Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐊𝐀 | 10

"TAHNIAH Angah! Along bangga sangat sebab kamu dah berjaya membanggakan Along." pelukan hangat dihadiahkan oleh Ammar kepada Zafran.

Hari ini dia menerima undangan untuk majlis anugerah kecemerlangan sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.

"Aku dah berjaya buktikan pada orang-orang yang menghina kau tu, aku boleh berjaya walaupun keluarga kita tak kaya!"

"Alhamdulillah, betul apa yang Along cakap? Jangan peduli dengan hinaan mereka. Yang penting kita terus melangkah mengejar cita-cita yang ingin dicapai."

"Aku akan terus usaha sampai ke SPM."

Ammar memberikan tepukan kuat di bahunya tanda memberi semangat, "Kalau kamu perlukan apa-apa, beritahu saja Along. InshaAllah Along usahakan untuk kamu..."

"Terima kasih long!"

◆◆

"Anugerah pelajar cemerlang bagi tingkatan tiga tahun 2007 ialah... Zafran Haikal bin Hamzah!" apabila nama Zafran diumumkan saja, yang panjang gembira masa itu ialah Ammar.

Dengan semangat dia melambai sambil bertepuk tangan meraikan kejayaan adiknya yang tercinta.

Dengan langkah yang penuh yakin, Zafran menaiki tangga pentas, mengambil sijil dan duit yang diterima dari pengetua sekolah. Matanya dialihkan pada kamera untuk diambil gambarnya. Di belakang ramai-ramai ibu bapa itu, dia terpandang Ammar.

Wajahnya sangat manis, tangannya dilambatkan beberapa kali dengan air mata yang berlinangan. Tahulah dia bahawa Along sedang berbangga dengan kejayaan yang dia ada.

◆◆

"Tak apalah Kak Long, kalau tak dapat keputusan yang terbaik. Janji Kak Long cuba yang terbaik. Sudah, buka dulu surat tu." Ammar meletakkan lengannya di bahu Maisarah apabila dia ingin membuka surat yang diterima.

Mengikut apa yang Ammar faham, itu surat keputusan peperiksaan SPM yang dihantar melalui pos. Patutlah dia nampak Maisarah sampai menggigil-gigil tangan nak buka isi dalam surat itu.

Mendengar jaminan yang diberikan, Maisarah perlahan-lahan membuka isi surat itu.

"Ya Allah Along! Aku dapat semua A+!" Maisarah melompat kegembiraan. Sudah lama dia menantikan hari ini untuk membanggakan Ammar. Akhirnya apa yang dia hajati dalam doa selepas sembahyang akhirnya makbul.

"Alhamdulillah! Seronok hati Along mendengarnya. Bolehlah kamu sambung belajar bidang yang sesuai dengan kelayakan kamu! Dah ada hala tuju ke?" soal Ammar dengan perlahan dan lembut suaranya. Maisarah tersenyum lebar sambil tangannya mengesat air mata yang mengalir.

"Aku ingat nak sambung belajar bidang jurusan undang-undang lah... aku nak jadi peguam, kau doakan aku dapat ya!"

"InshaAllah Kak Long... kalau Allah mengizinkan, maka akan terjadi juga."

"Along... tanpa kau, aku pasti takkan dapat merasa kejayaan ni. Terima kasih banyak... kau banyak berjasa dalam hidup aku."

Ammar menggeleng, "Allah yang berikan semuanya. Along hanya melaksanakan amanah Allah dan arwah mak ayah sahaja..."

◆◆

3 Tahun berlalu (2010)...

Cermin mata yang tergantung di leher kembali dipakai, buku yang ada cuba untuk dibaca dengan perlahan walaupun tidak begitu difahami isinya.

"Susahnya bahasa Inggeris..." Ammar membetulkan cermin matanya sambilan cuba mengeja beberapa huruf yang mudah.

"Ah sudahlah!" Ammar meletakkan semula buku bahasa Inggeris Inara yang sengaja dipinjamnya di atas meja. Susah betul bahasa Inggeris sekarang!

Inara yang sedang menyelesaikan kerja sekolah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Ammar. Tidak ubah macam Aqil semasa berumur lima tahun.

"Itulah orang dah cakap, bahasa Inggeris susah! Along tak percaya..."

"Tak dapatlah Along nak bantu kamu berdua..." Ammar mengeluh dengan rasa kecewa. Niatnya cuba nak membantu Aqil dan Inara buat kerja sekolah, tapi nampak macam dia pula yang menyusahkan diri.

"Along janganlah risau! Adik boleh buat semua kerja ni! Senang je!" ujar Aqil dengan yakin, tangannya ditepuk beberapa kali ke dada sendiri.

Tiga tahun sudah pun berlalu, sekarang Maisarah dan Zafran sudah menyambung pelajaran ke universiti luar negeri. Maisarah menyambung pelajaran jurusan undang-undang di Universiti Malaya, di Kuala Lumpur manakala Zafran pula bidang arkitek di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Tinggallah Aqil dan Inara yang masih bersekolah rendah di kampung menemani Ammar.

"Nara nak jadi doktor... adik pula nak jadi apa bila besar nanti?" Ammar sengaja bertanya sambil dia melayan dua orang adiknya itu melakukan kerja sekolah.

"Adik... nak jadi orang berniagalah! Macam arwah ayah, boleh dapat duit cepat sikit. Dapatlah tolong Along, tak payah nak kerja kilang lagi."

Ammar pula yang rasa sebak dan terharu, Aqil sudah membesar dengan baik. Cara cakapnya saja sudah semakin matang.

"Baiknya adik Along ni..." Ammar mencubit pipi gebu anak lelaki itu.

"Nara tak baik? Nanti Nara jadi doktor, satu hospital tu free untuk Along!" jawab Inara sengaja nak menang dari Aqil.

"Itu je? Nanti adik beli kereta besar bagi dekat Along tau. Adik nak bawa Along pergi umrah, pergi haji dekat Mekah! Biar satu kampung tahu adik dia hebat!"

"Akak akan bawa Along pusing satu Malaysia melancong!"

"Adik nak bawa Along pergi London! Sana tempat sejuk, sesuai untuk Along."

"Akak bawa dia pergi satu dunia!"

Ammar ketawa sebelum dia menarik kedua-duanya masuk ke dalam pelukan. Besar betul impian mereka berdua ini.

"Ya adik-adik Along semuanya bagus dan baik belaka! Along sayang sangat semua adik-adik Along ni... belajar rajin-rajin sampai berjaya ya? Masa itu barulah nak bincang bawa Along pergi mana."

"Kami sayang Along! Sampai mati pun kami akan sentiasa ingat jasa-jasa Along..."

Pelukan Ammar semakin erat apabila mendengar pengakuan dari dua orang yang dia sayangi itu.

"Syukur Alhamdulillah."

(828 Words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro