Bab 17
"Kenapa ni? Muka macam ayam berak kapur..."
Teguran Salmi teman serumahnya, spontan membuatkan dia melepaskan keluhan. Jujur sejak tadi dia terasa tidak senang duduknya. Asyik terfikirkan Aunty Maz saja. Bimbang kalau orang tua itu terlepas kata. Bukannya boleh dijangka. Kalau ya terlepas? Mati aku...
"Amar Khairi." Perlahan dia menyebut.
"Kenapa dengan bakal suami kau?" Laju Salmi menyoal. Dia, kalau bab2 bergosip dengan Hannah, laju saja. Cuba kalau ajak masuk ke dapur... Hannah, kau masuk dululah, aku menyusul dari belakang. Hah! Menyusul dari belakang... alamatnya, tak jumpa jalan ke dapurlah.
"Bakal suami apanya? Dia pun tak setuju lagi."
"Tapi parents dia nak, kan?"
"Memanglah parents dia nak... parents aku pun nak. Aku, lagilah nak! Cuma dia sorang aja, masalah apa pun tak tau, tak nak sangat dengan budak kampung!"
"Kau kenapa nak sangat dengan dia? Tak payahlah, Hannah. Nanti nampak kau saja yang terhegeh di belakang dia... dia tak appreciate nanti." Semangat sekali bicara Salmi.
"Itulah. Susah sebenarnya." Hannah mengeluh. Dia pun tahu akan hakikat itu. Tapi nak buat macam mana, dia yakin akan jodoh ini. Lebih daripada yakin sebenarnya.
"Susah sangat, passing dekat aku sajalah." Selamba Salmi berkata dengan senyuman nakalnya.
"Amboi!!!" Hannah sudah bercekak pinggang. Mukanya sudah digarangkan. "Ada hati nak dekat Abang Am aku na?"
Salmi sudah melepaskan tawa. Dia bergurau saja. "Abang Am kau tu, handsome bukan main, mana ada perempuan yang tak nak dengan dia?"
"Allah itu Maha Adil. Dia bagi rupa saja dekat laki tu tapi dalam masa yang sama, mulut tak berinsurans pun terselit sekali. Jadi, kalau mulut tu tak reti nak bersopan, muka handsome pun orang dah tak nampak."
"Ya ke Hannah orang kata? Entah2, kau saja yang berkata2 macam tu... beria sangat! Entah2... diam2 Abang Am kau tu dah ada orang lain. Dengan kau yalah dia bermulut celopar, sebab kau yang kata kan, dia tak suka dengan budak kampung. Secara spesifiknya... dia tak suka kau."
Hannah terdiam. Boleh jadi ke kesimpulan ini? Abang Am ada orang lain.
"Mana tahu, depan perempuan yang dia suka, dia boleh jadi romantik. Ah! Aku boleh bayangkan, cair... cair..." sambung Salmi dengan wajah yang begitu beremosi.
Hannah mengetap bibir. Melebih2 pula angan2 Si Salmi ini. Tapi hatinya makin resah. Abang Am versi romantik? Boleh jadi juga ke?
Terasa tidak tenang. Terasa tergugat. Apa yang patut aku buat? Rasanya kalau ada sepuluh calon depan mata Abang Am, aku ini akan ditolak tanpa penilaian pun. Begitu teruk sekali rating buat dirinya dalam minda Amar.
Alahai, tak cukup tadi dia runsing memikirkan Aunty Maz, sekarang runsing fikirkan Amar Khairi pula. Tapi romantik, sesuai ke dengan jiwa lelaki itu? Macam tidak saja. Depan aku nak senyum pun susah.
Tak pun... dia bukannya anti dengan perempuan, tapi anti dengan Hannah Azmi seorang saja! Ya ke? Hannah sudah makin gelabah. Tak boleh jadi ini! Macam mana dia boleh terlepas pandang perkara yang begitu penting.
"Sal!!!" Dengan tiba2 saja suara Hannah pecah.
Elok saja Salmi nak mengunyah keropok Bika, terus tersedak. Terkejut bukan kepalang bila suara Hannah yang menjerit ala2 soprano. Terbatuk2 Salmi dibuatnya.
"Abang Am aku boleh jadi romantik dengan orang lain ke?" Soal Hannah sambil menggoncang bahu Salmi.
Salmi terkedu. Silap dia membuka topik romantik untuk diskusi di malam hari. Tidak menyangka pula Hannah boleh jadi sampai macam ini. Gaya macam hilang kewarasan. Erk!
♡♡♡
Buku latihan yang bertimbun di atas meja dicapainya satu per satu. Keadaan bilik guru yang agak lengang itu dipandang sekilas. Dikerling pada jam besar di dinding pula. Baru pukul sepuluh pagi. Perut pun belum lapar lagi. Kesimpulannya, sambung saja menyemak buku latihan yang dikutip awal pagi tadi.
Gegaran telefon bimbit menggamit perhatian Hannah. Sekilas pandang, dia tidak mengenali nombor itu. Tapi dicapai juga.
"Waalaikumussalam," jawabnya sebaik saja suara di sebelah sana menghulurkan salam. Hannah diam. Menunggu orang di sana meneruskan kata.
"Ya, cik. Ada apa yang boleh saya bantu?" soal Hannah apabila lama sangat orang sebelah sana mendiamkan diri.
"Cik Hannah."
"Ya, saya."
"Saya... Annisa, teman wanita Amar."
Hannah tersentap. Come again? Teman wanita?
"Siapa?" ulang Hannah seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Teman wanita Amar."
Hannah mengetap bibir. Takkan!
"Saya nak jumpa awak," tambah Annisa lagi.
"Untuk?"
"Ada hal penting."
"Bila?"
"Bila yang awak boleh?"
'Sekarang pun boleh!' Sahut hati Hannah tanpa bertangguh. Dia sudah tidak senang duduk di kerusi ini. Kalau boleh, sekarang juga dia nak menghadap teman wanita Amar Khairi itu. Nampaknya perkiraannya sudah salah!
Amar Khairi, si lelaki berlagak tak ada perasaan, budak bandar perasan bagus itu pun boleh ada calon pilihan sendiri!
Dan Hannah... wuarghhh!!! Rasa macam nak menangis berbaldi2. Macam mana boleh salah target ini?
"Esok!" Balas Hannah tanpa kawalan.
"Awak datang ke pejabat Encik Amar. Saya ada di situ."
Hannah terdiam. Pejabat Encik Amar? Bukan di Kuala Lumpur ke? Gila ke aku nak ke K.L. esok! Dengan kerja yang berlambak di sini, patutkah aku ke Kuala Lumpur semata2 untuk jejaka idaman hati? Jangan nak buat gila, Hannah Azmi!!!
♡♡♡
Wajah Amar terus ceria menyambut telefon yang dihulurkan oleh Annisa. Bahagianya rasa hati bila dapat mengecewakan hati budak kampung itu. Puas hati!
"Annisa, thanks..." ucapnya dengan senyuman tidak lekang dari bibir.
Annisa sudah menggelengkan kepala. Tak faham betul dengan bosnya seorang ini. Main upah aku suruh jadi girlfriend. Siap nak adakan pertemuan dengan calon - bakal - tak - jadi pula itu. Annisa pasrah saja memikirkan apa yang bakal terjadi. Harapnya segala untung dan rugi akan ditanggung oleh Encik Amar Khairi seorang diri. Dia tidak mahu mendapat publisiti murahan nanti.
Teringat pula kata2 lelaki itu ketika hendak memancing dirinya untuk menjadi 'teman wanita' upahan.
"Tolonglah, Annisa. Saya tak pernah minta tolong awak untuk hal2 peribadi sebelum ni. This will be the first and last one," rayu Amar.
Annisa diam. Dia tidak faham situasi yang sebenar. Kenapa lelaki ini beria sangat hendak mengupah dia?
"Please, Annisa..."
"Untuk apa, encik?"
"Jadi girlfriend upahan saya. Awak tak perlu buat apa2 yang susah pun. Saya bukan nak ajak awak keluar ke, dating ke... nothing like that at all! Awak cuma kena cakap by phone you are my girlfriend and make her come here." Semangat sekali Amar memujuknya.
Annisa pandang pelik lagi.
"Kenapa encik tak nak kahwin dengan budak kampung tu?" soal Annisa juga menggunakan label kampung sebab Amar langsung tidak menyebut nama gerangan budak kampung itu.
"Ada masalah peribadi sikit, saya tak boleh nak share lebih2 dengan awak."
Annisa menjeling sekilas. Masalah peribadi ke? Atau 'singa' seorang ini demanding lebih tak kena gaya? Cara dia bercakap, macam aku ini baru sehari dua jadi setiausaha dia!
"Annisa, you may continue your work."
Teguran Amar menyentakkan lamunan Annisa. Terus saja dia bangkit berdiri dan melangkah ke arah pintu. Sebelum keluar, sempat lagi dia menjeling pada bosnya yang masih tersenyum ceria. Entah apa2 sajalah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro