Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

KEBERADAAN Ngatiman di kampung tersebut kini menjadi buah mulut masyarakat pesawah. Walaupun dirinya disulami pelbagai cerita-cerita pelbagai ragam di kedai kopi yang dicanangkan, cerita yang baik jugalah yang menjadi pilihan utama masyarakat pesawah. Ngatiman digambarkan sebagai seorang yang berbudi, berbudaya, bersantun, hormat akan orang tua dan suka menolong Pak Suparman di relung sawah.

     Namun, hati manusia sukar difahami. Hati yang penuh dengan perasaan duka dan lara tiada siapa yang dapat menelah. Hari demi hari, Ngatiman menjadi semakin gemar termenung bersendirian sambil memandang ke arah bendang sawah yang terbentang luas itu selama berjam-jam lamanya.

     "Pak Suparman, saya mahu healing." ujar Ngatiman serius sambil memandang ke arah pemandangan bendang sawah yang seluas mata memandang. Pak Suparman hanya tersenyum melihat gelagat Ngatiman.

     Gunung Ledang yang berada sayup-sayup di bahagian barat ditatapnya dengan penuh rasa hiba dan penuh kekosongan. Hidupnya sepi tanpa ada peneman di hati.

     Daripada kejauhan pemandangan bendang itu, dapat dilihat sekumpulan gadis-gadis sunti yang sedang membawa beberapa peralatan nyiru dan tampi yang terlihat menapakkan kaki mereka menghala ke sawah. Pak Suparman yang ketika itu sedang meracun sawah dengan menggunakan alat dron hanya menguntumkan senyuman kearah sekumpulan gadis sunti tersebut sambil memerhatikan gelagat Ngatiman yang sedang duduk-duduk Bermalas-malasan di gazebo. Pak Suparman kembali fokus dalam mengendalikan controller dron yang sedang berterbangan sambil membawa cecair kimia yang disembur oleh dron di sekeliling relung sawah padi. Sesekali helang coklat menganggu dron yang sedang berterbangan itu.

     Namun, apabila langit soré sudah semakin gelap dengan dentuman guruh mula berkedengaran daripada bahagian Gersik yakni di bahagian selatan Sawah Ring. Maka, kesemua gadis-gadis yang sedang bertampi itu bertempiaran larilah menghala ke rumah masing-masing kecuali seorang ini. Gadis-gadis itu mengingatkan Ngatiman terhadap lagu lama 'Empat Dara'.

     Gadis yang satu ini tidak sempat melangkahkan kaki ke rumahnya oleh kerana hujan rintik-rintik mula turun disusuli dengan hembusan angin yang kuat. Maka, terpaksalah si gadis yang satu ini berteduh di dangau ditepi sawah yang mana sedang duduknya berteleku si Ngatiman, sambil termangu jauh. Mujur sahajalah di dangau itu, sudah dipersiapkan beberapa kelengkapan antaranya payung biru muda dengan corak bunga-bunga.

     Maka, termenunglah jauh kedua anak muda dengan berjarak sedikit jauh antara satu sama lain itu itu. Masing-masing memerhatikan pucuk-pucuk padi yang bergemersik di tiup hembusan angin deruan hujan, rintik-rintik hujan yang turun membasahi relung-relung sawah,  lalu aliran airnya berkumpul dan mengalir ke arah terusan. Pemandangan Gunung Ledang yang tadinya cerah umpama pawana kini hilang dilitupi awan kumulonimbus. Seorang memakai pelitup muka, manakala seorang memakai kopiah usang. Masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kata mahupun teguran. Malu barangkali.

     Namun, entah dari mana kekuatan rohani Ngatiman untuk tiba-tiba menegur gadis sunti yang berteduh bersamanya di gazebo tepi sawah terbabit.

     "Cik, ambillah payung saya ni. Mana tahu keluarga cik risau jikalau cik tak pulang-pulang. Lagipun hari dah makin gelap, dah nak maghrib. Tak manis rasanya anak dara masih kat tengah sawah padi waktu-waktu maghrib ni," lantunan suara Ngatiman yang cuba memberanikan dirinya memecah kesunyian petang. Hanya bunyi deraian hujan yang mengiringi suasana petang itu.

     "Habis, nanti encik nak balik macam mana?" gadis sunti itu melontarkan pertanyaan kepada Ngatiman.

     "Tak apa. Lagipun rumah saya tak jauh pun dari sini. Nun kat seberang bendang sana saja. Lagipun saya kan lelaki, apa nak di takutkan. Hantu dan pocong pun lari bila tengok perangai kami," ujar Aydan Qareef sambil menguntumkan senyuman.

     "Kalau saya nak pulangkan payung ni, macam mana pulak?" gadis itu merasa serba salah atas pertolongan yang dihulurkan Ngatiman itu.

     "Takpe. Cik boleh letak sini kalau cik lalu kawasan ni lagi bila-bila masa," ujar Ngatiman lagi.

     "Baiklah. Terima kasih, encik.... siapa nama yer?" gadis itu mencapai payung itu sambil bertanyakan nama Ngatiman.

     "Ngatiman bin Pairan. Panggil Man jer. Nama cik adik pulak?"

     "Jumirah binti Wadi. Panggil Irah. Terima kasih kerana pinjamkan payung yer," Jumirah mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi meninggalkan Ngatiman.

     Dalam deraian hujan yang cukup lebat ditambah langit maghrib yang semakin kelam itu, penampakan jasad Irah perlahan-lahan hilang dalam kelebatan hujan soré bersama payung bunga-bunga yang dipinjamnya daripada Man.

Lama kelamaan, sinaran sang suria kembali bersembunyi di sebalik tingginya Gunung Ledang. Di bahagian puncak Gunung Ledang pula terlihat sedikit demi sedikit menara pencawang radio mulai dilitupi dengan kepulan awan tebal. Dari kejauhan Masjid Jamek terdekat, kedengaran nyaring bunyi paluan tabuh diiringi oleh laungan suara azan maghrib yang  dipancarkan menerusi pembesar suara masjid. Berkumandangnya azan telah memecah kesunyian di kawasan bendang Sawah Ring.

"Marilah menuju kejayaan!"

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro