Part 24 - Shoping
Radhwan menolak troli yang dipenuhi barang dapur. Airen yang berada di sebelahnya sibuk meneliti list barang keperluan dapur. Arissa dan Ameena tidak mahu mengikut mereka berdua kerana mahu menonton cartoon Despicable me yang dipasang Rania di bilik wayang. Kartun dengan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Jadi, hanya mereka berdua yang datang ke pasaraya membeli barang.
"Hai ! You ni Airez Radhwan, right?" Tiba-tiba ada suara menegur. Radhwan dan Airen memusingkan kepala serentak. Kelihatan seorang gadis cantik memakai gaun paras lutut berwarna biru tersenyum manis.
"Yes I am. Who are you?" Soal Radhwan pelik. Siapa pulak minah ni. Tak pernah kenal pon
"I Lucy. Your followers. I minat sangat kat you. Boleh kita selfie sekali?" Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangan. Radhwan hanya mengangguk perlahan. Matanya melirik kepada Airen yang memandang ke arah lain. Pasti isterinya cemburu.
"Ouh yes of course. By the way, this is my wife. Boleh dia selfie sekali?" tangan Airen ditarik mendekatinya. Airen ditolak untuk berdiri di antara Lucy dan Radhwan. Ingat aku troli nak main tolak tarik.
"Yes sure. Your wife is very beautiful" puji Lucy. Telefon bimbitnya diangkat tinggi dan beberapa gambar diambil sebagai kenangan.
Klik !
Klik !
Airen menjeling Radhwan. Lelaki itu mengambil kesempatan memeluk pinggangnya ketika selfie tadi. Tangan itu selamba merayap di pinggangnya. Gatal!
"Thank you so much Radhwan and ..... " Keningnya terangkat. Wajah manis Airen dipandang.
"Airen Rafeqah. Just call me Airen" mereka berjabat tangan. Senyuman manis terukir di bibir Airen. Lucy tergelak kecil dengan sikap sporting Airen.
"Ouh yea. Cantik nama you macam you jugak. Okeylah. I pergi dulu. My hubby is waiting" Lucy meminta diri. Tangannya dilambai ke arah pasangan itu.
Mulut Airen ternganga. Oh! kahwin dah rupanya. Ingatkan single sebab nampak muda. Baru ingat nak merajuk dengan Radhwan. Airen membalas lambaian Lucy yang bergerak ke kaunter bayaran.
"Awak boleh lepaskan dah kut" kata Airen. Matanya memandang sekeliling. Banyak mata yang memandang mereka. Atau lebih tepat memandang Radhwan. Ada yang memandangnya dengan pandangan sinis. Mungkin kerana dia tidak sesuai untuk dipadankan dengan Radhwan yang kacak bergaya. Ada juga yang tersengih melihat Radhwan. Tak yang aku tak paham kenapa mak cik yang tak dak gigi pon tersengih macam kambing tengok mamat ni. Hai mak cik, jangan cari pasal !
"Lepas apa?" Soal Radhwan pelik.
"Ni !" Kata Airen sambil menunjukkan tangan Radhwan yang masih memeluk pinggangnya.
"Kau kan isteri aku. Apa salahnya?" Kata Radhwan. Pelukan dieratkan lagi.
"Memang tak salah. Tapi ramai orang tengok. Tak malu ke? Kalau kat rumah takpelah". Opss ! Airen menutup mulutnya. Aduhh!! Mesti Radhwan fikir lain. Otak kuning lelaki itu tidak dapat dijangka.
Radhwan tersenyum gatal. Haa tengok! Kan aku dah kata.
"Okey sayang. Balik satgi aku tuntut" pinggang Airen dilepaskan dan dia berjalan ke hadapan sambil menolak troli meninggalkan Airen yang masih berdiri kaku. Arh sudah!! Mampus aku
Airen berjalan laju mengikut Radhwan dan dari belakang. Takpa la kaki dia panjang. Jalan laju. Kaki aku yang pendek ni kena jalan cepat kalau nak ligan dia. Huh galah!
"Awak ni memang banyak peminat eih?" mulut Airen ringan berkata. Belakang tubuh Radhwan dipandang.
Radhwan berhenti berjalan. Airen yang berjalan laju di belakangnya tidak sempat brek dan belakang tubuh badan Radhwan dilanggarnya. Aduh!! Tulang apa mamat nih? Sakit dahi aku.
"Kau tu pulak memang suka langgar aku ka apa?" soalan Airen dibalas dengan soalan yang langsung tiada kaitan. Cett!!
"Soalan saya awak tak jawab lagi" muka toya ditayang. Dahinya yang sakit digosok perlahan.
"Apsal? Kau jealous?" teka Radhwan. Muka merah Airen dipandang.
"Excuse me. Memang tak la. Lagipun dia dah kahwin kot" kata Airen.
Buah anggur dan epal dicapai dan diletakkan dalam troli. Tidak lupa juga buah strawberi dan lemon. Kalau ikutkan hati mahu saja dia mengambil semua buah di situ. Peluang untuk menghabiskan duit Radhwan tidak akan disia-siakan. Hihihi
"Tak berdosa pon kalau kau mengaku kau jeles" kata Radhwan. Wajah merah Airen dipandang. Gadis itu hanya diam tidak membalas kata-katanya. Tau pun kalah !
___________
Radhwan dan Airen masuk dalam perut kereta Audi. Mereka baru selesai makan tengah hari di KFC. Perut sudah penuh, mari kita pulang. Airen bersorak dalam hati. Yiihaaaaa!!!
"Lepas ni kita shopping baju pulak" kata Radhwan. Airen menggeleng. Orang tengah penat dia boleh ajak shopping lagi. Tak penat ke? Kaki robot ka apa laki aku ni.
"Eih tak payah. Baju awak tu banyak lagi dalam almari. Yang tak bukak lagi pun ada. Tak payah membazir" kata Airen.
Kereta masih berada di parking. Bila nak jalan da... Airen mahu cepat pulang kerana kakinya sudah lenguh. Dan badan sudah berlengas. Tetapi si suami mengajak untuk shopping. Sekarang ni siapa lelaki dan siapa pulak perempuan? Macam terbalik ja.
"Ada aku kata aku nak beli baju untuk aku ker? Nak beli untuk kau la. Asyik ulang pakai baju yang sama ja aku tengok hari-hari". Kereta mula bergerak perlahan-lahan menuju ke jalan utama.
"Tak payah la. Baju saya banyak dalam almari tu". Dia kata aku ulang pakai baju yang sama. Kuang hasam betul. Okey fine. Aku mengaku aku selalu pakai baju yang sama. Tapi bukan sebab takda baju lain tapi sebab aku suka dan selesa pakai baju tu.
"Ahh takde-takde. Semua baju kau tak lawa. Baju lama dan tak berfesyen langsung. Baju kurung aje banyak dalam almari tu" Radhwan senyum sinis.
"Buat apa nak berfesyen. Janji tutup aurat. Kang saya pakai seksi, awak juga yang tanggung dosa" balas Airen berani. Cari gaduh nampak. Takkan Radhwan tak tahu yang perempuan sentiasa betul. Jadi, perbahasan mesti diteruskan janji aku menang.
"Jangan berani kau pakai seksi kat luar" Radhwan memberi amaran. Wajah Airen dipandang tajam.
"Tapi kalau depan aku kau tak pakai apa pon aku tak marah. Lagi aku suka" sengihan nakal terukir di bibir itu. Tiada lagi renungan tajam seperti tadi. Hanya pandangan yang .... haiyarkkk duduk jauh-jauh la kambing!
Airen pandang Radhwan. Bibirnya diangkat sebelah.
What the ... Gatal punya galah!! Dasar buluh betong !!
"Tak nak pergi. Jom balik!" bentak Airen. Pandangannya dilemparkan ke jalan raya.
"Pergi jugak!"
"Tak nak"
"Pergi"
"Tak nak"
"Pergi"
"Tak nak"
"Pergi"
"Tak nak"
"Apa hukum langgar perintah suami?" Radhwan sudah mengeluarkan hukum. Aura ustaz dia mai dah!!
"Berdosa" jawab Airen perlahan. Lemah betul kalau main hukum-hukum ni.
"Jadi?"
"Ikut pergi beli baju"
"Good! This is my wife"
"Mana aci main ugut hukum"
"Apsal tak aci lak"
"Takde. Saya tak nak ikut"
"Kau ni aku nak bawak pergi shopping pon tak nak ke. Kalau perempuan lain bukan main seronok kalau pergi shopping. Ni kau terbalik pulak"
"Saya tetap tak nak sebab saya bukan dalam kategori perempuan lain tu" tangan disilangkan ke dadanya.
"Kalau kau tak nak, aku cium kau kat sini" ugut Radhwan. Degil pulak budak ni!
"Eii awak ni gatalnya. Kiss la kalau berani" cabar Airen. Dia berani kerana Radhwan sedang memandu. Kalau tak memandu memang tak la dia nak cakap macam tu. Takkan dia nak berhenti tepi jalan yang sibuk ni.
Muka Airen berubah cuak. Oh My God !! Radhwan sudah memberikan signal ke kiri. Kereta berhenti di bahu jalan. Lampu kecemasan dipasang. Suka hati dia jer. Kena saman baru kau tau!
"Kenapa awak berhenti?" soal Airen gugup. Jantungnya terasa bagai nak pecah. Wajah Radhwan didekatkan dengan wajahnya.
"Sebab nak kiss kau" bisik Radhwan perlahan. Hidung mereka bertemu. Wajah merka terlalu dekat.
"Gatal !! Jalan la cepat" tubuh Radhwan ditolak kuat. Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku
"Gatal dengan kau sorang jer" kata Radhwan yang sudah berada di posisi asal. Ketawa kecil terlepas dari bibirnya. Kelakar melihat wajah cuak Airen. Signal ke kanan diberikan.
"Awak memang mulut manis macam ni ke?" soal Airen sambil membetulkan tudung. Padahal tudung elok je. Sengaja mahu menutup debaran di dada.
"Manis ker?" soal Radhwan kembali. Wajah isterinya dipandang sekilas kemudian kembali menumpukan perhatian pada pemanduan.
"Tak" jawab Airen ringkas.
"Kau nak rasa?" Radhwan sengaja mengusik.
"Tak nak!!". Jerit Airen. Tangannya menekup muka. Meremang pulak bulu roma aku ni. Semakin menjadi-jadi Radhwan ni
____________
Airen melangkah masuk bersama-sama Radhwan ke dalam kedai yang menjual pakaian wanita. Tengok dari luar macam kedai mahal. Nasibnya baik kerana kedai itu turut menjual pakaian dalam wanita.
Kaki melangkah ke arah bahagian dalaman. Pelbagai warna dan corak yang terdapat di situ. Tanpa dia sedar Radhwan setia mengekori dari belakang.
"Kau nak beli ni?" tangannya mencapai baju dalam yang berada di rak. Muka innocent dipamerkan.
"Awak ikut saya kenapa?" marah Airen. Mukanya sudah merah. Ya Allah, mamat ni dah kenapa!? Tangannya pantas mencapai baju dalam yang dipegang Radhwan dan diletakkan kembali di rak.
"Ikut suka hati aku la. Kau sibuk pahal" kata Radhwan. Sengaja menyakitkan hati Airen. Isterinya hanya menjeling tajam. Amboi garangnya!
"Airen. Kalau kau pakai ni mesti lawa" kata Radhwan sambil memegang baju dalam wanita berwarna merah terang. Sangat menggoda.
"Awak buat apa tu? Pergi tunggu sana" marah Airen sambil bercekak pinggang. Seperti mak-mak marah anak. Muka merah menahan malu.
"Tak nak! Blerk" lidah dijelirkan ke arah Airen. Sengaja membuatkan gadis itu marah.
"Tak nak sudah" Airen beralah. Malas mahu melayan perangai Radhwan.
Selesai memilih beberapa helai pakaian dalam, Airen melangkah ke bahagian menjual baju berfesyen pula. Pelbagai jenis pakaian yang trending dijual di kedai itu. Semua baju dipilih oleh Radhwan sendiri. Dia yang perempuan pon tak excited macam mamat ni. Baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. Rambang mata Airen dibuatnya.
Airen memandang harga. Mak oii mahalnya. Sampai beratus satu baju pun. Airen memandang baju yang dipegang oleh pekerja disitu. Banyaknya! Nak dekat sepuluh helai. Kalau semua sekali beribu juga terbang melayang. Biarlah guna duit dia. Dia yang nak shopping sangat tadi.
Selepas puas memilih baju, mereka berdua bergerak ke kaunter untuk membuat bayaran. Radhwan mengeluarkan kad kredit dan diserahkan kepada penjaga kaunter. Airen hanya memandang.
Tiba tiba pandangan Airen terarah kepada beberapa helai baju tidur yang seksi di dalam plastik. Aikkk aku rasa aku tak ambik pon baju tu.
"Eih tu bukan saya punya" kata Airen.
"I yang pilih untuk you sayang" beritahu Radhwan. Sebelah matanya dikejipkan kepada Airen. Sakit mata ke bang oii.
Penjaga kaunter itu sudah tersenyum melihat mereka. Amboih adik .. Airen masih berfikir. Bila masa mamat tu ambik baju seksi tu. Dah la seksi jarang pulak. Entah siapa nak pakai.
Selesai urusan membeli belah, mereka bergerak ke kereta. Tiada suara yang keluar dari mulut kerana masing-masing sudah penat.
___________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro