Bab 22
Menyakitkan hati betul, bila Si Amar itu menonong saja berjalan meninggalkan dirinya di LCCT. Tak apalah kalau tidak ikhlas sekalipun. Tapi sekurang2nya, temankan dia sekejap sehingga dia naik pesawat. Itu pun nak berkira sangat.
Sudahlah sejak dia menghadiahkan panahan mata yang cukup tajam, lelaki itu seakan sudah kehilangan mulut untuk bersuara. Diam sepanjang perjalanan mereka sehingga ke sini. Hannah ucap terima kasih pun, dia tidak pandang.
Apa? Sudah kena sampuk ke? Tapi dengan apa? Jangan cakap dia tersampuk dengan panahan mata aku yang sarat dengan rasa cinta? Ah, sudah! Hannah... kau ini, makin hari... makin perasan! Lihat sajalah bakal isteri siapa, Si Amar Khairi yang perasan bagus itu juga.
Sekilas dia melihat jam di pergelangan tangan. Dia sudah berjanji untuk menghubungi Adila, temannya yang bekerja di sini. Tempah tiket melalui Adila, jadi Adila sudah berpesan supaya menghubunginya terlebih dahulu. Laju tangan Hannah menyeluk ke dalam beg sandang untuk mengambil telefon bimbit. Tetapi... tiada!
"Sudah! Aku letak mana pulak dah!" gumamnya sendiri. Matanya sudah meliar ke dalam ruang beg sandang. Nyata, tiada juga. Takkan tercicir? Tak mungkin!
Dia tidak pernah secuai ini sehingga tercicir barangan yang dibawanya. Dengan keluhan hampa, dia mencari2 sepanjang jalan yang dilaluinya tadi. Mana tahu, terjatuh di mana2. Harap2 dapat jumpa semula. Bukan apa, telefon itu ada nilai sentimen yang tersendiri buat dirinya. Kalau tak jumpa juga? Ah, sudah! Matanya ikut panas sekali!
'Kau jangan nak buat drama tangkap leleh dekat tengah2 public ni, Hannah,' marah hatinya sendiri.
Dalam hati sudah tidak putus2 berdoa, supaya dapat jumpa semula. Kembalilah... kembalilah kepadaku wahai telefon bimbit yang dikasihi.
"Allah!!! Kenapa yang cuai sangat ni, Hannah? Kenapa???" Hannah menepuk dahinya sendiri. Seakan baru pulih ingatan, di dalam kereta Amar tadi dia sibuk bermain game disebabkan bosan dengan suasana sunyi sepi di dalam kereta. Sekadar ditemani alunan irama dari radio, dia rasa macam tidak puas. Mungkin sebab khusyuk sangat bermain game, sampai terlupa hendak diletakkan semula telefon bimbit ke dalam beg sandang. Agaknya...
'Alahai, Hannah. Sekarang ni, kau nak telefon siapa?' soal hatinya sendiri. Nombor siapa yang dia ingat? Nombor abah di kampung, mungkinlah dia hafal. Selain dari itu, kirim salam... Assalamualaikum sajalah. Tak kuasa dia nak menghafal semua nombor yang tersimpan dalam sim kad dan phonebook.
Kalaulah dia ada sesuatu yang boleh membesarkan suara, sekurang2nya dia boleh memanggil Adila. Ahha! Pembesar suara. Okey Hannah, kau memang bijak. Perasan lagi! Hannah tersenyum dengan perkara yang bermain di mindanya.
Tanpa berlengah, dia sudah hendak memulakan langkah untuk meneruskan ideanya. Namun belum sempat apa2, terasa badannya dirempuh dengan anak gajah.
"Auch!!!" Suaranya meletus kuat. Anak gajah dari negara mana pula ini? Hannah yang sudah pun terduduk di situ mengangkat pandangan matanya sedikit. Entah mangkuk manalah bawa bagasi sebesar anak gajah ini? Sudahlah bagasi punya besar, dilanggarnya kaki aku macam traktor turap jalan tu. Aduh, sakitnya!
"You okay, miss?"
Agak cemas suara itu kedengaran di telinganya. Hannah mendengus kecil. Maklumlah tengah sakit, kenalah tunjuk rasa marah yang bersarang dalam hati.
"Tak okey!" Hannah memicit2 kakinya yang masih terasa sengal. Wajah empunya suara yang sedikit mempesonakan jiwa langsung tidak dipandang. Sempat dia mengerling ke arah 'anak gajah' yang tersadai di sebelah. Mak aih! Tengok sajalah saiz roda itu. Mana tak rasa sengal kaki kalau roda ala2 kaki gajah.
"Miss..." Suara itu memanggil lagi. "Nak saya tolong angkat awak ke? Awak boleh jalan ke tidak ni?"
Mendengarkan soalan itu, serta merta Hannah terasa cuak. Tiba2 dia menjadi gelabah. Bayangkan kalau kena angkat betul. Bahaya!
"Eh! Saya boleh..." Dia sudah mendongakkan wajahnya. Mata bertembung mata. Pemuda itu merenungnya sambil menanggalkan kaca mata hitam yang terletak elok di batang hidung mancung itu. Masing2 mempamerkan reaksi yang sama. Terkejut dan kehilangan kata. Hanya mata saja berbicara. Bahasa yang menghubungkan hati mereka.
♡♡♡
Bunyi yang bertalu2 sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam kereta, sedikit mengganggu pergerakannya. Matanya mencari2, dari mana datangnya punca bunyi. 'Nada dering menyakitkan telinga!' Gerutu Amar dalam hati. Ketika itu juga dia perasan akan sesuatu, itu bukan nada dering telefonnya. Telefon siapa pula?
Dikalih ke belakang, ke bawah, ke depan tapi tidak terfikir hendak memusing kepala ke sebelah kiri. Seakan terasa lagi aura budak kampung itu di dalam keretanya. Wangian yang dipakai oleh Hannah pun masih tidak hilang dari deria baunya.
Aduh! Apa sudah jadi Amar? Kalau betul dia sudah ditimpa perasaan dengan Hannah, nampaknya kena jilat ludah sendirilah! Padan muka. Mengutuk, mengata Hannah tidak ingat dunia. Alih2, macam tak boleh nak lepas pandang pula.
Sekali lagi, bunyi yang bertalu2 itu memenuhi ruang kereta. Digagahkan juga untuk pandang ke sebelah kirinya. Walaupun Hannah sudah tidak duduk di situ, tapi macam segan pula hendak memandang ke arah kirinya. Irama dalam jantung pun, entah apa2 saja. Membuatkan dia terasa gelisah.
Jelas matanya menangkap kelibat cahaya di celah seat. Pantas tangannya mencapai telefon itu untuk menghentikan deringan. Tertera nama Adila LCCT di atas skrin. Kawan budak kampung itu ke?
Punat telefon ditekan dan telefon dilekapkan ke telinga.
"Hannah!!!"
Bingit terus telinga Amar dengan jeritan nyaring orang di sebelah sana. Haish! Nasib tak pekak.
"Hannah, you wouldn't believe it! You wouldn't believe it!"
Amar terdiam. Tidak memberi sebarang respons. Kenapa orang di sebelah sana, berbahasa mat salih dengan budak kampung ini? Anehnya terasa, bukan sedikit tapi banyak!
"Aku nampak Abang Faisal kau!!! He's here Hannah!!! He's here and I'm sure... dia akan datang cari kau!"
Faisal? Amar rasa kurang senang. Siapa pula itu? Amar masih kekal 'bisu' di sini. Masih menadah telinga mendengar celoteh Adila yang langsung tidak bertanya mengapa dia tidak bersuara.
"Eh! Yang kau senyap saja ni apehal? Dah bisu ke?" Selamba saja soalan Adila yang menyapa telinganya.
Perlahan dia berdeham kecil. Kena bagi intro suara dulu, nanti terkejut terlompat pula cik yang berada di talian sebelah sana.
"Ini bukan Hannah. Ini..." Amar berkira2, hendak diperkenalkan dirinya sebagai apa? Abang? Sepupu? Bakal suami? Errr... kenapa boleh wujud pilihan terakhir yang menyesakkan dadanya?
"Oh! You must be Amar Khairi." Tanpa perlu perkenalan diri, mudah saja Adila meneka.
Amar terdiam kembali. Macam mana orang itu boleh tahu namanya?
"Sepupu Hannah yang berlagak nak mati tu?"
Erk! Lagilah rasa hendak tercekik bila mendengar ayat seumpama itu dari bibir orang yang tidak dikenalinya.
"Hannah cakap saya berlagak nak mati?" soalnya laju.
"Dia tak pernah cakap pun... tapi pandai2 guess saja, dengan karakter yang dia selalu cerita. Entah apalah yang dia kejarkan pada awak ya sampai langsung tak nak pandang orang lain yang sayang gila dengan dia."
Amar laju mengetap bibir. Kenapa Si Adila ini macam selamba sangat? Boleh dia cakap macam ini semua dengan aku?
'Entah apalah yang dia kejarkan pada awak ya sampai langsung tak nak pandang orang lain yang sayang gila dengan dia.' Ayat ini seakan mencucuk2 jiwa Amar yang sebelum ini beria mengaku bahawa dia tidak ada sekelumit perasaan pun buat si budak kampung itu. Kenapa dia rasa macam ini? Tahukah wahai hati? Sesungguhnya aku langsung tidak suka rasa2 yang aneh sebegini!
"By the way, daripada saya buang masa bercakap dengan awak, boleh saya tau, mana Hannah? Tiket flight ada dengan saya, macam mana saya nak pass dekat dia?" Sekali lagi dengan selamba Adila mengungkapkan kata.
Amar mengetap bibir laju. Sungguh tidak beradab insan yang bernama Adila ini. Sudahlah tak kenal dengan aku, boleh pula dia bercakap macam ini.
'Gaya kau bercakap ni, Am... macam kau tu bagus sangat!' sindir hatinya. Uish! Pedih sungguh.
"I'll try to find her. Nanti saya suruh dia telefon awak balik."
Amar sudah mula mengatur langkah, memulakan pencarian Hannah Azmi. Dalam pada matanya meliar di ruangan yang memuatkan pelbagai jenis manusia yang berbeza warna kulit, mindanya ligat berfikir tentang panggilan daripada Adila. Banyak persoalan yang sedang menyesakkan mindanya. Ditambah dengan rasa hati yang sudah mula bermain acilok sembunyi dengan tuannya sendiri.
Nak kata dia sudah jatuh hati dengan si budak kampung bukan pujaan hati, macam mustahil. Tapi kenapa sejak dari tadi, debaran di dada ini tidak mahu mengikut alunan yang biasa? Asyik hendak buat irama yang dia tidak berapa nak biasa saja. Itu yang membuatkan hatinya bertambah susah disebabkan rasa tidak selesa.
Sedang kakinya laju melangkah, telefon bimbit Hannah menjerit sekali lagi. Pantas saja dia menekan punat untuk menjawab. Entah sejak bila dia jadi telefonis tidak berbayar ini. Menyusahkan!
Dalam pada hati merungut tidak henti, mulutnya masih ringan juga untuk menjawab panggilan yang tidak diketahui daripada siapa. Tidak sempat pula dia nak jeling2 nama yang tertera di skrin.
"Hannah sayang, dah sampai ke?"
Amar tersenyum perli. Suara mummy menyapa telinga. Amboi! Bukan main lagi mummy dengan Hannah, bersayang bagai!
"Mummy, Am ni! Hannah hilang. Tengah cari, tak jumpa. Rasanya ada penjahat dah culik dia!" Selamba saja Amar mengenakan Puan Mazlin. Tanpa menunggu sesaat pun, suara Puan Mazlin sudah kecoh di talian sebelah sana. Bermacam2 yang disuruhnya. Pergi periksa sana, pergi periksa sini! Siap suruh laporkan pada pengawal yang bertugas di situ.
"Am main2 sajalah! Siapa yang teringin nak culik dia? Bukan lawa pun!" kutuknya lagi. Tapi, hatinya sendiri sudah menyangkal kenyataan yang diucapkannya itu.
"Kamu jangan main2, Am. Pergi cari dia cepat. Jadi apa2 dekat menantu mummy, siap kamu!"
Amar terlopong. Tidak sama sekali dia menyangka, Puan Mazlin akan berkata begitu dengannya. Habis, kalau semuanya sayangkan Hannah, siapa yang nak sayangkan diri dia?
Argh!!! Terasa macam anak tiri pula.
Sebaik saja talian dimatikan, matanya sudah kembali ligat mencari 'menantu' kesayangan mummy. Mahu kalau tak jumpa hari ini, mesti dia akan kena teruk dengan mummy! Tahu sangat. Boleh dijangka dan disasarkan peratusan kebenarannya.
Sedang dia asyik mengatur langkah ala2 hero mencari heroinnya, spontan kakinya terhenti. Matanya terus meluncur pada dua wajah yang sedang bertentang sesama sendiri. Lama mereka begitu dan lama juga dia begini.
Bila terpandang tangan lelaki itu memaut lengan si gadis yang kelihatan seperti tidak mampu berdiri dengan stabil, hatinya dengan sendiri menjadi gusar. Kenapa dia harus merasakan perasaan yang aneh2 ini?
Ikutkan hati, nak saja dia rentap genggaman lelaki yang sedang memaut lengan Hannah. Tapi diikutkan juga akal yang penuh dengan rasa ego dan berlagak, ditahankan juga langkahnya di sini. Walaupun kebenarannya, dia terasa sakit hati di saat ini. Siapa lelaki itu? Soalan yang begitu asyik menari2 dalam mindanya. Siapa dia?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro