Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26

Ledakan tawa dari bibir Wan Shafie hanya menaikkan suhu badannya. Panas membahang. Sudahlah hatinya sedang gelisah. Boleh pula temannya itu ketawa sakan melihat dirinya.

"Padan muka!" Ayat pertama yang dihadiahkan oleh Wan Shafie buat Amar.

"Kau jangan, Wan..."

"Jangan apa? Kau sendiri yang cari nahas. Hah! Sekali, lepas sebulan tunang, akad nikah. Memang padanlah!" Wan Shafie masih sakan mentertawakan diri Amar yang kelihatan dingin dan beku di sudut bilik itu.

"Aku tak boleh nak tidur lena dah lepas ni."

Keluhan dari bibir Amar membuatkan Wan Shafie tersenyum nakal penuh makna. Keningnya pula dinaikkan sedikit merenung wajah Amar lama.

"Tak boleh tidur lena? Dalam maksudnya. Hahaha..." Wan Shafie terus dengan tawa galaknya.

Amar mendengus kasar. Chait! Boleh pula difikirkan yang bukan2 Si Wan Shafie ini.

"Kau boleh berhenti gelak tak? Aku tengah serabut ni!!!"

"Nak serabut kenapa pula? Bukan ke cemburu tu tandanya kau sukakan dia? Pelik betullah aku dengan kau ni, Am... dah elok sangat aku tengok Hannah tu. Sejuk mata memandang. Sopan. Ayu. Bertudung. Cantik pula tu... tak jemu mata aku memandangnya... aduh!!!" Terhenti terus madah dari bibir Wan Shafie apabila sebatang pen mendarat tepat di hidungnya. Bila angkat saja mata, wajah Amar yang merah padam singgah di ruang mata.

Mulanya rasa macam nak marah. Yalah, sedap saja lelaki itu membaling pen pada hidungnya. Tapi bila tengok lama2 wajah Amar yang merah padam macam biji saga, rasanya Wan Shafie hendak gelak sepanjang masa.

"Cemburu ke, bang? I puji2 your future wife?" Sengaja nada suaranya dilunakkan.

Makin merah wajah Amar.

"Kau diamlah!" Selepas mengucapkan ayat itu, menonong Amar keluar dari bilik pejabat meninggalkan Wan Shafie.

"Kenapa bos tu, Encik Wan?" Annisa yang baru saja masuk ke dalam bilik Amar untuk meletakkan fail, terus menyoal Wan Shafie. Pandangannya juga pelik. Wan Shafie sedang ketawa riang di dalam bilik ini. Sedangkan Amar dengan wajah yang merah padam sedang berjalan keluar meninggalkan pejabat.

"Bos awak tu, dah jatuh cinta tapi tak mahu mengaku pula! Susah kalau cakap dengan orang keras kepala ni," bebel Wan Shafie.

Annisa sudah tersenyum. Baguslah kalau sudah jatuh cinta, sekurang2nya Hannah tidak bertepuk sebelah tangan saja. Dia inginkan kawannya sentiasa bahagia.

                          ♡♡♡

Sejak tadi dia tidak sudah2 membelek telefon bimbitnya. Taip mesej, lepas itu padam semula. Buka phonebook, cari2 nama. Hendak tekan butang call, lepas itu terus pangkah. Tak jadi. Tak sempat pun nak buat 'panggilan rindu'.

Aik! Rindu? Sejak bila?

Amar melepaskan keluhan. Rasa macam penat saja bila hatinya tidak sudah2 melagukan sindiran. Entah kenapa yang dia terasa keliru sangat di saat ini. Keliru kerana dia cemburu dengan si budak kampung itu. Keliru dan celaru membuatkan dia semakin haru biru.

Kelmarin, dia hampir2 memalukan diri depan Wan Shafie. Tindakannya juga spontan. Entah apa yang merasuk mindanya. Bila bibir Wan Shafie begitu ringan mengalunkan pujian buat Hannah, dia terus teringatkan Faisal. Tanpa dipinta, api cemburunya menggelegak. Dia tak boleh dengar orang lain puji pasal Hannah. Tak boleh terima! Semuanya membuatkan dia teringat akan Faisal.

Kenapa lelaki itu yang menyapa mindanya? Oh, sebab dia kan lelaki yang begitu selamba memanggil Hannah dengan panggilan sayang? Bukan setakat itu saja, dia dapat merasakan yang Faisal itu terlalu menyayangi Hannah. Lihat saja bagaimana mata lelaki kacak itu memandang wajah Hannah.

Argh!!! Dia menjadi geram. Pandangan itu mengelus wajah Hannah dengan penuh kasih. Dia cemburu tanpa diduga. Perlukah dia merasakan semua ini sedangkan dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan cinta buat budak kampung itu? Nafasnya sesak. Cemburu tanpa cinta? Mana ada. Logik ke? Langsung tidak logik!

"Huh!!! Karut!" ucapnya tanpa sedar. Kuat pula itu.

"Apa yang karutnya?" sambut satu suara yang tidak asing sekali di belakangnya. Bahunya ditepuk perlahan. Lantas ruang kosong di sebelah kanannya diduduki.

"Entahlah..." jawab Amar malas.

"Mummy kata, ada orang cemburu gila. Siapa tu? Kau ke?" Soalan yang bernada perli.

Amar mengetap bibir. Marah sebab orang memerli kelakuan di luar sedarnya.

"Kau kalau datang sini nak perli2 aku, baik balik saja!" marah Amar. Ilai tawa orang sebelah hanya menyakitkan hatinya.

"Pernah rasa, jilat ludah sendiri?"

Makin tersentap Amar mendengar ayat itu. Geli gila kalau jilat ludah sendiri. Sanggup ke? Mana sanggup! Sesiapa pun memang takkan sanggup.

"Kampung girl? No way?" Mata Amar membulat bila ayatnya diulang dengan nada yang sinis sekali.

"Amar, abang bukan nak perli kau tapi nak ingatkan, don't be rude, Am. Don't be rude to others especially Hannah. Am kutuk2 dia sebelum ni, sekarang tengok, kau cemburu? Cemburu dengan budak kampung yang dengan bangganya kau cakap tak suka tu." Sinis lagi nada Adam melantun ke dalam ruang telinganya.

"Jangan serabutkan kepala Am, boleh tak?" pinta Amar. Nadanya sudah makin mengendur. Sudahlah dia masih keliru. Dengan sindiran2 begini, makin bertambah keliru jadinya.

"Ini bukan nak serabutkan Am... ini nak suruh kau ambil pengajaran."

"Am tak cakap pun nak kahwin dengan dia, kan?" Nada Amar kembali angkuh.

"Oh! Ya ke?" Makin sinis nada Adam. "And what about... this?"

Kotak kecil berwarna merah baldu itu dilayangkan di depan mata adiknya.

Amar mengetap bibir lagi. Cincin tunang! "Can you just leave me alone? I want to be alone!"

"Daripada kau be alone dekat sini, baik pergi ambil wuduk, buat solat sunat. Abang tengok gaya kau macam dah serabut sangat ni. Jangan kusut2 sangat, I believe this is the best for you. You should believe it too, she may not same as your Hannah..."

Mata Amar membulat sedikit. Your Hannah?

"Kau jangan nak buat muka terkejut macam tu, I knew everything. You're my brother, I should know everything about you." Tenang suara Adam membuatkan Amar tertunduk. "But that doesn't mean she isn't the best for you. I think she is the best, Am. Hannah is the best for you. Lagipun mummy yang pilih, kan? Takkan mummy tak tahu apa yang terbaik untuk kau?"

"Abang ingat senang untuk Am?"

"Apa yang tak senang? Kau tak cakap, abang pun takkan tahu. Cuba cerita, I'll listen. Now, tell me."

"Am rasa cemburu walaupun Am tak cintakan dia. How do you think that'll be easy for me? Am tak pernah sukakan dia dan tak mungkin sukakan dia!"

"Dan kau jangan bercakap ikut sedap mulut saja!" marah Adam. Geram dengan sikap Amar yang ego tinggi melangit. Sudah cemburu, masih tidak mahu mengaku suka!

"Abang, Am tak pernah idamkan dia untuk jadi teman hidup Am. Not her, never be her!"

"And why? Because she's not Ain Airina? Is it?"

"No!!! It is not because of that!" Tinggi suara Amar. Matanya berapi. "Abang tak faham apa yang Am rasa! Am keliru... abang tak pernah rasa semua ni!"

"Aku lebih dulu makan garam daripada kau. Keliru? Aku tak faham? Huh..." Adam tergelak sinis. "I know better than you do, Am."

"Tapi abang kahwin dengan Kak Pah sebab cinta. Am tak boleh sebab... I don't have such feeling towards that kampung girl. Abang, tolonglah faham! Jangan desak Am!" Suara Amar seakan merayu.

"Siapa yang desak kau? Cuba cakap? Kau sendiri yang cemburu. Mummy tu dah anggap kau gila bayang dengan Hannah. Sebabnya, salah kau juga cemburu bagai nak gila. Kalau tak suka, mana datangnya rasa cemburu tu?"

Amar diam. Sudah tidak tahu hendak menjawab apa. Kalau bercakap dengan abangnya, Adam, dia seorang saja yang hendak menang. Langsung tak nak ambil kira perasaannya yang sedang keliru tahap apa2 dah. Yang Adam tahu, hendak menghentamnya dengan soalan bertalu2.

Ain Airina. Hatinya yang keliru menjadi semakin celaru. Kenapa perlu dibangkitkan semula nama itu? Tapi ada benarnya. Hannah takkan semudahnya dapat menjadi Ain buat diri ini. Panggilan Ain yang istimewa hanya buat diri orang itu. Orang yang sudah lama jauh dari dirinya.

"Am..." Suara Adam sudah mengendur. Bahu Amar dipegang kejap. "Janganlah macam ni. Kesian dengan mummy. Dia dah beria sangat nak tengok kau bahagia, ada keluarga sendiri. Kau pun bukannya nak bercerita dengan dia tentang kehidupan peribadi kau. Mummy tak pernah mendesak, dia cuma nak yang terbaik saja untuk anak2 dia. Lagi2 anak dia yang 'kurang normal' ni..."

"Abang!!!" Amar menjeling pada Adam yang sudah terkekek ketawa. Kurang asam! Sejak dari tadi berbincang dengan serius gaya singa. Tiba2 meledak ketawa macam orang gila. Tak faham betul!

"Yalah, kau kan anak mummy yang kurang normal? Even physically you're tough enough, but mentally you're distracted. Nak abang suruh Kak Pah arrange appoinment dengan phychiatrist tak?"

Amar mendengus kuat. Tak agak2 nak suruh aku jumpa phychiatrist. Bukannya aku tengah sakit jiwa. Minda bercelaru saja. "Abang ni memang sengaja nak cari pasal, kan?"

"Ada pulak? Aku abang yang ambil berat pasal kebajikan adiklah!"

"Kebajikan macam muka dia!" gumam Amar sendiri. Sudahlah mengganggu waktu dia hendak beraman damai.

Kepalanya ditepuk kecil persis kanak2.

Amar mendengus lagi. Memang sengaja betul Adam ini!

"Minggu depan tunang ya, Am..."

Membulat mata Amar. Wajah Adam yang bersinar2 itu hanya membuatkan hatinya resah. "Siapa cakap?"

"Mummy."

"No way!!!" Amar berlagak lagi.

Adam mencebik.

"Okey, fine! Dengar2 cerita daripada Mak Ita, ada lelaki kacak yang pernah bertanya2 pasal Hannah. Nama dia, apa entah..." Gaya Adam seolah2 memikirkan sesuatu. Dagunya dilurut perlahan.

Sementara itu Amar sudah tidak betah. Dia hanya terfikirkan satu nama.

"Faisal," ucap mereka serentak.

Amar kembali resah. Nama itu punya aura untuk membuatkan dia rasa cemburu bagai nak gila. Kenapa? Dia pun tidak pasti mengapa!

"Jangan nak mimpi budak kampung tu nak tunang dengan dia!" Marah Amar yang tidak dapat mengawal emosinya.

Adam menahan senyum. "Dan kenapa?"

"Sebab Am yang akan tunang dengan dia!" Dengan ucapan yang penuh perasaan, Amar melangkah masuk ke dalam rumah.

Adam, tanpa menunggu sesaat sudah ketawa terbahak2.

Susah nak buat orang yang ego tinggi ini hendak mengaku dengan perasaan sendiri. Dah terdesak sangat, terpaksalah guna cara begini. Sampai terkeluar nama Ain Airina yang menjadi sejarah dalam diri Amar. Sengaja, dia hendak menambahkan garam di jiwa Amar yang sememangnya menyimpan seribu satu rahsia. Susah sangat nak buka mulut untuk berkongsi cerita peribadi dia.

Ain Airina... hurm. Entah apa cerita si gadis berwajah Arab yang berjaya mencuri hati Amar yang beku macam ais batu itu. Mungkinkah gadis itu adalah penyebab kenapa Amar selalu mencari alasan untuk membujang?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro