Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

"Amboi!!!" Dengan hanya satu perkataan itu sudah berjaya mematikan senyuman di bibir Hannah.

"Tak sudah2 lagi ke berangankan bakal suami yang sekejap lagi dah nak jadi suami yang sah?"

Usikan nakal dari bibir Salmi hanya membuatkan wajah Hannah merona merah. Malu! Sejak dua minggu lalu, perasaannya sudah makin berbunga2.

Sebaris pesanan ringkas itu bagaikan hembusan nafas lembut yang mendamaikan hatinya. Sungguh dia tidak menyangka, sebaris pesanan itu sudah mampu membuatkan dia tersenyum gembira untuk tempoh dua minggu ini.

"Amboilah!!! Pengantin ni, tak sudah2 lagi duk mengelamun pasal hero dia."

Mati sekali lagi senyuman yang tersungging di bibir Hannah. Kacaulah Salmi ini! Muncung di mulut sudah kelihatan.

"Hodoh benarlah pengantin buat mulut macam tu. Gaya macam nak suruh orang cium. Apa kau ingat nak buat gaya barat? Habis akad nikah, and the bride may kiss the groom." Selamba Salmi mengusik. Makin merah wajah Hannah, makin berani dia menghadiahkan usikan.

"Power betul, kan ayat Abang Am kau? Sampaikan orang tu tak berhenti tersengih untuk tempoh dua minggu. Dahsyat sungguh..." Salmi tersengih nakal. Jegilan tajam daripada Hannah tidak dipedulikan.

Pintu bilik yang terkuak dari luar membuatkan keduanya mengalih pandang ke pintu. Terjengul wajah Latifah dengan anaknya, Aiman yang begitu setia mengekor belakang mamanya.

"Dah ready?" soal Latifah dengan senyuman cukup makna. Matanya sudah tertancap tepat ke dalam anak mata Hannah. Ada sinaran yang berbeza di situ.

"Hannah risau," luah Hannah dengan gugup. Entah apa yang merisaukan hatinya di saat ini. Dia cuba membayangkan kemungkinan kalau Amar cabut lari.

Haish! Tak mungkin. Tak logik. Takkan dia nak memalukan diri sendiri sebagai seorang yang sudah menempah nama dalam dunia perniagaan. Headline berita :

Ahli perniagaan muda, Amar Khairi melarikan diri pada hari pernikahannya. Laporan penuh, sila ikuti bersama wartawan kami di lokasi, Cik Hannah Azmi yang juga merupakan mangsa yang ditinggalkan bakal suami.

Hesy! Minta simpang malaikat 44. Minta dijauhkan perkara yang kedengaran agak luar alam ini.

"Don't worry, okay. Everything will be fine."

Genggaman erat jemari Latifah seakan mengalirkan semangat buat Hannah. Dia tersenyum nipis.

"Am dah tahu, that you're a teacher?"

Soalan cepu emas itu membuatkan Hannah menelan liur. Perlahan kepalanya digeleng.

"Hannah, baik cakap cepat. Takut nanti lain pula fikirnya Si Am tu. Dah kahwin ni, tak elok rahsiakan benda yang sepatutnya Am ada hak nak tahu."

Kata2 Latifah membuatkan perut Hannah terasa senak. Gulp! Hannah menelan liur lagi. Bukan dia tak nak cakap. Tapi, rasanya dia belum puas lagi mengenakan encik pujaan hati.

Walaupun, pada hakikatnya... Hannah dapat merasakan yang sebenarnya, dirinya sudah 'tertangkap basah' dengan Amar. Dan sebab itu jugalah, dia demam panas. Demam disebabkan rasa terkejut yang amat. Seakan terbayang semula dalam kepalanya...

Telefon yang berbunyi itu dirasakan terlalu membingitkan telinganya. Sudahlah dia terlalu letih. Lantas telefon itu dicapai dengan rasa malas dan dilekapkan ke telinga. Dan apa yang dia dengar, seolah2 desiran angin saja. Dia tidak dapat menangkap sepatah pun yang diucapkan oleh si pemanggil itu.

Masih segar di mindanya, dia telah mengucapkan sesuatu seperti I'll call you back later. Selepas itu, dia terus tidak sedar. Bila bangun pagi itu, tergerak hatinya untuk memeriksa senarai pemanggil dulu. Nampak saja nama Amar tersenarai sebagai pemanggil terakhir, jantungnya tersentap. Dia tergamam. Seram sejuk badannya. Terus suhu badan naik mendadak. Demam panas sampai pengsan.

Kalau hal sekecil itu pun dia sampai boleh kena demam dan pengsan, bagaimana pula kalau Amar dapat tahu kebenaran ceritanya? Dalam pada berani tahap singa yang ada dalam dirinya, masih terselit juga rasa takut seperti tikus.

"Hannah." Suara Latifah menyentakkan fikiran Hannah.

"Mengelamun?" soal Latifah.

"Dia ni memang, kak. Sejak dapat mesej 'cinta' dari Abang Am dia dua minggu lepas, asyik mengelamun saja tak henti2. Sampai saya ni dah naik rimas tengok dia tersengih sorang2. Parah tahap kronik ni penyakit angaukan bakal suami." Laju mulut Salmi mencicit memaklumkan perihal mesej yang diterima dua minggu lepas.

Dan macam mana Salmi boleh tahu, sebabnya... dia asyik mengelamun dan tersengih seorang diri sampai ke hujung benua, itu yang Si Salmi pun senang sangat dapat mengesan ada benda yang tidak berapa kena dengan dirinya.

Latifah tertawa kecil. Amar hantar mesej cinta?

"Kiranya Am memang betul2 dah sukakan Hannahlah, ya?" soal Latifah dengan perasaan yang teruja. Kalau begitu, baguslah. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Fikirnya sendiri.

Hannah sekadar tersenyum kecil. Jawapan untuk soalan itu, dia sendiri tidak dapat berikan sebarang pengesahan selagi belum face - to - face dengan Amar Khairi. Boleh jadi jawapannya ya dan dia juga tidak akan terkejut kalau jawapan sebenar adalah yang sebaliknya.

Sebuah ciuman yang mendarat di ubun kepala Hannah membuatkan dia terkesima.

"He loves you Hannah. Don't worry, okay."

Kata2 dari bibir Latifah itu ditelan dalam2 kerana itu jugalah harapannya. Untuk memberi cinta dan menerima cinta daripada Amar Khairi.

                          ♡♡♡

Persalinan yang berwarna gabungan putih dan hijau pucuk pisang itu benar2 membangkitkan seri pada wajah pengantin. Hannah yang cantik berbaju renda putih bersulam hijau sudah didudukkan pada satu sudut dengan kaum wanita. Selendang dengan rona yang sepadan terletak elok di atas tudung Ariani. Untuk menaikkan lagi keistimewaan pengantin, kerongsang bercorak orkid telah disematkan di bahagian kanan kepala.

"Cantiknya anak hangpa ni, Mak Ita."

Pujian daripada Mak Cik Zaleha membuatkan wajah Hannah memerah. Sudah bermula kembali acara usik mengusik pengantin. Ingatkan sudah reda kerana semuanya seperti lebih tertumpu pada wajah pengantin lelaki yang kelihatan khusyuk mendengar taklimat daripada tok kadi.

Cakap pasal pengantin lelaki, mata Hannah sudah tidak lepas memandang Amar yang duduk bersila di depan tok kadi. Aduh! Makin lama memandang, makin segak pula bakal suaminya itu. Hannah menjadi geram dengan mata sendiri. Walaupun perangai orang itu sangat menyakitkan hati tapi mudahnya hati ini menjadi cair sendiri. Tanpa perlu lelaki itu ucapkan kata2 kasih pun Hannah boleh cair. Penyakit angau tahap kronik, bak kata Salmi.

Buktinya, kiriman pesanan ringkas oleh Amar yang berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri. Bukannya pak cik itu hantar sesuatu yang romantik pun. Setakat, semoga cepat sembuh. Namun aura mesej itu pun sudah cukup kuat untuk membuatkan hatinya ditimpa perasaan. Wahai Hannah Azmi, kau memanglah gila!

"Pengantin perempuan."

Erk! Hannah yang sedang leka berkhayal, tersentak. Bila dia sedar saja, semua mata tertumpu pada wajahnya dengan senyuman yang begitu nakal sekali.

Siapakah gerangan bertuah yang memanggil dirinya di saat ini? Matanya ditala ke depan dan pandangannya bertemu dengan pandangan tok kadi. Cis! Tok kadi ini pun, waktu begini juga nak mengacau lamunan aku.

Ketika dia hendak menundukkan semula pandangan, sempat lagi matanya menangkap senyuman di bibir Amar. Kalau ditafsirkan dengan lebih terperinci, senyuman itu kelihatan sinis dan memerli. Cis! Sempat lagi Si Amar itu menyakitkan hatinya dengan tindakan halus sebegini.

"Amar Khairi bin Shahir." Tok kadi sudah menyebut nama penuh Amar.

Serta merta Hannah sudah kembali berdebar. Paluan jantung, dup dap dup dap... macam baru lepas berlari maraton.

"Aku nikahkan dikau dengan Hannah binti Azmi, yang telah berwakil wali bapanya kepada aku dengan mas kahwin sebanyak seratus satu ringgit tunai."

Amar gugup sendiri. Lidahnya terkelu. Lafaz nikah sepi tidak bersambut.

Hannah sudah makin tidak senang duduk. Lafaz pertama sangkut. Lafaz kedua hampir lancar, tapi tersekat juga.

Sudah mula kedengaran suara hadirin di situ apabila pengantin lelaki tersangkut untuk menyempurnakan lafaz ijab dan qabul.

Hati Hannah sudah makin sayu. Sampai ke tahap tidak mampu untuk lancarkan lafaz nikah. Dia tahu hati Amar bukan lagi untuknya, si budak kampung yang tidak punya apa2 keistimewaan pada pandangan lelaki itu.

Lafaz ketiga...

"Aku terima nikahnya, Hannah binti Azmi dengan mas kahwinnya sebanyak seratus satu ringgit tunai." Akhirnya tenang dan lancar.

Hannah yang mendengarnya tersenyum hambar. Bermula dari detik ini, dia telah sah menjadi isteri Amar Khairi.

Maka bermulalah episod baru dalam hidupnya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro