Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Halilintar:Aduh...

Halilintar terduduk lemah atas lantai bersama degupan jantung yang laju. Tangannya berpaut perlahan pada bucu meja lalu menggagahkan dirinya untuk bangun.

Blaze:Hoi, Halilintar!

Blaze terus menarik kolar baju Halilintar dengan kasar lalu menghempaskannya ke dinding.

Halilintar:Arghhh!!!

Blaze ketawa jahat saat melihat abangnya itu sudah jatuh terjelepok atas lantai.

Halilintar:Tolong... Hentikan... Uhuk! Uhuk..

Blaze:Hentikan? Hentikan semua ni?! Mudahnya kau cakap, waktu kau cederakan gempa dulu tak terfikir pulak! Sekarang ni kau terimalah padanya sebab cederakan gempa!

Halilintar:Tolong jangan... Aku mohon jangan cederakan aku. Bukan aku... Yang buat...

Blaze menyepak perut Halilintar dengan kasar, Halilintar terbaring lemah.

Blaze:Sekali lagi kau nak berdalih?! Dah alih-alih kau ada kat situ, memang sahlah kau yang buat!!!

Halilintar:Tolong... Jangan... Arghhhhh!

Blaze:Sini aku ajar kau!!!!

Dengan sekuat hati dan tenaga blaze, rambut Halilintar ditarik lalu kepalanya dihentak kuat ke lantai. Abangnya itu sudah tiada kudrat mahu melawannya lagi.

Solar pula masuk ke bilik lalu membaling kesemua pakaian kotornya dan duri tepat ke arah wajah Halilintar.

Duri pula tersenyum sinis tanda berpuas hati dengan perbuatan adiknya.

Halilintar:Ke.. Kenapa baling baju ni.. Dekat Halilintar?

Duri:Bodoh.. Boleh pulak kau tanya soalan camtu eh? Eh, jap solar.. Aku lupalah...

Solar:Eh,ha'ah, lah duri... Dia ni memang bodoh, sebab pergi cederakan gempa! Woi, kalau aku dah bagi baju tu mesti aku nak kau basuhkan?!

Halilintar:Tapi... Aku baru nak rehat..

Sedas tamparan telah dihadiahkan pada pipi Halilintar. Halilintar meraung kesakitan saat kakinya dipijak oleh solar.

Solar:Eleh, baru sikit dah menjerit. Lemah...

Duri:Lembap, kau memang lembap.

Solar:Sekarang ni aku nak kau basuh semua baju dalam penghuni rumah ni!! Selagi belum masuk waktu yang aku katakan kau boleh rehat, selagi tulah kau tak boleh rehat!

Halilintar:Ta.. Tapi...

Duri:Buat jelah! Tak payah nak bagi alasan bagai! Ingat, kau tu pembantu rumah dLam rumah ni! Bukan adik-beradik kami!

Tersentuh Halilintar terdengar kata-kata yang mampu mencarik kan hatinya itu. Sambil menahan daripada empangan mutiara pecah mengalir, tangannya perlahan mengutip baju yang berselerakan atas lantai.

Blaze pula menyepak kepala Halilintar dengan kasar.

Blaze:Cepatlah, jangan terhegeh-hegeh sangat! Lambatlah kau ni, nama je Halilintar tapi tak laju pun!

Beberapa helaian pakaian dirembat dari tangan Halilintar oleh blaze lalu dia mengenyehnya ke wajah Halilintar.

Halilintar tidak mampu melawan blaze lagi, terasa tenaganya kini semakin berkurangan.

Namun, dipaksakan diri untuk bekerja demi menurut permintaan solar.

Blaze:Rasakan! Siapa suruh jadi lemah sangat!

Duri membuat muka jengkel sambil melihat Halilintar di hujung mata.

Duri:Dahlah, geng. Jom tinggalkan sampah ni.

Solar:Kan, kalau tengok lama-lama boleh muntah hijau aku.

Blaze:Bye-bye, loser! Hahaha!!!

Blaze membaling baju itu sekali lagi ke arah Halilintar. Halilintar hanya mampu tertunduk sambil mencuri mendengar perbualan mereka.

Blaze:Jom, harini aku belanja korang makan apa yang korang nak. Order je apa-apa,aku bayarkan.

Duri:Yeay, blaze baik! Duri nak makan pizza boleh?

Blaze:Boleh...

Solar:Beli dekat aku burger dengan pizza tau.

Blaze:Okey, takpe kita cari makanan lagi mahal dari tu.

Solar:Lagi bagus, boleh aku post kat IG aku!

Duri;Nanti Solar famous! Yeay!

Keluhan lemah dilepaskan, diri ini memaksa setiap sendi untuk terus bekerja walaupun tidak berdaya lagi. Perlahan-lahan dia mengutip baju yang bersepah di atas lantai lalu dibawa untuk dicuci.

Kehidupannya kini sudah berubah, tidak seindah seperti dahulu, tidak seindah seperti kembangnya mawar di pagi hari.

Kini... Mawar itu layu kerana sang mentari sudah hilang melenyapkan diri.


(Bilik taufan)

Dinding bilik yang dicatkan warna biru di tenung sepuas hati, seolah-olah seperti renungannya itu sudah berjaya menembusi dinding.

Walaupun pakar psikologi mengatakan bahawa biru adalah warna yang dapat menenangkan sang penglihatnya, tapi warna itu tidak mampu melegakan segala keresahan dan gundah-gulana yang terpendam di lubuk hati ini.

Otak ligat memikir sambil merenung ke arah gambarnya yang memeluk Halilintar. Perut yang berkeroncong mendendangkan lagu irama Dondang Sayang atau lebih dari itu, diabaikan.

Tangannya memeluk plushie berwarna biru pemberian Halilintar yang dulu. Air matanya menitis atas plushie yang gebu dan empuk seperti kek chiffon itu tanpa disedari.

Sejak pulang dari hospital, dia asyik mengurungkan diri dalam bilik. Walaupun diajak untuk turun menjamah makan, sedikit pun tekaknya tiada selera mahu menjamah sebarang hidangan.

Dia kini mahu mengasingkan diri, walaupun kedengaran bunyi kecoh di luar namun itu semua tidak menarik minatnya untuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana.

Apa yang dia rasa?

Dia rindu orang yang dia sayangi. Terlalu awal dia meninggalkan dirinya ini.

Taufan:Halilintar... Aku rindukan kau... Tolong... Aku nak kau... Hiks.. Hiks...

Hati merana, fikiran bercelaru. Jika perasaan itu bercampur-aduk, mungkin dia boleh naik gila.

Keliru dengan kenyataan, dia rasa seperti mahu menafikan semua yang robot Halilintar lakukan ke atas gempa.

Namun hatinya ini masih menafikan kebenaran itu.

Kepala yang terasa berpusing dipicit perlahan, dia berasa mual lalu pantas kakinya berlari ke tandas untuk membuang segala isi perut.

Dia tersandar lemah di dinding, kakinya longlai tidak mampu untuk melangkah lagi.

Perlahan-lahan dia mengesot lalu mencapai bingkai gambar di atas meja. Namun, akibat tidak dapat ditahan lagi taufan terbaring lemah bersama darah yang mengalir.

Bingkai gambar yang dicapai pecah jatuh atas lantai.

Taufan:Ha.. Halilintar... Uhuk! Uhuk!

Melihat cebisan kaca yang pecah, begitulah hatinya sekarang. Terbayang di matanya senyuman abang tercinta bersama suaranya itu.

Kadangkala dia terdengar seperti Halilintar memanggilnya namun jika diamati Halilintar tiada di situ.

Ketukan pintu bertalu-talu dari luar dipulaukan, dia sudah tiada semangat untuk meneruskan hidup ini.

Biarlah dia mati sekarang, dia tiada semangat mahu meneruskan hidup lagi. Hasratnya mahu berjumpa Sang Ilahi berserta abangnya.

Taufan:Halilintar...

Di kornea matanya, jelas ternampak Halilintar terbaring di sebelahnya bersama senyuman. Darah semakin banyak mengalir keluar dari mulut.

Taufan:Halilintar...

Halilintar mengukirkan senyuman sambil menghulurkan tangannya.

Dicuba untuk mencapai tangan Halilintar dan akhirnya pandangannya bertukar menjadi kelam.

(Mimpi)

(FLASHBACK 6 BULAN YANG LALU)

Taufan:Halilintar!!!

Halilintar dipeluk dari belakang, mujurlah novel yang berada di tangan tidak terlepas. Matanya itu merenung ke arah adiknya itu yang sibuk memeluk lehernya dari belakang.

Terasa mahu pukul sahaja adiknya ini, yelah siapa tidak terkejut kalau disergah sebegitu secara tiba-tiba?

Namun akibat sayang, terpaksalah memendam hasrat ini. Lagipun kalau dia buat pasti dia mendapat leteran si gempa.

Halilintar:Nak apa? Tak nampak ke aku tengah baca buku ni?

Taufan:Takkk...

Halilintar menggulingkan matanya laku fokus membaca novel kembali. Terus hilang perasaan yang dibawa ketika meneliti bait-bait patah perkataan indah yang ditulis oleh sang pengkarya.

Namun bacaan itu terganggu kerana taufan merenung ke arahnya seperti mahukan sesuatu.

Terus hilang fokus ya, kini novel ditutup lalu dia melihat adiknya itu.

Halilintar:Haih, nak apa?

Taufan:Aku ada buat suprise untuk kau. Jomlah keluar!

Halilintar:Alah, malaslah, aku nak baca-

Taufan:Alah, Jomlah... Penting ni. Takkan kau tak nak luangkan masa sikit ngan aku?

Rengekan manja daripada si adik itu mengusik batinnya, nampaknya terpaksalah dia menurutkan permintaan adik yang satu ini. Tak sampai hati pulak mahu menolak.

Halilintar:Yelah, jom.

Taufan:Yeay, jom!

Tangan yang ditarik sekuat hati diabaikan, bibirnya mengukir senyuman manis melihat adiknya gembira saat dia menerima permintaan itu.

Lalu, langkah kaki mereka berhenti seketika.

Halilintar:Mana suprise tu? Kata nak tunjuk?

Taufan:Jap, baru teringat sesuatu.

Taufan menyeluk sakunya lalu matanya ditutup dengan sehelai kain.

Halilintar:Eh,apa main tutup-tutup ni?!

Taufan:Kenalah tutup, nanti tak suprise.

Lalu dia dipimpin oleh taufan sehingga berada di tepi kolam.

Halilintar:Dah sampai ke?

Taufan:Kita dah sampai.

Saat ikatan kain dibuka, terkejut dia melihat pelbagai jenis makanan dan sekotak hadiah yang terletak elok di atas meja.

Halilintar:Se.. Semua ni untuk siapa?

Taufan:Alah, untuk siapa lagi? Mestilah untuk abang taufan ysng tercinta ni! Duduklah, penat taufan buatkan semua ni!

Halilintar terharu melihat kejutan yang disediakan.

Lalu mereka berdua menikmati jamuan kecil itu dengan gembira sehingga mereka berdua terjatuh masuk dalam kolam yang berdekatan.

Taufan:Kau tak nak buka ke hadiah yang aku bagi?

Halilintar:Alah, kejap lagilah.

Taufan:Ish, bukalah sekarang... Please?

Akibat dipujuk rayu, terpaksalah dia membuka hadiah itu. Alangkah terkejutnya melihat beberapa belon yang terikat dan diisi gas helium keluar dari kotak itu.

Sekali lagi kakinya tergelincir lalu masuk ke dalam kolam. Taufan ketawa terbahak-bahak melihat Halilintar lencun.

Halilintar mendengus geram tatapi akhirnya dia ketawa juga. Lalu bermulalah perang air mereka itu.

Tealive yang dibeli juga diberebut oleh mereka, akhirnya mereka berkongsi sambil bergurau senda.

Taufan:Halilintar?

Halilintar:Ermm, kenapa?

Taufan:Terima kasih.

Halilintar:Untuk apa?

Taufan:Ish, banyak tanyalah kau ni.

Halilintar:Iyelah, kau cakap tu ayat tergantung tau.

Taufan:Terima kasih sebab jadi abang aku.

Halilintar:Sama-sama, janji dengan aku kau kena jadi adik yang baik.

Taufan:Okay! Saranghae Halilintar!

Halilintar:Hmmm~

(End FlashBack)

Kelopak mata yang berat dibuka perlahan, matanya melihat ke arah seseorang yang merenung ke arahnya.

Bayangannya seperti Halilintar yang risau melihatnya...

Namun hakikatnya, itu ialah ais.

Ais:Dahinya masih panas, demam masih belum kebah. Tolong ambilkan ais di dapur, kita perlu turunkan suhu badan dia ni...

Taufan:Halilintar?

Ais:Taufan ini aku.. Ais. Bukan Halilintar...

Taufan:Halilintar... Aku rindukan kau...

Tangan yang mahu mengusap wajah ais terjatuh lalu matanya terpejam semula. Solar terus membawa ubat-ubatan dan alatan yang diperlukan.

Halilintar:Taufan..

Suara lembut itu jelas kedengaran oleh taufan di telinganya.

Sekali lagi, air mata taufan mengalir tanpa disedari oleh mereka.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro