Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5 ✈️

Kawasan perkarangan masjid itu dilihat sebelum dia mengikuti langkah Syifa. Hari ni ada program gotong-royong bersihkan masjid. Syifa melambaikan tangan ke arah dua orang pasangan suami isteri yang telah lanjut usia dan seorang lelaki.

"Baba!"

"Zana!" Syifa memeluk erat tubuh ayahnya. Anatasia yang melihat keadaan itu tersenyum sedikit. Entah bila kali terakhir dia memeluk ayahnya pun dia tak pasti.

"Zana dah sarapan? Datang seorang?"

"Dah. Zana datang dengan Emyra." Syifa menunjuk ke arah Anatasia yang masih kekal berdiri di belakangnya. Wanita yang bergelar ibu kepada Syifa bergerak menghampiri Anatasia.

"Cantik." Satu kata yang membuatkan Anatasia sedikit segan.

"Nama siapa ni?" tanya wanita itu lagi.

"Anatasia Emyra." Anatasia tersenyum sedikit memandangkan ibu Syifa tersenyum manis ke arahnya.

"Nama mak cik Syafa. Tapi kalau nak panggil ibu pun boleh." Anatasia menganggukkan kepala.

Ibu...

"Jom kita pergi masak-masak dekat belakang. Zana, ikut ibu sekali." Puan Syafa merangkul lengan Anatasia dan dibawa ke belakang. Syifa juga mengikuti langkah mereka. Lelaki yang berada di situ sejak tadi terus menerus menatap Anatasia.

"Zayn, jangan tengok anak dara orang lama-lama." tegur Encik Hazim. Bukan dia tak perasan, anak terunanya yang satu ini seperti terpukau melihat wajah Anatasia tadi. Mereka segera berlalu pergi dari situ untuk membantu bergotong royong.

"Eh, anak siapa ni, Sya?" tanya salah seorang mak cik di situ.

"Anak orang." Syifa menyahut kata-kata mak cik itu namun menundukkan kepala apabila ibunya menoleh.

"Kawan Zana. Cantikkan?" Anatasia berasa sangat kekok di situ. Terlalu ramai orang dan pasti akan berlaku banyak interaksi.

"Cantik! Orang luar negara ke?" tanya salah seorang wanita di situ. Mereka ada lebih kurang 8 orang untuk menyediakan makanan.

"Er..bukan. Orang sini je." Anatasia tersenyum hambar. Dia rasa nak balik sekarang ni. Dia memandang ke arah Syifa yang sedang mengambil sayur-sayuran untuk dipotong. Isyarat mata diberikan, meminta tolong untuk keluar dari situasi yang tidak selesa ini. Nasibnya baik, kerana Syifa menangkap maksud di sebalik pandangannya.

"Emyra, jom tolong saya potong sayur." Dia menarik Anatasia jauh sedikit dari sekumpulan mak cik tadi.

"Awak okay tak? Nak balik?" Nak angguk, tapi kasihan pula Syifa sendirian. Akhirnya, dia memilih untuk menggelengkan kepala.

***


Ramai orang sedang duduk berehat selepas selesai gotong royong. Makanan yang telah siap dimasak segera dihidangkan di atas meja. Anatasia menyusun pinggan di bahagian tepi bekas nasi. Saat dia hendak berpaling, Anatasia terkejut melihat tubuh seorang lelaki yang sangat hampir dengannya.

"Erm...kawan Zana?" Anatasia mengangguk.

"Saya Syahril Zayn. Abang dia." Diam. Anatasia tidak berkata apa-apa namun matanya meliar mencari keberadaan Syifa.

"Nama awak?"

"Tak ada nama." balas Anatasia dengan dingin. Dia nak pergi sekarang tapi Syifa tak ada pula di sini.

"Ehem!" Suara berdehem seseorang membuatkan Anatasia berpaling. Encik Hazim. Dia menatap tajam ke arah Zayn, memberikan amaran dalam diam untuk pergi. Zayn terpaksa pergi ke belakang. Encik Hazim menayangkan senyuman nipis buat Anatasia.

"Maafkan pak cik ya, kalau Anatasia tak selesa dengan Zayn tu."

"Tak apa. Bukan salah pak cik." Anatasia menundukkan sedikit kepala dan pergi mengekori Syifa yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Lambatnya." Terkejut gadis itu apabila melihat Anatasia berada di sebelah.

"Astaghfirullahalazim, terkejut saya! Kenapa, awak nak balik ke?" Anatasia mengangguk kepala. Mereka segera pergi ke kawasan memasak tadi dan bersalaman sebelum pulang. Syifa memerhatikan keadaan Anatasia yang menyandarkan tubuhnya pada seat kereta.

"Okay tak?" Sejujurnya, dia tak okay. Terlalu ramai orang di situ. Walaupun mereka hanya menatap tapi bagi Anatasia, itu adalah sesuatu perkara yang membuatkan dia tidak selesa. Tatapan manusia yang penuh tanda tanya dan minat. Dia bukan boneka untuk dilihat!

"Emyra?"

"Ya. Saya akan okay bila kita balik rumah nanti." Dia dah membayangkan katilnya yang empuk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro