Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

"Pergi mana Hannah?" soal Puan Masyita apabila kaki Hannah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Saja ambil angin dekat belakang sawah. Awat, mak?" soal Hannah sambil membaringkan badan di atas kusyen. Tangannya sudah menarik tudung yang tersarung di atas kepala dan diletakkan pada sisi bahunya.

"Tak ada apalah... saja mak tanya. Hah! Lupa mak nak bagitahu, Samihah ada duk cari Hannah tadi. Dah jumpa?"

"Dah. Sembang dengan dialah tadi. Dia nak kahwin bulan depan, mak," maklum Hannah. Pandangan matanya sudah tertala pada televisyen yang memaparkan siaran berita.

"Dengan siapa ya mak?" soalnya sekadar ingin tahu.

"Dengan budak tu... anak Haji Zakaria."

Hannah sudah terlopong. Wah!!!

"Abang Aslam?" soal Hannah tidak percaya. Tetapi anggukan Puan Masyita telah menjelaskan segalanya.

"Idola Hannah tu mak... suka sangat tengok abang tu masa di sekolah dulu. Dah la baik, pandai pulak tu!" Tanpa ditanya Hannah sudah mula bercerita.

"Hannah sukakan dia ke?"

Erk! Laju Hannah menggeleng. Nampaknya Puan Masyita sudah ada sedikit salah faham di situ.

"Bukan suka macam yang mak fikir tu!" sanggah Hannah laju. "Ni suka... macam, seronok tengok sikap dia, sifat dia... macam tu la. Dulu masa Hannah mula2 masuk debat dekat sekolah, Abang Aslam la yang selalu tolong Hannah. Dia tak lokek memberi, suka berkongsi idea dan ilmu. Itu yang Hannah suka."

"Mak ingatkan suka macam... kekasih."

"Ada pulak?" Hannah sudah memasamkan wajah.

Puan Masyita sudah melepaskan tawa. "Senang hati mak Samihah tu. Anak dia kahwin orang dekat, tak gaduh fikir jauh untuk pergi kenduri."

"Hannah nak kahwin orang jauh mak!" sampuk Hannah sambil tersengih.

Puan Masyita menjeling. "Dulu ada orang jauh nak merisik, Hannah tak nak!"

Hannah mengeluh kecil. Itu bukan sebab apa, sudah dia tidak berkenan. Apa lagi yang boleh dibuat. "Dia bukan orang jauhlah, mak. Orang Malaysia jugak. Cuma belajar saja dengan Hannah dekat New Zealand. Bukannya mat salih pun!"

"Kenapa Hannah tak nak dengan dia?"

'Hannah suka orang lain mak,' jawabnya dalam hati.

"Dia tu, Hannah dah anggap macam abang Hannah sendiri, mak. Hannah tak pernah sukakan dia. Lagipun... dia anak orang kaya, mak. Manalah nak padan dengan kita ni?" bala Hannah dengan nada merendah.

Susah untuk dijelaskan tentang perkara yang berkait dengan hati ini. Dia begitu bersungguh menyukai orang lain, tetapi lain pula yang datang merisik.

"Itulah budak2 zaman sekarang ni, kalau berkawan tu... laki perempuan rapat bukan main. Tak ingat batas. Bila dah rapat sangat, boleh jadi ada salah sorang tu ada perasaan sayang. Tengok macam kawan Hannah tu... dia sukakan Hannah, tapi Hannah kata anggap dia macam abang pulak. Tiba2 ada hubungan darah kandung pulak ka? Hannah pakai hukum mana?"

Hannah terdiam. Tidak mampu untuk membalas kata2 emaknya. Sebab itu orang selalu berpesan, di antara lelaki dan perempuan pastikan ada batas dalam perhubungan.

"Dah la mak... benda dah lama, janganlah cakap lagi." Hannah mengalah sendiri. Rasa tidak sanggup untuk membuka semula hikayat lama dirinya.

"Mak bukan apa... kawan2 Hannah semua nak kahwin dah. Hannah bila lagi? Kalau dah ada orang yang nakkan Hannah, jangan tolak2 lagi, sayang."

Uhuk! Uhuk!

Terus tersedak Hannah mendengar ayat itu. Kahwin??? Bukan dia tak suka kalau bercakap pasal kahwin. Masalahnya, orang yang dia suka langsung tidak sukakan dirinya. Dan kenapalah, otak Hannah yang cerdik pandai ini boleh terjadi kurang cerdik sedikit dalam perihal memilih calon peneman hidup?

"Cakap nak suruh kahwin, terus batuk!" perli Puan Masyita. Macam dia tak tahu apa yang ada dalam kepala anak gadisnya itu. Dia tahu sangat!

Hannah diam saja sambil memerhatikan emaknya berlalu masuk ke dalam dapur. Kahwin? Hannah...  ada ke orang yang nak kahwin dengan aku ini? Si budak kampung yang tidak mungkin menjadi pilihan hati si jejaka yang dia idamkan sejak dari dulu lagi.

Hatinya sudah mengeluh sendiri. Dengan langkah yang berat kakinya diatur masuk ke dalam bilik.

Beberapa tahun yang lalu...

                           ♡♡♡

Muncung Hannah sudah sedepa.

Puan Masyita tersenyum melihat telatah anak tunggalnya itu. Sejak dari tadi macam cacing kepanasan saja. Ke hulu dan ke hilir. Entah apa yang membuatkan gadis itu panas punggung sangat sampai tidak boleh duduk setempat.

"Hannah... duduklah setempat. Naik rimas mak tengok hang duk ke hulu, ke hilir," ucap Puan Masyita dengan nada bersenda.

Teru saja Hannah mematikan langkahnya. Lantas dia duduk bersila di depan Puan Masyita yang sejak tadi menyiapkan sulaman di hujung baju kurung.

"Mak, betul ke Abang Amar tak datang?" soal Hannah dengan serius.

Spontan Puan Masyita melepaskan tawanya. Sebab itu ke Hannah mundar mandir gaya tidak cukup tempat duduk.  Fikirkan Amar yang takkan balik kampung sekali dengan Puan Mazlin dan Tuan Shahir.

"Kenapa kalau dia tak datang?" soal Puan Masyita pada Hannah semula. Dilihatnya wajah Hannah yang sudah mencuka itu.

"Kenapa dia tak nak datang? Hannah kan dah janji, takkan kacau dia? Mak suruhlah Aunty Maz pujuk dia datang. Hannah janji, takkan kacau barang2 dia, Hannah janji, takkan kacau dia. Mak tolonglah!" rayu Hannah bersungguh2.

Kening Puan Masyita bertaut. Pelik benar dia mendengar rayuan Hannah ini. Beria sangat. "Kenapa?"

"Mak... janganlah ditanya kenapa. Mak call la Aunty Maz. Suruh ajak Abang Amar sekali," rayu Hannah lagi.

Puan Masyita merenung wajah anak daranya yang sudah berusia empat belas tahun itu. Wajah yang memuncung itu begitu mengusik jiwanya untuk terus tertawa. Namun ada satu perasaan aneh sudah bertandang di hatinya.

"Amar takkan datang Hannah," ulang Puan Masyita tidak mahu memberi harapan kepada Hannah.

"Mak..." Hannah merengek panjang.

"Alah, Mak Ita, orang tu dah rindu sangat kut? Pujuk sajalah Aunty Maz untuk ajak Am ke sini. Kalau tak, ada juga yang terjun kat dalam perigi buta sebelah rumah ni." Tiba2 saja sudah ada suara lain yang menyampuk. Wajah sepupu Hannah, Amir sudah tersengih di pintu rumah.

Pantas Hannah menjegilkan biji matanya. Suka2 saja Si Amir ini mengeluarkan statement bunga2 rindunya di depan emak! Nak kena dengan akulah ini! Siap dia. Esok masa balik sekolah, akan kutolak masuk ke dalam sawah, Mir. Tekadnya dalam hati.

"Rindu dengan Amar ke, Hannah?"

Hannah menggigit bibir. Dihadiahkan jelingan sedas pada Amir yang masih bertenggek di muka pintu rumah mereka sebelum berpaling menghadap Puan Masyita.

"Sepupu Hannah juga, kan? Tak boleh ke Hannah rindukan dia? Mak pun mesti rindukan dia, kan? Kan mak... kan?" Hannah sengaja memainkan ayat berpusing2 dengan emaknya. Sedangkan, walau dipusing banyak kali pun pasti saja roda rindu itu berhenti tepat di hidungnya. Sebab dialah yang sedang mengalunkan bisikan rindu itu.

"Mak Ita... jangan terpedaya dengan kata2 pendebat yang pandai berhelah."

Hannah menggigit bibir, lebih kuat dari tadi. Cis! Tak lesap2 lagi Si Amir ini.

Puan Masyita hanya tersenyum melihat Hannah yang menjeling tajam pada Amir. Kedua2nya nampak macam suka cari gaduh, tapi akrab sebenarnya. Amir sebaya dengan Hannah. Sekolah pun sama. Cuma kelas saja berbeza. Mungkin disebabkan mereka sebaya, maka mereka lebih mesra. Lebih mesra daripada Hannah dan Amar, sepupu yang tinggal di kota Kuala Lumpur. Tetapi aneh sekali, Hannah tetap setia mencari2 kelibat sepupu yang tidak suka beramah mesra dengannya. Kenapa?

Puan Masyita terus tersenyum sendiri. Rasanya tidak susah untuk meneka, apa yang sedang bermain dalam hati anak gadisnya itu. Kecil2 sudah pandai menyimpan rasa dalam hati. Hai... tapi kenapa rasa itu disimpan buat yang tidak sudi?

Hati seorang ibu ini sangat mengetahui, Amar sememangnya tidak pernah senang dengan Hannah. Di mana adanya Hannah, sudah pastinya di situ dia tidak akan jejakkan kaki. Buktinya, lihat sajalah... sudah berapa tahun Amar tidak pernah berkunjung ke kampung walaupun Mazlin dan Shahir sering ke sini.

"Mak... boleh, kan? Pujuk Aunty Maz... suruh Abang Amar datang." Suara Hannah yang separuh merayu itu singgah lagi dalam pendengarannya.

Puan Masyita hanya tersenyum. Itu saja yang termampu dilakukan daripada memberi jawapan yang bakal melukakan hati anak gadisnya itu.

Hari ini...

"HANNAH!!!"

"Awat mak?" laungnya dari dalam bilik.

"Mai tolong mak sat..."

Hannah sudah bangkit dari katilnya. Buku karya Randa Abdel - Fattah diletakkan di atas meja belajar. Sudah dua minggu dia menahan hajat hati untuk menghabiskan bacaan buku Does My Head Look Big In This, tapi belum terkejar juga dek kerana sibuk dengan tugasan mengajarnya.

Minggu ini, cuti pertengahan sesi pertama sudah bermula. Dapatlah dia merehatkan minda di rumah. Dalam masa yang sama hendak qadakan segala benda2 yang tertinggal. Apa lagi, kalau bukan bahan2 bacaan kegemarannya.

"Nak tolong apa, mak?" soalnya apabila sudah bersimpuh di depan emaknya.

Puan Masyita menarik senyuman manis. "Tolong kemaskan bilik dekat belakang tu."

Kening Hannah bertaut. Bilik dekat belakang?

"Ada orang nak mai ka, mak?" soalnya pelik.

Puan Masyita tersenyum lagi. "Amar nak mai..."

Terbuntang mata Hannah yang tidak berapa besar itu. Dia tidak salah dengar, kan? Tetapi... hatinya tidak segirang dulu. Hatinya tidak teruja seperti dulu. Hatinya tidak angau seperti dulu. Semuanya gara2 sindiran pedas yang pernah diucapkan oleh lelaki itu. Sindiran yang membuatkan Hannah menyedarkan diri yang selalu tidak tersedar akan kedudukannya.

"Mimpi apa pula budak bandar tu nak jejak masuk dalam kampung kita ni? Nanti mak juga yang susah... sikit2 nak complaint saja. Mak Ita... rumah tak ada heater ke? Mak Ita... Am nak kipas lebih, panas dekat sini... Mak Ita... Am tak nak yang pedas2..." ajuk Hannah sambil menyengetkan bibirnya. Menyampah!

"Hai... lain macam aja bunyinya? Macam orang berjauh hati saja."

Hannah tersentak.

"Nak jauh hati apanya, mak? Orang tu langsung tak ada hati kat Hannah," ucap Hannah pura2 bersemangat. Sedangkan, jauh di sudut hati... dia langsung tidak bersetuju dengan ucapan bibirnya sendiri. Lain di mulut, lain di hati. Hati kata masih nak menganyam rasa, mulut kata jangan duk buang masa.

"Eh, tak ada hati apanya? Ini datang nak ikat dua hatilah ni!" Ucap Puan Masyita dengan perasaan teruja.

Hannah menjadi pening. Tidak faham! Ikat hati? Ada yang tengah sakit hati ke?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro