Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 ♡

Hari ini, genap 3 hari Taehyung terlibat dalam kemalangan. Dia masih tidak sedarkan diri. Keadaannya agak teruk. Kaki dan lehernya berbalut. 

Lia tidak jemu untuk melawat Taehyung walaupun lelaki itu tidak suka padanya. Lia membuka perlahan pintu wad Taehyung. 

Terkejut Lia dibuatnya. Taehyung sudah sedar!

Kelihatan Taehyung sedang menatap sekeping gambar. Mesti gambar dia dan Minsoo. "Minsoo..." 

Air matanya mengalir. Taehyung masih lagi tidak sedar akan kehadiran Lia. 

Lia menghampiri katil Taehyung. "Appa? Appa dah sedar?"

Cepat-cepat Taehyung mengelap air matanya. Dia menoleh dan memandang Lia dengan tajam. "Kau.. Keluar dari sini!" jerkah Taehyung. Dia menunding jari ke arah pintu.

"Appa, Lia cuma nak lawat appa. Takkan tak boleh?" tanya Lia. Suaranya bergetar menahan tangisan. 

"Kau tu pembawa malang dalam keluarga aku! Dulu, sebab kau la isteri aku mati! Sekarang, sebab kau juga aku tak boleh berjalan. Aku lumpuh, faham tak?! Lumpuh!" jerit Taehyung lagi. 

Taehyung lumpuh? Lia seakan tidak percaya. 

Taehyung menolak tubuh Lia. "Aku tak pernah mengaku kau tu anak aku! Pergi!" tengking Taehyung lagi. Hati Lia terguris. 

Tak pernah mengaku sebagai anak kandung sendiri? 

Appa betul-betul buang Lia ke?

Lia mengalah. Dia berdiri dan berjalan menghampiri ke pintu wad. "Baiklah. Mulai harini, Lia anggap appa tak wujud lagi." kata Lia. 

Lia keluar. Dia terserempak dengan Jimin. Lelaki yang lebih baik daripada appanya sendiri. Belum sempat Jimin menegur Lia, Lia sudah melangkah pergi.

"Lia!" panggil Jimin. Lia terus berjalan pergi dari situ. 

Jimin masuk ke dalam wad Taehyung. Dia melihat Taehyung menangis sambil mengusap sekeping gambar. Gambar Minsoo.

Jimin tergelak sinis menyebabkan Taehyung memandangnya hairan. 

"Hidup lagi kau ni? Kenapa tak mati terus je ha? Menyusahkan orang!" kata Jimin. 

Pelik. Dahi Taehyung berkerut. Dah kenapa Jimin ni?

"Kau cakap apa ni?" tanya Taehyung.

Jimin mendekati Taehyung. Gambar yang dipegang oleh Taehyung, dirampasnya. Lantas, gambar itu dikoyakkan. Taehyung menolak Jimin kasar.

"Woi! Apa masalah kau ha?!" 

Jimin tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. "Taehyung, Taehyung. Memandangkan kau dah cacat macam ni, meh aku bagitahu kau satu rahsia." 

Jimin duduk di atas kerusi pelawat. Tangannya disilangkan ke dada. "Minsoo, bekas tunang aku yang kau rampas dulu, sebenarnya aku yang bunuh."

Flashback

Jimin mencapai sebuah fail di dalam almarinya. Fail itu diselak perlahan. Dia berhenti apabila ternampak sehelai kertas yang penuh dengan maklumat pesakit bernama Minsoo. 

Jimin mengeluh perlahan. "Minsoo-ah, kenapa pilih dia?" 

Lama kemudian, fail itu ditutupnya. Jimin melangkah pergi ke wad Minsoo. Dia ditugaskan untuk merekodkan keadaan kesihatan Minsoo. Pintu wad Minsoo dibuka perlahan. 

Kelihatan Minsoo sedang memegang perutnya. Wajahnya berkerut menahan sakit. Jimin mula panik. 

"Minsoo!" 

Butang kecemasan ditekan berkali-kali. "Minsoo, tarik nafas!" arah Jimin.

"Chim..."

Sebaik saja Jimin mendengar nama itu dipanggil, dia berasa sedikit tenang. Hanya Minsoo saja yang panggil Jimin dengan panggilan 'Chim'. Sejujurnya, Jimin sangat rindukan panggilan itu.

"Boleh tolong Minsoo?" tanya Minsoo.

"Apa dia?" 

"Pesan pada Tae, namakan baby ni, Julia." pinta Minsoo.

Jimin mengangguk. "Tapi, itu je ke pesanan terakhir Minsoo?" tanya Jimin membuatkan Minsoo hairan.

"Apa maksud Chim? Terakhir?"

Pantas Jimin menyuntik suatu cecair ke dalam badan Minsoo. Minsoo menjerit meminta Jimin memberhentikan perbuatannya itu. "Jimin, apa ni?! Berhenti!" 

Jimin tersenyum sinis lalu berjalan kelaur meninggalkan Minsoo. Sebaik saja dia keluar, Doktor Mina dan rakan sekerjanya masuk ke dalam wad Minsoo. Minsoo ditolak masuk ke wad bersalin.

Jimin hanya mengekori dan berhenti di hadapan wad bersalin. Matanya ternampak Taehyung yang baru saja keluar daripada wad Minsoo. 

"Taehyung!" Jimin melambai-lambai tangan ke arah Taehyung.

"Mana Minsoo?"

Lama mereka tunggu, akhirnya Doktor Mina kelaur bersama seorang bayi perempuan. "Maaf, Encik Taehyung. Puan Minsoo tak dapat diselamatkan." 

Jimin menyambut bayi perempuan itu daripada Doktor Mina. Jimin memeluk Taehyung yang sudah terduduk sambil menangis. "Sabar, Tae."

Senyuman jahat Jimin mula terukir. Puas hatinya!

End of Flashback

"Jadi, Lia, anak kandung yang kau benci selama ni, tak salah pun. Betapa bodohnya kau, Tae." kata Jimin lagi. 

Penjelasan Jimin tadi membuatkan Taehyung terkejut. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. 

Lia... Apa yang aku sudah buat pada Lia?

"Dan satu lagi, aku jugak yang sabotaj kemalangan kau! Tapi, kenapa kau tak mati?!" jerkah Jimin lalu dia mencekik Taehyung. 

Taehyung sempat menekan butang kecemasan di sebelah katilnya. Tidak lama kemudian, beberapa orang jururawat berpusu-pusu masuk. Mereka turut terkejut dengan tindakan Jimin. Cepat-cepat Jimin ditarik keluar dari situ.

"Kenapa kau tak mati?! Aku benci kau, Kim Taehyung! Dasar perampas hak orang!" jerit Jimin lagi. 

Jimin berhenti apabila dia ternampak Lia berdiri tidak jauh daripada wad ayahnya. Dia sebenarnya berpatah balik ke wad taehyung kerana berasa tidak sedap hati.

Air matanya mengalir laju. Jimin tertawa sinis dan memandang Lia dari atas ke bawah. Kemudian, dia pergi dari situ sambil tangan masih lagi dipegang oleh jururawat lain. 

Mungkin Jimin akan dihantar ke balai polis.

"Uncle Jimin yang bunuh omma?" tanya Lia sendiri.

Nafas Taehyung tercungap-cungap. Jururawat yang lain pantas memeriksa dan merawat keadaan Taehyung. 

Rupa-rupanya, orang yang tidak bersalah, menjadi mangsa dendamnya. Rakan baiknya sendiri yang menghancurkan hidupnya.

Bukan Lia!

Lia, maafkan appa.

💜

Lia memegang kad hari ibu dan diletakkan di atas kubur Minsoo. Lia tersenyum kecil. "Selamat hari ibu, omma."

Buat pertama kalinya, dia menjejakkan kaki ke pusara ibunya, Minsoo. Taehyung di sebelah, sedang duduk di atas kerusi roda, tersenyum melihat Lia.

Wajahnya sebiji seperti mendiang isterinya. 

Alangkah bersyukurnya dia jika Minsoo masih hidup. Mesti dia lebih bahagia.

Taehyung sudah meminta maaf atas kesilapannya dulu terhadap Lia. Dia sangat menyesal dengan apa yang dia lakukan. 

"Nanti kita lawat omma lagi ye? Hari dah lewat ni." kata Taehyung. Lia mengangguk lalu menolak kerusi roda Taehyung. Mereka berlalu pergi dari situ. 

Taehyung mengeluh perlahan. Kalaulah dia boleh putarkan masa dan betulkan kesilapannya. Berbelas tahun Lia hidup menderita dengan layanan yang diberikan oleh ayah kandungnya sendiri. 

"Aku ayah yang sangat teruk." bisik Taehyung. 

Dendam yang Taehyung simpan selama ini, sudah dilupakannya. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan menjadi seorang ayah yang lebih baik daripada dulu.


HABISSS DAHHHHH

THANK YOU KORANG YG SUDI BACA FF NI.

NANTI BIKOT PUBLISH FANFIC BARU YG LAIN PULAK!

Ada je idea tapi tak ada masa nak tulis. :)

Busy nyah duduk ipg assignment macam tiada hari esok.

KK BYE!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro