Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3 ✈️


Wajah Anatasia masih lagi berlegar-legar di fikirannya sejak kejadian hari itu. Tak sangka, dia akan bertemu semula dengan bekas tunangnya. Apa yang membuatkan dia lebih terkejut ialah wanita itu telah berubah.

Bertudung, berpakaian longgar dan dingin. Bukan seperti Anatasia Emyra yang dia kenali 4 tahun yang lepas, liar, free hair dan ceria. Jauh berbeza. Xavier merenung ke arah skrin laptop yang memaparkan beberapa maklumat juruterbang di beberapa buah syarikat penerbangan. Namun, tiada satu pun maklumat tentang Anatasia di situ.

"Kau kerja dekat syarikat penerbangan mana ni?" tanya Xavier sendirian. Dia ralit mencari maklumat tentang wanita itu selepas bertemu dengannya beberapa hari lepas.

"Anatasia Emyra...." Matanya dipejamkan seketika mengingati detik-detik dia memutuskan hubungan mereka. Ya, memang dia kejam. Xavier meninggalkan Anatasia untuk seorang wanita yang bekerja sebagai model produk kecantikan. Namun, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Wanita itu meninggalkan Xavier untuk bersama dengan seorang doktor pakar bedah di negara China.

Sejak Xavier berpisah dengan Anatasia, dia tidak pernah mendengar sebarang khabar tentang wanita itu daripada sesiapa. Keberadaan Anatasia yang tidak dapat dikesan selama 4 tahun membuatkan dia hampir gila. Dia sedar dia terlalu buta untuk menilai seseorang, menyebabkan hubungan yang bahagia dan hampir menuju ke mahligai perkahwinan, musnah dan ranap sekelip mata.

"Apa yang aku perlu buat untuk kembalikan kita yang dulu...?"

Rasa penyesalan yang mencengkam jiwa semakin terasa. Sakit, perit dan terseksa. Sesakitnya apa seorang lelaki yang bernama Xavier Danish, rasa sakit itu tidak akan mampu menandingi rasa sakit yang ditanggung oleh Anatasia Emyra.

***

"Aku buat keputusan untuk putuskan pertunangan kita." Anatasia memandang ke arah Xavier dengan wajah tidak percaya.

"Ke..kenapa?" Tangannya menggeletar. Dia tidak tahu salahnya di mana, atau apa alasan Xavier ingin putus tunang. Tarikh perkahwinan mereka juga hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Xavier tidak berkata apa-apa dan pergi meninggalkan Anatasia yang masih menundukkan kepala. Mutiara jernih itu menitis perlahan seiring dengan hujan renyai yang kian membasahi bumi.

"Xavier...." Matanya berkaca-kaca menatap ke arah Xavier yang tetap pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Anatasia segera bangun dan ingin mengejar jejaka itu. Saat dia ingin melintas jalan, sebuah kereta meluru ke arahnya. Yang dia lihat hanya cahaya putih memenuhi kornea mata.

"Emyra!" Terjaga dia dari tidur. Dahinya yang berpeluh-peluh dikesat perlahan. Anatasia menatap ke arah wajah rakannya yang berada di hadapan.

"Syifa.."

"Awak okay tak?" Perlahan-lahan kepala dianggukkan. Wajah Syifa jelas kelihatan risau. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Anatasia.

"Jangan risau, saya okay. Penat sikit kut." Senyuman nipis dilemparkan kepada Syifa. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air. Wajahnya dibasahkan beberapa kali. Mata biru laut itu merenung dirinya sendiri seketika sebelum kembali berbaring di atas katil semula. Syifa telah tiada di situ, mungkin kawannya telah pergi ke bilik tidur.

Sudah begitu lama, dia tidak didatangi sebarang mimpi. Mimpi kali ini membuatkan dia sedikit tersentak. Anatasia tahu itu bukan mimpi, hanya secalit kenangan yang membuatkan dia menjauhi semua orang. Mungkin disebabkan pertemuannya dengan Xavier secara tidak sengaja pada beberapa hari yang lepas.

"Kenapa kau mesti muncul semula?

Cebisan memori lalu kini memenuhi mindanya. Anatasia memegang kepalanya yang semakin sakit. Dia segera mengambil botol ubat penenang yang berada di dalam laci. Beberapa biji pil penenang ditelan bersama air mineral. Setelah beberapa ketika, barulah dia kembali tenang dan terlelap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro