Bab 15
Annisa resah dan gelisah. Entah apa silapnya, sejak dari tadi renungan Amar tajam menikam dirinya.
Ada apa2 kesilapan lagi ke dalam dokumen yang dia suruh aku periksa? Rasanya mustahil! Tak mungkinlah. Bukan sekali aku periksa, sudah hampir tiga kali aku ulang baca. Tapi kenapa dia pandang aku macam nak ditelan saja? Errr... rasa macam nak lari terus dari sini.
Mindanya pula sudah tidak berapa fokus dengan perbincangan yang sudah berjalan hampir sejam dari tadi. Tawa yang terlepas dari bibir Encik Andrew menarik perhatiannya. Annisa mengangkat mata dan bertembung pandang dengan Amar secara tidak sengaja. Terkelu lidahnya apabila lelaki itu sudah tersenyum mesra.
Erk! Annisa sudah mula pening. Tadi nampak garang macam singa, sekarang nampak mesra macam... macam apa ya? Kucing? Encik Amar padan ke jadi kucing? Tanpa sedar Annisa tertawa sendiri dengan pemikirannya.
"Yes, Miss Annisa? Do you have something to share with us?" Encik Andrew sudah mencelah.
Annisa terdiam.
"Errr... nothing." Tergagap pula Annisa. Yang lain sudah memandangnya dengan senyuman yang cukup aneh sekali. Kenapa pula? Aku ada nampak macam badut ke?
"Okay, mister... I think our discussion today is the final one. We should proceed with the collaboration of both company," ucap Encik Andrew dengan senyuman senang.
"Yes... so we can proceed with the agreement."
"Next Monday should be okay."
"Okay then..."
"Nice to meet Mister Amar and you, beautiful lady... Miss Annisa."
Memerah muka Annisa dengan ucapan Encik Andrew.
"Both of you look great together."
Annisa tergamam. Pantas matanya beralih pada Amar. Sekali lagi dia rasa macam nak tercekik saja. Kenapa lelaki itu tersenyum bahagia pula? Macam ada yang tidak kena sejak dari tadi, tapi apa? Annisa tidak faham!
♡♡♡
"Annisa..." Terdengar suara Amar memanggil selepas Annisa sampai ke tempat duduknya. Annisa cuba berlagak tenang.
"Ya, encik?" soalnya seperti biasa. Amar sudah berdiri di hadapan mejanya. Kepalanya mendongak sedikit menangkap wajah lelaki itu yang tinggi daripadanya. Matanya terkelip2 memandang Amar yang masih berdiam tidak menyambung kata.
Tiba2 saja, Amar menundukkan wajah. Mendekati wajahnya.
Membulat terus biji mata Annisa. Refleks membuatkan kepalanya ke belakang. Terkejut habis!
"Encik!!!" ucapnya sedikit lantang.
Namun Amar tidak terkejut pun. Nampak relaks saja, seolah dia tidak melakukan apa2 yang pelik.
Ya Allah, ini bos aku ke?
"Masuk bilik saya!" Dengan satu arahan itu, Amar sudah bergerak dari tempatnya.
"Masuk bilik saya," ulang Annisa perlahan.
"Dengan keadaan dia macam terkena sampuk, dia expect aku akan masuk ke bilik dia ke?" gumamnya perlahan.
"Ini bukan bos aku ni," ucapnya lagi.
Sekali2, matanya menjeling ke arah pintu bilik Amar yang terkatup rapat. Kepalanya sudah tergeleng2 sendiri. Macam tidak percaya!
Ini bukan bos aku ni! Bukan... bukan!
"Bukan!" ucapnya tanpa sedar.
"Apa yang bukannya? Masuk bilik saya Annisa As - solehah!"
Tersentak Annisa apabila suara Amar kembali muncul di situ. Ditambah dengan senyuman di bibir bos muda itu, dia terasa gerun pula. Bagus lagi kalau mukanya serius, aku suka.
"Masuk bilik saya!" ulang Amar apabila Annisa masih kaku di situ. Hendak tak hendak, Annisa menurut juga langkah Amar sambil menenangkan jiwanya daripada berfikir yang bukan2! Tapi... macam tak boleh. Mindanya makin digasak dengan pelbagai persoalan yang bercelaru.
Apabila Amar membukakan pintu bilik dan mempelawanya masuk, lagi dia rasa macam nak pengsan. Sah! Bos aku kena sampuk!
Dengan doa yang berpanjangan di dalam hati, Annisa melangkah juga masuk ke dalam bilik Amar. Ya, Allah! Hanya pada - Mu aku bermohon. Hilangkan segala jin aprit yang sedang berlegar dalam kepala bos aku!
"Annisa..." Panggilan Amar sekali lagi menyentakkan Annisa.
Pandangan matanya bertembung dengan renungan dari mata Amar. Annisa sudah menelan liur. Tiada apa yang istimewa pada renungan itu tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia tidak senang hati di situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro