𝐊𝐀 | 12
Disember, 2013...
AMMAR dengan beberapa orang kampung lain sedang sibuk mengikat seekor lembu di bawah pokok. Lembu itu akan disembelih untuk jadikan gulai daging batang pisang sempena lauk kenduri.
Majlis akad nikah antara Faris dengan Naila telah selesai dijalankan. Sekarang masanya untuk majlis bersanding, semuanya sedang sibuk melakukan kerja-kerja.
"Lah! Yang pengantin baru buat apa dekat sini? Pergi masuk bersiap, nanti malam majlis nak mula. Kau kenalah ada banyak tenaga nak bersanding." Ammar menghalang Faris dari melakukan sebarang kerja, biarkan saja dia duduk rehat dan bersiap untuk majlis bersanding malam nanti.
"Biarlah aku nak tolong! Lagipun tak menyusahkanlah, setakat angkat barang sikit-sikit tak ada apalah."
"Kau jangan lawan cakap aku, pergi masuk sekarang. Kalau tidak, nanti aku beritahu Ila yang kau tak mahu bersanding dengan dia malam ni? Kau nak?" ugut Ammar dengan senyum tidak bersalahnya, macam tak ada apa-apa je!
"Hish! Main ugut pula. Ya lah, aku pergi sekarang."
Malam itu majlis berjalan dengan sangat lancar. Ditemani Ammar yang berada di sebelah sedang mengipas-ngipas pengantin lelaki manakala Maisarah berada di sebelah Naila menjadi pengapitnya.
Setiap kali orang datang hendak menabur bunga, setiap kali itu jugalah Ammar bersuara dengan kuat.
"Ini kawan baik saya! Cantik bini dia kan? Memang tak menyesal saya tolong mereka bersatu. Hehehe!"
Merah jugalah muka Faris dan Naila malam itu. Terutamanya di depan ibu dan bapa mereka masing-masing. Memang tak sudah-sudah mengundang tawa dan candaan.
"Nanti tak boleh dah nak lepak malam dengan kau..." bisik Ammar dengan sengihan sinis.
"Biasalah! Bini cantik, mana boleh lepak malam," balas Faris dengan nada mengejek. Saja nak bagi Ammar terasa cemburu sebab tak dapat lepak dah dengan kawan baik.
"Cis! Aku tampar dengan kipas ni baru tahu."
Ammar dan Faris ketawa bersama. Ini sajalah moment yang ada sebelum Faris akan menempuhi alam perkahwinan yang panjang sehingga ke syurga.
'Semoga kau orang berdua kekal bahagia sampai Jannah... Aamiin.'
◆◆
Setahun kemudian (November 2014)...
Ammar baru saja sudah turun ke laut bagi mencari ikan. Walaupun sekarang dia mampu hanya dengan gaji kerja kilang itu, menjadi nelayan menjadi perbuatan mengisi masa lapang.
Panggilan telefon masuk, nombor dan nama yang tertera di situ ialah 'Kak Long' Ammar dengan segera mengangkat.
"Waalaikumsalam Kak Long. Along sihat... awak tu macam mana? Tahun kedua menjadi seorang peguam!"
"Alhamdulillah long, biasalah ada kes masuk mahkamah..."
Ammar lega dengan khabar yang diterima, "Kak Long jadi ke nak pergi ke majlis graduasi Angah nanti?"
"InshaAllah, aku dah ambil cuti. Nanti aku balik ke sana malam nanti. Ada lagi empat hari sebelum majlis tu. Sempat lagi ni, nak aku balik kampung ambil Along dengan adik-adik ke?"
Ammar tidak mahu menyusahkan Maisarah datang jauh-jauh je Pahang semata-mata nak ambil dia.
"Tak payah, Along dah berpakat dengan Faris nak pergi sana naik kereta dia, adik-adik pula Kak Ila kamu nak tolong jagakan."
"Lupalah! Kirim salam dekat Abang Faris dengan Kak Ila, cakap kat dia orang selamat pengantin baru tau!" suara Maisarah bertema di telinga Ammar dengan kuat.
"Ya nanti Along sampaikan. Baiklah, Assalamualaikum!"
◆◆
Malamnya...
"Semuanya dah siap ke?" soal Faris apabila dia melihat Ammar memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Faris.
"Siap dah, bolehlah gerak sekarang. Sempat ni dari Pahang nak pergi ke Pulau Pinang." Ammar melihat jam di telefonnya menunjukkan pukul 8 malam.
"Abang pergi dulu ya," Faris membuat emoji kiss dari kejauhan sebelum dia berlalu masuk ke dalam kereta. Perkara yang sama juga dibuat oleh Naila kepada Faris.
"Amboi, sweet betul kau orang berdua ni. Aku pula yang terasa manisnya!"
"Jealous ke?"
"Tak adalah, aku tumpang bahagia sama." Ammar menutup pintu kereta dan memakai tali pinggang keledar. Lambaian diberikan kepada Inara dan Aqil sebelum tingkap kereta dinaikkan semula.
"Jom kita gerak. Bismillahirrahmanirrahim."
◆◆
Hari graduasi...
"Zafran Hakim bin Hamzah!" nama yang diumumkan melalui pengacara majlis dengan penuh profesional.
Zafran naik dan menerima hadiah dari canselor universiti dengan rasa bangga dan terharu. Tidak terfikir dia dapat melangkah sehingga ke tahap ini.
Matanya melirik ke arah tempat duduk ahli keluarga. Dahinya berkerut, yang dia lihat cuma Maisarah yang sedang sibuk merejam detik itu dengan penuh bahagia.
Mana Along?
"Tahniah Angah! Kak Long bangga sangat dengan kau, nanti jadi arkitek yang berjayalah kau!" Maisarah mendatangi Zafran sambil membawa bouquet bunga ros yang besar untuknya. Bangga betul dia dapat tengok Zafran naik pentas menerima anugerah dekan.
Selepas sahaja majlis selesai, "Kak Long? Takkan kau seorang saja? Mana Along? Bukan ke dia janji dengan aku nak datang sekali?"
Maisarah menarik nafas panjang, "Along tak dapat nak datang. Abang Faris ada call aku tadi. Dia cakap kereta dia tiba-tiba saja rosak di tengah jalan. Tak sempat nak sampai ke sini, baru separuh perjalanan... Along ada suruh aku untuk kirimkan salam dia pada kau."
"Oh... Along tak datang, tak apalah kalau macam tu. Nanti aku nak jumpa dia dekat kampung." Zafran mengangguk perlahan sebelum dia berlalu pergi.
◆◆
"Angah! Adik Along dah balik!" Ammar terus memeluk Zafran dengan penuh kasih sayang. Seolah-olah tak mahu lepas dari pegangannya, lama betul dia tak berjumpa dengan Zafran. Jumpa pun sekali setiap tahun saja.
"Along... sihat?"
"Sihat sangat! Tunggu kau orang membesar memang kena sihat sentiasa! Dengar cerita kamu dapat anugerah yang hebat?" soal Ammar dengan penuh rasa bangga dan ingin tahu.
Maisarah menyampuk dengan semangatnya, "Kau tahu long, dia dapat anugerah dekan. Siap dengan selempang warna pink tahu!"
Ammar kelihatan sedikit keliru, menyebabkan Maisarah ketawa kecil sebelum dia menjelaskan mengenai erti selempang pink itu.
"Anugerah Naib Canselor lah long! Untuk dapatkan anugerah ni, skor dia tiap-tiap semester kena 3.50 keatas tahu!"
Barulah Ammar faham, walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi dia fahamlah bahawa anugerah itu memang hebat dan tidak semua pelajar mendapatkannya.
"Along bangga dengan Angah..." Ammar sekali lagi memeluk tubuh Zafran dan mengusap belakangnya berkali-kali.
"Maafkan Along sebab tak datang ya? Kereta Abang Faris kamu rosak tiba-tiba. Jadi tak dapatlah nak pergi ke majlis kamu tu, sampai sekarang ada lagi dekat bengkel... Along minta maaf sangat-sangat..." pinta Ammar berkali-kali dengan rasa bersalah yang mendalam. Selama ini dia tidak pernah tertinggal majlis anugerah adik-adiknya. Malahan Maisarah sendiri pun dia sanggup hadir walaupun jauh perjalanannya.
"Tak apalah long. Benda nak jadi... asalkan Along bangga dengan kejayaan aku cukuplah!" kata Zafran dengan senyuman di bibir. Cukup melegakan hati Ammar yang gundah gulana kerana risau.
"Jom ke dapur, Along masak sedap tahu! Ayam masak asam pedas yang selalu kamu minta tu. Khas untuk kamu tau!"
"Sedapnya, Kak Long pun nak join lah!" Maisarah pula yang terlebih excited sebelum dia berlalu ke dapur terlebih dahulu diikuti Inara dengan Aqil.
(903 Words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro