Bab 5
Seawal jam enam pagi Hannah sudah menapak masuk ke dalam tandas. Entah kenapa moodnya pagi ini, terasa seperti 'terlebih gula' saja. Selesai membersihkan diri, dia terus ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Usai bersolat, dia sudah terintai2 ke dalam dapur. Kelihatan emaknya sangat tekun menyediakan bancuhan tepung.
"Hai, mak. Pagi2 dah buka gerai ke?" sapanya dengan usikan sambil menghadiahkan kucupan di pipi Puan Masyita. Rindunya nak bermanja dengan emak.
Seminggu cuti sekolah, seminggu juga dia akan pulun melampiaskan rasa rindu di dalam hati. Iyalah, rumahnya di Yan, Kedah. Kerjanya nun di Pulau Mutiara. Memanglah Kedah dengan Pulau Pinang itu jaraknya setakat dua jam saja, tapi jenuh juga dia nak menadah telinga mendengar bebelan berinti kerisauan daripada emak dan abah setiap kali dia memandu dari sana. Sudahnya, bila ada hal penting atau cuti panjang saja dia balik ke rumah. Bila emak complaint lebih2 cakap rindu, dia balas balik cakap... siapa yang tak bagi drive balik rumah selalu?
"Manja!"
"Biaqlah orang nak manja. Mak orang jugak!" balas Hannah untuk komen Puan Masyita.
"Memanglah mak orang... takkan mak beruang pulak!"
Terus Hannah tersengih lebar. Nak meloyar buruk dengan emak, sekali dia yang kena loyar buruk balik.
"Mak buat apa ni?" soalnya dengan penuh minat. Kalau tidak silap tengok bahan dalam adunan, macam cucur udang. Wah! Hannah sudah teruja sendiri.
"Amar dengan Aunty Maz kan suka cucur udang? Tu yang mak nak buat."
Mendengarkan nama seseorang itu, membuatkan Hannah terdiam sendiri. Lantas mindanya teringatkan kata2 emaknya semalam.
"Aunty Maz ada merisik pasal Hannah dengan mak," ucap Puan Masyita bagi menjelaskan kekeliruan agenda ikat hati yang dimaklumkan pada Hannah sebentar tadi.
Hannah yang sudah elok berbaring di atas paha emaknya, diam saja mendengar butir bicara yang sedang disampaikan.
"Untuk Amar," sambung Puan Masyita lagi.
Spontan Hannah tersenyum kecil.
"Takkanlah nak merisik untuk Abang Adam pula kan, mak? Mahunya Kak Pah merajuk tak cakap dengan Hannah," balas Hannah berjenaka.
"Apa kata Hannah?" soal Puan Masyita terus. Tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti meleret pula jadinya.
Hannah diam. Berfikir. Terfikir. Tidak habis2 dengan fikirannya yang asyik teringatkan kata2 sindiran lelaki itu.
"Dia cakap Hannah budak kampung bodoh mak!" luah Hannah dengan kecewa. Itulah perangai Amar yang langsung dia tidak suka walaupun hakikatnya, dia terlalu sukakan lelaki itu dari pertama kali dia mengenal erti suka di antara lelaki dan perempuan. Mulut Si Amar yang langsung tidak pernah mengambil kira perasaannya ketika berkata2.
'Suka hati dia saja nak label aku sebagai budak kampung bodoh, sebabnya... dia tak sukakan aku! Kalau ya pun tak suka, tak perlulah nak melabel orang dengan branding bodoh, kan? Macamlah dia itu pandai tahap apa saja.' Omel Hannah dalam hati.
"Hannah... benda tu kan dah lama? Patutnya Hannah lupakan saja. Dia pun tak berniat nak kata macam tu dekat anak mak yang cantik ni," ucap Puan Masyita lembut dengan harapan dapat membeli jiwa Hannah yang sudah terluka dek kata2 sindiran Amar. Siapa yang takkan terluka, lebih2 lagi ayat sindiran itu lahir dari bibir orang yang kita suka?
"Mak cakap pasal cantik... baru Hannah teringat mak. Dia kata Hannah macam nenek kebayan miang, suka menggatal dengan dia!" ucap Hannah lagi dengan wajah yang sayu.
Nenek kebayan miang! Muka aku ini boleh dikategorikan sebagai miang ke? Memang buta kayu sungguhlah Si Amar itu. Aku yang sangat sopan santun ini disamakan dengan m - i - a - n - g.
Bengong!
"Hannah..." tegur Puan Masyita tidak senang.
"Tak elok Hannah duk ingat macam tu lagi... kan dah lama? Takkan dia tengok Hannah sekarang pun, dia nak cakap macam tu juga? Memang butalah kalau dia kata anak mak yang lawa ni macam nenek kebayan," puji Puan Masyita dengan senyuman lebarnya.
"Hannah lawa apanya mak? Anak ayam mak dekat reban tu lagi lawa daripada Hannah."
"Ada ka samakan anak mak dengan anak ayam."
Spontan cubitan Puan Masyita mendarat di lengan Hannah. Dia mengaduh kecil. Pedih rasanya penangan cubitan berbisa daripada emak.
"Mak... sakitlah," balasnya manja.
"Ini kenapa anak beranak tengah buat sesi luahan rindu ke?" Encik Azmi yang baru saja pulang dari masjid turut bersila sekali untuk mendengar story daripada dua orang wanita ini.
"Ita tanya dengan Hannah pasal risikan Kak Maz. Abang rasa macam mana?" Puan Masyita bertanya pada Encik Azmi pula. Hannah belum bagi jawapan pun lagi.
"Abang rasa elok tanya pendapat Hannah la."
Bagus punya jawapan daripada Encik Azmi.
Hannah perasan wajah emaknya sudah berubah riak. Ditahankan saja tawanya supaya tidak pecah. Mesti emak frust dengan jawapan abah yang terlalu umum dan nyata tidak dapat membantu apa2.
"Macam ni Hannah... esok Aunty Maz nak datang, nak tanya dengan Hannah terus."
Hannah terus tersentak dan bangun duduk tegak menghadap kedua orang tuanya. Biar betul, nak tanya direct dengannya? Matanya terkebil2 memandang wajah emak dan abah yang setia merenungnya.
Walaupun dia dengan Aunty Maz agak kamceng juga, tapi kalau sudah masuk soal perkahwinan macam ini... rasanya malulah nak cakap terus dengan ibu kepada bakal suaminya.
Erk! Did you say, bakal suami Hannah? Ah... gedik hang! Suka cakap suka... jangan nak buat mengada2.
"Hannah toksah duk tayang muka comel tak kena gaya dekat sini. Mak sekilas pandang saja boleh tau dah apa yang ada dalam hati Hannah tu."
Hannah menelan liur. Nampak secara terang sangat ke di wajahnya? Memang langsung tidak ada skill untuk menyembunyikan perasaanlah.
"Tapi mak nak dengar dari mulut Hannah sendiri... Hannah suka ke tidak kalau jadi menikah dengan Amar?" soal Puan Masyita sambil merenung tepat ke dalam anak mata Hannah yang berwarna hitam pekat itu.
Hannah terkedu. Apa jawapan yang dia boleh bagi?
"Berangan!!!"
Tolakan di bahu membuatkan dia mengangkat wajahnya.
Eh! Sejak bila aku dah duduk dekat meja makan dan emak pula... Hannah menayang sengihan kelat bila Puan Masyita keluar dari dapur dengan sepinggan cucur udang yang sudah digoreng elok.
"Lamanya dia mengelamun, fikirkan siapa?"
Hannah tersengih lagi. Fikirkan siapa? Siapa lagi yang Hannah terasa nak fikir? Tidak pernah dia memikirkan tentang orang lain, selain orang itu.
"Mak dah siap goreng? Aunty Maz nak datang pagi2 ke?" soal Hannah pelik. Pagi2 nak datang dah, biar betul? Terasa macam Amar itu terlebih semangat hendak menatap wajahnya di pagi hari ini. Berangan! Hannah tersenyum sendiri dengan angan2 buah berangannya.
"Aunty Maz datang petang. Ini untuk Hannah... untuk Aunty Maz, sat lagi mak boleh buat."
Mata Hannah terus bersinar2 dengan sepinggan cucur udang terhidang di depan mata. Tanpa menunggu lama, dicapainya sepotong cucur udang dan dicecah ke dalam kuah kacang. Selamat sudah kunyahan yang pertama masuk ke dalam mulutnya.
"Sampai tak ingat langsung nak pelawa mak, kan?"
Tersedak terus Hannah dengan teguran itu. Ditepuk2 dadanya sambil meneguk air kosong. Sebaik saja batuknya terhenti, seiring itu senyuman nipis tersungging di bibir.
"Jemput makan, mak." Pelawanya sopan.
Puan Masyita menggelengkan kepala sambil menapak semula ke dalam dapur.
♡♡♡
Laman yang penuh dengan daun kering di hadapan rumahnya membuatkan Hannah terlebih rajin untuk membuat sesi pembersihan laman pada hari ini. Tambahan pula, al - maklumlah... orang jauh nak datang.
'Orang jauh itu siapa Hannah?' Soal hatinya sendiri dengan girang. Rasanya dia sudah tahu faktor dia 'terlebih gula' sejak dia mencelikkan mata seawal pagi tadi. Sebabnya, dia akan berjumpa dengan Abang Amar hari ini. Teruja sangat sebab akan berlaku juga pertemuan antara mereka setelah sepuluh tahun lamanya.
Kata emaknya, Amar makin kacak dan bergaya. Dia tersenyum nipis dengan kenyataan emak. Sudah pastilah Amar akan kacak dan bergaya, tengoklah macam mana dia memilih untuk berkawan dengan aku disebabkan tidak setanding dengan dirinya. Tapi sekarang, boleh setanding ke?
"Hoi nenek kebayan miang! Tolong jangan menyendeng tepi aku boleh tak?"
Hannah tersentak. Matanya melingas ke arah sekeliling. Tak ada sesiapa pun! Tapi macam mana boleh muncul suara Si Amar itu macam real saja?
"Hannah tak kacau abang, Hannah duduk dekat sini saja."
Mata Hannah tertancap pada beranda yang terletak di bawah pokok mangga itu. Seakan terlihat dengan jelas semua kenangannya di situ.
"Kau kacau ke, tak kacau ke... aku nak kau pergi duduk tempat lain jugak!" marah Amar sambil memalingkan badannya membelakangi Hannah yang sudah elok bersimpuh di tepi Amar.
Ah! Kenapalah aku sangat tak tahu malu waktu2 remaja dulu? Suka sangat tersua2 sedangkan sudah terang lagi benderang, Amar tidak suka.
"Abang ni kenapa suka cakap kasar2 sangat! Kau, aku... tak boleh ke panggil Hannah?"
Hannah tersenyum sendiri sambil melabuhkan punggung di beranda itu. Hari itu merupakan hari yang tidak disangka2. Selamba saja mulutnya menegur gaya bahasa Amar yang langsung tidak disukainya. Patutlah tak boleh nak mesra, asyik berkau... beraku saja!
"Kau... jangan cakap banyak!" balas Amar dengan telinga yang sudah memerah.
Hannah pandang saja wajah jejaka idamannya yang sudah naik berang. Wajahnya serius, gaya macam orang nak pergi berperang.
"Abang ni kenapa suka marah2 Hannah? Cakap lembut2 tak boleh ke? Hannah bukannya orang lain... bakal isteri abang juga!"
Hannah sudah melepaskan tawa dengan ucapan yang begitu segar dalam mindanya. Masa itu usianya berapa, dalam empat belas tahun kalau tidak silap. Ha ha ha! Rasa macam nak gelak berhari2 dengan statement yang memalukan diri sendiri.
Masih segar lagi dalam mindanya, Amar pada mulanya terpinga2 terus bangun berdiri sambil menghembuskan dengusan kasar.
"Aku akan cakap ni, buat kali yang terakhirnya. Tolong gam benda ni kuat2 dalam kepala otak kau yang lembab ni... aku takkan kahwin dengan budak kampung bodoh macam kau. Jadinya, jangan nak berangan tak tentu hala."
Pada usia semuda itu, Hannah hanya mampu tersentak dengan kata2 Amar. Hatinya sudah terluka. Budak kampung bodoh dia kata! Wei... aku tiap2 tahun dapat nombor satu dalam kelas, dia bukannya tahu pun. Mentang2lah gaya aku sememeh sikit, senang2 saja dia cakap aku bodoh.
"Ke tepilah! Menyampah aku datang kampung ni nak kena menghadap muka nenek kebayan macam kau, kebayan miang pulak tu!" Sejurus mengucapkan kata2 itu Amar sudah menapak masuk ke dalam rumah.
Jemari Hannah dilarikan ke atas beranda yang didudukinya itu. Seakan terasa kehadiran lelaki itu disampingnya.
Kenapa ya? Walaupun Amar cakap dia budak kampung bodoh, nenek kebayan miang, walaupun semua tentang dirinya Amar tidak suka langsung, tetapi dia dengan senangnya jatuh suka dengan lelaki yang berlagak itu?
Hati sudah suka, nak buat macam mana? Cuma, dia terasa hairan... mahu pula Amar berkahwin dengannya? Sebab apa? Tak mungkinlah dia sukakan aku. Mahunya ribut taufan satu Malaysia. Tidak pun, dia kena paksa dengan Aunty Maz? Part ini, ada logiknya juga. Tak apa, tunggu dia datang dan aku akan bersemuka dengan dia untuk meleraikan segala kekusutan dalam minda.
Sebut pasal bersemuka, emak memberitahu ada mengirimkan gambarnya pada si mangkuk Amar itu. Agak2nya dia tengok tak rupa 'nenek kebayan' dia yang terkini? Agak2nya lelaki itu sudah menarik semula ke statement, nenek kebayan miang itu daripada label dirinya?
"Hannah, berangan tak sudah lagi ke?"
Teguran Puan Masyita membuatkan Hannah mengangkat wajahnya. Senyuman sudah terukir di bibir.
'Hanya di sini saja Hannah dapat berangan, mak. Tempat2 yang ada kenangan Hannah dengan dia. Walaupun semuanya bukan kenangan manis belaka tetapi ia tetap istimewa buat diri Hannah,' bisiknya dalam hati.
Baru saja Hannah menyarungkan selipar hendak melangkah masuk ke dalam rumah, telinganya sudah menangkap bunyi geseran tayar kereta. Pantas dia berpaling. Honda CRV berwarna chrome sudah memasuki pekarangan rumah mereka. Senyuman di bibir makin melebar. Tidak lupa juga, hatinya semakin berdebar2.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro