Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

Roti bakar yang terletak di atas pinggan kaca itu dicapai. Mayonis yang terletak di dalam botol, juga di atas meja dicapai dengan malas. Perlahan dia menyapukan mayonis ke atas permukaan roti bakar. Lambat2 saja dia memulakan kunyahan. Entah kenapa, rasa macam tak ada mood pula untuk bersarapan hari ini. Bukan setakat tak ada mood untuk bersarapan, rasanya dia tiada mood untuk melakukan apa pun sepanjang hari ini.

Amar masih dengan tingkahnya yang kelihatan lesu dan tidak bermaya, tanpa menyedari masih ada dua pasang mata di meja makan itu sedang begitu asyik merenung kelakuannya yang aneh itu.

Puan Mazlin laju menyiku Tuan Shahir di sebelah. Masing2 menjongketkan bahu tanda tidak tahu punca. Amar yang selalu kelihatan bersemangat di awal pagi bagaikan tiada di sisi mereka hari ini. Walaupun jasadnya ada, sedang mengunyah makanan seperti biasa, namun ia kelihatan seperti dipaksa. Kenapa?

"Am sayang, kenapa ni?" Lembut suara Puan Mazlin bertanya. Risau juga bila melihat Amar mempamerkan perwatakan yang agak luar biasa.

"Hah?"

Respon Amar bagaikan tersedar daripada lamunan jauh. Mengelamun apa pagi2 macam ini? Semakin bertambah kerutan di dahi orang tua itu.

"Mengelamun apa pagi2 ni? Am tak sihat ke?" Puan Mazlin menyoal lagi.

"Tak sihat ke Am?" tanya Tuan Shahir pula.

Amar diam, tidak menjawab.

"Am, kenapa ni?" Puan Mazlin sudah gaya seperti melayan Amar berumur lapan tahun pula. Wajah Amar yang nampak tidak bermaya seakan meminta untuk dimanjakan. Puan Mazlin bangkit dari kerusinya dan melabuhkan punggung di tepi Amar. Perlahan tangannya dilekapkan pada dahi Amar. Sejuk saja. Tidak panas pun.

"Am, kenapa ni? Diam saja. Tak sedap badan ke? Pening kepala ke? Nak mummy urutkan?" pujuk Puan Mazlin lagi.

Tuan Shahir sudah tersenyum kecil. Amar kalau sudah masuk mode hendak bermanja, kalah Aiman gayanya.

Amar diam juga, tidak menjawab. Tetapi kepalanya sudah dilentokkan pada bahu Puan Mazlin. Manja sekali gayanya.

Puan Mazlin sudah tersenyum sambil tangannya mengusap kepala Amar. Sudah lama rasanya Amar tidak mempamerkan aksi kanak2 seperti ini. Terasa seperti dia pun rindu untuk memanjakan Amar.

"Manja sangat hari ni... kenapa Am?" Tuan Shahir pun sudah melebarkan senyuman di bibir.

"Mummy... kenapa Am kena kahwin dengan budak kampung tu?"

Soalan dari bibir Amar terus mematikan senyuman di wajah Puan Mazlin dan Tuan Shahir. Serentak mereka berpandangan sesama sendiri dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.

"Kenapa? Am tak suka Hannah ke? Bukan ke Am yang ajak beli cincin tunang hari tu... bukan sebab Am dah suka dengan Hannah ke?" soal Puan Mazlin tidak sabar.

"Kenapa Am kena kahwin dengan dia, mummy? Am tak suka dia."

Jawapan yang terbit dari bibir Amar hanya meresahkan kedua jiwa yang bersamanya pada ketika itu. Amar memang nak kena!

"Am, jangan nak buat pasal!!! Lepas Am dah bagi kata putus, mummy dah call Mak Ita untuk bincang pasal pertunangan." Tegas nada suara Puan Mazlin. Amar ini tidak boleh diberi muka sangat. Tengok sajalah apa yang dia buat. Semalam cakap lain, hari ini cakap lain. Apa sebabnya? Langsung tidak dimaklumkan.

"Habis, yang semalam Am minta nombor telefon Hannah, bersembang dengan Hannah dalam telefon tu, untuk apa? Bukan Am suka dia... bukan setuju nak kahwin dengan dia?" Bertubi2 soalan daripada Puan Mazlin.

Amar masih mengekalkan momentum wajahnya yang keruh. Perlahan kepalanya diangkat menghadap wajah Puan Mazlin yang nyata keliru dengan sikapnya.

"Semalam, Am pun tak tahu, kenapa Am boleh cakap macam tu." Dengan wajah tanpa riak bersalah, Amar menuturkan jawapan.

Puan Mazlin sudah menjegilkan biji mata.

"Amar Khairi!!!" Suara Puan Mazlin meninggi.

Namun Amar masih dengan riak wajahnya yang cuba meraih simpati. Dia amat memerlukan simpati Puan Mazlin di saat ini. Apa yang terjadi semalam bagaikan suatu mimpi ngeri. Kenapa dia harus cakap begitu? Kenapa dia harus pamerkan reaksi yang begitu? Dan paling menakutkan, kenapa dia harus memberikan kenyataan yang berpihak pada budak kampung itu?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sejak dia membuka matanya pada pagi ini, hanya persoalan itu saja membingitkan mindanya. Logiklah kan kalau dia cakap, takkan dalam sekelip mata dia boleh jatuh suka dengan budak kampung yang langsung dia tidak pernah suka sebelum ini? Tapi apa yang terjadi semalam, adalah sebaliknya.

Dia mengaku, dia seakan kalah apabila merenung sepasang mata yang indah milik gadis itu... tengok? Dalam keadaan begini pun, hatinya masih tidak jemu mengalunkan bisikan pujian buat budak kampung itu. Ditambah lagi dengan kehadiran jejaka kacak yang begitu ringan mengungkapkan perkataan sayang buat diri Hannah, dadanya terasa sesak secara automatik.

Entah apa juga yang merasuk minda sehingga dia sendiri dengan bangganya mengaku tentang hakikat yang sedang cuba direalitikan oleh orang tuanya. Bakal suami Hannah! Tidak terlintas langsung dalam kepalanya untuk berkahwin dengan budak kampung yang seringkali menerima kutukannya. Dan... adakah itu yang bakal terjadi tidak lama lagi?

Oh, tidak!!! Berat rasanya untuk menerima hakikat ini.

Semua ini salahnya! Dia tahu sangat. Semua ini gara2 mulutnya yang terlalu lancang apabila menuturkan perihal cincin tunang dengan Hannah malam tadi. Bagaimana? Kenapa? Mengapa? Semua persoalan bertubi2 menyesakkan dadanya.

Masih segar lagi dalam pendengarannya...

"Abang Am nak tunang dengan Hannah ke?" Suara Hannah seakan meragui.

"Habis tu???" Ini yang dibalasnya.

Amar pantas meraup wajah. Dia rasa macam hendak demam. Sesungguhnya, dia tidak menyangka itu yang akan terpantul dari seulas bibirnya. Sebaik saja bunyi 'tuuttt' kedengaran di corong telefon, dia tersentak sendiri.

Akhirnya dia terduduk dengan wajah yang agak pucat. Lama dia begitu. Mengambil masa untuk mencerna ayat yang diluahkan oleh bibirnya sendiri. Bahana datang daripada mulut sendiri. Inilah agaknya pepatah orang dulu2, kerana santan pulut binasa, kerana mulut... hidup aku yang bakal binasa.

"Amar Khairi!!!" Suara Puan Mazlin yang masih meninggi membuatkan Amar mengalihkan pandangan matanya. Pandangan yang sayu dibiaskan. Semoga hati seorang ibu itu akan cair. Doanya dalam hati.

"Jangan nak buat muka sayu macam tu depan mummy. Ingat mummy nak cair?"

Amar terus saja memuncungkan mulutnya. Memang buruk kalau hendak dibayangkan bagaimana rupanya pada ketika ini. Namun, apakan daya. Terpaksa!

Kalau tidak... dia pula yang bakal dipaksa. Semua kerana salahnya. Semuanya bermula daripada idea bodohnya juga. Buat pertama kali dalam hal budak kampung ini, Amar meletakkan semua kesalahan di atas bahunya.

"Mummy, tak boleh kompromi ke?"

"Tak boleh!"

Tegas suara Puan Mazlin yang makin melemahkan semangat Amar. Dia sudah hilang semangat. Semuanya, gara2 satu hari yang diundang dirinya sendiri. Bodoh betul! Kalau difikirkan semula, rasa menyesal tidak sudah mereka2 situasi yang tidak cerdik itu.

'Padan dengan muka kau, Am! Elok tak ada masalah, cari masalah. Elok Si Hannah tu balik kampung, kau juga yang buat dia datang ke Kuala Lumpur semula, kononnya nak show off 'makwe' baru, Si Annisa, setiausaha mithalinya. Alih2... daripada nak seksa perasaan orang, perasaan kau juga yang punah ranah, memang padan!' Kutukan hati menyiat2 perasaannya.

"Mummy dah setuju dengan Mak Ita, nak tunangkan Am dengan Hannah hujung bulan ni!"

Mata Amar membulat. Hujung bulan?

"Mummy..." Kalau boleh menangis, Amar akan menangis sekarang juga!

"Hujung bulan? Kenapa nak cepat sangat?" Suaranya semakin sayu. Sungguh dia tidak dapat membayangkan, hari yang tidak dipinta bakal menjelma. Aduh! Kalau boleh... kalau boleh diputarkan semula masa.

"Cepat apanya? Okeylah tu. Bertunang, lepas sebulan majlis akad nikah."

Amar sudah terbatuk kuat. Bukannya dia tengah minum atau makan, tapi ayat yang disusun oleh bibir Puan Mazlin mampu mengeluarkan segala isi perutnya. Sebulan lagi nak akad nikah? Mummy biar betul? Sampai hati buat keputusan tak cakap dengan aku.

"Kenapa sebulan lepas tu nak kena nikah?" Soal Amar dengan lagak bodoh. Debaran di dada tidak mampu dikawal lagi. Seram sejuk pula bila difikirkan apa nasibnya selepas dinikahkan dengan budak kampung itu? Ditekankan sekali lagi... berNIKAH dengan BUDAK KAMPUNG! Aduhai...

Sesungguhnya, ini bukanlah impian hidup Amar. Bibirnya diketap kuat. Dia perlukan sesuatu untuk menenangkan fikirannya yang berkecamuk di saat ini. Dia benar2 buntu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro