Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Deringan telefon yang tidak putus2 sejak tadi agak mengganggu tidurnya. Mata pun dah rasa macam malas sangat nak buka. Tangannya merayap2 pada permukaan katil. Cuba mencari kedudukan telefon bimbit.

Dalam keadaan yang mamai itu, entah punat apa yang ditekannya. Dengan rasa mengantuk yang menguasai diri, telefon bimbit dilekapkan ke telinga. Kedengaran seperti angin berdesiran di hujung sana. Angin ke? Rasanya orang tengah bercakap...

Hannah masih mengantuk. Dia tidak faham apa2. Dia tak dengar apa2. Dan dia hanya lebih berminat untuk tidur di kala ini.

"I'll call you back later." Dengan rasa mamai yang menguasai diri, hanya ucapan itu yang dirasakan terbaik buat waktu ini. Tidak sampai sesaat selepas itu, dia terus padam semula.

Pagi itu di meja makan, wajah Hannah pucat sekali. Demam?

"Kenapa ni? Pucat sangat..." Salmi sudah risau. Tangannya dilekapkan pada dahi Hannah yang bersih itu. Panas! Matanya terhenti pada bibir Hannah yang bergetar kecil. "Kau demam ni... jom, aku bawa pergi klinik."

Hannah menggeleng laju. Namun, seram dan sejuk yang dirasakan pada tika ini hanya membuatkan badannya terasa lemah.

Salmi mengerutkan dahi. Rasanya semalam budak Hannah ini kelihatan sihat walafiat saja. Ceria wajah itu sepanjang pertemuan mereka dengan Faisal. Kali pertama juga Salmi diperkenalkan dengan jejaka bernama Faisal itu. Walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, namun Faisal kelihatan ramah sekali. Tidak kekok langsung mereka berbual semalam. Hannahlah paling becok sekali. Bercakap itu dan ini. Mungkin sebab takut tidak berpeluang untuk bertemu dengan Faisal lagi. Dan hari ini, dia demam pula. Keliru Salmi dibuatnya.

"Hannah, jangan degil. Badan kau panas sangat ni. Kau nak mengajar macam mana? Ambil MC sajalah. Jom, aku bawa ke klinik," pujuknya.

Pujukan Salmi nyata sia2. Hannah kembali menggelengkan kepala.

"Hannah Azmi!!!" Naik suara Salmi. Geram pula melayan perangai degil Hannah ini. Kalau demam, buatlah cara demam. Jangan nak berlagak sihat sangat.

"Jom!!!" Dengan panahan mata yang cukup tajam Salmi mengeluarkan arahan. Wajah Hannah yang pucat itu, bertambah2 pucat pada pandangannya.

"Aku, okey."

Suara Hannah yang sudah berubah ala2 rock kapak itu membuatkan Salmi tersenyum sinis.

"Okey... okeylah sangat, kan?" perlinya.

"Muka dah pucat. Okey lagi? Bibir tu vibrating. Okey lagi? Badan kau panas gila. Okey lagi ke ni?" marah Salmi. Seketika dia sudah mula melancarkan bebelan tanpa henti.

Hannah yang kelihatan lemah itu hanya menadah telinga tanpa sebarang balasan.

Pandangan Salmi tertancap semula pada wajah pucat Hannah. Spontan bebelannya bernoktah. Air mata Hannah membasahi pipi.

"Eh! Kenapa menangis pulak dah? Aku bukan nak marah kau la." Cemas suara Salmi.

Yalah, siapa yang tidak cemas, kalau wajah manusia yang dibebelkan itu sudah dibanjiri air mata. Pantas tangannya mencapai tisu di atas meja dan mengesat air mata Hannah perlahan. Sedih pula dia tengok anak manja seorang ini bila diserang demam.

Hannah tertawa kecil. "Aku bukan menangislah, mata rasa panas. Itu yang sampai keluar air mata."

Salmi mendengus kecil. Cis! Aku ingatkan dia menangis sebab tak tahan dibebel, rupanya tak tahan panas. Sekali lagi dia rasa macam nak naik angin.

"Aku dah ajak pergi klinik, nak berdegil lagi. Bukan jauh mana pun klinik! Hah, dekat bawah blok D saja pun. Kalau malas nak naik kereta, naik jejantas, lintas jalan. Jalan sikit, dah sampai! Kalau kau masih berdegil juga, aku malas nak layan!"

Masih sama seperti tadi, tiada langsung balasan dari bibir Hannah.

Salmi mendengus lagi, pandangan dihala pada wajah Hannah. Membulat matanya dek kerana terkejut. Hannah sudah pengsan. Sikit lagi badan Hannah hendak rebah di atas lantai. Pantas tangan Salmi menahan.

                          ♡♡♡

Wajah Hannah yang sedang lena itu dielus perlahan. Tangannya dilekapkan pada dahi gadis itu. Sudah beransur kebah demam panas tadi. Perlahan dia bangun sambil mengangkat bekas berisi air sejuk yang digunakan untuk mengelap badan Hannah. Kesian pula dia tengok wajah Hannah yang dari tadi menggigil2 seperti kesejukan sedangkan badannya panas membahang.

Baru saja dia hendak melangkah keluar dari bilik, telefon bimbit Hannah berbunyi lantang. Tanpa berfikir panjang, tangannya sudah mencapai telefon bimbit gadis itu.

"Assalamualaikum." Seperti biasa, Salmi memulakan bicaranya dengan ucapan salam yang dituntut. Namun balasan dari sebelah sana membuatkan dia tersentak. Dipandang semula ke skrin telefon. Terpapar dengan jelas... FIANCE.

Erk! Inikah Abang Am yang Hannah tergila2kan itu? Pantas dilekapkan semula telefon ke telinga.

"Kau ni kenapa, aku tanya dari tadi tak reti nak jawab?"

Suara Amar yang sedikit tinggi menjengkelkan Salmi. Keluhan kecil dilepaskan. Dan dipastikan jelas pada pendengaran Amar.

"Mengeluh pula, kenapa? Menjaga anak ayam depan rumah pun boleh penat macam bina bangunan ke?" sindir Amar lagi.

Membulat mata Salmi. Nasib engkaulah Hannah, dapat bakal suami dengan mulut yang tidak disyorkan untuk membeli insurans langsung.

"Encik Amar." Pantas Salmi sudah memotong. Kalau dibiarkan lama2, entah apa lagi yang akan Amar lalutkan.

"Saya bukan Hannah," sambung Salmi lagi. Jelas sekali telinganya menangkap suara Amar yang tergagap. Malulah tu! Huh!

"Mana dia?"

"Dia tidur..." Belum sempat Salmi hendak menyudahkan ayat, Amar sudah memotong. "Matahari dah terpacak tinggi dan dia tengah tidur lagi. Tolong kejutkan dia, saya ada hal penting nak cakap dengan dia."

Tetapi Salmi menjadi hairan. Nada yang digunakan Amar sudah tidak sekasar awal tadi. Ataupun telinganya yang punya masalah pendengaran. Entahlah...

"Hannah demam panas. Dia tengah tidur," maklum Salmi. Malas sudah dia hendak mendengar bebelan tunang Hannah ini.

"Demam?" Suara di sebelah sana sudah berubah rentak.

"Teruk sangat ke?" soal Amar lagi. Ada riak risau di situ.

Spontan Salmi tersenyum kecil. Oh! Tahu juga nak risau.

"Demam panas. Teruk! Dah ajak pergi klinik, tapi dia degil, tak nak ikut. Tak sempat nak ajak pergi klinik pun, dia dah pengsan tadi."

"Pengsan???"

Pantas Salmi menjarakkan telefon dari telinganya. Huh! Suara macam pakai mikrofon. Tinggi sangat pitch.

"Ya... pengsan. Sekarang dia tengah tidur. Kalau Encik Amar nak, telefonlah dia petang nanti."

"Dia sebenarnya ada dekat mana sekarang?"

"Pulau Pinang." Terus saja Salmi membalas soalan Amar tanpa sebarang rasa curiga.

"Buat apa dekat sana?"

"Menga..."

Batuk kecil daripada Hannah pantas menyedarkan Salmi. Matanya tertala pada Hannah yang masih terlena.

"Menga... apa?" soal Amar tidak sabar.

"Menganyam, belajar menganyam."

Ah! Bedal sajalah Salmi. Asalkan Hannah tidak terkantoi lagi.

"Menganyam?"

Salmi mengetap bibir. Banyak pula persoalan tunang kau ni Hannah. Aku dah tak boleh nak jawab.

"Encik Amar, saya ada kerja ni. Petang nanti encik call Hannah." Salmi sudah mahu memboloskan diri dari talian telefon ini.

"Suruh dia jaga diri. Assalamualaikum."

Talian sudah dimatikan.

"Waalaikumussalam." Salmi merenung skrin telefon bimbit Hannah dengan rasa tidak percaya.

Suruh dia jaga diri. Ayat itu tidak  diucapkan dengan nada romantis. Ayat itu tidak kedengaran cheesy. Ayat itu juga tak berapa menggetarkan jiwa yang mendengarnya. Tapi rasa Salmi, ayat itu bakal membungakan senyuman lebar di wajah Hannah.

"Caring juga abang Am kau ni, Hannah." Ucapnya sambil tersenyum dan terus meninggalkan bilik itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro