Part 18 - Tersenyum
Kejadian pagi tadi masih bermain di mata Airez. Senyuman manis terukir. Entah mengapa dia rasa bahagia. Ya! Dia mengaku timbul sedikit perasaan cinta terhadap Airen. Hanya sedikit. Tapi, bagaimana pula dengan misi untuk membalas dengan kepada isterinya itu? Entah, dia sendiri pon tak tahu.
Pap!
Sakit hidungnya apabila sebatang pen mendarat betul betul di hidung. Nasib tak patah hidung aku. Nak kena! Siapa yang buat? Baik mengaku sebelum singa ni mengamuk!
"Berangan lagi. Kalau dah rindu bini tu tak payah datang kerja. Ingat elok ka dok tersengih macam kambing hutan tu. Aku tengok pon geli la" kata Rafiq selepas membaling pen dihidung Airez. Kerusi dalam pejabat itu ditarik.
Siapa kata mereka gaduh. Tak adanya nak gaduh kalau masing masing rindu. Aippp.. Korang fikir apa tu. Otak kotor betul. Kitorang bukan gay okay. Tolong sikit.
Airez dan Rafiq sudah berbaik tadi. Masing masing mengaku kesilapan.
"Hareyyy kau!! Patah hidung aku kau nak bayar? Satu lagi. Siapa bagi kau masuk? Ada ketuk pintu? Suka hati jer. Ingat pejabat acik kau" marah Airez. Hidungnya yang sakit digosok.
"Acik kau balik. Aku ketuk pintu macam nak roboh. Rasa nak patah tangan aku tau tak. Siapa nak bayar? Kau? Kalau dah berangankan bini, bom meletup tepi telinga pon tak dengar. Pekak!" balas Rafiq geram. Suka hati jer acikkan aku. Amek kau. Aku acikkan kau balik.
Airez menjeling Rafiq tajam. Ada ja nak balas mamat ni. Sumbat stokin busuk aku ni kang baru kau tau.
"Amacam? Lepas makan penumbuk aku, ada perubahan?" Usik Rafiq. Sengaja. Mana tau nasihat yang diberi boleh mengubah sikap Airez.
"Perubahan apa kau ni" soal Airez. Entah pa² la Rafiq ni.
"Perubahan tu la... Tuu..." sikunya menolak2 tangan Airez. Saja mahu mengusik. Kang makan penumbuk lagi tak ke naya.
"Hishh kau. Otak kuning betul" Airez menggeleng perlahan. Otak Rafiq memang tak boleh dicuci. Sama macam otaknya. Dah nama kawan baik. Otak tu dua kali lima saja. Senyuman nakal di bibir Rafiq terukir. Airez hanya buat tak tahu. Malas layan.
"By the way Mama aku ada buat kenduri tahlil malam esok. Dia suruh jemput kau. Ikutkan hati aku tak nak jemput. Menyemak jer muka kau" kata Airez. Teringat pesanan Mama. Alang alang Rafiq di sini, baik jemput terus.
"Hekelleh. Semak2 ni la kau nak rindu setiap hari" kata Rafiq. Mulutnya dicebik.
"Kau ada jemput Harris tak?" soalnya apabila teringat akan kawannya yang seorang tu. Setahu Rafiq, Fikri Harris pergi ke luar negara melawat keluarganya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Harris.
Otaknya merangka sesuatu. Pasti sepupu sepapat Airez akan turut serta. Setahunya Airez mempunyai sepupu yang cantik-cantik. Yes!! Ada chance nak ngorat. Ooyeahh!!
"Jendul kau! Ingat aku gay" kata Airez. Geli dia melihat pandangan Rafiq. Bengkok ka mamat ni.
"Jemput kat Whatsapp jer. Rasanya malam ni sampai Malaysia" Airez menjawab soalan Rafiq tadi. Rafiq sudah bersorak dalam hati. Akhirnya ada geng untuk usha awek
"Buktikan kalau kau tak gay" cabar Rafiq. Tangannya bermain dengan pen. Senyuman sinis terukir.
"Tunggu jelah nanti. Dapat kembar terus baru kau tau kuat tak kuat aku ni" balas Airez selamba. Tak malu betul . Dua dua otak kuning.
Rafiq mengangkat kening. Yakin sangat tu. Dia perasan akan perubahan sikap Airez. Kalau dulu jika disentuh pasal Airen pasti akan mengamuk. Ni boleh bergurau lagi. Siap cakap pasal anak. Maknanya segala nasihatnya berhasil. Tak sia sia dia makan penumbuk hari tu.
"Weh, jom makan. Lapar doh" ajak Adam Rafiq. Dia belum sarapan tadi, sebab itulah dia lapar.
" Anak gajah! Nak makan mana?" soal Airez. Barang di atas mejanya dikemas. Iphone diambil.
"Kedai bawah jom. Ramai awek weh. Sambil makan boleh cuci mata" kata Rafiq. Keningnya diangkat berkali kali.
"Kau sikit-sikit usha awek. Cuba amik satu buat bini. Ni aku tengok kau alone jer. Ka kau bengkok?. Eii geli la aku dengan kau" Airez buat gaya geli. Pandangan jelek dilemparkan kepada Rafiq.
"Mulut kau tu tak ada insurans betul. Kita kalau nak buat bini kena pilih yang elok. Mana boleh pilih centu jer. Luaran saja tak cukup, kena tengok dalaman jugak. Kau tak apa lah dapat si Airen tu. Luar pon cantik. Baik dan rajin lagi. Kau tu tak reti nak bersyukur. Dapat yang elok tak reti nak jaga" bebel Rafiq panjang lebar.
"Kau bebel ni macam mak cik jual sayur. Aku rasa nanti kau kahwin bukan bini kau yang bebel, tapi kau. Cot cet 24 jam. Sakit telinga aku" kata Airez. Tetapi, kata kata Rafiq amat terkesan. Dia mengaku Airen baik dan cantik. Perkara itu memang tidak dapat dinafikan. Dia sangat bertuah memiliki gadis itu.
"Dah. Jom pergi makan. Dengar kau bebel sampai esok tak habis. Bernanah telinga aku dengar" kata Airez. Pintu pejabat dibuka dan mereka melangkah ke lif untuk turun ke bawah.
••••••••••
Pesanan yang telah siap dibawa ke meja rakan rakannya. Hari ni Airen mengajak Aimi, Farah dan Qaseh untuk datang ke kafenya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Hanya sekadar bersembang di group WhatsApp.
"Minum la.. jangan malu jangan segan" kata Airen. Kerusi sebelah Farah ditarik. Tangannya yang basah dilap pada kain apron.
"Dengan kau, kami tak pernah segan" kata Qaseh. Cawan cuppocino di atas dulang di ambil.
"Tahu dah korang tu" balas Airen diikuti ketawa kecil.
"Aku nak bagitau ni. Mak mertua aku ajak korang datang rumah malam esok. Ada kenduri tahlil . Datang eih" sambungnya lagi.
"Insyaallah, kami datang. Lagipun esok kitorang cuti. Pukul berapa mula?" soal Aimi. Kek stawberi kegemarannya disuap ke dalam mulut. Sedap!!
"Erm.. dalam pukul 7 kot. Lepas tu solat maghrib dan isyak berjemaah. Korang bawak la telekung. Jangan lupa pula" kata Airen apabila dia teringat pesanan Puan Sri Rahayu.
"Ouh okey. Kitorang datang awal eih. Boleh tolong apa yang patut" kata Farah pula.
"Boleh jer" jawab Airen ringkas.
"Ren. Airez ada sepupu lelaki tak?" soal Farah tiba tiba. Semua mata tertumpu ke arahnya.
"Apsal" Airen memandang Farah. Dah kenapa si Farah ni.
"Tak la.. aku tengok si Airez tu handsome tapi dia kau punya. So dia mesti ada sepupu yang handsome. So aku nak try la usha. Mana tau melekat" kening Farah terangkat. Senyuman gatal terukir.
"Amboih kau. Ni kenduri tahlil. Bukan tempat nak cari jodoh" Qaseh menyampuk.
"Eih biar la.. sibuk jer kau" marah Farah. Matanya menjeling Qaseh.
"Hahaha.. Usha jelah Farah oi. Tak ada sapa halang. Aku tak berapa kenal la sepupu dia. Maklumlah, kahwin ekspres. Tak sempat pandang kiri kanan" balas Airen. Selendang yang dipakai ditarik ke belakang agar lebih selesa.
"Bercinta lepas kahwin lebih bahagia" kata Aimi pula.
"Setuju! Mana la tau Airez dah boleh terima kau. Nanti dia akan cintakan kau. Aku yakin!" Kata Qaseh. Tangannya digenggam erat tanda memberi semangat.
"Mana kau tau?" soal Farah. Sengaja menguji. Kuat betul sense pompuan ni.
"Kiter tau la. Kita ada sense tu! Yang Airez akan sayang kawan kiter" ajuk Qaseh seperti dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang dimainkan oleh Sharifah Sakinah. Semua yang berada di meja itu sudah ketawa dengan gelagat Qaseh. Pelanggan yang datang sudah memandang pelik. Tetapi mereka hanya buat tak tahu. Ada aku kisah..
"Ren. Kafe okay? Laku tak?" soal Qaseh selepas ketawanya reda. Semput jugak ketawa banyak-banyak ni.
"Cuba kau tengok. Ramai kan? Lepas kau review aku punya kafe, ramai orang datang" balas Airen ceria. Seronok dia melihat perkembangan kafenya.
"Alhamdulillah. Btw tadi aq tengok insta story laki kau. Dia tulis rindu dia. Erm.. kau tak suruh dia buat review kafe kau ni ka? Dia kan instafamous jugak. Famous lagi dari aku" soal Qaseh. Matanya memandang tepat ke arah Airen.
"Maybe dia rindu arwah Husna. Ouh, tak tahu pulak dia instafamous. Dia handsome, kaya pulak tu. Aku mana ada ig macam korang. Aku tak suruh pon. Lagipon kami mana baik lagi" timbul sedikit perasaan cemburu. Ren please jangan jeles. Kau tak berhak.
"Kenapa? Dia ada dera kau ke? Pukul ker?" Aimi menarik tangan Airen. Mana la tahu ada kesan lebam ke.
"Haishh. Takdalah. Kita kenal dia lama kan. Dia bukan jenis macam tu" Airen menampar laju tangan Aimi yang menyelak baju lengan panjangnya. Ha ! Kan dah kena. Aimi memasamkan wajah. Ingat helokk la tu.
"Bagus la kalau macam tu" kata Farah setelah berdiam diri. Suasana sepi seketika.
"Aku rindu Husna la" kata Airen tiba-tiba. Air matanya bertakung di tubir mata.
" Jangan la nangis. Kitorang pon rindu dia" kata Farah. Bahu Airen digosok perlahan. Aimi dan Qaseh hanya mengangguk.
"Sedekahkan Alfatihah jom" kata Aimi. Tangan diangkat dan bacaan Al-Fatihah didendangkan perlahan.
________🌼🌼🌼_________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro