Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dimensi : 3


"Argh!" Aku mengusap kepala yang baru sahaja terhantuk pada benda keras. Aku pusing untuk melihat apakah ia.

Kayu? Aku ketuk dua tiga kali. Mungkin ini pintu rumah sesiapa. "Hello, ada orang tak?" Aku mengetuk lagi. "Sesiapa tolong buka pintu!" laung ku. Aku mengeluh apabila tiada yang menyahut.

Tak, jap. Eh, ini kepala katil lah. Aku atas katil? Katil siapa? Aku dah kahwin ke? Bila? Handsome tak laki aku? Ni apa pula?

Aku angkat barang yang mencucuk belakang aku tadi. Dompet dan pen-drive. Nak buat apa dengan ni?

Weh apa jadi tadi?! Aku lupa.Jap, apa nama aku? Oh, ya Tiara. Aku melihat jari aku. Satu, dua, sepuluh. Ok cukup.

Lama kelamaan aku dapat mengingati semuanya. Aku duduk di birai katil dan meraup muka. Setitis air mata jatuh . . .

Jap, kenapa aku nak kena nangis? Kau kena hidup lah bodoh! Cari ayahanda, cari bonda, cari semua! Ya Tuhan, Tiara wake up! Aku hantuk dahi pada dinding beberapa kali. Aku rasa ni kesan portal ayahanda lah ni.

Aku memang sepatutnya sedih tapi menangis tak akan bawa aku ke mana-mana. Baik aku fikir apa nak kena buat sekarang. Aku mengetuk tempurung kepala dengan jari telunjuk. Heih, aku buntu!

Ok, sing, Tiara. Sing.

"You're my honeybunch, sugar plum
Pumpy-umpy-umpkin
You're my sweetie pie
You're my cuppycake, gumdrop
Snoogums, boogums, you're
The apple of my eye!"

Aku cuba menstabilkan nafas setelah penat menari. Malas nak sambung sampai habis. Badan aku yang kepenatan dihempas atas katil. Boleh tahan dalam juga aku tenggelam. Ah tak mungkin lah aku gemuk, katil ni yang empuk sangat.

Aku rasa seperti ada mentol menyala di atas kepala aku. Aku capai semula dompet dan pen-drive di atas katil untuk dibelek. Dompet berwarna coklat itu berisi sejumlah duit asing yang tidak aku kenali. Ada juga empat atau lima keping kad. Satu per satu aku keluarkan.

Yang pertama berwarna emas, tertulis debit card. Yang kedua, berwarna biru. Tidak pasti kad apa tetapi terdapat gambar aku. Aku agak ianya sesuatu seperti kad identiti, mungkin? Yang ketiga, lebih kurang seperti kad identiti tetapi ada tulis lesen pemandu. Yang terakhir, eh? Ini bukan kad tetapi polaroid keluarga aku.

Satu senyuman terbit dibibirku.

Pen-drive. Untuk apa pula ya? Aku perlu cari smartphone atau laptop sekurang-kurangnya.

Next, aku kat mana? Berdasarkan duit tadi, mungkin aku berada di kawasan barat. Sebab rasanya barat je kot ada negara yang guna Bahasa Melayu dan Inggeris kedua-duanya.

Aku bangun untuk melihat kawasan bilik. Aku jenguk bilik mandi dan tandas. Kemudian, almari. Almari ni tidaklah besar mana. Boleh lah kalau nak muatkan dua manusia bersaiz aku. Aku rasa baju di dalam ni memang tersedia untuk aku sebab separuh daripadanya dipenuhi dengan hoodie.

Eh banyak pula aku punya rasa.

Beralih ke arah tingkap pula. Wah, ada meja belajar! Terdapat juga rak buku yang penuh dengan buku. Aku suka, aku suka! Kalau ada meja, ada buku, mesti ada notebook atau planner. Aku mula bongkar laci meja.

Pada laci kedua dan ketiga, aku jumpa syurga dunia. Ya, kawan-kawan. Syurga dunia untuk nerd macam aku. Aku rasa nak menangis tetapi tiada masa. Aku pilih satu notebook marble berwarna merah putih di antara banyak-banyak notebook. Kemudian mencari pen di dalam laci kedua.

Pada muka surat pertama, aku senaraikan apa yang perlu aku lakukan.

To-do :

× go out and figure out where am i
× cari laptop atau phone
× seek for help (jika perlu)
× cari semua orang :)

Aku menutup buku dan bangun ke arah almari. Almari dibuka lalu aku mengeluarkan hoodie berwarna merah jambu dan sweatpants berwarna kelabu.

Selepas itu, aku selongkar lagi bilik untuk mencari beg sandang. Aku terus capai bila dah nampak satu. Ajaib betul semua yang aku nak dah ada kat sini.

Aku selitkan pen di dalam buku dan mencampakkan kedua-duanya di dalam beg. Tidak lupa juga pen-drive dan dompet.

Akhir sekali, rambut. Takkan nak biar mengurai macam langsuir. Aku berdiri di hadapan cermin panjang yang tergantung pada dinding sambil menyikat rambut.

Aku terpaku bila melihat pantulan diri aku.

Aku...

Aku...





























KENAPA AKU DAH TAK HIJAU?!?!?!?!?!

----------------

First of all, gigi aku sakit. Sec, i cant eat. Third, tempat ni panas. Fourth, mall ni takda air conditioner. Fifth, MALL NI TAKDA KEDAI JUAL ICE CREAM. I WANNA SCREAM.

Oh and sorry lah hambar. Stock lawak dah habis. Almaklumlah hujung bulan kan semua habis, nak re-stock tapi dah pokai. Stock lawak pre-order lambat lagi nak sampai so faham-faham lah eh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro