Bab 42
"Hannah, boleh ke ni?" soal Puan Mazlin yang sedang memapah Hannah keluar dari klinik.
"Sakit lagilah mummy tapi boleh kut, Hannah cuba. Mummy lepaskan perlahan2." Kaki Hannah mengatur langkah perlahan2. Sudahlah terseliuh. Pinggang pula macam nak patah. Semua ini sebab siapa?
Salah diri sendiri juga. Kalau dia tidak gatal kaki menyarung selipar yang sudah haus itu, takkan terjadi adegan jatuh tergelincir itu. Dan takkan terjadi juga adegan susulan yang menyebabkan dirinya menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.
Doktor siap marah lagi tadi. Disebabkan kakinya bengkak dengan teruk sekali, doktor siap tanya, siapa insan tak bertauliah yang mengurut kakinya. Pada saat itu, Hannah hanya mampu tersengih kelat. Amarlah orangnya.
Tapi takkan nak jawab, "Doktor, husband sayalah insan yang tak bertauliah tu."
Tidak terucap oleh mulutnya. Sebab dia tahu, niat Amar ikhlas nak menolong. Dalam pada kedinginan yang sering ditunjukkan lelaki itu, dia tahu... masih terselit rasa halus di dalam jiwa Amar Khairi.
"Hannah, boleh ke ni?"
Soalan daripada Puan Mazlin mengalihkan pandangan matanya. Dia tersenyum kecil. Memang terasa sakit. Tapi dia akan cuba melangkah juga. Takkan nak tunggu orang datang dukung pula.
Bercakap tentang dukung, itu lagi satu peristiwa yang menebalkan wajahnya. Macam manalah dia boleh bertindak sehingga begitu sekali. Nak difikirkan semula pun terasa malu pula. Dalam dukungan Amar, sempat dia menghadiahkan kucupan buat lelaki itu. Sebelum ini memang ada sekali tapi itu tidak disengajakan. Kalau bab berpeluk itu, dia sudah kebal rasanya. Tapi, kissing??? Argh!!! Malu.
"Mummy, okey ke kaki dia tu?"
Suara Amar pula mencecah gegendang telinga. Dapat dilihat riak risau yang terukir di wajah itu. Walaupun sakit tetapi Hannah terasa bahagia. Bila lagi nak dapat peluang 'dimanjakan' oleh Amar dengan perhatian begini. Sesungguhnya, ini pun sudah cukup besar baginya.
"Okey." Hannah jawab walaupun soalan itu tidak ditujukan pada dirinya.
"Okey apanya, Hannah? Dahi tu dah berkerut2 dah mummy tengok. Dah, kamu tak payah jalan sendiri. Am, papah Hannah sampai kereta."
Belum sempat Hannah hendak membuka mulut untuk menolak, Amar lebih pantas mendahuluinya. Di saat tangan lelaki itu sudah melekap di pinggangnya, jantung sudah mula berdegup kencang. Lagi dan lagi... Hannah jatuh cinta berkali2 dengan Amar Khairi!
♡♡♡
Wajah yang sedang terlena itu ditatapnya lama. Pandangannya meleret dari anak rambut yang berselerak sedikit di wajah itu hingga ke dagu yang cantik terbentuk. Sekejap2 wajah gadis itu berkerut. Entah bermimpi atau disebabkan sakit di kaki dan pinggang itu.
Amar sedar, dia sudah tidak mampu hendak melarikan matanya daripada menjamah segenap inci wajah itu. Semenjak bertemu semula dengan Hannah setelah sepuluh tahun lamanya, dia merasakan segala yang terbias di wajah itu semuanya indah belaka. Matanya, hidungnya, mulutnya, semuanya sangat mengujakan pandangan mata.
Dalam pada merasakan perasaan senang setiap kali matanya jatuh pada wajah itu, hatinya masih terpalit rasa gelisah. Ego masih menebal dalam dirinya. Dia masih tidak mahu mengaku yang dia sebenarnya sudah mula berdebar2 setiap kali berada dekat dengan Hannah. Debaran ini bukanlah sesuatu yang baru. Debaran ini sudah muncul sebelum mereka mempunyai ikatan yang sah lagi. Debaran yang membuatkan dadanya hendak meletup. Debaran yang seakan mampu mendorong hatinya untuk jatuh cinta. Aduh, susah!
Dia sudah nekad. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaan yang tidak pasti ini. Dia harus berbuat sesuatu. Tidak kisah sama ada orang lain setuju atau tidak. Yang pastinya, dia harus meneruskan perancangan ini supaya dia tidak tersungkur lagi.
♡♡♡
"Tak boleh!!!"
Baru berapa patah perkataan yang keluar dari bibirnya, mummy sudah memotong dengan bangkangan. Menyinga wajah mummy mendengar ayat yang diucapkannya. Tapi kenapa perlu marah2? Bukannya dia meminta sesuatu yang luar biasa.
"Kenapa tak boleh pulak, mummy?" soalnya dengan nada yang sedikit terkilan. Sedih. Kecewa. Dua rasa itu berpadu berkepul dalam hati. Kenapa dalam halnya, mummy sering berlaku tidak adil? Terkilan pula rasanya.
'Entah2... kau ni anak pungut tak?' soal hatinya sendiri.
Chait!!! Fakta yang tidak berasas langsung. Sudah terang lagi jelas, muka aku ada iras mummy dan daddy. Mana mungkin jadi anak pungut! Tak logik langsung.
"Mummy kata tak boleh, tak bolehlah!" Puan Mazlin masih dengan nada tegasnya. Tahu sangat, kalau dengan Amar ini tidak boleh diberi muka. Nanti makin menjadi2 pula perangainya. Bukan dia tidak kenal sikap anaknya yang seorang ini. Semua nak ikut kepala dia sendiri.
"Tapi kenapa?" desak Amar. Dia mahukan jawapan yang jelas. Atas sebab apa Puan Mazlin tidak mahu menyokong cadangan Amar.
"Apa alasan kamu pula, Am?" sampuk Tuan Shahir.
Amar terkelu sendiri. Errr... alasan? Alasannya, dia hendak lari daripada terus memandang wajah si budak kampung itu. Agak2 boleh ke dia hendak ucapkan alasan itu di hadapan dua 'juri bertauliah' ini.
"Alasan dia bang, macam kita tak tahu? Saja nak larikan diri dari hakikat. Jangan ingat mummy tak tahu, Am. Dah tiga hari Hannah dekat sini, tapi kamu..." Renungan Puan Mazlin tajam menikam wajah Amar.
Amar menelan liur. Tapi apa? Kenapa hatinya rasa tidak begitu sedap mendengar intonasi suara Puan Mazlin? Perkara apa yang sudah membuatkan amarah mummy berada di tahap kemuncak lebih tinggi dari puncak Everest.
"Kamu tidur di bilik tamu, kan?"
Soalan Puan Mazlin membuatkan Amar menggelabah tidak sudah.
Macam mana perihal bilik tingkat dua boleh sampai ke pengetahuan manusia di tingkat satu? Amar menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Nak jawab macam mana? Sudah lupa pula skripnya.
"Ya, kan?" tembak Puan Mazlin lagi dengan kata2 yang kedengaran berbisa pada pendengaran Amar.
"Mana Maz tahu ni? Salah faham saja kut?" Tuan Shahir sudah mula menyampuk sekali lagi dengan harapan hendak meredakan ketegangan. Jelas di matanya, wajah isterinya yang sedang mengepung kemarahan dan wajah Amar seolah2 pesalah yang tengah tunggu turn nak digantung.
"Tak adanya Maz salah faham, bang. Semuanya betul! Entah fatwa mana yang anak abang ni pakai. Tak duduk sebilik dengan isteri sendiri. Ini dalam rumah sekali dengan kita dia berani buat macam tu. Sekarang ni, dia nak minta pindah pulak. Kalau tinggal asing, entah macam mana nanti! Saya takkan izinkan. Am dengan Hannah kena tinggal sini jugak!" Tegas nada Puan Mazlin bersuara.
"Mana ada, mummy? Am takkan buat macam tu," rayu Amar. Walaupun dia tahu harapannya takkan dapat dicapai. Namun dia hendak mencuba juga.
"Mummy kenal kamu, Am. Tak payah kamu nak berlakon buat muka suci tak bersalah dekat sini. Kalau dalam hal ni, mummy memang tak nak bertolak ansur dengan kamu."
"Mummy..."
"Tak boleh!" potong Puan Mazlin sebelum sempat Amar menyambung kata.
"Nasib Hannah tu tengah tidur. Kalau dia dengar semua ni, kecik hati dia. Am ni, langsung tak nak ambil hati dia. Bukannya orang lain, isteri Am jugak! Semalam mummy tengok, dah elok dah kamu berdua... boleh pulak berkasih sayang tengah2 ruang tamu ni."
Sebaris ayat itu membuatkan darah menyerbu ke wajah Amar. Malu gila! Bukannya dia yang minta dicium, Hannah yang bermurah hati sangat nak bagi ganjaran.
Ketika itu, dia pula rasa tersyok sekejap. Tak dapat nak kawal perasaan. Mujur dia tidak membalas balik ciuman. Kalau itu yang terjadi, tidak ke lagi haru. Haru biru!
"Mummy, itu bukan Am yang..."
"Bukan apa?" Sekali lagi ayat Amar dipotong.
Tuan Shahir yang duduk di antara Amar dan Puan Mazlin macam sudah tidak wujud pula. Dia terkebil2 tidak tahu hendak menyampuk di mana. Tersilap sampuk karang, dengan dia sekali nanti kena lepuk.
"Dahlah, mummy. Am cakap apa pun mummy tak nak dengar. Am dah malas nak cakap!" Keluh Amar.
Wajahnya sudah masam tak terkira. Cakap apa pun tak jalan. Balik2 semua salah dia.
Dia! Dia! Dia!
Geram pula bila cadangannya untuk berpindah dari rumah banglo ini tidak mendapat kelulusan. Semuanya sebab, si budak kampung itu. Tadi seakan sudah ada rasa terpikat. Sekarang ini... huh! Sudah mula balik angin gilanya. Sudah timbul semula rasa berangnya. Lagi2 keinginannya terhalang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro