Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 ♡

"Hari ini sempena dengan hari ibu, cikgu nak kamu semua buat satu kad ucapan untuk ibu kamu. Boleh?" arah Cikgu Yujin. Semua murid di dalam kelas itu bersorak gembira. Mereka bergerak mengambil bahan untuk menghias kad ucapan.

Kecuali Lia. Lia masih lagi duduk ditempatnya. Tidak bergerak. Lia menongkat dagu. Pandangannya ditundukkan ke bawah. 

Dia sedih sebab dia seorang saja yang tidak ada ibu di dalam kelasnya. Dia cemburu dengan rakan-rakannya yang memiliki seorang ibu. 

Cikgu Yujin mendekati Lia. Lia ditegurnya, "Lia? Kenapa tak hias kad awak?" Cikgu Yujin melihat kad ucapan Lia yang masih kosong. 

Lia memandang Cikgu Yujin. "Saya tak nak buat." jawab Lia. Cikgu Yujin mengangkat keningnya. "Kenapa?"

"Sebab saya dah tak ada ibu." Jawapan Lia membuatkan Cikgu Yujin terdiam. Cikgu Yujin tersenyum hambar. Bahu Lia diusap perlahan. 

"Tak apa. Lia hias je kad ni. Kalau Lia rindu mendiang omma Lia, Lia tengok kad ni. Okay?" cadang Cikgu Yujin. Lia tersenyum kecil lalu mengangguk kepalanya laju. Dia terus menghias kad ucapannya. 

💜

Lia terjaga daripada tidur setelah mendengar suatu bunyi. Lia keluar daripada biliknya dan menuju ke arah bunyi tersebut. Bunyi itu datang dari arah ruang tamu. 

Lia ternampak Taehyung sedang duduk bersandar pada sofa. Wajahnya berpeluh. Tangan kanan memegang sebotol minuman keras. Lia menghampiri appanya. Dia tidak tahu bahawa Taehyung sedang mabuk.

Lia tersenyum apabila teringatkan kad ucapan hari ibu yang dibuatnya di sekolah siang tadi. Tangan Taehyung digoncang perlahan.

"Appa, appa. Esok jom pergi kubur omma. Lia nak bagi sesuatu pada omma." kata Lia teruja. 

Taehyung segera menoleh ke arah Lia dengan wajah yang merah padam. Dia paling pantang apabila Lia menyebutkan tentang hal Minsoo. 

"Kau cakap apa? Kau nak pergi kubur isteri aku?" tanya Taehyung. Lia mengangguk.

Pang! 

Pipi Lia ditampar Taehyung sehingga dia terduduk di atas lantai. Taehyung cuba berdiri dengan stabil dalam keadaan mabuk. Tangisan Lia terhambur. Dia menjauhkan diri daripada Taehyung.

"Kau jangan sebut pasal isteri aku! Kau tak layak!" jerit Taehyung lalu berjalan terhuyung-hayang menaiki tangga.

Lia memeluk lututnya. Air matanya turun mencurah-curah. "Lia cuma nak jumpa omma."

💜

PERGI KUBUR PUN TAK BOLEH! HMPHHH!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro