Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6 ✈️

"Assalamualaikum..." Xavier melangkah masuk ke dalam rumah. Suara gelak seseorang membuatkan dia menoleh. Ada tetamu rupanya. Puan Diara yang perasan akan kepulangan Xavier memanggil anak lelakinya itu untuk duduk di ruang tamu.

"Waalaikumussalam. Ha, Xavier. Duduklah dulu. Ni aunty Maya, kawan mama." Dia melabuhkan duduk berhadapan dengan tetamu. Xavier hanya menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat.

"Ni ke anak awak, Ara? Handsomenya! Mungkin sepadan dengan anak dara saya ni. Mea namanya." Puan Diara hanya tersenyum kelat. Dia menatap ke arah Mea yang berpakaian seksi dengan tatapan menghakimi namun tidak berkata apa.

"Ma, Xavier naik atas dulu." Xavier segera berlalu pergi ke atas. Dia tak ada masa untuk kenal-mengenali perempuan lain. Lagi-lagi, melihat air muka mamanya pun dia dah tahu. Puan Diara tidak suka wanita seperti Mea.

"Aunty, boleh tak Mea nak kenal-kenal dengan anak aunty? Yang tadi." Puan Diara terdiam seketika sebelum mengangguk. Dia tahu anaknya tidak akan tertarik dengan wanita seperti Mea. Macam mana mak, macam tulah anaknya. Kalau bagi jumpa, sekali sahajalah.

"Tapi ada syarat."

"Syarat apa tu aunty?" tanya Mea.

"Mea hanya boleh kenal dengan anak aunty sekali sahaja. Kalau dia tak berminat, maksudnya tak boleh jumpa dah dan jangan ganggu dia. Macam mana?" kata Puan Diara dengan senyuman penuh makna. Puan Maya dan Mea memandang antara satu sama lain.

"Kalau dia berminat?"

"Bolehlah kenal lebih lanjut. Aunty tak suka nak paksa anak kenal dengan orang yang dia tak nak kenal."

"Lagi-lagi, dengan orang yang ada rambut karat dan pakai baju sendat." Suara seseorang menyampuk membuatkan mereka berpaling. Xiara baru muncul dari dapur. Mea menayangkan senyuman namun jelas terpancar kemarahannya apabila mendengar kata-kata Xiara.

"Adik Xavier eh? You nampak plain je. Pakai t shirt dan seluar tidur. Mungkin tak tahu kut tentang fesyen semasa." Sinis sahaja suara Mea menyindir. Namun, itu tidak mendatangkan kesan kepada Xiara. Gadis itu bahkan tertawa mendengar kata-kata Mea.

"Duduk dekat rumah ada fesyen ke? Tak tahu pula aku. Kau duduk rumah, pakai dress labuh eh? Tengok tv sambil berhalusinasi seorang diri. Hahaha!" Mea mengepalkan tangannya. Puan Diara juga telah tertawa namun cuba untuk menahan dirinya. Puan Maya tak perlulah kata, wajahnya sudah merah.

"Darnishah, pergi naik atas." Xiara melangkah ke atas tanpa sebarang kata lagi. Namun, air mukanya jelas mengejek Mea.

"Maaf ya? Dia memang macam tu."

"Eh, tak apa. Jadi, bila saya boleh blind date dengan Xavier?"

"Esok." Senyuman 'ramah' ditunjukkan. Esok jugalah tamat blind date dia tu.

***

Polaroid gambar yang disimpan ditatap lama. Wajah ceria seseorang yang sentiasa lekang senyumannya. Manis dan cantik. Dia mengusap lembut wajah yang ada di polaroid itu.

"Aku rindu gila dekat kau, Celestial..." Xavier mendakap erat gambar itu sebelum memasukkannya ke dalam dompet. Dia sebenarnya tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Anatasia selama 4 tahun mereka berpisah. Irfaz kata dia telah menghancurkan wanita itu. Segalanya. Bila dia mahu bertanya dengan lebih lanjut, Irfaz enggan menjawab pertanyaannya.

"Angah, aku nak masuk." Suara Xiara kedengaran membuatkan dia menoleh. Gadis muda itu menapak perlahan-lahan ke arah abangnya yang sedang bersila di atas lantai. Tanpa menunggu lama, dia turut bersila di sebelah Xavier.

"Angah, kau buat apa?"

"Tak ada buat apa-apa. Kenapa?" tanya Xavier. Xiara merenung ke dalam mata hazel abangnya. Lama.

"Angah rindukan akak Emy ke?" Xavier memalingkan wajah. Xiara mengeluh.

"Kau...entahlah. Aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin kau terlalu muda masa tu." kata Xiara. Cara percakapan gadis itu jauh lebih matang. Dia bersandar pada kaki katil di sebelah Xavier.

"Darnishah tahu ke apa yang jadi dekat dia lepas kitorang putus?"

"Setahu aku, dia kena halau dari keluarga dia. Diorang kata dia pembawa malang. Macam tu la. Lepas tu, kak Emy berhenti jadi pilot. Selebihnya, aku tak tahu. Xiera pun tak tahu. Dia hilang dari radar macam tu je." Xavier terdiam mendengar kata-kata Xiara. Anatasia tidak mempunyai bahu untuk bersandar. Sebelum mereka putus, dia lah yang selalu menjadi pendengar untuk gadis itu. Rasa bersalahnya semakin memberat.

"How should I fix everything?" Dia menekup wajahnya.

"You shouldn't fix it, Angah." Xavier menoleh ke arah Xiara.

"You should build a new memory with her. Itu pun kalau kau ada peluang lagi." kata Xiara. Dia tahu takkan ada wanita lain yang mampu menggantikan tempat Anatasia dalam hati Xavier. Cuma, abangnya terlalu bodoh terpedaya dengan wanita yang bernama Evie Medina. Dasar pagar makan padi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro