Bab 14
Keluhan berat meniti bibirnya. Mindanya dikerahkan untuk menghasilkan buah pemikiran yang dapat memberi kesan besar untuk projek ini. Wajah Wan Shafie salah seorang sahabat sejati yang turut bertungkus lumus mengeluarkan idea dipandang sekejap. Kelihatan dahi Wan Shafie berkerut. Tekun juga dia berfikir.
Fail di depan mata cuba dibelek beberapa kali, mana tahu dapat ilham. Boleh juga aku bersorak riang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi kalau batu... dengan dia sekali akan tenggelam terus. Tak boleh jadi macam ini. Lantas mejanya diketuk kuat.
Wan Shafie yang tekun berfikir ikut tersentak.
"Kau ketuk meja kenapa? Dah hilang habis idea yang datang!" rungutnya dengan pandangan tidak puas hati.
"Betul ke, Wan? Dah hilang ke idea? Allah!!!" Amar tiba2 saja menarik rambutnya gaya orang gila.
Wan Shafie yang melihatnya, naik pelik. Boleh jadi kena serangan mental ke sahabatnya yang seorang ini?
"Bro... relaks. Kenapa nak tension sampai macam ni? Relaks, okey." Wan Shafie cuba menenangkan Amar yang kelihatan sangat kusut itu.
"Tak boleh... tak boleh... kalau kita relaks, I mean, kalau aku relaks, maknanya... gagallah 'projek' ni!"
Wan Shafie melepaskan tawa melihat wajah serius Amar menyebut perkataan projek untuk rancangan yang sedang direncanakan oleh mereka.
"Kau jangan gelak, Wan. Terbakar aku tengok!"
Terus mati tawa yang berlagu riang di bibir Wan Shafie. Ini betul2 serius. Ditambah dengan wajah Amar yang tidak bercalit senyuman, memang akan membuatkan sesiapa saja gerun mendekatinya. Tetapi hakikatnya, Amar tak adalah gerun mana sangat. Kalau dah kenal, bolehlah tahu perangai sebenar dia.
"Relaks, bro! Hal kecik saja ni!" ucap Wan Shafie dengan bersemangat. Tetapi dalam hati, dia sebenarnya meragui kata2nya sendiri. Hal kecil ke? Rasanya ini merupakan hal yang paling besar, lebih besar daripada projek2 yang pernah mereka uruskan sebelum ini.
Projek apakah ini yang begitu besar sekali dan sekali gus menyerabutkan kepala Amar tahap bangunan KLCC? Projek apa lagi, kalau bukan projek penyatuan dua hati yang diketuai oleh mummy Amar, Puan Mazlin?
"Aku dah tak boleh relaks. Sesaat pun tak boleh. Kau kena tolong aku! Carikan aku perempuan, secepat mungkin! Secepat mungkin!!!" ucap Amar kalut. Bercakap dengan satu nafas. Langkahnya juga tidak mati apabila dia asyik berpusing2 ke sana, ke mari. Sampai naik pening Wan Shafie melihatnya.
"Perempuan tu kena sopan dan santun, okey! Kalau boleh yang pandai speaking. Paling penting, kena lagi lawa dari budak kampung tu," tambah Amar lagi sambil menyatakan kriteria yang perlu ada pada gadis pencarian mereka.
"Kau ni... gaya mencari perempuan macam nak kahwin dah pulak!"
"Kahwin2 jangan disebut!" marah Amar. Terasa alergi pula dengar perkataan itu.
"Budak kampung yang kau cerita ni, buruk sangat ke sampai kau tak nak kahwin dengan dia?" Wan Shafie sudah memulakan sesi menyoal siasat. Sejak dari tadi telinganya hanya mendengar ayat Amar, 'aku tak nak kahwin dengan budak kampung tu'. Tapi siapa budak kampung itu, bagaimana rupanya, wataknya, semua tidak diceritakan secara terperinci oleh Amar.
"Dia..." Amar terdiam seketika. Takkan nak cakap Hannah itu buruk rupanya, sangatlah tidak patut kalau macam itu tapi...
"Muka dia macam nenek kebayan!" Tanpa perasaan, dia mengucapkan juga gelaran yang dberikan pada gadis manis itu.
"Nenek kebayan?" Berkerut dahi Wan Shafie. Lama dia terdiam, seolah2 berfikir dengan serius. Lama kelamaan senyuman sudah mula tersungging di bibir.
Amar pula berkerut berlapis di dahi.
"Pernah dengar mitos tak? Nenek kebayan tu sebenarnya Puteri Gunung Ledang yang dipinang oleh Sultan Mahmud yang pada masa tu memerintah Melaka."
Kening Amar bertaut. Apa kaitan mitos Puteri Gunung Ledang dengan kisah hidup dia? Bukannya dia nak kahwin dengan puteri raja pun.
"Apa kena mengena dengan kisah hidup aku ni?" soalnya lurus.
Wan Shafie ketawa dua harakat. Haha!
"Puteri Gunung Ledang, digambarkan sangat cantik sehinggakan Sultan Mahmud nak meminang dia. Sewaktu sampai perutusan sultan, Puteri Gunung Ledang dikatakan menyamar menjadi nenek tua dan menyatakan syarat untuk menolak peminangan sultan," terang Wan Shafie tanpa memberikan jawapan yang tepat lagi untuk persoalan Amar.
Jelas kelihatan wajah Amar yang terkebil2 mendengar Hikayat Kesultanan Melaka dan dia pun tahu, Amar ini sangatlah liat kalau dibangkitkan bab sejarah di depannya.
"Kau jangan ambil jalan kampung, boleh tak? Highway terus. Aku tak faham!" Amar sudah kembali melabuhkan punggung di kerusinya. Wajah Wan Shafie yang sedang tersenyum nipis terbias di ruang mata. Apa kaitan Puteri Gunung Ledang, nenek kebayan dan budak kampung?
"Kau cakap budak kampung tu macam nenek kebayan jadi, aku anggap dia cantiklah. Macam mitos yang aku ceritakan, nenek kebayan tu sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Betul, kan? Budak kampung kau ni cantik orangnya."
Tersentap Amar dengan jawapan Wan Shafie. Nenek kebayan, Puteri Gunung Ledang dan Hannah! Errr... tergagap pula Amar dibuatnya. Betullah Hannah itu bukan buruk rupanya. Tapi takkan nak cakap, 'Ya, budak kampung tu memang lawa!' Takkan boleh Amar berkata begitu. Kenapa? Tercalar ego.
Sudahlah dia tidak sukakan budak kampung itu, kalau dipuji2 maknanya dia sudah memalukan statement yang pernah diungkapkannya sendiri. Mana boleh macam itu? Langsung tidak dibolehkan sama sekali.
"Sekarang ni kau nak tolong aku carikan perempuan ke tidak, untuk calon sementara ni?" soal Amar sengaja hendak mengalihkan topik.
Sehingga kini mereka masih belum menemui penyelesaian masalah yang sedang dibebaninya. Selepas mendengar kutukan yang tidak putus2 dari bibir budak kampung tempoh hari, Amar sudah bertekad akan membuktikan bahawa dia mampu untuk mencari calon sendiri.
Sekilas dia mengerling jam yang terletak elok di pergelangan tangan. Jarum jam sudah menginjak ke angka tiga. Pantas dia teringatkan sesuatu. Belum sempat dia hendak membuka mulut berkata, pintu bilik sudah diketuk dari luar.
"Masuk," arahnya. Nada suaranya serius.
Pintu ditolak dari luar. Muncul wajah Annisa, setiausahanya dengan senyuman manis di wajah. Turut dihadiahkan senyuman buat Wan Shafie yang berada di situ.
"Encik Amar ada meeting dengan wakil dari Berjaya Groups." Annisa mengingatkan kembali seperti yang sudah dipesan oleh Amar padanya.
"Mereka dah sampai ke?"
Annisa menggeleng.
"Baru saja Encik Andrew call, dia cakap dalam sepuluh minit lagi mereka akan sampai." Annisa memaklumkan.
Ammar mengangguk. "Okey... once dia orang dah sampai, you inform me, okay."
Setelah itu, Annisa meminta diri. Tiba saja di depan pintu, namanya dilaung kembali. Dia berpaling.
"Don't forget the document that I have asked you to re - check," pesan Amar sama seperti awal pagi tadi.
"Ada apa2 lagi, encik?" soal Annisa sopan.
Amar menggeleng.
"Annisa pun okey jugak!" ujar Wan Shafie sebaik saja gadis kecil molek itu hilang di balik pintu.
"Kau nak suruh aku kena tetak dengan suami dia!"
Membuntang terus mata Wan Shafie mendengar jawapan Amar. Biar betul? "Wei, aku mati2 ingat dia tak kahwin lagi!"
"Dia dah kahwin!" balas Amar sambil menala pandangan di wajah Wan Shafie.
"Kau ni kenapa? Jangan cakap dah simpan perasaan dekat bini orang pulak!" Amar menyerkap jarang.
Wan Shafie pula yang terkelu lidah.
"Aku tak tahu pulak dia tu dah berkahwin. Kau ni sure ke? Re - check profile dia. Aku rasa macam belum saja!" Wan Shafie sudah gelabah. Gelabah bukan sebab apa, adalah dalam dua tiga kali dia mengirimkan bunga untuk menyampaikan hasrat hati. Walaupun tidak bertulis nama, tapi gelabahnya tetap ada. Mahunya Annisa tahu dia yang mengirimkan kuntuman bunga itu, lalu diserahkan pada suami. Erk! Nak menyebut pun terasa pelik.
"Betullah. Aku selalu nampak ada orang pick up dia masa habis kerja." Amar dengan yakinnya mennjawab sebab itu yang selalu dilihatnya.
"Kau nampak lelaki datang ambil dia... terus kau buat kesimpulan yang dia dah kahwin?" soal Wan Shafie musykil dengan kenyataan itu.
Laju saja Amar mengangguk menjawab pertanyaan Wan Shafie. Tidak perlu menunggu lama, sebatang pen sudah melayang dan mendarat di dahi Amar.
"Oit!!!" sahut Amar. Dahinya digosok2 perlahan. Main baling pen pula Wan Shafie ini.
"Apa punya spesies la kau ni, Amar Khairi? Suka sangat buat konklusi awal. Kalau pick up lepas habis kerja, tak bermakna dia dah berkahwin. Boleh jadi tu abang dia ke, adik dia ke..." Ayat2 penenang jiwa dilagukan oleh bibir Wan Shafie untuk ketenangan diri sendiri.
"Pakwe dia pun boleh jadi, kan?" Amar pula makin bersemangat hendak membakar hati yang berlagu kecewa di hadapannya ini. Senyuman sinis tersungging di bibir.
"Aku tak nak tolong kau cari perempuan!" Wan Shafie terus bangun berdiri.
Amar pula jadi gelabah macam tak cukup kaki. Mana boleh macam ini?
"Janganlah Wan. Kau saja harapan yang aku ada." Ayat simpati sudah mula memasuki trek. Namun itulah kebenarannya. Dia mana boleh cari perempuan sendiri? Gerenti semua perempuan akan lari. Sebabnya, tidak ada langsung skill yang tersembunyi dalam diri Amar Khairi untuk membeli jiwa sang gadis pujaan hati.
"Kau re - check profile Annisa!"
"Okey... okey... aku re - check." Laju sekali Amar bersetuju.
Wan Shafie tersenyum puas. Lega!
"Kut ya pun... tak perlulah nak pamerkan senyuman gatal kau dekat sini."
Erk! Mati terus senyuman di bibir Wan Shafie. Dia baru saja nak mula berangankan Annisa yang ayu itu.
"Eh! Kalau betul Annisa tak kahwin lagi, tak nak ke 'pinjam' dia sekejap?" Otak geliga Wan Shafie kembali melontarkan idea.
"Kau jangan nak buat gila, Wan. Sudahlah dia tu 'anak' kesayangan daddy! Nak buat pinjam2 untuk hal macam ni, mahunya aku pula yang kena sembelih."
"Ala, tapi pinjam bukan nak ajak kahwin, kan? Cuma nak tunjuk depan your kampung girl saja, kan?" Wan Shafie masih mencuba.
Kening Amar terangkat. Raut wajah itu jelas menunjukkan dia sedang berfikir dengan serius.
"Boleh berjaya, tak?" soalnya pada Wan Shafie.
Lelaki itu pula terus saja mengangkat ibu jarinya untuk menunjukkan tanda sukses.
"Gerenti. Berjaya terus!" ucap Wan Shafie bersemangat.
Detik itu terus saja membungakan senyuman penuh firasat di wajah Amar. Siap kau kampung girl! Aku dah sediakan pesaing terbaik untuk kau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro