Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 49

Langkah kaki Amar yang sedang laju menuruni anak tangga terhenti ketika sampai di hujungnya. Suara Puan Mazlin begitu jelas menampar cuping telinganya. Seakan ada sesuatu yang menarik minat pendengarannya untuk memasang telinga. Hannah!

"Hannah sayang, baru mummy ingat nak call, Hannah dah call. Sihat ke?"

Mendengar nama yang meniti bibir Puan Mazlin pada ketika itu terus membuatkan dia memakukan langkahnya di situ. Dalam diam, dia sudah berminat untuk ambil tahu apa isi bual bicara antara mentua dan menantu itu.

"Amar? Dia sihat sentiasa. Macam Hannah tak tahu."

Memang Hannah tak tahu akan keadaan dirinya. Keluhan sudah mula meniti bibirnya. Mengeluh dengan sikapnya sendiri.

"Nanti Hannah cuti dua minggu lagi, datang sini ya? Mummy dah survey tempat untuk Hannah dengan Am tempah baju untuk majlis bersanding nanti. Hannah datang ya, Am nanti bawa Hannah pergi tengok baju."

Dan bila pula mummy buat tinjauan tidak rasmi ini tanpa pengetahuannya? Siap mengaturkan temu janji dengan Hannah lagi. Haih! Mummy memang takkan berubah, kan? Suka sangat mengatur program tanpa bertanyakan dirinya. Tapi anehnya kali ini, dia terasa seperti tidak mahu membantah.

"Kenapa? Banyak kerja? Tak apa, mummy suruh Am datang ambil. Am mesti pergi punya. Hannah datang ya? Mummy cakap dengan Am. Okey sayang, you take care too."

"Hannah ke, mummy?" Sebaik saja gagang diletakkan, Amar terus menyoal. Punyalah dia hendak ambil tahu, apa yang dibualkan secara terperinci oleh kedua wanita itu. Oh, Amar sudah ada genetik busybody la pula!

"Haah, Hannah. Mummy suruh dia datang sini. Lagi dua minggu dia ada cuti."

"Berapa hari?" soal Amar laju. Mindanya sudah mula merangka. Boleh ke tidak dia hendak mengambil kesempatan? Rasanya boleh. Siapa yang berani nak cakap tak boleh, siap2 berbaris di sebelah kiri. Aku boleh bagi penampar free.

"Cuti seminggu. Tapi dia cakap, susah sikit nak datang. Macam tak nak datang saja. Sebab Am la ni!" marah Puan Mazlin. Dia tahu kenapa Hannah seakan berat hati untuk datang ke sini. Semuanya sebab anak bertuahnya yang seorang ini.

"Am? Apa pulak, mummy? Am tak buat apa pun."

"Kalau bukan sebab Am, Hannah dah setuju nak datang sini. Tak payah dipujuk2, mesti dia akan datang. Jadi, sekarang ni... mummy nak Am pergi pick up Hannah dekat Penang. Okey."

"Mummy..." Amar sudah terlopong mendengar arahan itu. Tidak ke dua kali kerja namanya tu?

"No mummy, mummy... this is an order. And you have to obey, my son!" Puan Mazlin begitu tegas sekali mengeluarkan arahan. Kalau tak buat macam ini, nanti banyak pula alasan Amar untuk mengelat. Bukan dia tidak tahu, Amar sedaya yang boleh akan mengelakkan diri daripada Hannah.

"Yalah." Perlahan Amar membalas kata. Buat pertama kali, dia seakan reda dengan rencana ini. Langkah Puan Mazlin diperhati sekilas sebelum dia mula melangkah meninggalkan rumah.

Enjin kereta dihidupkan dan perlahan pedal minyak ditekan. Dengan kelajuan sederhana keretanya mula membelah jalan raya. Matanya fokus pada jalan raya. Namun dalam masa yang sama mindanya turut menerawang memikirkan sesuatu. Sesuatu yang harus dilakukannya untuk membetulkan segala yang salah di antara dia dan Hannah. Segalanya!

                          ♡♡♡

"Okay! Now you tell me, what should I do?" Dengan wajah yang serius dia menyoal.

Tawa tanpa henti yang dihadiahkan oleh Wan Shafie hanya menyiat2 hatinya.

"Wan!!!" marah Amar. Terasa sungguh dirinya dipersendakan. Kalau dia tahu ini reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Wan Shafie, sumpah dia tidak akan datang ke sini. Baik dia lepak dekat gerai mamak lagi bagus. Dapat juga pekena teh tarik secawan dua. Sedap pun sedap. Perut pun terisi daripada datang sini, kena gelak. Buat sakit hati saja!!!

"Okey, okey... aku tak gelak." Wan Shafie menekan2 perutnya yang terasa senak sebab gelak berdekah2. Ditambah pula dengan wajah Amar yang begitu polos meminta khidmat nasihat daripadanya, membuatkan dia menambahkan bilangan harakat dalam tawanya. Hahaha!

"Kau nak tolong ke tidak?" soal Amar geram.

"Aku boleh tolong tapi tolong jawab soalan aku dengan jujur."

"Apa dia?"

"Jawab dengan jujur," ulang Wan Shafie.

Amar sudah menjeling, acuh tidak acuh. "Tanya sajalah. Nak jawab dengan jujur ke tidak, yang tu decide kemudian."

"Kau nak aku tolong ke tidak?" soal Wan Shafie sambil menaikkan kedua keningnya.

Amar menjeling lagi. "Yalah, aku jawab dengan jujur. Apa bendanya, tanya cepat!"

Malas saja Amar memberi janji. Entah betul ke tidak dia akan menjawab dengan jujur. Dan entah apa soalan yang hendak ditanya oleh pak cik seorang ini kepadanya. Kalau soalan yang kedengaran rasional, boleh diterima. Tapi kalau dia tanya soalan yang mengarut, tak ada maknanya hendak menjawab dengan jujur.

"Mengaku tak, yang kau cintakan dia?" Senyuman nakal begitu jelas terukir di bibir Wan Shafie. Seronok pula dia dapat mengusik si kepala ego seperti Amar Khairi ini.

Amar sudah mengetap bibir dengan laju. Dan boleh dia tahu, pentingkah jawapan bagi soalan ini? "Aku tak nak jawab."

"Jawab sekarang!"

"Tak nak!!!"

"Okey. Aku dah dapat jawapan." Wan Shafie sudah tersengih nakal melihatkan kerutan di dahi Amar. Mungkin tidak menyangka bagaimana dia boleh tahu jawapan yang sebenar.

"Jawapan apa?" Amar sengaja hendak menyoal.

"You want me to give the answer?"

Amar mengangguk.

"Tepuk dada, tanya hati. Apa yang kau rasa buat Hannah Azmi, isteri kau sendiri." Balas Wan Shafie dengan begitu tenang sekali.

Amar terpanar. Tepuk dada, tanya hati. Ucapan itu seakan meresap terus ke dalam hatinya. Apa yang perlu dia lakukan di saat ini adalah berusaha untuk memahami rasa hati yang wujud buat budak kampung itu dalam dirinya.

Apakah ia adalah sesuatu yang istimewa ataupun sesuatu yang sama seperti dahulu tanpa sebarang perubahan? Segalanya, jawapan hati yang akan menentukan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro