Part 19 - Kakak ipar
Rania menyarungkan kasut seliparnya. Puteh diam tak terkutik di dalam gendongan. Langkahnya disusun dengan berhati hati. Belakang tubuh Airen yang sedang menyiram dipandang. Niat untuk mengejutkan kakak iparnya gagal apabila Puteh mengeow. Matanya dibeliakkan melihat Puteh seperti memberi amaran. Macam la kucing tu paham. Haihh
Airen mengalihkan badannya apabila terdengar sesuatu bunyi. Dia melihat Rania yang sedang mengendong seekor kucing. Comel ! Pili air segera ditutup. Airen merapati Rania.
"Kucing siapa ni?" soal Airen sengaja. Dia tahu itu kucing Airez yang diberikan oleh Husna sempena hadiah hari lahir lelaki itu.
"Kucing Abang Rez. Dia tidur dalam bilik Rania. Sebab tu akak tak pernah tengok dia. Dia baru keluar klinik hari tu" cerita Rania. Kepala Puteh diusap perlahan.
"Ouh... Akak nak pegang boleh?" soal Airen. Comel sungguh si Puteh ni. Muka comel Puteh dipandang. Terbayang senyuman Husna.
"Nah" Puteh diserahkan kepada Airen. Tersenyum manis gadis itu. Airen bersila di atas rumput karpet di taman. Dia asyik bermain dengan Puteh. Puteh mempunyai bulu warna kelabu di bahagian kepala manakala bahagian yang lain berwarna putih.
"Akak, malam ni Kak Maira sampai" kata Rania sambil memandang gelagat kakak iparnya. Airen mengangkat wajah memandang Rania. Tipulah kalau dia tak kenal kakak crush sendiri. Semua mengenai Airez dia tahu sejak sekolah menengah.
"Ouh. Kak Maira tu tinggal mana?" tanya Airen. Cuba mendalami tentang keluarga Airez.
"Tinggal kat Klang, Selangor" jawab Rania. Dia juga turut bersila di tepi Airen.
Airen hanya mengangguk. Tiba tiba terasa janggal pula.Tiada topik untuk dibualkan. Airez belum pulang dari pejabat. Mama dan Papa pergi rumah saudara terdekat untuk menjemput ke kenduri tahlil esok. Di rumah itu hanya tinggal Rania dan Airen serta orang gaji.
Matanya memerhati taman di belakang rumah. Sangat luas. Sesuai berlari untuk kanak-kanak. Airen memandang sebatang pokok besar dan terdapat rumah kecil di atasnya. Sebelum ni tak perasan pon. Mungkin rumah pokok. Tapi siapa punya? Takkan si Puteh punya kot
"Rania ! Tu rumah siapa?" soal Airen sambil jari telunjuk lurus ke arah rumah pokok itu. Rania mengangkat muka. Ralit dia menghadap telepon pintar di tangan. Matanya memandang arah yang ditunjukkan Airen.
"Ohhhh... Tu si Rissa dengan si Meena punya. Anak Kak Maira. Abang Danial designkan. Ayah arkitek. Untung lerrr" bagitahu Rania. Dia melihat Airen hanya mengangguk.
Airen mengetahui serba sedikit tentang keluarga ini. Dia leka menggosok perut Puteh. Manja sungguh si Puteh ni !
•••••••••••••
Pon! Pon!
Bunyi hon yang nyaring berjaya menarik minat semua penghuni rumah banglow itu. Rania berlari terkocoh-kocoh menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang.
Untuk seketika...
"Pa..! Ma..! Kak Maira dengan Abang Danial dah sampai!!" Jerit Rania Zahra dari muka pintu. Perghh!! Bergegaq qumah weyyy.
Tan Sri Zahir hanya menggeleng dengan perangai anaknya.
Dia berjalan bersama isterinya ke muka pintu. Terpancul wajah penat menantu dan anaknya. Tangannya disalam oleh mereka berdua. Matanya mencari cari dua orang cucu kesayangannya. Aikk tak kan tertinggal kot.
"Assalamualaikum Ma, Pa" Danial memberi salam. Dikucup lembut tangan ibu dan bapa mertuanya.
"Waalaikumussalam. Mana dua orang anak kamu tu" soal Tan Sri Zahir. Matanya mencari kelibat cucu-cucunya.
"Ada dalam kereta. Tertidur" jawab Humaira pula sambil bersalaman dengan kedua orang tuanya serta Rania. Adiknya itu setia berdiri di tepi ibu dan bapanya.
"Ouh.. Angkat naik atas. Kesian budak budak tu" kata Tan Sri Zahir. Bersyukur kerana anak menantu dan cucu-cucunya selamat sampai.
"Nial yang drive tapi Papa kesian kat budak budak tu. Sedih!! " Danial buat-buat merajuk. Bibirnya dicebikkan.
"Haishh kamu ni. Ke situ pula" balas Tan Sri Zahir. Ketawa kecil terlepas dari mulutnya.
"Nial gurau jer Pa" Danial tersengih. Belakang kepalanya digosok perlahan.
"Papa, Mama sihat?" Tanya Humaira. Sejak tadi suaminya asyik bersuara. Tak penat ke? Dia yang mendengar pon penat.
"Sihat jer" jawab Puan Sri Rahayu sambil menyambut Ameena yang lena ke dalam pelukan.
"Kak Maira tak nak tanya Nia sihat ke tak? Sedih !!" Kata Rania seperti memerli abang iparnya. Danial hanya menjeling. Sedar dirinya sedang diperli.
"Tengok pon dah tahu sihat walafiat. Tak payah tanya" kata Humaira selamba. Suka benar dia mengusik adiknya yang seorang itu. Rania sudah menarik muncung itik.
Humaira melirik ke arah Airez yang sedang berjalan ke arahnya bersama Airen. Gadis bertudung di sebelah adiknya itu dipandang. Manis sungguh orangnya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Airez dan Airen mendekati dan bersalaman dengan dengannya. Airez bergerak ke arah Danial dan mereka bersalaman.
"Hey Rez. Lambat turun. Buat apa?" kata Danial apabila melihat kelibat adik iparnya juga merangkap rakan baiknya. Walaupun usia mereka berbeza 4 tahun tetapi itu bukan penjadi penghalang untuk mereka berkawan.
"Buat anak" jawab Airez selamba. Tak senonoh betul. Airen di sebelahnya sudah merona merah. Malu dengan kata-kata Airez. Danial sudah tergelak besar. Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu hanya menggeleng. Rania sudah menekup telinga. Memandangkan dia paling muda di situ.
"Aduhh!!" Ha... Amek kau. Airez menjerit kesakitan apabila ada tangan yang mencubit perutnya. Siapa lagi kalau bukan Humaira iaitu kakak sulungnya. Humaira memandang wajah Airen yang merah menahan malu. Comel sangat!
___________
Mereka berkumpul di ruang tamu. Pelbagai cerita keluar dari mulut masing-masing. Arissa dan Ameena sudah tidur dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Airen hanya menyampuk sekali sekala. Airez dan Rania yang banyak cot-cet. Maklumlah lama tidak berjumpa dengan kakak mereka. Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu sudah masuk ke bilik untuk tidur. Tinggallah anak anak muda memeriahkan ruang tamu rumah..
Hatinya berbunga sejak tadi kerana Airez tiba tiba datang dan duduk disebelahnya padahal terdapat banyak tempat kosong di ruang tamu ini.. Malah kedudukannya dengan Airez juga rapat sehingga paha mereka bertemu. Mungkin lakonan saja kot. Airen duduk antara Airez dan Rania.
Rania meletakkan kepala di atas bahu Airen. Dia hanya membiarkan. Selesa dengan kelakuan mesra adik iparnya yang dulu membencinya seperti Airez. Rambut panjang Rania diusap perlahan. Tiba-tiba rindu pula kepada Husna. Kelakuan manja Rania sebijik macam Husna.
Airen melihat Humaira bangun dan memasuki bilik tidurnya. Kemudian keluar semula bersama sebuah kotak yang agak besar di tangan. Humaira duduk bersila di atas lantai. Kotak tadi diletakkan di hadapannya. Tangannya menyelit rambut ke belakang telinga.
"Airen, Kakak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang kenduri hari tu" kata Humaira. Matanya memandang wajah manis Airen yang bertudung Ariani hitam.
"Takpa" balas Airen ringkas sambil tersenyum manis. Lagipun dia bukan kenal sangat dengan kakak Airez. Hanya mengetahui bahawa lelaki itu mempunyai kakak dan seorang adik perempuan.
"Sebagai ganti, akak bagi ni" kata Humaira sambil menepuk perlahan kotak di hadapannya. Airez hanya memandang perlakuan kakaknya.
"Besarnya.. mesti mahal kan" kata Airen malu. Segan dengan kakak Airez. Dia tidak biasa mendapat hadiah yang berharga.
"Takdelah. Bukak la"
Airen bangun dari sofa dan duduk di sebelah Humaira. Tangannya membuka kotak tersebut. Perpampang beberapa helai baju dan hoodie hitam. Terdapat juga dua topi yang tertulis 'Queen' dan 'King'. Hadiah untuk Airez dan Airen.
"Cantik!" kata Airen. Baju t shirt lengan panjang diangkat satu di hadapannya.
"Baju untuk korang dua. Akak tempah khas tau" Humaira mendabik dada. Airez buat muka menyampah.
"Tempah khas la sangat. Beli online je pon" kata Airez sambil bersila di tepi isterinya. Tangannya sengaja dilingkarkan di pinggang kecil Airen. Jelas riak terkejut di wajah itu dan kemudian merona merah. Entah mengapa dia suka melihat wajah malu Airen.
"Tempah khas la tu. Kau apa tau" jawab Humaira tak nak kalah. Tangannya disilangkan ke dada.
"Untuk Rania takda?" soal Rania dari atas sofa.
"Kalau nak, kau kena kahwin. Baru akak bagi sebagai hadiah perkahwinan" kata Humaira. Dia melihat Rania sudah mencebik. Baru 21 tahun, nak kahwin apa nya.. Calon pon tak ada.
"Terima kasih. Cantik sangat" bibir Airen tidak lekang dengan senyuman manis. Baju tadi diletakkan kembali dalam kotak.
"Sama-sama. Nanti pakai sedondon. Lepas tu tangkap gambar hantar kat akak. Mesti sweet kalau korang pakai sama" kata Humaira gembira.
"Perut tu dah ada isi ke?" SoalnHumaira tiba-tiba. Sengaja mengusik. Dia tahu akan hakikat sebenar perkahwinan Airez. Dia yakin Husna sudah memilih yang terbaik untuk adiknya itu.
"Belum lagi la kak" Airen sudah malu. Lagipun tak mustahil untuk dia mengandung. Sebab.... korang fikir la sendiri!
"Apa punya soalan da... Orang baru kahwin kot. Takkan dah ada isi. Kitorang nak enjoy berdua dulu. Kan sayang?" Kata Airez sambil melentokkan kepala ke bahu Airen. Pelukan di pinggang isterinya dieratkan lagi.
Di depan orang sahaja dia berani bermanja dengan Airen. Dia tidak mahu Airen tahu akan isi hatinya. Rasa cinta dalam hati untuk si isteri sudah semakin berkembang mekar di pelusuk hatinya yang dalam. Cewahhhh !!
Humaira sudah membeliakkan biji mata ke arah Airez. Kesian adik iparnya menahan segan. Tapi tahu saja lah si Rez ni. Ingat dia kisah dengan pandangan Humaira. Janji dia bahagia apabila memeluk Airen. Perasaan bahagia yang tak pernah dia rasa. Hanya dengan Airen dia dapat merasai kebahagiaan ini.
_________🌼🌼🌼_________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro