Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

Pen di tangan diketuk beberapa kali. Bukannya dakwat sudah habis, tapi ini merupakan salah satu cara dia berfikir. Berfikir sambil menganggu ketenteraman awam. Sungguhlah tidak bagus teknik yang diguna pakai oleh Hannah Azmi ini.

Sesungguhnya pada saat ini, Hannah terasa pelik banget!

Oh, jangan salah sangka! Dia bukannya dapat tawaran berlakon sinetron, sampaikan teraplikasi perkataan banget dalam mindanya. Cumanya dia pelik, kenapa Si Amar berlagak itu beria2 telefon emak di kampung dan siap pesan lagi, suruh Hannah datang Kuala Lumpur. Urgent! Katanya.

Urgent otak dia! Kerja aku punya berlambak dekat sini, dia ingat aku nak layan urgent dia itu. Baik aku selesaikan hal2 di sekolah. Lagi satu, dia memang dah cop aku sebagai anak dara makan gaji buta sambil duduk di rumah agaknya. Huh!

"Mak Ita, jangan lupa. Suruh dia datang, wajib!"

Ayat emak berulang semula dalam minda. Emak pula memimikkan dialog Amar.

Apa yang wajib sangat sampai aku nak kena 'berdesup' ke Kuala Lumpur itu?

Getaran pada telefon bimbit membuatkan dia tersentak. Tertera nombor Aunty Maz di skrin telefon. Punat telefon ditekan dan salam dihulurkan.

"Hannah sayang..." Ceria saja suara Aunty Maz menyapanya.

"Ya, aunty. Aunty sihat? Uncle sihat?" soal Hannah ramah. Biasalah, bakal mentua, kan? Kenalah tunjukkan ciri2 menantu penyayang. Walaupun dia sebenarnya tahu, kalau tidak menunjukkan ciri itu pun, dia tidak akan kena reject oleh Aunty Maz. Hannah bangga sendiri. Senyuman terus tersungging di bibir.

"Sihat sayang. Semua sihat. Ni aunty nak bagitau... Am suruh Hannah datang KL, ada hal penting katanya. Boleh jadi dia dah tukar fikiran agaknya. Entah2 dia nak propose Hannah." Teruja sekali nada suara Puan Mazlin yang menampar pendengaran Hannah.

Dia sekadar tersengih kelat. Nampaknya Puan Mazlin pun tidak dapat hendak memahami kepala batu, Amar Khairi itu. Mana mungkinlah si mangkuk bandar itu hendak meminangnya? Kalau ada pun, dalam mimpi saja kut? Itu pun mustahil juga!

"Jadi bila Hannah nak datang KL?" soal Puan Mazlin tanpa bertangguh.

Hannah terdiam. Nafas dihela panjang. Kalau nak tunggu ada masa, sekarang dia memang tak ada masa. Banyak sangat program di sekolah. Semata2 sebab mangkuk itu yang suruh, dia tak boleh nak tinggalkan segala tugasannya di sini.

"Hannah banyak kerja sekarang, aunty. Budak2 baru sudah exam. Lagi dua minggu, dah nak mula Minggu Bahasa. Hannah jadi penasihat. Banyak benda nak kena uruskan. Lambat lagi rasanya kalau nak datang pun," jujur Hannah menerangkan. Dia bukannya mereka2 keadaan, tapi itu adalah situasi yang sebenar.

"Oh ya, kan? Aunty pun dah terlupa, Hannah dah mula kerja. Tak apalah kalau macam tu. Tapi kalau Hannah ada masa weekend, bagitau dengan aunty. I'll arrange the flight ticket for you. Jimat masa."

Mulut Hannah sudah melopong. Tak perlu kut nak tergesa2 naik flight bagai? Dia pun tidak selesa rasanya nak tergesa2 berkejar ke sana sini dalam keadaan sekarang.

"Tak apalah, aunty. Susah2 saja. Kalau Hannah ada waktu, Hannah bagitau aunty, okey? Tapi bukan dalam masa terdekat ni. Hannah sibuk sangat." Sopan Hannah menolak.

Terfikir juga di mindanya, entah apa alasan yang akan diberikan oleh Aunty Maz kepada Amar. Agaknya lelaki itu percaya tak kalau Aunty Maz cakap aku sibuk? Entah2 dia akan balas macam ni. Sibuk apa? Tengok ayam itik pun sibuk mengalahkan ahli parlimen ke? Rasanya...

"Yalah, sayang. Nanti aunty cakap dengan Am, Hannah busy sekarang nak kena urus hal dekat sekolah."

Membulat mata Hannah. Aunty Maz!!! "Aunty!!! Jangan tersasul."

"Errr... hampir ke Hannah?"

"Dah tersasul pun."

Resah sungguh Hannah di kerusi ini.

"Okay... okay... I'll be very careful then."

"Hopefully."

Belum sempat Hannah berbual lebih panjang, sudah ada yang memanggilnya. Pantas saja dia meminta diri. Namun, sekali sekala ada juga resah bertandang di hati. Kalau Aunty Maz terlepas cakap? Errr... tak nak bayangkan yang bukan2.

Agaknya apa reaksi Amar?

Hannah mengetap bibir kuat. Dia tidak mahu berkahwin dengan Amar dengan status sebagai cikgu! Dia nak Amar sedar, isterinya itu hanya seorang budak kampung. Biar padan muka dia. Suka sangat pandang rendah pada orang. Suka cakap ikut suka hati mulut dia tanpa fikirkan perasaan orang.

Hannah nekad. Dia akan merahsiakan status dirinya sebagai cikgu sehinggalah Amar membuang persepsi yang buruk2 tentang budak kampungnya itu.

Ya! Itu yang akan dia lakukan. Siap kau Amar Khairi! Hannah Azmi si budak kampung, sememangnya sudah ditakdirkan untuk berjodoh dengan kau yang berlagak bandar sepanjang hayat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro