Part 25 - Aku nak kau
"Weh.. boleh tak kau bukak tudung tu? Aku rimas la tengok" kata Radhwan ketika mereka berada dalam bilik wardrobe. Airen sibuk menyangkut baju yang dibeli tadi pada hanger. Mamat ni je yang menyibuk masuk sekali. Konon nak tengok Airen mengemas baju.
"Kenapa? Selama ni okay jer" wajah Radhwan yang sedang bersandar dipandang. Tangan lelaki itu disilangkan ke dada.
"Aku cakap buka, buka jelah" Radhwan menarik muka.
"Awak yang suruh saya pakai dulu. Awak tak suka saya tunjuk rambut. Awak kata saya macam ahli sihir kalau buka tudung. Sama jahat den..." kata kata Airen terhenti. Matanya terbeliak dengan tindakan drastik Radhwan.
Cupp !
Bibirnya dilepaskan perlahan oleh Radhwan. Wajahnya sudah bertukar merah. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu melompat keluar dari badan. Pipinya diusap lembut oleh tangan kasar lelaki itu manakala sebelah tangan lagi merangkul erat pinggangnya.
"I'm sorry. Sekarang ni aku suruh kau buka tudung. Lepas ni tak payah pakai dah dalam rumah ni. Kecuali kalau Abang Danial balik. Okay?" bisik Radhwan. Hidungnya sudah bertemu dengan hidung milik Airen. Tangannya menarik perlahan tudung yang menutup rambut panjang Airen. Cantik! Mata mereka saling bertentangan. Beberapa minit kemudian Airen tersedar. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.
Radhwan tersenyum melihat wajah merah isterinya yang sedang menunduk.
"Awak pergi la tunggu dekat luar. Saya nak kemas bagi habis ni" kata Airen sedikit gugup. Rambut yang jatuh diselitkan di tepi telinga. Tangannya berpura-pura mengemas baju. Ya Allah! Rasa macam nak pecah dada. Berharap sangat agar Radhwan keluar dari bilik itu.
Radhwan hanya buat tak tahu. Dia lebih suka berdua-duaan dengan isterinya dalam bilik ini.
"Airen.. Kau belum try lagi baju yang aku beli tadi" kata Radhwan apabila matanya tertancap pada baju tidur seksi yang digantung dalam almari. Merah aumm..
"Perlu ka?" soal Airen. Gila apa.. Malu tadi pon tak hilang lagi. Ni nak suruh pakai baju seksi tu pulak. Lagi la malu!
"Perlu la. Cepat pergi try" kata Radhwan. Belakang tubuh Airen yang membelakanginya dipandang.
"Tak nak la.." balas Airen. Kepalanya digeleng laju.
"Try jelah. Aku nak tengok" bibirnya diketap. Geram dengan kedegilan isterinya.
"Tak nak!"
"Kau nak aku pakaikan?" Radhwan sudah mula mengugut. Mata gatalnya melirik pada tubuh Airen.
"Lagi la tak nak" Airen menjeling tajam. Eii macam perogol bersiri
"Lebih baik kau try sendiri daripada aku yang tolong pakaikan. Aku okey jer. Cuma aku risau jadi benda lain kang. Tak pasal-pasal mama dengan papa dapat cucu" Radhwan menahan ketawa dalam hati melihat muka cuak isterinya. Macam la tak pernah buat. Ehh !!
"Seksi sangat masalahnya" Airen merungut. Tangannya mencapai baju seksi berwarna merah yang digantung dalam almari. Baju itu dibelek. Hanya baju itu yang paling elok pon. Baju lain yang dibeli Radhwan semuanya jarang dan singkat paras paha.
Ni kalau aku pakai paras paha kut.. Tapi aku pendek ja. Maybe paras lutut. Airen berkata dalam hati
"Alah bukan dosa pon. Aku sorang jer ada dalam bilik ni" balas Radhwan.
"Tapi..."
"Maybe kau nak aku pakaikan" Radhwan menghampiri isterinya. Sengaja mahu mengusik.
"Eh takpa2.. Saya boleh pakai sendiri". Baju itu dicapai dan dibawa ke bilik air. Bukan boleh percaya sangat Radhwan ni.
Selesai menukar pakaian, Airen bergerak ke cermin. Terjojol biji matanya melihat pantulan pada cermin. Seksinya.. Tak pasal-pasal kena terkam malam ni.
Airen menjengukkan kepala di bilik air untuk melihat kelibat suaminya. Aikkk dah hilang. Bagus.. line clear. Kaki melangkah keluar dari bilik air. Matanya meliar mencari tubuh Radhwan. Tiba-tiba bilik tidur menjadi gelap. Hanya cahaya lampu tidur yang menerangi bilik itu. Nak kata tak ada elektrik, elok je lampu tidur terpasang. Takkan lampu rosak kot.
Airen tersentak apabila ada tangan sasa yang merangkul pinggangnya dari belakang. Terasa deruan nafas seseorang di telingnya. Jantungnya yang berdegup normal tadi sudah berdegup laju. Seperti baru berlari keliling padang 10 round. Hidung lelaki itu bermain dengan rambutnya.
Keharuman dari tubuh badan Airen membangkitkan lagi nafsu lelakinya. Dia menghidu dalam-dalam wangian rambut Airen. Ada getaran pada tubuh itu. Isterinya sangat menggoda ketika memakai pakaian seksi.
Sebelum ini dia tidak pernah melihat Airen berpakaian seksi. Hanya jubah dan baju kurung yang menutup setiap inci tubuh gadis itu untuk dijaga. Hanya untuk tatapannya seorang. Tiada lelaki yang boleh melihat tubuh itu. Radhwan berasa sangat bertuah kerana memilik Airen sebagai isteri. Gadis itu sangat menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Dapat Radhwan rasakan lekuk tubuh Airen kerana kedudukan mereka sangat rapat sehingga tiada ruang antara mereka.
"Eh ! Awak... Awak buat apa ni" Tekak Airen terasa kesat untuk berkata-kata. Saat ini dia sudah rasa lemah lutut. Terasa bibir Radhwan bermain di leher putihnya.
"Aku nak tuntut hutang aku malam ni" bisik Radhwan perlahan. Tidak dapat ditahan lagi gelora dalam jiwanya. Nafsunya semakin membuak-buak melihat tubuh Airen yang terdedah.
"Hutang apa? Ahh !!" Airen terjerit kecil apabila terasa dirinya dicempung. Tubuhnya diletakkan di atas katil. Wajahnya berubah pucat apabila Radhwan mula menindih tubuhnya. Tangan lelaki itu menutup suis lampu tidur dan bilik menjadi gelap gelita. Bajunya yang dipakai ditanggalkan dan dilempar entah ke mana.
"Aku nak kau" bisik Radhwan sebelum dia mula memainkan peranan. Airen hanya diam. Membalas setiap belaian yang dilakukan oleh suaminya.
_________
Burkkk !!
Rania menutup mulut selepas sendawa. Perutnya kekeyangan direhatkan di atas kerusi malas tepi kolam. Mereka sekeluarga menghabiskan masa berehat di tepi kolam renang. Tan Sri Zahir leka membaca surat khabar Berita Harian. Puan Sri Rahayu pula sibuk memerhati kerenah cucu-cucunya.
Arissa dan Ameena sudah basah di dalam kolam. Arissa yang kempunan telah menghabiskan 2 keping pizza. Makan banyak tetapi badan kecik budak ni. Radhwan juga ikut serta berada di dalam kolam. Lelaki itu tidak berbaju. Jelas menunjukkan otot-otot di dada bidangnya.
Airen masih malu dengan perkara yang berlaku malam tadi. Rasa macam mahu menyorok mukanya apabila bertembung dengan Radhwan. Lelaki itu yang berada dalam kolam tersenyum nakal ke arahnya.
Airen membetulkan tudungnya. Cuba menghilangkan debaran di hati. Dia masih mengenakan tudung kerana lehernya penuh dengan 'tanda' akibat perbuatan Radhwan. Gila apa nak buka tudung. Malu jika mama dan papa nampak. Mana nak sorok muka. Ditambah pula dengan usikan Rania. Huishh
"Papa Rez. Jom la bawak Meena dengan kakak pergi waterpark. Kat sana ada gelongsor. Seronok!!" Kata Ameena. Air kolam ditepuk hingga berkocak air. Mata Radhwan dialihkan dari memandang wajah malu Airen. Teringatkan kejadian malam tadi, dia tersenyum bahagia. Tidak menyangka bahawa Airen akan membalas setiap perbuatannya. Kalau sebelum ni menangis. Mana tak menangis kalau kau layan dia kasar. Tak ubah macam kau rogol dia.
"Mandi kat sini dah la Meena" balas Radhwan sambil tersenyum. Ameena memasamkan wajah. Mulut comelnya dicebikkan.
"Ala.... Tak seronok la. Kat sini tak ada gelongsor. Meena nak naik gelongsor" Ameena merengek.
"Yelah².. lusa Papa Rez bawak Meena dengan Rissa. Esok Papa Rez kerja. Meena dengan kakak duduk dengan nenek okay" kepala Ameena digosok.
"Yeayyy!!!" Arissa dan Ameena bersorak gembira. Mereka berenang gembira tanpa bantuan pelampung. Hal ini kerana mereka sudah dilatih berenang oleh Humaira dan Daniel sejak kecil.
"Rez... Mama lupa nak bagitahu. Esok Mama dengan Papa nak pergi rumah Pak Long kamu. Nak melawat Mak Long yang baru keluar hospital" beritahu Puan Sri Rahayu. Risau dia apabila mendapat berita bahawa kakak sulungnya dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Sangat bahaya!
"Oh yer ker? Esok Mama kirim salam dekat Pak Long dengan Mak Long yer" balas Radhwan. Wajah Puan Sri Rahayu yang berada di meja dipandang.
"Insyaallah" Puan Sri Rahayu hanya mengangguk.
"Rania, esok Nia kerja tak?" Radhwan memandang Rania pula.
"Kerja la abang. Rania shif pagi esok" majalah wanita ditangannya ditutup. Mata memandang tepat wajah abangnya. Radhwan terdiam. Siapa nak jaga Arissa dan Ameena esok. Takkan nak bawak pergi pejabat. Kang kecoh pula satu bangunan tu dengan jeritan budak-budak ni. Bukan dia tak tahu Arissa dan Ameena suka menjerit. Ikut perangai Rania la ni.
"Takpa la.. saya bawak Arissa dengan Ameena pergi kafe" Airen menawarkan diri. Kesian kat budak-budak tu kalau tinggal kat rumah walaupun rumah itu ada orang gaji. Banyak kes penderaan yang berlaku melibatkan pembantu rumah .
Airen memandang Radhwan. Mata mereka bertemu. Ya Allah! Hensomenya laki aku. Rambut basah yang terjuntai di dahi ditolak ke belakang oleh tangan lelaki itu. Bergetaq tulang rusuk cheq. Airen cepat-cepat mengalihkan pandangan. Jantungnya berdegup kencang.
"Yeay yeay. Ikut acik Ren pergi kerja" Arissa yang dari tadi diam bersorak dalam air. Arissa dan Ameena walaupun masih kecil sudah pandai berenang kerana dilatih sejak kecil. Mereka berdua cekap mengapungkan diri di atas air.
"Rissa dengan Meena jangan nakal tau. Jangan kacau Acik Ren buat kerja. Okay?" Tan Sri Zahir memberi nasihat. Surat khabar yang dibaca tadi dilipat dan diletakkan di atas meja.
"Okay!! Janji" Arissa dan Ameen menjerit. Sakit telinga aku la budak!
"Bagus cucu atuk. Macam ni la baru atuk sayang"
_____________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro