❣: 25 [LAST]
🌘🌘🌘
Aku duduk di buaian sambil menunggu kedatangan Sunwoo.
"Hi" sapa Sunwoo yang akhirnya sampai.
Sunwoo duduk di buaian kosong di sebelah aku.
"Hi.." balasku lemah.
"Macam mana dengan date kau tadi?" Soal Sunwoo.
Aku hanya mampu mengeluh dengan soalan yang diterjah oleh Sunwoo itu.
"Wae? Lelaki tu tak handsome ke?" Soal Sunwoo lagi.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa penat dan lemah. Walaupun aku tak buat sebarang aktiviti lasak hari ni, tapi aku tetap rasa penat. Mungkin otak aku penat memikirkan masalah yang timbul sekarang ni.
Sunwoo akhirnya diamkan diri apabila aku tidak mengeluarkan sebarang suara dari tadi.
"Sunwoo. Aku nak kau cakap jujur dengan aku" Selepas beberapa minit aku mendiamkam diri, akhirnya aku bersuara.
"Aku akan cuba bercakap jujur"
"Kau..anggap aku macam mana?" Soalku.
Sunwoo terdiam seketika.
"Secara jujurnya, aku...anggap kau sebagai...Tu--"
"Younghee!"
Terbeliak mata kami berdua apabila Ommaku tiba-tiba muncul.
"Omma.."
"Apa kamu buat dekat sini?! Omma dah suruh kamu putus hubungan dengan Sunwoo kan!"
"Omma..Younghee cuma..."
"Dah! Balik cepat! Sunwoo! Kamu jangan nak jumpa dengan Younghee lagi! Kamu dah tak ada apa-apa hubungan dengan Younghee! Younghee kajja!"
Ommaku menarik tangan aku lalu membawa aku pergi.
•••
🏫🏫🏫
Sampai sahaja di kelas, aku terus duduk di sebelah Sunwoo.
Aku meletakkan kepala aku di atas meja.
Sunwoo memandang aku kebingungan.
"Kenapa ni?" Soal Sunwoo.
"Aku penatlahhh. Omma aku tak habis-habis suruh aku jumpa dengan anak kawan dia. Aku tak sanggup lah nak tengok muka dia. Aku kesian. Muka dia mengingatkan aku pada Harabeoji aku dekat kampung" luahku.
"Ingat kau seorang"
"Yeoja yang jumpa kau tu macam mana pulak? Mesti cantik dari aku kan" soalku ingin tahu.
"Dia tu...dah macam sebaya omma aku pulak. Kasar pulak tu kelakuan dia. Dia terlanggar aku sikit je dah buatkan aku terpelanting jauh dan....kau lagi cantik dari dia" beritahu Sunwoo.
Aku tergama seketika.
"Aku...lagi cantik? Seriouslah?! First time aku rasa gembira kau cakap aku cantik walaupun dah beribu-ribu orang cakap aku cantik." Kataku sambil mencucuk-cucuk lengannya.
Sunwoo mengelengkan kepalanya menyesal memuji aku.
"Sunwoo, apa patut kita buat? Aku tak naklah semua niiii." Rungutku dan kembali letakkan kepala di atas meja.
Sunwoo berfikir sejenak.
"Kita...cakap dengan keluarga kita yang kita saling menyayangi?" Cadang Sunwoo teragak-agak.
"Saling...menyayangi?" Tak tahu kenapa aku rasa berdebar-debar apabila Sunwoo menyebut 'saling menyayangi'.
"Nae. Saling menyayangi. Tak okey ke?"
"Emm...aku...setuju dengan cadangan kau tu"
"Kalau macam tu, malam ni kita jumpa keluarga kita"
"Okey."
•••
🌘🌘🌘
Kami berdua meminta kedua-dua keluarga kami berjumpa di Wings Cafe.
Mula-mula seram juga nak minta diorang berkumpul. Takut kalau diorang buat hal dekat Cafe itu nanti.
"Kau dah pakai cincin kau?" Soal Sunwoo.
"Nae" jawabku gemuruh.
"Kajja"
Aku menganggukan kepala aku lalu mengikut Sunwoo masuk ke dalam Wings Cafe itu.
Kelihatan kedua-dua keluarga kami sedang membuat hal masing-masing walaupun mereka duduk di meja yang sama.
Aura dingin menyelubungi suasana cafe itu.
"Omma Appa" tegur Sunwoo.
Kedua-dua keluarga kami memandang Sunwoo dengan pandangan dingin.
Wuish! Tajamnya pandangan diorangg
Sunwoo menelan air liur takut melihat wajah dingin mereka.
Sunwoo memegang erat tangan aku.
"Kami tak nak putus tunang" beritahu Sunwoo dengan beraninya.
Bulat mata kedua-dua Omma kami apabila mendengarnya.
"TAK BOLEH!" Bantah kedua-dua Omma kami serentak.
Mereka saling pandang antara satu sama lain. Mereka membalas pandangan antara satu sama lain.
"Omma. Kami nak teruskan hubungan kami" beritahuku.
Mereka berdua memandang tajam ke arah aku pulak.
Wuish! Seramnya.
"TAK BOLEH! KORANG KENA PUTUS HUBUNGAN KORANG JUGA!" Arah Omma Sunwoo.
"Tak. Kami tak akan putus hubungan kami sebab....kami saling menyukai antara satu sama lain" luah Sunwoo.
Aku memandang Sunwoo yang berada di sebelahku. Wajahnya kelihatan sangat serious. Tanganku digengam kemas olehnya. Perasaan aneh muncul dalam diri aku. Secara automatik, tanganku mengenggam kemas tangannya.
Selepas mereka mendengar luahan Sunwoo itu, wajah kedua-dua keluarga kami terus berubah.
Mereka tersenyum lebar. Mereka juga saling bertepuk tangan antara satu sama lain.
Kami berdua apa lagi, berkerut dahi kami dibuatnya.
Aku dan Sunwoo saling pandang antara satu sama lain.
"Apa semua ni?" Soalku kebingungan.
"Semua tu hanya lakonan. Hebatkan kami berlakon" beritahu Ommaku sambil menaikkan sebelah keningnya.
"La-Lakonan? Apa maksud Omma?"
"Kamu fikirlah sendiri. Kami berempat nak keluar pergi ke tempat lain. Korang luangkanlah masa bersama ye" kata Ommaku lalu meninggalkan Cafe itu bersama Omma dan Appa Sunwoo.
Aku dan Sunwoo masih membeku. Otak kami cuma fahamkan apa yang jadi.
"Diorang kenakan kita" beritahu Sunwoo.
Kami saling pandang antara satu sama lain lalu gelak selepas faham apa yang terjadi.
•••
🌉🌉🌉
Kami berdua berjalan-jalan di Sungai Han. Yup, tempat popular di semua Fanfic.
Kami berjalan berdua-duaan. Kami berdua rasa sangat tenang selepas semua masalah telah selesai.
Aku menghirup udara segar di Sungai Han itu lalu lepas. Semua tekanan pada diri aku hilang bagaikan ditiup angin begitu sahaja.
"Kau dah okey sekarang?" Soal Sunwoo dengan senyuman.
Aku menganggukan kepala aku tanda 'ye'
"Aku gembira sebab aku tak perlu jumpa Han Gibeom tu lagi." Kataku dengan senang hati.
"Aku pun. Huish! Mimpi ngeri apabila teringat yeoja tu. Kau lebih baik daripada yeoja tu"
"Aku lebih baik daripada yeoja tu? Jinjja?"
"Nae. Kau dengan dia macam langit dengan bumi"
Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.
"Sunwoo, kau nak tahu tak ikan yang kita letak dekat akarium hari tu, aku dah makan dengan keluarga aku hari tu. Betullah kau kata, ikan fresh sedap" beritahuku sambil menunjuk ibu jari kepada Sunwoo.
"Siapa yang siang ikan tu?"
"Omma aku. Aku tak bersedialah nak siang ikan" kataku sambil memuncungkan mulut.
"Habislah aku kelaparan nanti selepas kahwin dengan kau, sebab dua-dua tak pandai masak" kata Sunwoo dengan gelakan kecil.
Aku pandangnya.
"Kahwin?" Sebutku dengan wajah yang kemerahan.
"Wae? Kau tak nak kahwin dengan aku ke?"
Aku hanya balas dengan senyuman kecil.
"Younghee-ah, apa yang aku cakap tadi tu..aku betul-betul maksudkannya" beritahu Sunwoo sambil memegang tangan aku.
"Yang....mana satu?" Soalku.
Sunwoo memejamkan matanya seketika lalu merenung wajah aku.
"Younghee, saya...cintakan awak" luah Sunwoo.
Luas mata aku apabila mendengar luahan Sunwoo.
"Younghee, awak...cintakan saya?" Soal Sunwoo dengan penuh harapan.
Aku mengetap bibirku.
"Sunwoo...saya...nak kita putus hubungan kita" kataku mutamat.
Sunwoo terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh aku.
"Pu-putus?" Kelihatan wajah Sunwoo sangat hampa.
"Nae. Saya nak kita putus hubungan kita sebagai kawan dan classmate. Saya nak kita jadi macam tunang sebenar." Kataku malu-malu. Wuish! Ayat aku🙈😅😂
Wajah Sunwoo kembali berubah. Dia tersenyum memandang aku.
"Jadi macam tunang...sebenar?" Sunwoo tersenyum gembira.
"Nae"
Kami berdua tersengih-sengih malu macam pasangan baru.
🍁THE END🍁
Macam mana?😅
Author tahu tak berapa best.😅
Thanks korang sebab sudi baca fanfic ni❤.
IG: hxrxsixm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro