Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Blurb

Peristiwa di Tower Bridge menemukan Hakimi dan gadis Jepun, Keiko. Bagi Keiko, sungguh dia terasa terhutang budi apabila niatnya untuk membunuh diri dihalang oleh lelaki budiman itu. Melalui Hakimi, dia mula terpesona dengan keindahan Islam, agama yang dianuti lelaki itu.

"Insya-Allah."

"Apa?"

"Oh, itu bahasa Arab. Maksudnya semoga diizinkan Tuhan."

"Kalau boleh, esok sudi tak awak jelaskan lebih banyak tentang Islam kepada saya?"

Mereka juga bertukar kisah hidup sehingga akhirnya menyentuh mengenai status Hakimi yang sebenarnya sudah pun bertunang.

"Sebenarnya saya sendiri tidak kenal dan tidak pernah lihat wajahnya. Saya menerima dia kerana mak saya sukakan dia. Bila saya pulang nanti kami akan terus dikahwinkan. Hanya itu saja yang saya tahu."

"Saya masih tidak percaya dengan awak Hakimi, macam mana awak sanggup terima seseorang tanpa bertemu malah tidak mencintainya? Bagaimana awak akan hidup bersamanya sepanjang hayat awak?"

Buat seketika, Keiko menyendiri sebelum muncul semula untuk meluahkan isi hatinya kepada Hakimi, biarpun tahu lelaki itu sudah berpunya.

"Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan tahniah kepada awak. Semoga awak berbahagia bersama bakal isteri awak. Saya berharap segala impian awak akan tertunai. Ingatlah saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak."

Hakimi melangkah dengan penuh berat hati, apatah lagi apabila mengetahui akhirnya Keiko telah mengucapkan syahadah biarpun tanpa cintanya. Ternyata gadis itu ikhlas kerana Allah untuk kembali ke agama fitrah.

"Nurain Mitsui Abdullah!"

"Kenapa awak tidak pergi lagi?"

"Kapal terbang terlebih muatan. Jadi saya terpaksa turun."

"Hakimi!"

"Sebenarnya saya datang untuk menyerahkan diri. Saya belum lupa yang saya pernah berjanji dengan seseorang. Kalau orang itu memakai baju yang saya hadiahkan kepadanya saya tidak akan sanggup meninggalkan orang itu lagi!"

Lalu Hakimi memilih untuk membimbing Keiko mengenali Islam buat seumur hidupnya. Tindakan Hakimi untuk kekal setia di samping Keiko dan membatalkan majlis pernikahannya yang akan berlangsung dalam masa tiga minggu itu akhirnya mengorbankan hati seseorang. Hati seorang Suria yang terluka.

Dendam dan kasih itu bercampur baur membawa kepada sebuah rindu yang tak berpenghujung. Enam tahun berlalu tanpa Suria mampu meninggalkan memori duka itu.

"Nanti dulu, Encik Hakimi! Sekarang kami hanya ingin tahu. Perempuan macam mana yang menghasut awak untuk meninggalkan saya? Tentu sikapnya seperti perempuan jalang lain yang sanggup menggoda tunang orang lain!"

"Cukup! Hentikan permainan bodoh ini, Cik Suria!"

Apakah Hakimi benar-benar memilih bayangan cinta lalu berbanding gadissetia itu? Lalu, Suria... Apakah adil untuk dia memilih Fakru sedangkan lelakiitu tidak pernah singgah ke dalam hatinya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro