Bab 44
Wajahnya diraup, pedih. Masuk saja pejabat hari ini, semuanya serba tidak kena. Semalam dia hampir bersorak dengan riang sebab sudah tiada lagi 'kuman' yang menyemakkan biliknya. Tapi hari ini... memang betullah kata budak kampung itu semalam, memang dia yang harus menjawab pada setiap mulut yang bertanya. Mujur di rumah hanya mummy saja yang menembaknya dengan bermacam2 soal. Kalau daddy masuk sidang mummy sekali, pasti dia terkulat2 hendak memberi jawapan.
Tidak cukup dengan itu, masuk saja pejabat dia sudah mendapat panggilan daripada abang mithali. Siapa lagi, kalau bukan Adam Fahmi. Sekali lagi dia dibasuh sampai hampir 'botak' kepalanya mendengarkan bicara Adam yang gaya ala2 nenek saja bunyinya.
Kepalanya disandarkan pada sofa berangkai di dalam pejabat ini. Telefon bimbit di tangan dibelek kembali. Sepi tanpa panggilan daripada budak kampung itu. Marah benar agaknya. Sekali lagi Amar meraup wajahnya. Kenapa begini? Dia begitu berusaha menyakitkan hati Hannah, alih2 jiwa dia pula terseksa seakan dia disakiti.
Kesian memang kesian bila tengok Hannah menitiskan air matanya sambil menghamburkan emosi, tapi kenapa... kadang2 jiwanya seakan kering saja dengan gadis itu. Kadang2 dia suka, kadang2 dia marah. Dia pun pelik.
Gadis kampung. Memang itulah yang dimomokkan oleh bibirnya setiap kali hendak mencari kekurangan pada Hannah. Sedangkan, fakta dari bibir gadis itu ditambah lagi dengan sokongan dari bibir orang lain, itu sudah cukup membuktikan Hannah bukan gadis kampung yang biasa2. Hannah antara budak kampung yang berjaya melangkah ke luar negara. Dia pun tidak dikurniakan peluang dan rezeki untuk menyambung pengajian di luar negara. Hannah hebat lagilah kiranya. Tapi dia saja yang tidak henti2 dengan hinaan dan kejian tanpa noktah untuk gadis itu.
'Kenapalah aku dikurniakan dengan perangai yang langsung tidak menyenangkan hati orang lain?' Keluhnya sendiri dalam hati.
Pintu bilik yang diketuk membuatkan dia mengangkat muka. Sebaik saja ucapan masuk keluar dari bibirnya, kelihatan wajah Wan Shafie menjengulkan kepala.
"Tak sihat ke?" Soalan pertama yang diajukan oleh Wan Shafie.
Berkerut kening Amar. Kenapa? Wajahnya nampak seperti orang sakit ke? "Tak adalah, aku sihat saja. Kenapa?"
Wan Shafie sudah duduk berdepan dengannya. Mungkin ada yang telah disampaikan oleh Annisa, itu yang membuatkan Wan Shafie sampai ke sini untuk mencarinya.
"Nisa cakap kau tak keluar2 bilik dari masuk tadi. Meeting pun kau tak attend. Itu yang aku risau. Kau tak sihat ke?"
Amar melepaskan keluhan kecil. Annisa ini pun satu, cepat sangat hendak sampaikan hal sekecil ini pada Wan. Tapi hal kecil ke ini?
"Aku tak tahulah, Wan. Apa masalah aku sebenarnya?" ucapnya seakan bertanya kepada Wan Shafie.
"Kau ni kenapa sebenarnya? Cuba cerita dari awal. Bagi mukadimah yang sesuai. Barulah aku boleh bagi khidmat nasihat yang relevan dengan keadaan."
Mata Amar tepat pada wajah Wan Shafie. Minggu lepas dia begitu selamba memarahi Wan Shafie yang cuba menasihatinya dalam hal Hannah. Tapi hari ini, Wan Shafie boleh datang duduk bersama, siap hendak mendengar masalah dirinya. Inilah orang kata, sahabat sejati yang akan kekal sampai mati.
Perlahan2 dia meringankan bibirnya untuk membuka kisah. Apa yang telah terjadi selama budak kampung itu menjejakkan kaki ke dalam rumah daddynya. Segala ayat2 sinis yang diucapkannya, semua diceritakan. Mana2 part nak kena censored, dia tapis baik punya. Takkan nak cerita sekali bahagian yang agak boleh memerahkan wajahnya. Buat malu saja nanti!
"Itulah kisahnya." Amar menoktahkan bicara.
Wan Shafie terangguk2. Mukanya serius sekali. Gaya macam kaunselor perkahwinan berjaya pula. Padahal pengalaman pun dia tidak ada. "Kiranya bila kau marah dia, kau pun ikut terasa?"
Amar mengangguk.
"Kalau dekat dengan dia, kau berdebar2?"
Amar angguk lagi.
"Waktu dia peluk kau, kau rasa apa?"
Dan untuk soalan itu, Amar terlopong tidak terkata. Macam mana Wan Shafie boleh mengetahui part itu? "Mana kau tahu dia peluk aku?"
"Kau yang cakap tadi. Dia datang salam dengan kau, tiba2 saja dia peluk kau."
Bila Wan Shafie mengulang semula ayat itu, tanpa dapat ditahan darah menyerbu ke muka. Malu sangat! Macam mana boleh slip of mind nak delete scene itu?
"Errr... aku..." Terus Amar jadi pak gagap pula.
Wan Shafie ketawa.
Betul2 tawa itu membakar hati Amar. Mana tidaknya, sedap saja dia menjadi 'bahan' untuk Wan Shafie ketawa.
"Kalau aku cakap, kau percaya tak?" soal Wan Shafie dengan tawanya yang sudah bersisa.
"Apa?"
"Kau ni sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan Hannah. Tapi kau tak nak mengaku saja. Sebab kau tak nak mengaku tu, aku pun tak dapat nak agak. Takkan sebab dia tu budak kampung, kau tak suka dia sampai macam tu sekali?"
Tebakan Wan Shafie membuatkan Amar terdiam tanpa kata. Dia jatuh cinta?
"Mungkin sebab kau asyik sibuk sangat cari kesalahan diri dia sampai tak sedar yang sebenarnya perwatakan itulah yang buat kau jatuh hati dengan dia. Kau sebenarnya dah sukakan Hannah sebelum kau bernikah dengan dia lagi." tambah Wan Shafie lagi.
Amar diam lagi. Tidak tahu hendak berkata apa.
"You are in love man!!!" ulang Wan Shafie dengan bersemangat. Dia pula yang teruja lebih sedangkan Amar terpinga2 dengan setiap patah kata yang lahir dari bibirnya. Aduhai!!! Susah benarlah bercakap dengan manusia spesies Amar ini.
"Mana kau tahu?" Alih2, dengan wajah yang tidak berperasaan, Amar menyoal Wan Shafie.
"Mana aku tahu? Teori dan andaian dah membuktikan segalanya. Kau cakap kau kesian tengok dia menangis."
"Itu simpati," potong Amar laju. Masih lagi tidak mahu mengaku tentang rasa hatinya yang seakan kelihatan jelas pada mata orang lain.
"Kau berdebar2 bila rapat dengan dia."
"Itu sebab aku tak biasa rapat macam tu sekali dengan perempuan."
"Kau cemburu dengan Faisal."
"Itu..." Terhenti terus balasan dari bibir Amar.
"Itu apa?" Wan Shafie ambil peluang nak menghentam. Kalau dah cemburu itu, sahihlah dia sudah jatuh suka. Lagi mahu berdolak dalik pula. Ada juga yang nak kena lempang dengan dia sekejap lagi.
"Itu... aku tak tahu." Jawapan mengalah.
Wan Shafie tersenyum puas mendengar jawapan dari bibir Amar.
"Hah... yang tak tahulah tu la, aku nak bagitau. Mai sini, dekat sikit." Wan Shafie menepuk sofa di sebelahnya. Meminta supaya Amar rapat sedikit dengannya. Baru senang nak buat sesi kuliah cinta dengan orang buta kayu macam Si Amar Khairi.
Amar Khairi ini. Muka saja handsome tapi bab nak memikat perempuan, bab nak bermanis mulut, failed!
Amar akur. Dilabuhkan punggung di sebelah Wan Shafie.
"Sekarang ni, kau kena buat something," arah Wan Shafie.
"Bak sini handphone," mintanya lagi.
Amar akur. Diserahkan handphone di tangan pada Wan Shafie. Langsung dia tidak bertanya apa sebenarnya yang Wan Shafie hendak lakukan.
"Apa nama Hannah dalam ni?" Laju tangan Wan Shafie membuka phonebook. Laju tangannya menekan scrool ke bawah nama2 yang tertera. Tapi nama Hannah tak ada pun. Pelik!
"Kampung girl!" jawab Amar dengan wajah toyanya.
Wan Shafie ternganga.
"Huh! Tak romantik langsung. Suami siapalah ni?" gumam Wan Shafie sambil mencebik ke arah Amar. Tangannya masih laju mencari nama yang diberitahu oleh Amar tadi. Kampung girl. Hah... dah jumpa!
"Eh! Kampung girl kau ni, graduate Victoria University, ek?" soal Wan Shafie.
Dahi Amar berkerut kembali. Rasanya dia tak ada pula membuka mulut berceritakan tentang rahsia itu lagi.
"Annisa yang cerita," sambung Wan Shafie seakan memahami apa yang berlegar di ruang kepala Amar.
"Tapi kenapa kau cakap dia tak belajar sebelum ni?" soal Wan Shafie lagi.
Amar mengeluh panjang. Itu lagi satu isu yang membuatkan darahnya menggelegak pada malam pertama mereka. Cuba bayangkan, dia tidak pernah menyangka Hannah itu cemerlang dalam pelajarannya. Dan dia berpegang teguh dengan fakta, gadis kampung macam Hannah takkan pergi jauh mana lepas tamat tingkatan lima. Lebih teruk, mungkin tak sempat nak habis tingkatan lima sudah tak nak pergi ke sekolah.
Disebabkan dia sendiri tidak berminat untuk ambil tahu tentang Hannah, jadi dia berpegang saja pada fakta rekaan mindanya sendiri. Tak ada pula Hannah menyatakan perkara yang sebenar ketika dia menyindir gadis itu dengan penuh rasa bangga. Kenapa? Kerana hendak mengenakan dirinya? Itu yang dia geram sangat!
"Aku pun baru tahu yang dia graduate oversea." Hambar saja Amar menjawab. Seolah2 tidak mahu membicarakan topik itu. Dia tidak berkenan langsung. Sebab topik itu dia pernah kena sound dengan budak kampung itu. Sebab topik itu juga buat dia berangin satu badan.
"Seriously?"
"Yalah, buat apa aku nak tipu pulak!"
"But I thought... kau dengan dia bukan sepupu ke?" soal Wan Shafie seolah2 tidak percaya.
"Dan aku bukan jenis sepupu yang suka2 nak ambil tahu pasal orang lain. Lagi2 orang yang aku tak suka!" balas Amar dingin.
Tengok, sudah mula masuk balik aura hantu dia. Dah mula tidak suka bercakap pasal budak kampung itu. Sedangkan siapa yang mulakan cerita tentang Hannah? Wan Shafie sudah menarik senyum dengan tingkah Amar.
"Pelik, kan? Apa yang kita tak suka tu, yang itulah selalunya dijanjikan untuk kita. Tapi, Hannah kira untunglah. Dia betul2 sayangkan kau. Dari dulu tau," cerita Wan Shafie dengan semangat. Segala cerita yang didengar daripada Annisa, terus dipindahkan ke sini. Didendangkan untuk pendengaran Amar Khairi.
"You want to know something, Am. Faisal yang kau cemburukan sangat tu, sebenarnya pernah nak masuk meminang your wife. Nisa yang cerita. Daripada cerita yang aku dengar tu, nampak macam Faisal memang such a perfect guy. Hannah memang akan bahagia kalau kahwin dengan dia." Sambungan ayat Wan Shafie membuatkan Amar menjeling tajam. Kali ini jin cemburu sudah mula memainkan peranan.
'Kiranya, Hannah takkan bahagialah kalau berkahwin dengan aku?' Bentak hatinya.
'Bukan ke itu hakikatnya? Bahagia ke Hannah berkahwin dengan kau? Siap menangis teruk lagi malam tadi.' Amar tersentap sendiri. Benarlah kata suara hati yang sedang bergema di saat ini.
"But she refused the one who is madly in love with her and she has chosen you. Don't you think you need to show some appreciation?"
Kening Wan Shafie terangkat. Menyoal Amar dengan soalan begini. Sengaja dia hendak membuka ruang supaya Amar fikirkan sendiri. Amar bukannya budak kecil. Takkanlah tidak mampu nak fikirkan yang mana baik dan buruk? Sekali sudah dilafazkan akad maknanya termeterai janji. Ada amanah yang harus dipikul sehingga ke akhir hayat nanti.
"Aku rasa, kau mulakan dengan ni dulu." Telefon bimbit milik Amar sudah dihulurkan.
Hampir terbuntang biji mata Amar saat melihat paparan yang tercoret di skrin telefon bimbitnya.
"No way!" tolaknya keras.
"Cubalah rendahkan ego sikit. Isteri kau juga."
"Tak nak!" Amar masih bertegas.
"Bro, come on la! Sampai bila kau nak ikut kepala sendiri saja? Cuba cakap dengan aku, apa teruk sangat ke Hannah tu sampai kau nak anggap dia sebagai isteri pun susah sangat? Kadang2 tu, kita kena beralah. Kena reda. Itu yang penting. Takkan kau nak hidup macam ni sampai ke tua? Kalau macam tu, buat rugi kahwin saja," sindir Wan Shafie.
Amar terdiam seketika. Tersentap dengan sindiran Wan Shafie. Takkan nak hidup macam ini sampai ke tua? Teruk sangat ke Hannah itu untuk diakui sebagai isterinya? Tak... jawapan jujur yang lahir dari hati. Tidak mungkin dia hendak terus hidup begini. Dan Hannah, tidaklah seteruk yang dia fikirkan sehingga tidak boleh diakui sebagai isteri.
Namun begitu, mesej yang ditaip oleh Wan Shafie ini...
"Tapi yang ni over sangatlah."
"Ini dah cukup biasa untuk level beginner macam kau ni." Perli Wan Shafie selamba.
Amar mendengus tanda tidak puas hati. Huh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro