Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

"AMBOI, berseri-seri anak papa hari ni. Ada apa-apa yang istimewa ke?"

Tan Sri Daniel memerhatikan putera tunggalnya dari atas hingga ke bawah. Kebiasaan anaknya itu memang segak. Namun, hari ini aura kegembiraan jelas terserlah dari susuk tegap itu. Satu keadaan yang jarang sekali dilihatnya.

"Nothing, papa," balas Fateh seraya melorek senyum.

"Pukul 9.00 pagi, jangan lupa pergi meeting room."

"Pagi ni ada mesyuarat ke, papa?"

Seingatnya, mesyuarat dengan pelanggan berlangsung pada jam 2.00 petang.

"Papa nak kenalkan kamu dengan our new creative director. Kamu lupa ke?"

"Astaghfirullahalazim. Fateh memang tak ingat langsung." Jawapan jujur Fateh bikin si ayah geleng kepala.

"Kamu ada urusan dengan HQ ke?" soal Tan Sri Daniel saat Fateh menekan butang 26 dalam lif.

"Haah. Kejap lagi Fateh naik atas."

Tan Sri Daniel sekadar mengangguk kepala tanda faham. Anaknya keluar di tingkat 26 dan dia terus ke tingkat 30. Tidak sabar menunggu waktu untuk memperkenalkan Fateh kepada staf barunya.

FATEH melangkah masuk ke dalam pejabat sumber manusia dengan hati berdebar-debar. Ketibaannya disambut dengan senyuman staf-staf perempuan yang berada di situ. Masing-masing tayang sengih.

"Selamat pagi, bos."

Ketua sumber manusia yang bernama Liza laju menyapa orang atasannya. Dia tersipu-sipu bila sepasang mata hijau itu merenungnya.

"Morning." Itu saja balas Fateh. Dia melingas ke kiri dan ke kanan. Mencari bayang Lufya.

"Bos cari apa, ya?" soal Liza ingin tahu. Jarang sekali lelaki itu bertandang ke pejabat mereka pada pagi hari. Kecuali ada hal penting.

"Mana pekerja baru yang I interview semalam?"

Liza terkebil-kebil seketika. Cuba mengingati wajah Lufya. Dia salah seorang daripada empat penemu duga yang melihat perilaku pelik Fateh. Buat pertama kali, Fateh masuk campur dalam urusan temu duga tea lady atau nama lainnya cleaner syarikat. Hari ini, pemuda itu bertanya tentang gadis itu pula.

"Saya tak nampak dia pula. Mereka bertiga ini ajelah yang ada."

Jari telunjuk Liza terhala ke arah tiga orang gadis yang mula bertugas hari itu. Mereka berdiri di suatu sudut. Masing-masing terpukau dengan kekacakan Fateh.

"Apa kata bos call dia?"

Melihat Fateh berkerut dahi, Liza rasa tak sedap hati.

"Why should I call her? That is your job."

Liza telan liur kelat. Nada jengkel terbias daripada tutur lelaki itu.

"Errr... Masalahnya saya tak ada nombor telefon dia."

"Where's her resume?" soal Fateh dengan intonasi bosan. Takkan perkara sekecil itu pun dia perlu beritahu? Sudahlah dia sendiri terlupa meminta nombor telefon Lufya.

"Tak ada."

"What? Tak ada? Macam mana boleh tak ada?"

Bukankah semalam dia menyuruh Lufya menyerahkan resume kepada HQ? Masakan gadis itu terlupa?

"Kami fikir resume dia pada bos. Bos yang interview dia, kan? Nama dia tak ada pun dalam interview candidates semalam."

Jawapan terang lagi bersuluh Liza buat Fateh diserang kebingungan. Jangan cakap yang dia sekadar bermimpi menemui Lufya.

LUFYA tersenyum lebar saat melihat Fateh berlegar-legar di lobi Menara Cempaka. Dia mempercepatkan langkah. Adakah pemuda itu sedang menunggunya?

"Assalamualaikum," sapa Lufya lembut.

"Waalaikumussalam."

Pemuda itu terpaku dengan riak kosong. Ada yang tak kena ke?

"Sorry, I'm a little bit late. Jalan jammed."

"What the hell are you wearing?"

Soalan yang berbaur nada terkejut dan jengkel itu bikin Lufya terpinga-pinga.

"Kenapa? Buruk ke?"

Lufya membelek tubuh sendiri. Dia memakai seluar slek hitam, kemeja fit putih juga blazer hitam. Kepala dilitupi tudung bawal satin warna kelabu.

"No. You are beautiful."

Tanpa sedar Fateh memuji Lufya. Dia menghela nafas yang tersekat di kerongkong tadinya. Lega kerana Lufya benar-benar wujud.

"Thanks."

Lufya melorek senyum bersama pipi yang sedikit kemerahan.

"Pakaian macam ni tak sesuai dengan kerja you."

Gadis itu kelihatan berbeza dengan mekap menghiasi wajah. Air mukanya lebih menggoda berbanding kebiasaan. Terutamanya bahagian bibir yang dioles gincu warna merah terang. Seksi dan memukau.

"Melanggar etika kerja ke?"

Selama ini, tak pernah seorang pun mempertikaikan cara Lufya berpakaian. Ini yang pertama.

"I nak you tukar pakaian sekarang."

"Mana sempat?"

"Pergi minta uniform dekat HQ."

"Uniform?"

Sejak bila pula kerjanya memerlukan pakaian seragam? Lufya semakin pelik.

"Remove your makeup. After 15 minutes, meet me in my office."

Fateh meninggalkan Lufya yang masih diselubungi seribu satu persoalan. Baru saja dia hendak melangkah ke tandas, telefon pintarnya berbunyi nyaring minta diangkat.

BILIK mesyuarat yang dipenuhi suara manusia berbisik bertukar sepi. Tan Sri Daniel melangkah masuk. Lelaki berusia 55 tahun itu adalah pemilik saham terbesar merangkap CEO Perla Advertising. Walaupun berusia, Tan Sri Daniel masih segak dan berkarisma.

"Good morning, Tan Sri," sapa belasan manusia yang berada di dalam ruang itu serentak.

"Good morning." Tan Sri Daniel membalas mesra.

Matanya meliar ke segenap arah. Memastikan ketua-ketua setiap jabatan berada di dalam bilik mesyuarat itu. Fateh duduk di sisi kanannya. Pelik melihat perilaku si anak yang tak sudah membelek jam tangan. Mungkin anaknya itu ada perjumpaan dengan pelanggan. Dia enggan melengahkan waktu.

"Terima kasih kerana semua datang tepat pada waktu," ucap Tan Sri Daniel yang bangga dengan komitmen para pekerjanya.

"Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada Fateh Finian, anak saya dan juga semua staf Perla Advertising. Tanpa usaha kamu semua, syarikat ini takkan berjaya menjadi yang kedua terbaik dalam Malaysia."

Mukadimah Tan Sri Daniel disambut dengan tepukan gemuruh staf-stafnya.

"We have a great ECD."

Alif mencelah dan ketua-ketua jabatan lain bersetuju. Masing-masing memandang Fateh dengan perasaan kagum. Mereka bukan membodek. Cuma mereka dapat melihat usaha gigih Fateh untuk menaikkan nama Perla Advertising selama tujuh tahun ini.

"Semakin tinggi di kemuncak, beban kerja dan tanggungjawab semakin bertambah. Jadi tenaga pekerja juga perlu bertambah."

Tan Sri Daniel semakin hampir dengan isi utama perjumpaan mereka.

"Seperti yang semua tahu, jawatan creative director Perla Advertising telah kosong selama dua bulan. Dan selama dua bulan ini, your ECD handle it all and he's handle it well."

Kali ini tepukan gamat dihadiahkan untuk Fateh. Meskipun Fateh itu anaknya, Tan Sri Daniel takkan memuji seseorang tanpa sebab. Dia bangga dengan puteranya itu. Walaupun kekurangan tenaga kerja, Perla Advertising masih ligat beroperasi di bawah seliaan Fateh.

"Selaku CEO, saya nak memudahkan tugas ECD juga team creative yang lain. Jadi, hari ini tanpa melengahkan masa, saya ingin memperkenalkan creative director baru Perla Advertising. Please come in, Luna."

Semua mata tertumpu ke arah pintu. Seorang gadis melangkah masuk dengan gaya penuh keyakinan.

"What are you doing here?"

Fateh orang pertama yang bangun dari duduk dan menegur Lufya. Dia jelas terkejut dan bingung saat itu.

"Sorry, saya tak sempat tanggal makeup," balas Lufya dengan nada berbisik.

"Oh, my God!"

Jason Chan, salah seorang ahli kumpulan kreatif terjerit besar seraya menekup mulut sendiri. Matanya membuntang memandang Lufya. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Kenapa, Jason?" Tan Sri Daniel pelik.

"You are Silver Sky ECD right? The one who makes the best advertisement in 2013?" tanya Jason laju.

Jason ada menonton iklan-iklan terbaik di setiap negara sebagai rujukan kerjanya. Ada sebuah iklan kereta tahun 2013 yang amat popular dan menarik perhatian ramai. Apabila dia membuat siasatan lanjut, dia mendapati iklan itu dihasilkan oleh syarikat Silver Sky. Sebuah syarikat pengiklanan gergasi Amerika Syarikat. Kebetulan sahabatnya bertugas di situ dan pernah bergambar dengan ECD Silver Sky. Justeru, dia ingat dengan jelas wajah gadis itu.

"Correction. Miss Lunea Lufya was the Silver Sky ECD. Now, she is our creative director."

Informasi daripada Tan Sri Daniel itu buat semua tergamam. Siapa sangka gadis sebaya Lufya bisa mengetuai ribuan staf yang bernaung di bawah syarikat gergasi.

"Untuk pengetahuan semua, sewaktu Cik Luna menjadi ECD di Silver Sky, dia dan team kreatifnya mengaut keuntungan sebanyak 100 juta USD dalam masa setahun."

Tepukan kuat menggegarkan bilik mesyuarat itu. Masing-masing melihat Lufya umpama bidadari yang turun dari langit.

"Uncle, janganlah puji saya lebih-lebih sangat. Nanti saya riak."

Lufya berseloroh dan Tan Sri Daniel ketawa kecil. Senang dengan sikap terbuka Lunea Lufya.

"I am Lunea Lufya Ilyas. You all can call me Miss Luna. Walaupun muka I macam baby, umur I dah masuk angka 30 tahun."

Penyataan selamba itu buat semua yang mendengarnya tambah tercengang. Pada mulanya, mereka mengagak Lufya berusia dalam lingkungan 26 tahun. Wajah gadis itu masih keanak-anakan.

"Sekarang, I tahu semua orang duk fikir kenapa I tinggalkan Silver Sky dan kerja di sini."

Mereka mengangguk-angguk kepala. Lufya berjaya menebak tepat fikiran mereka.

"I harap di masa hadapan, soalan ini takkan ditanya lagi sebab I akan bagi jawapannya sekarang."

Telinga setiap ketua jabatan tercacak. Hanya Fateh dan Emma yang masih pegun melihat kewujudan Lufya.

"Jawapannya mudah. Sebanyak mana pun duit yang I dapat di Silver Sky, tidak membawa apa-apa makna, kalau I tak gembira. So, here am I."

Setiap insan yang mendengar jawapan Lufya mula merangka spekulasi sendiri. Mungkin pengarah kreatif baru mereka itu sudah bosan duduk di negara mat salih. Mungkin juga tekanan kerja terlalu tinggi. Atau gadis itu bermasalah dengan staf-stafnya?

"Selain itu, I berada di sini kerana ingin menunaikan janji dengan seorang sahabat."

Pandangan Lufya yang tersorot ke arah Emma menambahkan kontrovesi. Emma tersengih dengan pipi kemerahan. Sementara, Fateh menjeling tajam. Bukankah pandangan itu sewajarnya terhala ke arah dia? Bukannya Emma. Tak tentu pasal dia bengang dengan setiausahanya sendiri.

"I tahu Perla Advertising sudah mencapai satu tahap yang membanggakan. Tapi, style kerja I, I tak suka berada dalam comfort zone." Suara Lufya bertukar serius.

"Before I work here, I have a little meeting with Tan Sri Daniel. Dan dia bersetuju dengan satu perkara. Bermula dari sekarang, dengan tunjuk ajar ECD juga kerjasama anda semua, kita jadikan Perla Advertising, syarikat pengiklanan terbaik dalam Malaysia."

Sesi perkenalan pagi itu diakhiri dengan tepukan penuh semangat ketua-ketua jabatan Perla Advertising. Mereka bersalaman dengan Lufya dan Tan Sri Daniel sebelum kembali ke tempat kerja masing-masing.

"You're a big fat liar, Luffy."

Berderau darah Lufya bila jari-jemari beku milik Fateh mencengkam tangannya kuat. Air muka tak payah cakap. Masam mencuka, seolah-olah tertelan sebaldi lemon. Lufya kejung tika pemuda itu menundukkan wajah dan berbisik di telinganya. Tegak berdiri semua bulu roma. Belum sempat dia membuat sebarang penjelasan, Fateh meninggalkan ruang itu dan menghempas pintu kuat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro