Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 2 - Pertemuan

AIREZ RADHWAN memandang kafe di hadapannya. Cantik!  Jam tangannya menunjukkan pukul 9 pagi. Dia terus berjalan memasuki kafe tersebut. Tunangnya yang mengajak untuk berjumpa di kafe ini. Dia melabuhkan punggung di atas salah sebuah kerusi kayu yang cantik.

Dia melihat seorang perempuan tergopoh gapah mencari menu di kaunter. Kemudian berjalan pantas menuju ke arahnya. Menu yang dibawa tadi diletakkan di hadapannya.

"Ya encik. Nak order apa" tanya perempuan tersebut. Suaranya sangat perlahan. Antara dengar dan tak dengar jer.

Airez membelek menu dihadapannya.

Give me hot chocolate and chocolate cake" kata Airez ringkas. Wajah perempuan yang menunduk itu dipandang. Macam pernah tengok!

"Okey. Tunggu sekejap ya encik" perempuan itu berlalu pergi.
Airez memandang sekeliling. Hanya dia sahaja pelanggan yang berada di kedai itu. Iphone dikeluarkan dari poket  sementara menunggu pesanannya siap.

Beberapa minit kemudian.

"Ini pesanan encik" Airen meletakkan pinggan kek yang dipesan terlebih dahulu. Kemudian baru cawan hot chocolate. Tiba tiba cawan yang dipegang tadi tertumpah ke atas seluar Airez. Mana taknya, tangannya sedang terketar hebat apabila bertemu dengan lelaki ini. Lelaki yang berjaya memiliki hatinya. Tetapi perasaanya perlu dibuang kerana Airez akan berkahwin dengan kawan baiknya beberapa minggu lagi.

"Arghh" Airez terjerit apabila air panas itu menyentuh kulitnya. Pandangan tajam diberikan kepada Airen. Dasar budak kampung !

"Sa-saya minta maaf. Saya tak sengaja" kata Airen tergagap. Tisu di atas meja diambil secara banyak bagi mengelap baju lelaki itu. Hatinya cuba menahan sebak di hati. Terasa mahu menangis.

"Haieee kau ni kalau tak tahu buat kerja, tak payah kerja !! Menyusahkan jer. Macam mana majikan kau boleh ambil kau bekerja ! Panggil majikan kau sekarang !!" jerkah Airez. Amarahnya berada di tahap maksimum. Dah la lepas ni nak ke pejabat.

Bahu Airen terangkat akibat terkejut. Maakkk!! Ni yang tak suka ni. Hari pertama buka kafe dah jadi macam ni. Kalau esok lusa entah jadi apa.

"Ta-tapi" jawab Airen. Nak panggil macam mana kalau dia la pemilik kafe ni. Kepala di sebalik selendang hitam digaru. Bukan gatal tapi tengah fikir !

"PANGGIL JELAHH !!" Jerkah Airez lantang. Dia turut sama berdiri. Ketinggian perempuan itu hanya paras dagunya sahaja. Pendek !

"Kenapa ni" satu suara mencelah. Airez dan Airen mengalihkan kepala mereka serentak.

"Yang. Tengok, dia tumpahkan air atas baju I" beritahu Airez. Cuba meraih simpati. Airen yang mendengar cuba menahan rasa.

"Tapi aku dah minta maaf la. Aku tak sengaja" kata Airen cuba mempertahankan diri. Husna dipandang dengan wajah kesian. Husna please back up aku.

"Bie, kan dia dah minta maaf" pujuk Husna lembut. Peribadi Husna yang satu inilah berjaya menarik perhatian Airez.

Airez merengus kasar. Wajah Airen dijeling tajam. Airen hanya menunduk memandang lantai.

"Kalau tak disebabkan tunang aku. Lagi teruk kau kena" Airez memberi amaran. Dia melihat perempuan itu hanya mengangguk. Diam seribu bahasa.

"Dah la tu" Husna berkata. Dia memandang Airen. Senyuman terukir dibibirnya. Dia tahu Airen terkejut dan takut untuk berhadapan dengan situasi ini. Dia sangat mengenali gadis itu.

Airen berlalu pergi untuk mengambil kain basah bagi mengelap meja. Hatinya bagai disiat. Sakit! . Itu dia rasa saat itu.

________________

"Airenn~" panggil Husna meleret. Sengihan ditayangkan kepada rakannya itu. Dia menemani Airen seharian di kafe kerana dia cuti. Jam sudah menunjukkan pukul 4. Hari ini Airen perlu tutup kedai awal. Maklumlah hari pertama.

Airen yang sedang mengemas kaunter menoleh memandang kawannya. Kening kiri diangkat gaya Ziana Zain. Ni kalau dah buat suara macam tu mesti ada sesuatu.

"Yerrr Husna Maisarah. Tak payah buat suara macam tu. Kau nak apa?"tnya Airen. Kerja mengemas diteruskan.

"Teman aku beli cincin kahwin" pinta Husna walaupun dia tahu akan respon Airen selepas kejadian pagi tadi.

"Huishhh! Tak nak aku. Mesti ada mamat singa tadi. Dah la garang . Takut tahu tak. Nak terkeluar air mata aku, nasib sempat tahan" kepala digeleng laju. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki singa itu. Mengaum je kerjanya !

"Ren... Please" mata dikerdipkan. Mata comel dipamerkan. Dia tahu Airen tidak akan menghampakan permintaannya. Hati lembut dan mudah mengalah. Ya! Itulah Airen Rafeqah.

Airen mengeluh.

"Yelahhh.. Tunggu aku kemaskan ni dulu" putus Airen.

"Yess !! You're the best girl in the world" Husna bersorak gembira.

"Pergi main jauh jauh. Shuh shuh" Airen menghalau. Husna hanya menjeling.

"Kau ingat aku kucing" kata Husna sambil tayang muka menyampah.

"Ha'ah. Kucing yang comel. Ala kuci kuci" ejek Airen. Suka dia kenakan Husna.

Beberapa minit kemudian ..

"Okey. Dah siap kemas. Jom !" sambung Airen. Beg tali panjangnya diambil dan diletakkan di bahu.

"Jom!" sahut Husna. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Terasa bahagia jika bersama dengan kawan kawannya.

_____________

"Airen.. Ni cantik tak?" tnya Husna smbil menunjukkan cincin bertakhtakan berlian. Cincin itu bersinar apabila terkena cahaya. Sangat cantik !!

Mereka kini berada di kedai barang kemas yang terkemuka di Kuala Lumpur. Tengok kedai pon dah tahu harga barang yang dijual. Pasti mahal. Hanya orang kaya sahaja yang boleh berbelanja di sini. Orang sepertinya belum tentu boleh dibenarkan masuk.

"Cantik" jawab Airen ringkas. Dia menjeling harga. Mak aii mahalnya.. RM 6800 !! Itu baru cincin, belum masuk barang yang lain lagi.

"Cuba kau pakai" cadang Husna. Cincin tersebut diberikan kepada Airen. Airen memandang pelik. Aikk!! dia yang nak kahwin, aku yang kena cuba.

Namun begitu, cincin tersebut disarungkan juga di jari manisnya. Tidak terlalu ketat dan tidak juga terlalu longgar. Sesuai dengan jari comelnya. Eih terpuji pula 😂
Cincin itu diberikan semula kepada Husna.

Tiba tiba ada suara garau menyampuk

"Dah pilih ke, sayang?" tanya Airez yang baru sampai. Matanya menjeling Airen di sebelah Husna. Apsal ada pompuan ni. Benci dia melihat Airen.

Airen hanya melihat. Baru sampai rupanya, patut la tengok takda tadi.

"Dah. Sayang pilih yang ni. Cantik tak?" Husna menunjukkan cincin tersebut kepada Airez. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Cincin tersebut diberikan kepada pekerja disitu. Selesai membayar, mereka bersama sama keluar dari kedai tersebut menuju ke kereta.

"Sayang ! Alang alang dah keluar, jom pergi beli baju pengantin terus" kata Airez tiba tiba.

"Okey. Jom!" kata Husna. Terlupa sebentar tentang kewujudan Airen di sebelah.

"Weh" bisik Airen. Minah ni la.. aku nak balik nak tengok drama! Airen membentak dalam hati.

"Please~" balas Husna meleret. Airen sudah mengetap gigi. Akhirnya dia mengalah.

"Yelah" Airen mengeluh.

______________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro