Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

"Answer me, kampung girl or it'll be more convenient for you if I call, Alumni of Victoria University." Pandangan mata Amar tajam menikam wajah Hannah.

"Abang Am, Hannah..." Hannah berasa gugup yang amat. Suaranya seakan tersekat di kerongkong. Wajah Amar yang tidak ubah seperti singa tengah mengaum kelaparan hanya membuatkan perutnya terasa senak.

"Apa?!"

Tempikan Amar mengejutkan Hannah. Seakan luruh terus jantungnya. Dia tidak berani memandang wajah Amar. Ditambah pula rasa bimbang kalau2 orang luar sudah terdengar jeritan orang gila naik sawan ini.

"Jawablah! Jawab!!!" Amar menggoncang bahu Hannah dengan rasa marah. Suaranya masih meninggi. Sudah tidak mampu dikawal nadanya. Dimuntahkan saja apa yang bermain di mindanya.

"Amar! Hannah, kenapa bising2 ni?"

Bunyi ketukan di pintu mencemaskan Hannah. Suara abah berpadu dengan emak. Ya Allah! Ini ke bahana menipu? Ini yang dikatakan sebagai cash and carry. Aku aniaya orang, sekarang terkantoi sendiri.

"Kenapanya budak berdua tu? Bergaduh ke?" Suara Puan Mazlin kedengaran dengan nada risau sekali.

"Amar! Hannah..."

Ketukan masih kedengaran.

Hannah menelan liur. Dia lebih rela kena marah dengan Amar daripada dimarahi oleh abah. Sebab, abah kalau marah bukan pakai ayat biasa2. Ayat yang digunakan semestinya dapat menyiat jiwa dan raga Hannah. Dan amat pasti juga, dia akan menangis sebab tidak boleh terima kalau abah yang marah. Anak manja!

"Hah! Tercegat apa lagi? Pergilah cakap dengan Abah Azmi apa yang kau dah buat!" Berang benar Amar dengannya.

"Abang Am..." Hannah sudah menapak setapak ke hadapan merapati Amar. Dengan debaran yang sedang memuncak di dada, ditariknya jemari Amar untuk taut bersama.

"Please... jangan cakap dengan abah." Mata Hannah sudah mula berkaca. Takut kena marah dengan abah. Bukan takut sebab gerun tapi takut kerana dia akan menangis tanpa henti.

"Sekarang kau cakap yang sebetulnya. Kenapa kau tipu aku?" Mata Amar berapi. Permintaan Hannah dibiarkan sepi. Jemarinya yang digenggam oleh Hannah juga sudah ditarik pantas. Dalam pada rasa marah yang sedang memarak, sempat juga rasa aneh menyelit sekali di dalam hatinya.

"Hannah sayang, are you okay?"

Amar tersenyum sinis apabila mendengar suara Puan Mazlin begitu resah di luar sana menanti balasan daripada menantu kesayangannya. "So, mummy knows that you're educated?"

Hannah menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan dalam dirinya. Ini bukan salahnya! Diulang2 ayat itu di dalam hati. Ya, ini bukan salahnya.

Dengan rasa bersemangat yang ada, wajah Amar ditatap lama. Mata mereka bersabung seketika. Senyuman sinis di bibir lelaki itu semakin membangkitkan semangatnya.

"Semua orang tahu, kecuali Abang Am." Dengan nada Amar yang sinis, Hannah pun ikut menjadi sinis. Tunggu sekejap lagi, ada perkara besar yang akan diselesaikan dengan Amar, malam ini juga.

"What is your purpose, hiding such thing from me? Kau sengaja kan, nak bagi orang lain bertanggapan buruk dengan aku?" Amar semakin naik angin dengan kenyataan Hannah itu.

Hannah diam tidak menjawab pertanyaan Amar. Ketukan bertalu2 di pintu masih jelas kedengaran.

Tanpa mempedulikan Amar, Hannah kembali membuka pintu. Dibiarkan Amar kaku di tempat berdirinya dengan wajah yang cukup angkuh. Buka saja pintu, terpampang wajah abah, emak, Puan Mazlin dan Tuan Shahir. Hannah mengetap bibir. Rasa bersalah pula kerana menbiarkan warga emas di dalam rumah ini risau dengan sikap mereka.

"Kenapa ni? Am menjerit kenapa?" Gopoh Puan Mazlin menyoal.

Hannah tersenyum tenang. Takkan dia nak cakap, Hannah dah terkantoi dengan Abang Am. Itu maknanya mencari bahana yang lebih besar. Sudahlah abah tengah setia menanti di situ dengan pandangan yang maha pelik.

"Tak ada apa. Abang Am tu, tengok lipas pun nak menjerit." Selamba saja Hannah mengenakan Amar. Dia tidak ingin kalah untuk melihat reaksi lelaki itu. Biarlah kalau dia nak tayang wajah tidak puas hati sekalipun, Hannah tidak akan peduli. Dalam kepalanya hanya terfikir, kalau terlepas daripada terkantoi depan abah sudah cukup besar rahmatnya.

"Takut lipas? Budak bertuah! Menjerit sampai nak runtuh rumah. Ingatkan apa sajalah tadi!"

Bebelan Puan Mazlin hanya mengundang tawa kecil di bibir yang lain. Hannah ikut tertawa sekali. Sedikit sebanyak tawa itu meredakan gundah gulana dalam hatinya. Semangat yang agak pudar tadi, seakan kembali pulih. Dan rasanya, dia sudah mampu untuk bertekak dengan Encik Suami yang sedang menanti jawapan bagi setiap soalan yang diajukan kepadanya nanti.

"Rasanya kalau Am nak ajak isteri Am masuk ke dalam bilik sekarang, tak ada siapa pun yang akan tanya apa2, kan?"

Hannah tersentak. Dan bila masa pula lelaki ini berdiri di sebelahnya? Lengan Hannah berada kejap dalam genggaman Amar. Senyuman nakal di bibir lelaki itu hanya membuatkan yang lain tersenyum penuh makna.

Hannah tergamam. Kenapalah ahli keluarganya sporting tahap ini? Setahunya, kalau orang buat nikah gantung, pengantin lelaki dengan perempuan akan dipisahkan tempat tidurnya. Tapi dekat sini, awal2 mereka sudah dihumbankan ke dalam bilik sekali. Tapi tak apa, Hannah tak kisah pun. Tanpa sedar senyuman berbunga di bibir.

"Dan boleh kita masuk? Ke kau nak tersengih sepanjang hari dekat depan pintu ni?" perli Amar. Nadanya yang tinggi sejak tadi, seakan sudah reda sedikit. Terpekik2 macam orang gila, tekak dia juga yang sakit. Eh, rasa dahagalah pula!

Laju Hannah menjeling. Tangannya sudah kembali menolak daun pintu.

"And now... may we proceed?" Tak menyempat langsung, Amar sudah membuka mulut bertanya.

"Apa yang Abang Am nak tahu?" Hannah pun ikut menyoal sekali.

"Semua yang aku tak tahu."

"Dan Hannah malas nak bagitahu malam ni. Hannah penat sangat. If you don't mind, can we talk about this tomorrow?"

Amar tergamam. Kali pertama secara berdepan dia melihat Hannah berbahasa Inggeris. Tampak lain sungguh aura budak kampung ini. Aura pelajar Victoria University ke?

Hannah terus bergerak ke sisi almari. Tudung yang tersangkut di kepala sejak tadi ditarik perlahan. Gementar juga rasanya, berdua dengan Amar di dalam bilik ini. Baju kurung yang tersarung di badan dibiarkan. Malas pula nak berganti baju lain walaupun dia cukup tidak selesa kalau tidur dengan baju kurung.

Amar yang sedari tadi memerhatikan tingkah Hannah seakan terpanar sendiri. Pertama kali dia melihat diri Hannah tanpa hijab di kepala. Kenapa dan kenapa? Cantiknya dia setiap kali mata aku memandangnya. Rambut yang melepasi paras bahu itu beralun sendiri. Matanya seakan tidak mahu beralih daripada menyaksikan keindahan di depan mata. Amar menelan liur. Dadanya berombak.

Oh, tidak!!! Tidur dalam satu bilik akan membahayakan diri. Tidur satu katil, lebih bahaya daripada itu. Makanya...

"Kau tak ada comforter ke dalam bilik ni? Takkan kau nak tidur atas simen pulak?" soal Amar dengan wajah yang tidak beriak. Sedaya upaya dia sedang mengawal getaran di hatinya.

Hannah mengerutkan dahi. Dia tidak silap dengar, kan? 'Hantu' yang sudah selamat bergelar suaminya itu sebenarnya berjiwa 'besar' sampai berniat nak suruh dia tidur atas lantai.

"Tidur atas lantai? Abang Am ni gila ke!" balas Hannah selamba. Dengan Amar ini tak boleh bagi muka sangat. Sekarang dia suruh aku tidur atas lantai. Tunggu lama sikit, dia akan halau aku ke bilik asing pula. Dia fikir, dia kahwin dengan siapa? Nak suruh ikut telunjuk dia yang tidak kena dengan gaya suami isteri yang telah disandang oleh mereka.

"Gila apa pulak? Aku cakap yang betullah. Takkan kau nak tidur atas katil ni, tak takut aku buat apa2 ke?"

Hannah mencebik. Huh! Suami siapalah ini? Sudahlah tidak romantik. Menyakitkan hati lagi!

Hannah menjeling tajam pada Amar yang sudah menepuk2 bantal untuk berbaring di atas katil. Tak malu!!! Bilik aku, tapi berlagak macam bilik dia pula. Hannah malas hendak serabutkan kepala. Lantas selepas suis lampu ditutup, dia terus mengambil tempat di sebelah Amar.

Nak suruh aku tidur atas lantai. Jangan harap!!!

"Hei! Kau buat apa atas katil ni?" soal Amar tidak puas hati.

Mana boleh kongsi2 katil macam ini. Dia kan alah sikit kalau masuk bab2 berkongsi ini? Ditambah pula bila tengok Hannah pada saat ini, dia takut tidak mampu mengawal debaran di hati. Egonya masih tinggi, mana boleh mengaku kalah sesuka hati?

"Dah nama pun husband and wife, memanglah kena tidur sekatil. Abang Am ni... tak pergi kursus kahwin ke sebelum ni?"

Terkelu lidah Amar tidak mampu nak menjawab soalan Hannah.

Hannah tersenyum sendiri. Senyap pun!

"Kau jangan nak dekat2 dengan aku. Pastikan jarak sedepa. Kalau kau datang dekat, siap kau!" ugut Amar.

Hannah tersenyum lagi. Ikutkan hati, hendak saja dia menghamburkan ketawa besar melihat aksi Amar yang serupa penakut ini. Sepatutnya pengantin perempuan yang kena cuak, tetapi di sini, lelaki pula yang cuak lebih.

"Good night, Abang Am." Sengaja Hannah membisikkan ucapan itu di telinga Amar yang sudah baring membelakangi dirinya.

"Tidur diam2, boleh tak? Aku penat! Penat dengan kejutan yang entah apa2."

Walaupun bunyi ayat itu seperti Amar menggumam, namun ia jelas sekali kedengaran di telinga Hannah. Terus Hannah menjuihkan bibir.

Huh! Kejutan ini diadakan pun sebab Encik Amar kita ini suka sangat memperlekehkan kemampuan orang lain. Memang patut pun dia diberikan kejutan sebesar ini.

Hannah menghela nafas panjang sebelum melelapkan mata. Jauh di sudut hati, lega sebenarnya bila tiada lagi rahsia yang disembunyikan daripada suaminya. Mujur Amar setakat mengamuk seminit dua. Jadi, Hannah tidak terlalu kisah.

Semoga esok akan lebih mudah segalanya. Insya Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro