Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

Hannah sudah menghentakkan kakinya. Macam tidak percaya yang dia akan ke sini semata2 nak bertemu empat mata dengan buah hati si mangkuk itu. Tidak sangka juga kerana ikutkan rasa hati yang sudah menggila dengan api cemburunya, dia terus mendapatkan flight ke sini.

Aku boleh jadi gila sebab tergilakan orang gila macam Amar Khairi.

Bangunan di tengah2 kota itu dipandang dari atas ke bawah. Nafasnya dihela panjang. Agaknya, boleh ke tidak aku campakkan saja Amar itu dari tingkat atas? Biar hilang segala rasa sakit hati yang tengah berselirat.

'Uish! Jangan, Hannah... nanti siapa nak jadi suami kau?'

'Betul jugak tu.'

Kakinya sudah mula melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Sejuk mula mencengkam tulangnya. Dengan baju kurung berwarna hijau pucuk pisang, dipadankan dengan tudung dari rona yang sama, Hannah sempat lagi membelek dirinya di sebuah cermin yang terletak di situ.

Pejabat Amar, menurut Aunty Maz terletak di tingkat tujuh. Pantas saja lif ditekan. Tidak lama menunggu, lif terbuka. Hannah pun turut membuka langkah masuk ke dalam lif. Dah macam gaya korporat pula aku ke sini. Wajahnya yang terbias di pintu lif dipandang lagi sekali. Lama. Seperti ada yang tidak kena. Apa ya?

"Allah!!!" Hannah sudah menepuk dahi. Sudah gila agaknya dia. Sampaikan ke Kuala Lumpur pun, dipakainya tag nama. Elok saja tag berwarna hitam itu terpin di tudungnya. Pantas sekali tangannya menanggalkan tag nama tersebut dan dimasukkan ke dalam beg sandang.

Ting!

Lif sudah sampai ke tingkat tujuh. Keluar saja dari lif sudah terpampang besar nama Shamaz Holding Sdn. Bhd. Gabungan daripada nama Uncle Shahir dan Aunty Maz. Sweet, kan? Hannah tersenyum sendiri.

Bagaimana kalau digabungkan namanya dengan si mangkuk dalam pejabat itu, Hannah dan Amar? HanMar! Oh, buruk sekali bunyinya. Kalau NahAm. Macam comel!

Berangan sajalah kau Hannah. Itu saja pun yang boleh dibuat. Bersiap sedialah hendak melangkah masuk ke dalam pejabat untuk berjumpa dengan pesaing bagi merebut cinta Amar Khairi.

"Saya nak jumpa Cik Annisa, ada?" Sopan dia menyoal pada penyambut tetamu yang cantik bergaya di ruangan depan.

"Tunggu sekejap ya, cik."

Hannah sempat meninjau2 keadaan sekeliling pejabat itu. Moden. Cantik. Bergaya.

"Apa nama cik ya?"

"Hannah."

"Cik Hannah datang nak jumpa. Appoinment dengan Encik Amar ke?" Sempat telinga Hannah menangkap butir kata yang diucapkan oleh cik penyambut tetamu itu.

"Cik Hannah."

Hannah kembali bertentang mata dengan gadis penyambut tetamu itu.

"Cik jalan terus, akan ada sign managing department. Cik Annisa ada di situ."

"Thank you."

Hannah menghadiahkan senyuman sebelum berlalu. Sambil kaki melangkah, matanya ligat juga menjeling2 ke kiri dan kanan. Menyaksikan kerenah mereka yang bekerja dalam pejabat. Dan aku, tinggalkan kerja semata2 untuk Si Amar Khairi! Damn... I can't believe it! I'm totally getting insane because of him.

Kini dia sudah berada di bahagian yang dimaksudkan. Matanya melilau apabila semuanya khusyuk membuat tugas. Seakan tidak sedar dirinya sebagai seorang makhluk asing yang melangkah masuk ke dalam ruang itu.

                         ♡♡♡

Sebaik sahaja gagang telefon diletakkan, Annisa sudah menggelabah di tempat duduknya. Sepantas kilat bilik Amar sudah diketuk dari luar. Sepandai2 katak melompat, akhirnya akan mati digilis juga. Eh! Apa yang kau merapu, Nisa?

Mendengar ucapan masuk dari dalam, cepat saja dia memboloskan diri ke dalam bilik Amar. Kelihatan lelaki itu sedang bergelak ketawa dengan riangnya bersama Wan Shafie.

Amboi! Amboi! Aku yang dekat luar ini sudah cuak tahap gaban. Dia boleh mengkekek ketawa dengan sahabat sejati, Encik Wan Shafie.

"Encik... tunang encik dah sampai dah!" maklum Annisa dengan gopoh.

Amar yang baru hendak membuka mulut bercakap, terus terbatuk2 kecil. Tunang? Eh, no way man!

"Budak kampung tu dah sampai?" soal Wan Shafie bagi pihak Amar. Nampaknya, kuat benar penangan perkataan tunang itu sampai terbatuk sakan Amar dibuatnya.

"Encik, nak buat apa ni? Saya takut, nanti dia serang saya! Habislah encik!" ucap Annisa dengan gelabah. Dia sudah tidak senang berdiri. Bergerak dari kiri ke kanan. Sampai naik pening Amar dan Wan Shafie yang melihatnya.

"Annisa, calm down! That kampung girl can't do anything. Kalau dia buat apa2 yang melampau, kita failkan kes atas nama dia," ucap Amar selamba.

Terus terbeliak biji mata Annisa. Kejam gila bosnya seorang ini! Sampai nak main fail2 kes, ini apa kes?

"Encik!!! Apa cakap macam orang tak ada perasaan ni? Encik ni betul manusia normal ke?" Tanpa dapat ditahan, terluah soalan di bibir Annisa. Nyata dia kurang mengerti dengan perangai bosnya yang aneh ini. Wajah Wan Shafie dikerling sekilas. Lelaki itu turut melemparkan pandangan terkejut buat tatapan Amar Khairi yang tersenyum bangga sendiri.

"Saya tak suka!" Itu saja balasan yang Amar beri.

Annisa terus mencebik. Menyampah gila kalau bersuamikan orang yang berperangai macam ini! Kalau aku, bagi free pun tak nak! Bertuah rasanya Encik Amar ini kerana si gadis bernama Hannah itu sudi berkahwin dengannya.

Annisa sudah naik meluat apabila Amar meneruskan senyuman di wajah tanpa henti. Pandangan mata Annisa meleret pada cermin kaca yang menutupi bilik itu. Jelas sekali matanya menangkap kelibat seorang gadis di luar. Mata gadis itu tercari2 orang di sekeliling. Pasti saja dia tidak akan nampak sesiapa, sebab cermin bilik Encik Amar tinted. Hanya orang di dalam saja boleh nampak orang di luar.

Lama dia mengamati wajah itu. Kenapa dia seakan pernah melihatnya sebelum ini? Hannah? Ulangnya dalam hati. Dan ketika itu...

"Astaghfirullah!!!" Kuat ucapan itu terkeluar dari bibir Annisa.

Terkejut beruk Wan Shafie dan Amar apabila Annisa yang menyepi tiba2 bersuara.

"Encik, tu ke budak kampung?" soalnya tanpa bertangguh.

Mata Amar berpaling ke luar. Mata Wan Shafie turut menyorot sama. Jelas kelihatan Hannah yang sedang duduk di sofa sambil membelek majalah.

"Wei!!!" Wan Shafie sudah melopong.

"Itu kau panggil nenek kebayan? Memang buta kayulah kau ni Am!!!" Selamba saja dia menyindir Amar. Memang patut pun! Boleh pula dia samakan wajah budak kampung yang ayu lagi anggun itu dengan nenek kebayan tua. Sungguh tidak bermata Si Amar seorang ini.

"Kalau aku, jangankan dipaksa, tak paksa pun aku rela jadikan dia isteri aku!" Sambung Wan Shafie lagi.

Amar mencemikkan muka. Dijeling sekilas pada wajah Hannah yang sesekali mengangkat wajah dan melilaukan pandangan mata.

"Aku still tak suka. Budak kampung tetap budak kampung!" balasnya angkuh. Annisa yang turut berada di situ seakan menjadi halimunan buat pandangan mata Amar.

Laju Annisa mengetap bibir. Geram pula mendengar ucapan angkuh itu dari bibir bosnya. Agaknya Encik Amar itu sudah terlupa, aku pun budak kampung juga. Cuma tak nampak gaya kampung itu disebabkan sudah lama menetap di bandar. Ngek betul Encik Amar ni! Budak kampung tetap budak kampung ya? Siap kau!

"Encik, saya pernah tengok budak kampung encik ni!"

"Betul? Kat mana? Berpeleseran dekat jalan kampung ke? Awak bagi satu minus point yang kukuh pada saya, senang sikit saya nak tolak cadangan mummy nak jadikan dia sebagai menantu." Teruja wajah Amar mengajukan pertanyaan pada Annisa.

Annisa melopong tidak percaya. Hantu punya laki!

"Encik!!!" Suara Annisa naik tanpa sedar.

"Encik jangan melebih tau kalau bercakap tu!!!" marahnya.

Amar terkejut. Wan Shafie pun ikut tersentak. Tidak pernah sekalipun mereka melihat Annisa yang sopan dan ayu ini menaikkan suara.

"Sekarang ni, saya nak keluar. Saya nak jumpa budak kampung encik tu." Annisa melangkah ke pintu dan memulas tombol.

Matanya menikam wajah Amar sebelum menyambung kata, "yang juga merangkap gelaran... kawan baik saya!"

Terus dia melangkah keluar.

"Kawan baik, okeylah tu. But... wait!!! Did she say, kawan baik???" Amar baru nak terkejut sedangkan Wan Shafie awal lagi sudah menangkap ayat yang diucapkan oleh Annisa.

"Wan!!! Apa ni Wan??? Kenapa kau tak cakap Annisa tu orang Kedah!!! Mampus aku."

"Apa pulak aku! Kau tu bos dia. Patutnya kau tahu mana asal usul pekerja kau." Wan Shafie sudah mencebik. Suka hati saja dia nak salahkan aku pula. Salahkan diri sendirilah. Bakal isteri dah cukup perfect, nak main lari2 lagi!

Mata Amar menjeling sekilas pada cermin kaca. Annisa sudah menghampiri Hannah. Apa yang bakal terjadi selepas ini? Adakah dia akan dicencang lumat oleh kedua gadis itu? Ah, sudah!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro