Bab 3
"SORRY, Fateh. Proposal kita ditolak.
"What?!" Jeritan Fateh menggegarkan ruang luas itu. Wajah serba tenang mula dihiasi garisan-garisan kemarahan.
"Eh, apa hal kau orang semua ni lembab sangat hah? Bila aku tak ada, satu kerja pun tak boleh jalan ke? Kau orang ni makan gaji buta ke apa?" sergah Fateh tanpa sempat insan di hujung talian menerangkan berita buruk itu dengan lebih lanjut.
"Opponent kita terlalu kuat. Client kata, idea kita dah basi," tutur Alif serba salah.
"Oh, sekarang kau nak cakap idea aku basilah? Macam tu?"
"Tak. Maksud aku..."
"Apa kau ingat, idea kau bagus sangat? Cuba kau cakap sikit, Alif?"
"Aku..."
"Kalau kau pandai sangat, kau takkan jadi orang bawahan aku. Takkan jadi kuli aku. Kau faham tak?!" tempik Fateh dengan nafas naik turun.
"Staf ramai yang nak berhenti."
"Bagus. Suruh dia orang semua berambus. Kerja atau tidak, mereka tak berguna sesen pun untuk syarikat! Kalau kau nak berambus, kau boleh berambus sekali."
Suara Fateh meledak bak halilintar. Menghamburkan kemarahan yang menguasai jiwa. Kegagalan bukanlah perkara yang mampu menenangkan hatinya.
"Tak baik kau cakap macam tu, Fateh. Tanpa mereka..."
"Tanpa mereka apa? Kau nak cakap apa, Alif? Sebab staf-staf bodoh itulah, syarikat hampir melingkup!" Fateh mencantas tanpa sempat Alif membela rakan kerjanya.
"Kau cakap dengan mereka..."
Belum sempat Fateh menyambung makian, telefon bimbitnya dirampas seseorang. Bicaranya tersangkut dan matanya hampir tersembul keluar.
"What the..."
"Time to eat!" jerit Lufya girang.
Sempat dia menyorokkan telefon Fateh di belakang tubuhnya. Sedari tadi dia mendengar perbualan lelaki itu. Dia simpati dengan manusia yang 'dibasuh' Fateh. Menilai melalui budi bicara, pandangan Lufya terhadap tetamu Vila Sunny itu berubah. Lelaki ini bukan lelaki cool, tetapi lelaki berlidah cengih.
"Give me back my phone," pinta Fateh dengan riak kelat.
"Take it if you want."
Selamba Lufya menyumbat telefon bimbit lelaki itu ke dalam poket seluar jeannya.
"Ini bukan masa untuk bergurau."
"I'm not joking."
"Oh, suka sangat ke kalau I raba you?" soal Fateh sambil tersenyum mengejek.
"Nak raba-raba, kena kahwin dulu. Awak nak kahwin dengan saya tak?"
Lufya kebil-kebil mata bulatnya. Tak ubah macam kucing Puss in Boots yang inginkan perhatian.
"Are you crazy?!" tengking Fateh.
Wajah Fateh yang putih berona merah akibat menahan geram. Kenapalah gadis di hadapannya ini begitu bermuka tembok? Selamba badak saja mengajak dia kahwin. Bagi percuma pun dia tak sudi. Kepala ting tong!
"You should learn to control your temper, boy." Lufya menyindir. Gigih menahan gelak daripada terhambur. Gembira melihat lelaki itu naik angin.
"I'm not a boy. I'm a man!"
Naik turun nafas Fateh melihat Lufya. Gadis ini benar-benar menguji kesabarannya. Orang selalu kata, fahami situasi sebelum bertindak. Lufya pula bertindak sebelum berfikir. Main redah saja walaupun diri sendiri mungkin bakal disakiti.
"You're not a man if you keep on shouting."
"You!"
"Fya..."
Hasnah masuk campur apabila menyedari yang perbalahan itu bakal berlanjutan jika dibiarkan. Dia sudah masak sangat dengan perangai Lufya. Gadis yang suka memanjangkan provokasi. Selagi lawannya tidak mengunci mulut, selagi itulah dia akan meneruskan perbahasan.
"Makan dulu. Lepas tu, saya bagi handphone awak."
Bening mata Lufya yang dibiasi ketegasan bikin Fateh terdiam sejenak. Gadis ini bisa merindingkan bulu romanya. Ada membela hantu raya ke apa?
"Crazy girl." Fateh mendengus kasar.
"Yeah, I'm a little bit crazy. But I'm cute..."
Fateh mengetap bibir. Rasa seperti ingin dicekik-cekik si gadis bertudung bawal biru itu. Muka comel, tapi... Wait a minute? Apa hal kau nak puji dia pula, Fateh?
"Jemput makan, Fateh. Jangan dilayan sangat Si Fya ni." Sekali lagi Hasnah yang berdiri di muka pintu dapur mencelah.
"Makan nasi atau handphone awak makan dinding," ugut Lufya selepas Fateh tidak berganjak dari ruang tamu. Sombong bukan main.
Pemuda itu sempat menghadiahkan jelingan maut sebelum menapak ke meja makan. Lauk-pauk yang baru dihangatkan terhidang molek. Lufya mengambil tempat di hadapan Fateh.
"Macam manalah Tuan Ilyas boleh ambil perempuan gila macam you kerja dengan dia?" Sinis sekali soalan Fateh. Tuan Ilyas adalah pemilik Vila Sunny. Seorang hartawan terkenal yang bersahabat baik dengan papanya.
"Macam manalah Tan Sri Daniel boleh izinkan lelaki sesiuman awak jadi leader syarikat?" Lufya menyuap nasi ke dalam mulut.
"Watch your mouth, lady."
Fateh memberi amaran. Jadi, gadis ini tahu yang dia anak Tan Sri Daniel? Argh, mungkin Tuan Ilyas ada memberitahu orang gajinya yang dia akan berkunjung ke vila itu. Bagaimana perempuan senget ini boleh jadi pembantu rumah Tuan Ilyas?
"Tak betul ke apa yang saya cakap? Awak siuman, kan?" soal Lufya yang begitu berselera menjamah makanan.
"Fya, dahlah tu. Tak baik bergaduh depan rezeki." Pening kepala Hasnah mendengar pertikaman lidah dua orang manusia itu.
"I'm finished. Give me back my phone."
Baru sesuap nasi masuk ke dalam mulut, Fateh menjatuhkan sudu dan garpu ke atas pinggan. Menghulurkan tangan kepada Lufya. Ingin segera berlalu pergi.
"Saya belum finish."
Lufya enggan melayan permintaan Fateh. Meneruskan suapan demi suapan dengan riak penuh nikmat. Sengaja membakar hati pemuda yang seperti mahu menelannya hidup-hidup itu.
"WHERE the hell do you think you are going?"
Sakit betul hati Fateh melayan kerenah Lufya. Hampir satu jam dia tercongok di ruang tamu menunggu gadis itu selesai makan. Ingatkan selepas makan, Lufya akan memulangkan telefon bimbitnya. Namun, gadis itu melencong keluar dari vila pula. Terpaksalah dia mengejar. Buang masa betul.
"Sungai."
"What?"
"Saya nak pergi sungai. Nak ikut tak? Saya dah janji nak jadi tour guide awak."
"Masa bila pula I setuju untuk jadikan you tour guide I?"
"I don't care. Saya tour guide awak."
Sah! Gadis bernama Lufya ini bermasalah mental.
"Auch! Sakitlah!"
Lufya terjerit besar saat Fateh merentap lengannya kuat. Dia terdorong ke tubuh pemuda itu.
"Give me back my phone." Suara Fateh penuh ancaman. Tajam iris hijaunya menikam sepasang mata bulat itu.
"Kalau saya tak nak bagi, awak nak buat apa? Pukul saya?"
"I bukan jenis lelaki yang pukul perempuan."
"Really? Muka macam biasa tibai orang aje?" soal Lufya kurang percaya.
"Mungkin you orang pertama yang I akan tibai."
"Oh, no! Awak memang nak pukul saya, kan?"
Lufya meleraikan pegangan tangan Fateh dan menjarakkan diri.
"I cakap mungkin."
"Marilah kita bertomoi. Tengok siapa yang menang?"
Nyaris saja rahang Fateh terjatuh ke bawah saat melihat Lufya mengangkat kedua-dua belah buku lima. Berdiri dalam posisi seorang peninju. Comel, tapi menjengkelkan. Drama apa pula yang cuba ditayangkan minah senget ni? Adakah dia sedang membuat lelucon?
"You sengaja provoke I suruh pukul you ke apa ni?" ujar Fateh seraya mengusap tengkuk sendiri. Sabar, Fateh. Sabar.
"Awak memang ada hati nak pukul sayalah, kan?" Lufya tayang muka cuak.
"Ya Allah, apa kenalah perempuan ni?!"
Fateh menggosok-gosok kepala sendiri hingga rambut lebatnya berserabai. Bingung memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan Lufya. Dia boleh kena tekanan darah tinggi.
"Hahaha!"
Tawa Lufya memecahkan keheningan petang. Bunyi yang mendamaikan hati. Fateh terpinga-pinga sebelum merenung wajah polos itu. Tanpa sedar terpesona dengan lengkungan bibirnya. Terpukau dengan lekuk dagunya. Lama dia tenggelam menghayati pemandangan indah itu.
"Kenapa renung saya macm tu?"
Lufya pelik. Fateh tidak berkelip memandangnya. Tersampuk syaitan ke apa?
"Kenapa you gelak?" Fateh mengabaikan pertanyaan Lufya. Dia menyoal gadis itu.
"Gaya awak gosok kepala tadi, macam orang gila."
Jawapan Lufya buat Fateh seperti hendak membaham orang saat itu. Dia pula yang 'digilakan' gadis itu.
"Breath Faith, breath. Jangan asyik nak marah saja."
Lufya meninggalkan Fateh dan meneruskan perjalanan menuju ke sungai. Selang seminit, pemuda itu menyaingi langkahnya. Terpaksa mengikut kerana telefon bimbitnya masih berada dalam simpanan Lufya.
SUNGAI yang mengalir jernih menggamit pandangan. Beberapa ekor ikan riang berenang-renang. Bayu petang bertiup nyaman. Mendamaikan hati Fateh yang menggelegak marah. Suasana itu tiada di ibu kota. Persekitaran yang dibaluti kehijauan alam.
"Pandai berenang?" soal Lufya yang berdiri di sisi Fateh.
"Pandai."
"Bagus."
"Apa yang bagus?"
Bedebush!
Belum sempat Fateh mendengar jawapan balas, tubuhnya ditolak kuat oleh Lufya. Dia berada di awang-awangan untuk beberapa saat sebelum menjunam masuk ke dalam sungai. Air memasuki rongga hidung juga mulutnya.
"Air boleh menenangkan kemarahan. Berendam lama sikit, ya?"
Lufya ketawa mengekek di birai sungai. Dia berjaya membasahkan tubuh pemuda kerek itu.
"Help! Help!"
Membuntang mata Lufya saat melihat Fateh tenggelam timbul. Pemuda itu buat lawak ke apa? Tadi kata pandai berenang?
"Help!" Jeritan cemas Fateh buat Lufya menggelabah.
"Ya Allah!"
Lufya tak tunggu lama. Terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan pemuda itu. Dia enggan mendapat gelaran pembunuh.
"You dah gila ke? You nak bunuh I ke apa?!" tempik Fateh sekuat hati sebaik saja Lufya berjaya mengheretnya keluar dari sungai. Dia terbatuk-batuk kecil dengan tubuh basah lencun. Matanya mencerlung ke arah si gadis yang tayang wajah selamba.
"Tadi kata pandai berenang?"
Kebisuan Fateh menandakan yang dia berbohong tentang hal itu. Apa, maruah hilang ke kalau berkata jujur?
Lufya meraba-raba poket seluar sebelum menyedari sesuatu. Dia cemas mengambil objek yang menjadi buruan Fateh.
"Ops! Sorry..."
Membuntang mata Fateh saat melihat telefon bimbitnya ranap gara-gara kecuaian gadis itu. Berang punya pasal, segera saja dia merampas objek itu dari genggaman Lufya.
"Jangan On. Nanti rosak! Saya boleh betulkan. Bagi saya masa!"
Tersirap darah Fateh. Lufya begitu berani merampas kembali telefon bimbitnya. Dia menggengam buku lima, mendengus kasar dan berlalu pergi. Bimbang jika dia terus berada di situ, dia akan bertukar menjadi lelaki dayus yang bertomoi dengan perempuan mental.
"Faith, tunggu!"
Sayup-sayup Fateh mendengar Lufya memanggilnya. Tak cukup lagi ke cari pasal?
"Faith!"
Apa hal lagilah perempuan ni.
"Faith tunggu! Please!"
Fateh mendengus kecil sebelum berpaling ke belakang. Terkejut saat mendapati Lufya yang berdiri tadinya, terduduk di birai sungai. Refleks, dia berlari laju mendekati gadis itu.
"Apa kena pula dengan you ni?" soal Fateh yang mencangkung di sisi Lufya. Wajah gadis itu pucat dan dahinya berkerut-kerut.
"Sakit. Cramp."
Jari telunjuk Lufya lurus menghala ke arah kaki kirinya yang terjulur di atas tanah. Gara-gara melompat masuk ke dalam sungai yang sejuk airnya, kakinya kebas dan kejang.
"So?"
Huargh, Lufya rasa nak sepak Fateh saat itu. Sebab siapa kakinya kejang? Boleh pula dia tayang wajah 'ada aku kesah'. Tak simpati dekat kaum Hawa yang lemah ke?
"Help me?" pinta Lufya lembut.
"Perlu ke I tolong orang yang nak bunuh I?"
"Awak tak mati pun, kan?" tempelak Lufya bengang. Kakinya sudahlah sakit. Fateh pula menambahkan berang.
"I hidup lagi, so... I nak balik vila. Bye."
Fateh berdiri dan berura-ura ingin meninggalkan Lufya di situ.
"Fateh!!!"
Jeritan kuat Lufya bikin Fateh tersenyum puas. Tiba-tiba pula dia jadi lelaki sadis. Dia kembali berpaling ke belakang. Terkedu melihat mata bulat itu bergenang dengan cecair jernih. Dada terasa ketat buat beberapa saat.
"Ingatkan hebat sangat. Kaki cramp pun nak menangis. Such a cry baby."
Suara Fateh kendur dan dia berlutut di hujung kaki Lufya.
"Sakit..." rengek Lufya perlahan.
Fateh geleng-geleng kepala. Inilah perempuan, baru sakit sikit sudah menangis. Mulut bukan main kecoh. Buat sesuatu langsung tak fikir panjang.
Lufya mengucap syukur dalam hati kerana Fateh tidak sekejam yang disangka. Dia bukan sengaja ingin meminta bantuan pemuda itu. Cuma kakinya terlalu sakit untuk dibengkokkan. Tangannya pula kurang panjang untuk memicit bahagian pergelangan kaki yang terasa mencucuk-cucuk.
Suasana sunyi seketika saat Fateh mula memicit kaki Lufya. Lufya ralit memerhatikan pemuda itu. Titisan air yang jatuh dari hujung rambut perang gelap itu membiaskan keseksian. Fateh memang kacak, cuma tubuhnya agak kurus dan wajahnya sedikit cengkung. Adakah pemuda itu sakit atau terlalu stres bekerja?
"Jangan fikir I saja-saja nak pegang kaki you."
Suara Fateh menyedarkan Lufya daripada terus merenung pemuda itu.
"Saya tak ada cakap apa-apa pun?"
"Dah tu, kenapa you tengok I macam nak makan? Tergoda dengan I?"
Hujung bibir Fateh terjongket ke atas. Senyum sinis. Lufya menceber. Ingat kacak sangatlah senyum macam tu? Geram aje dia melihatnya.
"Kalau ya saya tergoda? Berani ke awak balas godaan saya?"
Giliran Lufya pamer barisan gigi Colgatenya. Sengaja bikin pemuda itu terpaku. Pasti Fateh fikir dia perempuan merenyam. Dia nak goda si mata hijau itu? Rupa saja sudah tidak sekufu. Berangan ajelah kau, Lufya.
"Jangan nak menggatal. I tinggal you dekat sini baru padan muka."
Fateh membebel kecil dan tayang riak cemberut. Malas melayan bicara gadis otak tiga suku itu. Lebih baik dia diam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro