Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48

Posisi kepalanya di atas bantal ini sudah beralih buat beberapa kali. Nyata matanya begitu degil tidak mahu terlelap lagi. Puas dia berpusing ke sana dan sini, namun rasa mengantuk seakan sudah terbang dibawa oleh angin. Angin mana? Angin Pulau Pinang agaknya.

Pulau Pinang?

Terus badan Amar yang sedang berbaring itu menjadi tegak 90 darjah. Kata2 Wan Shafie yang begitu sinis itu seakan berlayar kembali di ruang telinganya.

"Kalau yang itu pun kau tak boleh nak buat, aku cadangkan... baik kau tak payah jadi suami dia!"

Baik kau tak payah jadi suami dia? Ayat itu bagaikan belati yang memedihkan hatinya dengan pukulan yang begitu hebat sekali. Dia terasa. Dia benar2 terasa bahawa dirinya begitu tidak berguna. Tidak berguna untuk menjadi suami kepada seorang wanita yang begitu mengasihi dirinya.

Dia tahu dan dia bukannya buta. Dia dapat merasakan kasih sayang dalam setiap elusan mata Hannah pada dirinya. Dia dapat merasakan cinta pada setiap perlakuan Hannah terhadapnya. Namun sukar untuk dia mengakui bahawa dia merasakan perasaan yang sama seperti Hannah juga. Kenapa? Adakah kerana status Hannah sebagai budak kampung yang dibenci ataupun kerana perkara yang telah disampaikan oleh mummy siang tadi? Dia seakan keliru.

Dengan mata yang tidak mahu terkatup di kala ini, minda Amar sudah dibawa oleh lamunan mengingati setiap patah kata yang diucapkan oleh bibir Puan Mazlin. Patah kata yang sudah membuatkan hatinya ditusuk dengan sembilu.

"Maz jumpa dengan Datin Hashimah tadi, bang." Wajah mummy yang begitu teruja seakan menarik sekali pendengaran Amar untuk mendengar cerita.

"Hashimah? Isteri Zaiful, kan?"

Dia memerhatikan saja tingkah mummy yang sudah menganggukkan kepala berkali2 untuk menjawab pertanyaan daddy itu. Pada ketika itu, mindanya sudah disapa dengan sesuatu. Kenapa dia seakan pernah mendengar nama itu? Klien syarikat daddy ke?

"Bila dia orang balik dari Mesir? Abang ingatkan tinggal dekat sana terus, temankan anak dia."

"Dia kata balik dah dekat setahun dah. Tapi dia tak berapa sihat, itu yang kurang sikit join aktiviti persatuan. Kebetulan hari ni dapat jumpa... seronok betul Maz dapat sembang dengan dia. Anak dia pun ada... cantik betul, bang! Kalau ada anak lelaki lagi sorang, Maz dah ambil buat menantu."

"Tak cukup lagi?"

Soalan daddy yang seakan hendak memerli mummy membuatkan dia menahan senyum. Mummy memang tidak sudah2 dengan hal menantu ini.

"Eh! Anak dia tu kan, kawan Am?"

Dan ketika itu dia sudah terkebil2. Anak siapa? Kawan siapa? Apa namanya?

"Siapa? Anak Zaiful tu, kawan Am?" soal daddy pula.

"Yalah, bang. Takkan tak ingat, budak muka Arab yang selalu datang sini, ambil tuisyen dengan Am sekali."

Dan mendengarkan ayat mummy ini, membuatkan jantungnya berdegup kencang. Gadis kacukan Arab. Ain Airina binti Datuk Zaiful. Gadis pertama yang berjaya menakluki hatinya. Gadis pertama yang didengarkan ucapan cinta dari bibirnya. Ain Airina, sudah kembalikah gadis itu?

"Dia kawan Am, kan?"

Pertanyaan itu membuatkan dia mengangguk laju. Jauh di sudut hati, terasa seakan ada bunga2 rindu yang sudah berkuntum kembali. Lamanya dirinya ditinggalkan. Nyata, Ain Airina bukanlah sekadar bermain dengan kata.

"Saya tak nak perjudikan masa depan saya sebab rasa cinta yang mampu berubah dalam sekelip mata. Bukan saya tak sayangkan awak, Amar. Tapi saya tak mampu nak ungkapkan janji yang boleh jadi tidak akan ditepati. Biarlah masa yang menentukan semua. Dan selepas ni, saya harap kita takkan berjumpa. Lupakan perassan awak buat diri saya. Saya tak percayakan langsung perasaan yang lahir dalam usia muda remaja ini akan berkekalan lama."

Tidak mungkin sesekali Amar melupakan bait2 kata yang pernah menghancurkan hatinya pada ketika itu. Oleh kerana itu, dia bertekad. Dia akan menunggu dengan setia supaya Ain Airina sedar bahawa cintanya begitu utuh di hati dan bukan sekadar mainan perasaan di usia remaja. Tetapi segalanya sudah berubah apabila mummy mula mendesak dengan cadangan untuk menyatukan dirinya dengan Hannah, si budak kampung itu.

"Tapi, Maz tanya dia tadi. Ingat lagi ke dengan Amar? Dia cakap dia tak kenal, dia cakap Maz tersilap orang agaknya ingat dia kawan Am."

Dan ucapan mummy kali ini membuatkan dia tersentap. Ain Airina tidak mengenali dirinya? Begitu mudah gadis itu membuang bayangan dirinya seakan dia...

"Dia cakap, dia tak kenal Am?"

Dia menyoal juga dengan rasa tidak percaya. Riak di wajahnya entah sudah berubah bagaimana. Namun dibiarkan saja. Dia tidak mampu untuk menyembunyikan rasa kecewa di hati. Bertahun2 dia menyimpan rasa dan langsung dia tidak menyangka, dalam sekelip mata segalanya akan berkecai menjadi serpihan khayalan duka.

"Haah, dia cakap tak kenal. Mummy pun tak tanya dah lepas tu. Berbual2 dengan mak dia sajalah."

"Kenapa, Am?" soal mummy dan daddy serentak.

Namun dia terus mendiamkan diri. Tidak mungkin dia akan membuka semula hikayat cinta hatinya yang tidak pernah dikongsi bersama sesiapa pun. Tiada siapa pun yang tahu kecuali Adam. Bagaimana Adam mendapat tahu akan hal itu, dia pun tidak pasti. Mungkin saja abangnya itu pernah terbaca coretan diarinya. Boleh jadi begitu. Namun untuk dia bercerita sendiri, berkongsi apa yang terpendam dalam hati, itu adalah perkara yang mustahil.

Sebab itu yang dia jadi begini. Menyibukkan diri dengan hal kerja sehingga dia mengabaikan perasaan orang lain. Dia mengabaikan perasaan orang2 yang mengasihi dirinya. Mummy, daddy, Abang Adam, Hannah...

Keluhan kecil meniti bibir Amar. Fikirkan hal Hannah membuatkan hatinya semakin tidak tenang. Entah kenapa, semenjak perihal Ain Airina sampai ke telinganya, mindanya semakin kerap teringatkan si isteri yang semakin menyepi. Mungkin benar salah dia kerana terlalu banyak menyakitkan hati Hannah dengan fakta budak kampung itu. Sedangkan kalau hendak dikatakan dengan sejujurnya, fakta budak kampung itu tidak memberi sebarang kesan pun sebenarnya. Cuma dia saja seakan berlebihan dalam mengutuk dan mengata diri Hannah dengan fakta itu.

Bayangan wajah Hannah yang sedang menangis kembali berlayar di ruang mata. Wajah itu benar2 menarik rasa simpatinya. Tapi bila memikirkan tak nak menjatuhkan egonya, dia mengekalkan perwatakan berlagaknya. Masih kekal dengan title, Amar si kepala batu hingga menyebabkan hati Hannah terluka.

Sekali lagi dia mengeluh panjang.

Di saat hati Hannah terluka, dia dapat merasakan kepedihan menular di dalam hatinya. Seakan luka itu turut memberi kesan di dalam hati ini. Inikah yang orang katakan pasangan serasi? Cubit paha kanan, paha kiri ikut sakit sekali.

Sesungguhnya, dia sudah tidak sanggup untuk menanggung kepedihan di dalam hati dengan terus melukakan hati Hannah Azmi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro