Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33

"Hannah, rapat sikit dengan suami." Entah suara mak cik mana yang menegurnya ketika Adam begitu beria hendak merakamkan detik bahagia ini dengan lensa kamera.

Matanya bertemu dengan pandangan Amar yang tidak menghadiahkan walau senyuman nipis sekalipun. Geram pula Hannah berlakikan manusia yang macam ini. Sepertinya dia dipaksa keras untuk berkahwin, sedangkan semuanya dijalankan setelah lelaki itu bersetuju.

"Kau ni Am, tak romantik langsunglah! Cubalah pegang tangan isteri tu sikit."

Sindiran Adam membuatkan riak wajah Amar berubah. Dengan rasa berat hati, dicapai juga jemari Hannah dan didekatkan dengan dirinya. Sejuk, itulah yang dirasakan pada saat ini. Tangan Hannah sejuk sekali.

"Tak cukup erat tu."

Amar sudah bengang. Wajah Mak Cik Zainab, adik kepada mummy sudah muncul di depan mata. Mak Cik Zainab ini kalau bab nak komen apa2 tentang hal Amar, laju saja. Sebabnya, Amar sangatlah kurang tahap beramah mesra dengan Mak Cik Zainab. Adam seorang saja yang selalu melayan mulut mak cik itu. Dengan begitu selamba, Mak Cik Zainab menolak bahu Amar untuk merapatkan posisi dengan Hannah.

Amar menjeling tidak puas hati.

Hannah hanya mampu terlopong. Selamba gila Mak Cik Zainab dengan Amar ini.

"Kenapalah anak saudara aku yang seorang ni kayu sangat? Nak pegang isteri pun punya payah," bebel Mak Cik Zainab lagi.

Telinga Hannah jelas menangkap dengusan dari bibir Amar. Dalam diam, dia tersenyum sendiri.

Amar panas hati. Geram pula dengan mulut adik mummy yang seorang ini. Disebabkan geram sangat, dicengkamnya bahu Hannah kuat2. Naik terbeliak mata orang itu. Hah! Suka hati saja cakap aku ini kayu.

"Ya Allah! Amar Khairi. Apa ke dicengkamnya bahu isteri kamu tu kuat sangat? Tengok... dah berkerut2 dahi dia. Sakit sangat ke, Hannah?" Mak Cik Zainab sudah ke sisi Hannah.

Amar geram lagi. Eeeiii... sungguh dia menyampah! Hannah relaks saja tak cakap apa, yang mak cik ini kecoh sangat kenapa?

Tapi, apabila matanya tertancap pada wajah Hannah, nyata dahi gadis itu berkerut sedikit. 'Sakit sangat ke?' Soalnya sendiri. Tidak terasa hendak meluahkan soalan yang terperuk dalam hati. Akhirnya, dia kaku saja tanpa sebarang reaksi. Kekok pula dalam keadaan sebegini. Dia dan Hannah, suami dan isteri. Aduh, anehnya begitu menyengat hati!

                          ♡♡♡

Amar mundar mandir di dalam bilik. Disangkanya mereka semua akan bertolak balik hari ini juga, rupa2nya tidak. Dan tidak semena2, dia sudah dihumban masuk ke dalam bilik budak kampung itu yang sudah dirias seperti yang selayaknya untuk pasangan pengantin baru.

Matanya melilau pada ruang bilik yang sederhana itu. Walaupun ruangnya tidak besar seperti biliknya di banglo daddy, namun semuanya teratur dan kemas sekali. Pandai juga budak kampung ini memodenkan biliknya. Tapi diri dia sendiri tak moden2 juga. Masih lagi kekal dalam takuk kain batik ala nenek kebayan dia.

"Nenek kebayan kau, lawa!"

Usikan Wan Shafie seakan bergema dalam telinga. Ketika itu belum bermula lagi majlis pernikahan. Pengantin perempuan diiringi untuk masuk ke dalam masjid. Entah kenapa pada saat itu, matanya tidak mahu sesekali melepaskan wajah Hannah dari pandangannya. Makin hari, makin cantik pula. Perasaan Amar, dengan sendirinya menjadi celaru.

"Kalau dah suka tu, mengaku sajalah. Dah jadi isteri, halal segalanya."

Kata2 Wan Shafie terngiang2 lagi.

Dia sukakan Hannah? Tidak! Bukan nak berlagak ego mania. Tapi itulah yang dirasakan pada ketika ini. Dia tidak merasakan sesuatu yang istimewa pun buat diri Hannah Azmi.

Keluhan keras meniti bibir. Bosan sudah dia berada di dalam bilik ini. Nak keluar, lagilah dia bosan. Tak sudah2 kena tadah telinga untuk mendengar usikan dari bibir2 yang suka benar menyakitkan hatinya. Matanya kembali ralit memerhatikan setiap sudut di dalam bilik Hannah yang kemas dengan cat dinding berwarna biru laut. Sememangnya warna itu agak menenangkan jiwa. Dalam diam, dia memuji lagi diri budak kampung itu kerana bijak membuat pilihan warna.

Matanya spontan tertancap pada meja yang terletak di satu sudut bilik itu. Tersusun sebaris buku. Kakinya mula diatur mendekati ruang meja. Daripada bosan duduk dalam bilik, baik dia belek buku. Nak juga tahu, buku apa yang menjadi pembacaan budak kampung itu.

Seketika, dia tergamam. Di atas meja ada beberapa buah saja. Namun di sudut sebelah kanan meja itu, terdapat satu ruang yang agak tersorok. Terletak cantik sebuah rak yang menempatkan pelbagai koleksi buku. Yang lebih membuatkan Amar tergamam, hampir kesemua buku yang tersusun elok di rak itu adalah buku dalam bahasa Inggeris. Sebaris di bahagian atas rak, terdapat semua koleksi buku Sophie Kinsella. Di satu sudut lagi, semua koleksi J.K Rowling, siri Harry Potter. Sampaikan buku Mr. Midnight pun ada juga dalam koleksi budak kampung ini.

Pandangannya aneh. Dia berasa sangat pelik di saat ini. Hannah, pandai berbahasa Inggeris? Rasanya sudah lebih daripada sepuluh tanda soal yang timbul di atas kepalanya. Kalau betul dia tahu?

Err... Amar kelu lidah. Maknanya, Hannah faham apa yang diucapkannya pada hari pertunangan mereka? Jadi benarlah yang bercakap, I'll call you back later itu budak kampung ini.

Amar pening. Macam2 persoalan yang menyesakkan benaknya. Lantas dia menarik kerusi yang terletak di situ dan melabuhkan punggungnya. Matanya juga sekejap2 terhala ke arah pintu yang masih tidak terbuka2 dari luar.

Mana si budak kampung ini? Banyak yang dia hendak tanya. Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh gadis itu.

"Kalau pandai berbahasa Inggeris, kenapa tak cakap saja? Kenapa kena pura2 tak faham dengan apa yang aku cakap? Sedangkan, dia faham semuanya." Amar merengus marah. Geram pula. Panas hatinya.

Jemarinya laju mengetuk meja belajar itu yang dilapisi oleh kaca jernih. Amar melarikan pandangannya pada foto2 yang disusun elok di bawah kaca jernih itu. Kali ini, seakan terhenti degupan jantungnya.

"With love from Victoria University of Wellington." Dia membaca dengan perlahan barisan ayat yang terselit pada sekeping gambar.

"Hannah, I'll be missing you. Lots of love from Ivory, batch 2007, Victoria, Welly." Hela nafas Amar makin laju. Cuaca makin sejuk, namun hatinya makin panas. Terasa dirinya diperbodohkan. Terasa dirinya dipermainkan. Terasa dirinya dijadikan bahan gurauan. Kenapa perlu disembunyikan perkara sebegini daripadanya? Dia rasa berang tanpa kawalan.

Dan perkara yang lebih memanaskan jiwa, sekeping foto yang merakamkan wajah si budak kampung ini dan si kacak Faisal yang segak dalam pakaian graduasi. Mesra dan gembira. Amar mengetap bibir geram.

Pintu yang terkuak dari luar pantas saja menggamit perhatian Amar. Wajah Hannah yang tersenyum nipis menyapa matanya. Namun ia tidak memberi apa2 makna kepadanya. Betul ke tidak memberi makna? Bukan ke senyuman itu mampu membuatkan dadanya bergetar laju. Tetapi bukan kali ini.

"Abang Am," sapa Hannah perlahan, ingin memulakan bicara. Namun wajah Amar yang merah padam itu membuatkan Hannah menjadi kecut tidak semena2.

"With love from Victoria University of Wellington." Sinis Amar bersuara.

Hannah tergamam. Matanya ikut melurut ke mana jatuhnya pandangan Amar. Dan di saat itu, dia rasa hendak pitam terus. Macam mana dia boleh terlupa tentang mejanya yang terselit dengan semua kenangan zaman belajarnya di New Zealand.

"And what have you been thinking doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?" Suara Amar sudah meninggi, namun masih mampu dikawal.

Hannah terkelu lidah. Tak tahu nak jawab apa. Terkantoi secara terang2an yang membuatkan dia resah tidak kena gaya. Perlukah dia kantoi di saat malam pertama mereka? Ah, memang padan dengan muka kau Hannah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro