Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

apocalypse : 2


Aku tersedar bila aku rasa badan aku terapung tapi belum ada keberanian untuk celik mata. Mana tahu aku sebenarnya kena culik dengan alien dan sekarang mereka tengah angkat aku masuk kapal, kan?

Aku dapat rasa sesuatu berbulu menyentuh muka aku. Entah-entah ni avatar? Tapi ada ke avatar bau minyak wangi? Well, aku jumpa avatar dalam televisyen je so mungkin memang mereka bau wangi. 

Tak lama kemudian, aku diletakkan atas sesuatu yang empuk. 

Aku dah kata dah aku ni kena culik. 

Mereka nak bedah aku lah ni. Takpa, biarlah aku mati macam ni. Aku tak nak buka mata, takut nanti terdendam dekat makhluk terakhir yang aku nampak. Aku husnuzon, mungkin mereka nak buat kajian tentang manusia. 

"Aku tahu kau dah bangun," kata seseorang yang aku pasti, berjantina XX. Dahi aku berkerut dan akhirnya aku membuka kelopak mata dengan perlahan, mata aku terasa pedih semacam. Mungkin kesan asap tebal tadi. Oh, dah malam. 

Aku menampung badan dengan tangan sehingga dapat menukar posisi dari baring ke duduk. Dari pemerhatian aku, aku sekarang dalam sekotak bilik yang hancur dimamah keruntuhan tadi. Sebab tu aku boleh nampak langit malam atas kepala aku sebab bangunan ni tak berbumbung. 

Aku kenal pasti bangunan ni adalah bangunan asrama lelaki sekolah aku. Sekarang ni mungkin kami berada dalam mana-mana kamar dalam asrama. 

Di tengah-tengah bilik ni ada seorang perempuan. Dia sedang membelakangi aku dan cuba untuk menghidupkan unggun api dalam kegelitaan. Aku tak dapat nak mengecam gelarannya memandangkan aku hanya nampak ikatan half ponytail dia dalam gelap. 

Aku berdiam diri sahaja kerana tekak aku terasa perit seperti kemarau di dalamnya. Setelah berapa lama, baru lah dia toleh ke belakang. Itu pun selepas unggun api berjaya dihidupkan. "Coka? ━ auwh!" Serta merta tangan aku mencengkam leher sendiri. Sumpah pedih. 

"Sorry, aku lupa pasal kau." Dia bergegas ke arah sebuah beg galas dan mengeluarkan botol air dan plastik merah. "Nah," katanya sambil menghulurkan botol air yang telah dibuka penutupnya. Aku menyambut dan meneguk dengan rakus untuk menghilangkan kesakitan.

Coka ni senior form 5 aku. Antara budak perempuan wanted dalam pemerhatian cikgu. Kalau ikutkan kes dia, tak teruk mana pun jika nak dibandingkan dengan pelajar lelaki. Tapi sebab dia perempuan, agak mantul lah kalau dia buat hal yang tak pernah dibuat mana-mana perempuan. 

Dekat sekolah ni memang wajib pakai tudung, aku ingat ada sekali tu, aku rasa dia memang betul-betul lupa. Dia pergi sarapan di dewan makan tapi tak pakai tudung. Sekolah ni punya nak hukum, macam nak rejam dia sampai mati. Aku tak kata sekolah salah, cuma kelakar dengan warga sekolah ni yang tak biasa melihat dosa. 

"ah ━" botol air diletakkan di tepi tilam. "Berapa lama dah aku pengsan? Apa jadi siang tadi? Is everything okay?" Bertalu-talu soalan ditembak kepada Coka namun, tetap. Mukanya jika dilihat, memang sangat tenang, seolah tiada apa untuk dirisaukan.

"Aku tak tahu how long have you been knocked out, aku jumpa kau petang tadi dalam ladang. Nothing happened this morning, apocalypse tu semalam kalau itu yang kau maksudkan. Everyone in this school particularly, is dead," terangnya ringkas. Tiada nada cuba berdalih dalam ayatnya. 

Kalau semua tu berlaku semalam, lamanya aku pitam. 

"Mati?" Coka mengangguk. 

"Allah..." Aku menekap tangan ke muka. Wajah-wajah yang tersayang mula menjengah ke benak fikiran aku. Aku cuma mampu melepaskan nafas berat dan cuba untuk redha. Badan aku ditegakkan semula dengan tangan diletakkan ke belakang sebagai penampung badan dan wajah dihadap ke langit. 

"Jangan sedih-sedih sekarang, benda dah jadi," tegas Coka. "Aku tahu kau lapar, makan ni." Sebungkus roti coklat yang dikerluarkan dari plastik merah tadi disua ke tangan aku. Sejujurnya, aku pun lupa yang aku tak makan lagi dari semalam. 

"Kalau aku kata aku tak lapar?" Saja nak ajak Coka bergurau sikit. Padahal kalau aku ni ada gastrik ni, memang dah mati lama dah. 

"Suka hati kau lah nak mampus ke nak hidup," marahnya lalu roti dicampak ke muka aku kemudian dia duduk semula menghadap unggun api. Weh ganasnya lah si Coka ni, patutlah kau tak pernah ada teman lelaki. 

Aku gelak sakan kemudian roti diambil dan dinikmati sendiri.

"Min, can you do me a favor?" soal Coka. Aku membunyikan 'hm' kerana mulut aku penuh dengan keempukkan roti. Coka memusingkan kepalanya ke arah aku dengan riak serba salah. "I have trouble in the dark. So, selama kita kena survive bersama ni, aku nak tidur sebelah kau." Habis saja ayatnya, dia menoleh menghadap api semula. 

Roti di mulut terus masuk ke dalam esofagus dan aku hampir tersedak. Aku berdehem sikit. "Sure," kataku. Aku berdehem lagi sekali sebelum berkata "Aku faham, no problem, yeah sure." Kenapa tiba-tiba aku gugup ni? 

Ya, sebab dia perempuan. Aku lelaki. 

Tapi nasib baiklah dia pandai susun ayat. Kalau dia kata dia nak tidur dengan aku tadi? 


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro