak jaga budak-budak. Baginya tiada masalah untuk menjaga Arissa dan Ameena kerana kedua-dua beradik itu baik dan sopan.

"Aunty Pah jangan marah" kata Ameena yang sejak tadi berdiam diri. Wajah manis Farah dipandang dengan mata bulatnya.

"Tak... mana ada Aunty Pah marah. Geram sikit jer dengan Acik Ren. Rasa macam nak cubit-cubit pipi Acik Ren tu. Emmm geram!!" beg galas miliknya diganyang. Arissa menarik perlahan beg Cinderella yang berada di atas meja. Seram melihat Farah yang mengganas seperti orang gila. Beg itu diletakkan di sisi. Silap hari bulan beg dia pon rosak kena ganyang dengan Farah. Mak cik Farah ni sangat menakutkan.

"Weh kau chat sapa" tanya Farah apabila melihat Qaseh tersengih seorang diri melihat telefon. Takkan chat pakwe kot. Pakwe pon tak ada. Kahkahkah. Amboih gelak kat orang. Dia sendiri pon tak ada pakwe.

"Aimi. Dia dah sampai Dubai" beritahu Qaseh. Gambar Aimi yang membelakangkan Menara Burj Khalifa  ditunjukkan kepada Farah. Menara itu merupakan salah satu menara yang paling tinggi di dunia.

"Perrghhhh Dubai. Kau pm dia ker?" Farah memandang gambar tersebut. Cantik! Untung la boleh pergi oversea.

"Taklah. Kat group kita la" jawab Qaseh. Telefonnya ditarik kembali. 

"Ouh.. Patut rasa punggung ada vibrate" kata Farah sambil tersengih. Telefon bimbit dalam poket seluar diambil dan membaca perbualan Qaseh dan Aimi dalam group.

Qaseh menepuk dahi. Ya Allah tak senonoh betul Farah ni. Dah la cakap depan budak-budak.

"Nah air korang" Airen sudah sampai bersama dulang di tangan. Air diletakkan di hadapan rakannya.

"Weh Ren. Kita nak pergi mana lepas ni?" soal Qaseh.  Air kopi kegemarannya dicapai dan dihirup perlahan.

"Bawak budak ni pergi tengok wayang jap. Lepas tu aku nak pergi cari hadiah untuk birthday Radhwan minggu depan" Airen memberitahu perancangannya untuk hari ini. 

 "Apsal tak beli minggu depan je?" tanya Qaseh lagi. 

"Minggu depan aku busy. Nanti tak sempat pulak nak beli hadiah" kata Airen. Kepala Ameena yang berada di sebelahnya diusap perlahan.

"Ouh.. Okey. Kitorang ikut jer" balas Qaseh. Matanya melirik kepada Farah yang sibuk bermain handphone.

"By the way, esok korang free tak?" wajah rakannya dipandang silih berganti..

"Aku tak free la. Ada photoshot. Farah aku tak tahu la" bahu dijungkit perlahan.

"Farah kau free tak esok?" soal Airen kepada Farah yang sibuk bermain telefon. Pandangannya fokus terhadap telefon. Tidak mempedulikan soalan Airen. Sekali sekala dia tersengih. Buat apa tah minah ni. Airen dan Qaseh saling berpandangan. Dia memberi syarat kepada Qaseh.

"Weh boroi gemok gendut!!" Qaseh menolak kasar badan Farah. Hampir terjatuh gadis itu. Dia hanya tersengih apabila Farah melirik tajam ke arahnya. Hekelleh ingat aku takut

"Woiii kisah silam jangan ungkit haa.. Sekarang aku dah slim okey" balas farah geram. Dok throwback benda lama pulak.. Ya dulu dia gemok dan tembam semasa sekolah menengah. Sekarang dah kurus hasil titik peluh dia berjoging ketika zaman universiti. Ceyhh !

"Farah, jawab la soalan aku" Airen mengeluh. Apa malang sangat dapat kawan senget macam Farah ni. Senget-senget Farah pon, dia la kawan yang sentiasa menolong ketika susah dan senang. Begitu juga dengan Qaseh, Aimi dan arwah Husna. Mereka yang sentiasa berada di sisinya pada semua keadaan.

"Soalan apa?" Airen buat muka kering. Qaseh menahan sabar. Tak lama kena hempuk jugak kang minah ni.

"Airen Rafeqah tanya... esok kau free tak?" soal Qaseh lembut bagi pihak Airen.

"Ha'ah. Free. Kenapa?". Dia cuba menumpukan perhatian terhadap Qaseh dan Airen. 

"Tak la.. Esok Radhwan nak bawak budak-budak ni pergi Tambun.." belum Airen menghabiskan ayat Farah sudah memotong.

"Dah tu apa masalahnya?" muka blur dipamerkan. Larhh pergi jelah. Nak bagitahu aku dah kenapa mak cik ni.  Tiba-tiba terasa pipinya dicubit kuat. Aduhhh!! Rasa macam nak tercabut pipi gebu aku.

"Haa... kan dah kena. Dengar dulu Airen nak cakap apa" kata Qaseh.

"Yelah2" Farah menggosok pipinya perlahan. Wajah Qaseh yang tersenyum kemenangan ditenung bagai harimau mahu menelan mangsanya. Kecik besar kecik besar jer aku tengok mangkuk ni.

"Kalau kau free, esok boleh tak kau ikut kitorang sekali? Boleh tolong aku jaga budak2 ni" bagitahu Airen. Dia memandang muka Farah yang seperti asam kecut. Macam mana la minah dua orang ni duduk sekali dalam rumah. Berperang agaknya

"Yesss!!.. Akhirnya dapat jugak aku jalan2. Boring doe dok dlm rumah tu. Asyik hadap muka Qaseh ni ja.. Bosan" kata Farah sengaja menyakitkan hati Qaseh. 

"Ingat aku hadap sangat nak tengok muka kau" balas Qaseh pula. Mereka saling bercakaran. Airen hanya menggeleng melihat perangai kedua-dua rakannya. Dalam hati dia berharap sangat agar Aimi cepat pulang ke tanah air.

"Rissa.. Meena, esok aunty ikut. Kita boleh jadi geng sama-sama. Tinggal Acik Ren sorang2. Jangan kawan dengan dia" mata Farah dikerdipkan ke arah Arissa dan Ameena. Senyuman ditarik sampai telinga.

Arissa tersentak. Ah sudah! Mak Cik Senget ni ikut pulak. Mampus aku kena buli kat sana. Dia melihat adiknya mengangguk. Ohh!! Tidakk..

"Eh kau.. merasuk fikiran budak2" marah Airen. Tangannya cuba menampar Farah tetapi gadis itu pantas mengelak. Qaseh mengeluarkan telefon bimbitnya. Membiarkan Airen dan Farah saling bergaduh.

"Airen.. Laki kau" Qaseh menunjukkan instastory milik Radhwan. Airen terhenti daripada cuba menampar Farah. Matanya memandang skrin telefon bimbit Qaseh. Tanpa sedar Airen mengukir tersenyum. Handsome jugak laki aku


"Aiceyh senyum. Tahu la laki kau handsome. Tak payah senyum sampai macam tu. Geli la aku tengok" Qaseh mengusik nakal. Pipi Airen mula merah menahan malu.

"Mana ada la. Dah la. Aku nak sambung kerja" Airen mula bangun dari sofa. Baju kemeja seragam dikemaskan sedikit sebelum berlalu ke dapur.

"Itulah.. Dari dulu orang suruh buat insta tak nak. Hekelleh" Qaseh membebel seorang diri. Matanya beralih melihat tingkah laku Arissa dan Ameena. Terbayang bagaimana Airen mempunyai anak-anak. Pasti comel! Dia tersenyum sendiri.

Husna.. rancangan kau masa hidup dulu dah berjaya satukan dua hati. Kau dah berjaya ubah seorang lelaki ego menjadi seorang pencinta yang setia. Tapi kau pergi dulu sebelum kitorang. Semoga kau tenang kat sana. Radhwan dah berubah sekarang. Kau dah buat yang terbaik untuk dia dan Airen. 

____________


"Weh, nak tengok cerita apa ni" tanya Airen ketika apabila mereka sudah sampai di hadapan pawagam. 

"Jom tengok cerita kartun. Macam best jer" jawab Farah. 

"Kau tak habis-habis kartun. Macam budak-budak. Boleh dah geng dengan Arissa dengan Ameena" kata Airen. 

"Yeay!!! Aunty Pah geng dengan kitorang" jerit Ameena. Tubuh kecil itu bersorak girang sambil melompat lompat di atas Farah yang sedang mendukung. Farah menjegilkan masa tetapi Ameena hanya buat tak tahu. Arissa yang memegang erat tangan Airen hanya memandang tingkah adiknya. Beraninya Ameena! Siap boleh melompat lagi. Tengok mak cik ni jeling pon aku dah kecut.

Mereka bergerak ke kaunter untuk membeli tiket dan sedikit makanan dan minuman. Mereka memilih cartoon movie kerana Arissa dan Ameena merengek nak tonton. Selepas selesai, mereka bergerak untuk masuk ke dalam.

"Korang masuk dulu. Bawak Arissa dengan Ameena sekali. Aku nak pergi cari hadiah jap. Satgi aku masuk okay" Airen meminta diri. Tangan Arissa yang digenggam erat diberikan kepada Qaseh. 

"Okay. Kitorang tunggu kat dalam tau" kata Qaseh. Airen hanya mengangguk. Dia terus bergerak keluar dari pawagam. Kedai hadiah dicari.  Yes!! jumpa

Selepas selesai memilih hadiah, Airen kembali ke pawagam. Dia tersenyum sendiri. Berharap agar Radhwan menyukai hadiah yang dibelinya.

_________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro