Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Mata Amar dipejam celikkan berkali2. Langkahnya seolah2 tergam ke lantai, tidak dapat nak bergerak walau selangkah lagi. 'Apa sudah jadi?' desisnya sendiri sambil menggosok matanya buat kesekian kalinya.

"Terpegun!"

Eh! Suara siapakah itu? Laju Amar memusingkan wajahnya dan terus pandangan matanya bersabung dengan pandangan Puan Mazlin. Amar diam tidak menjawab soalan itu namun otaknya tidak berhenti memikirkan logik. Boleh jadi sampai tahap ini ke? Direnungnya kembali pada 'objek' yang sedang bergerak keluar dan masuk dari dapur.

Sebenarnya, dia tak nak terus terlekat di posisi kedudukannya ini. Tetapi dia tidak mampu hendak menggerakkan kakinya. Disebabkan mindanya tertanya2, refleksi menjadikan kakinya tidak mampu melangkah. Matanya juga seakan tidak jemu meratah ke segenap inci wajah itu. Siapa dia? Bukan ke semalam mummy cakap budak kampung itu ada di sini, tapi ini siapa pula?

"Siapa tu, mummy?" soalnya apabila Puan Mazlin sudah hendak melangkah ke meja makan.

Puan Mazlin mengerutkan dahi. Aik! Hentakan dekat kepala semalam kuat sangat ke sampai dah tak ingat tentang budak kampung dia? Tiba2 saja Puan Mazlin menarik senyuman. Ada peluang terbuka luas untuk mengenakan Amar. Lantas tangan Amar ditariknya mendekati meja makan dan terus didudukkan pada kerusi kosong di situ.

Apabila wajah Hannah muncul kembali dari dalam dapur dengan menatang sedulang air, Puan Mazlin melebarkan senyumannya.

Kenapa Amar boleh tidak kenal dengan Hannah? Rasanya dia sudah dapat meneka sebabnya. Hannah kelihatan sangat berlainan dengan sepasang blaus hijau pucuk pisang yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Nampak cantik dan moden. Hilang gaya kampung yang sering dibawa dengan pemakaian kain batik itu. Patutlah Amar tak dapat nak kenal pasti dengan mudah.

"Jemput makan aunty," pelawa Hannah pada Puan Mazlin. Amar yang ada di depan mata, tidak dipelawa langsung. Tangannya terus saja menuangkan minuman ke dalam cawan. Pinggan dicapai lalu disendukkan nasi goreng ke dalamnya.

"Sedap bau ni... Hannah masak ke?" soal Puan Mazlin sambil menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

Sementara itu, lagi seorang insan bernyawa di atas meja makan itu seakan terkaku mendengar nama yang diutarakan oleh bibir Puan Mazlin. Budak yang datang dari utara? Ini budak kampung yang aku tak suka tu?

"Hannah masak biasa2 saja, aunty," balas Hannah merendah diri. Matanya dilarikan ke sana sini. Renungan Si Amar nampaknya belum sudah lagi. Hannah menjadi tidak betah berlama di situ. Terus saja dia melangkah masuk ke dapur. Susah juga nak berhadapan dengan orang yang kita suka dalam keadaan dua hati tidak mencapai satu rasa.

Hannah terus saja bergerak ke sinki, membasuh apa2 yang berbaki. Bibik sudah memulakan kerja2 mengemas rumah, jadi Hannah dengan senang hati melakukan kerja di dalam dapur ini.

"Kau buat apa dekat sini?"

Tersirap darah Hannah apabila suara itu kedengaran begitu dekat dengannya.

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" Sinis saja soalan Amar.

Hannah mengetap bibir. Mangkuk seorang ini kalau bercakap, langsung tak pernah fikirkan perasaan aku, kan? Kalau ya pun tak nak fikir apa yang aku rasa, sekurang2nya fikirlah yang aku ini manusia! Takkan itu pun susah?

Hannah diam tidak mahu menjawab. Biar teruji kesabaran pak cik yang sedang setia berdiri di belakangnya itu. 'Biar kematu kaki dia berdiri dekat belakang aku,' desis hatinya.

"Makin cantik ya kau sekarang?" luah Amar tanpa sedar. Dia seakan tidak perasan apa yang dikatakannya.

Sedangkan Hannah... muahaha! Dipuji sebagai cantik, rasanya lelaki ini sememangnya bukan berada dalam kondisi yang waras. Boleh pula dia puji 'nenek kebayan' jadi cantik, kan? Sekurang2nya mulut itu sudah menarik salah satu fakta daripada menjadi label dirinya.

Dikalihkan wajahnya menghadap Amar. Senyuman diukirkan di bibir lalu terpamer susunan giginya yang tidak begitu rapi. Namun itu bukanlah satu kekurangan untuk diri Hannah kerana senyumannya mampu saja memukau pandangan mata yang melihatnya. Dapat dilihat dengan jelas wajah Amar yang berubah warna.

Eh! Aku senyum, dia pula yang malu. Tak rasa macam scene lakonan diterbalikkan ke? Selalunya perempuan yang kena malu2, ini tidak.

Tanpa kata, Amar berlalu ke ruang makan.

Hannah tersenyum menang. Tiga hari dia akan berada di bawah satu bumbung dengan Amar. Hari pertama mata bertemu, Amar jatuh pengsan. Kejadian lawak sepanjang zaman. Rupanya penakut juga budak bandar ini. Muka saja nampak gagah, tapi dalaman pengecut. Sungguh memalukan untuk menjadi suami aku.

Hari kedua, seawal pagi begini Amar sudah menghadiahkan pujian buat dirinya. Perkara ikhlas atau tidak, kita tolak tepi dahulu. Apa yang pentingnya, ia lahir dari bibir berlagak milik lelaki itu. Rasa macam nak bersorak riang untuk kemenangan kecil yang berjaya diperolehi tanpa sebarang paksaan ini.

Tunggu sekejap lagi, ada kejutan besar yang bakal dilagukan buat pendengaran lelaki itu. Entah bagaimana pula responsnya hari ini. Pengsan sudah, malu pun sudah. Tinggal reaksi apa lagi yang belum sudah?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro